Bosan merupakan sebagian daripada kehidupan kita. Namun, jika dibiarkan, ia akan menjadi masalah yang serius.
Bosan atau jemu boleh dikategorikan sebagai sebahagian daripada tekanan. Maksudnya, bosan memberi kesan sama ada positif atau negatif untuk kita selesaikannya.
Dari segi positif, kita akan menyusun semula aktiviti harian untuk memastikan setiap ruang masa diisi dengan program atau aktiviti yang memberi faedah kepada diri dan keluarga seperti riadah bersama, membaca buku atau bersiar-siar dengan kawan-kawan.
Jika kita dapat mengisi masa seperti ini setiap hari, ia akan mengubah seluruh kehidupan kita. Dari sudut negatif, orang yang berasa bosan ini biasanya suka dengan hiburan.
Jadi, mereka mengisi masa dengan aktiviti yang kurang cergas seperti menonton televisyen dan sebagainya. Pada saya, lebih baik menggunakan pendekatan yang positif.
No comments:
Post a Comment