Sunday, January 27, 2019

Perintah berkurung perlu kajian lanjut







Perintah berkurung adalah arahan masa khusus melalui pelaksanaan peraturan tertentu. Ia berkaitan masa yang setiap individu perlu kembali ke rumah atau tempat tinggal. Arahan berkenaan dikelaurkan oleh pihak berkuasa ataupun ketua isi rumah yang menguasai perjalanan hidup isi rumah berkenaan. Contohnya, remaja yang keluar rumah perlu kembali ke rumahnya sebelum pukul sepuluh malam.

Kerajaan Malaysia juga sedang menimbang untuk mengadakan langkah ini. Namun, rancangan ini perlukan lebih banyak perbincangan supaya ia memberi impak positif terhadap perkembangan hidup remaja dan kelaurga mereka.

Berikut adalah pelaksanaan perintah berkurung yan gmelibatkan remaja di beberapa buah negara.

Banyak negara telah menguatkuasakan perintah berkurung ini. Amerika Syarikat dilaporkan menguatkuasakan perintah berkurung remaja pertama pada tahun 1880 di Omaha, Nebraska.

Kini, terdapat sekurang-kurangnya 500 bandar raya negara itu mempunyai perintah berkurung khusus kepada belia remaja. Di kebanyakan bandar ini, perintah berkurung melarang kanak-kanak berusia bawah 18 tahun berada di jalan-jalan selepas pukul 11 malam pada hari biasa dan selepas tengah malam pada hujung minggu.

Australia memperkenalkan sistem perintah berkurung yang mengharamkan remaja berusia 13 hingga 16 tahun meninggalkan rumah mereka pada waktu malam tanpa diiringi ibu bapa pada awal tahun 2000-an. Remaja yang didapati melanggar undang-undang ini akan ditahan oleh polis dan dibawa ke balai polis, yang mana mereka akan ditahan sehingga ibu bapa mereka datang. Kerajaan Australia menyifatkan langkah itu bertujuan menentang peningkatan jumlah remaja yang didapati minum minuman keras, mengambil dadah dan menghidu gam.

Pada tahun 2007, polis Thailand mengeluarkan arahan melarang kanak-kanak berumur 18 tahun ke bawah di Bangkok meninggalkan rumah mereka selepas 10 malam tanpa alasan yang munasabah. Remaja yang ditahan pada malam hari tanpa sebab yang sah akan dibawa ke balai polis dan kenyataan mereka akan direkodkan. Ibu bapa akan dipanggil untuk mengambil anak mereka pulang.

Di Jerman, remaja di bawah umur 16 tahun dilarang berada di kelab malam selepas tengah malam. Mereka juga memerlukan kebenaran daripada ibu bapa untuk ke konsert.

Di Britain, undang-undang baru diperkenalkan pada tahun 2001 untuk memberikan kuasa kepada pihak berkuasa tempatan untuk mengenakan perintah berkurung kepada kanak-kanak di bawah 16 tahun di kawasan mereka. Pelaksanaannya melibatkan kanak-kanak dan remaja berumur 10 dan 18 tahun. Kanak-kanak di bawah 10 tahun tidak boleh berada di jalan raya pada pukul 8 malam manakala remaja di bawah 18 tahun dilarang berda di jalan raya pada pukul 10 malam.

Di Iceland, kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah tidak boleh berada di luar rumah selepas jam 8 malam kecuali ditemani orang dewasa. Remaja berumur 13 hungga 16 tahun pula tidak dibernarkan berada di luar selepas jam 10 malam kecuali keluar dari rumah untuk hadir ke program di sekolah, bersukan atau kelab belia. Ada masanya kanak-kanak dan remaja boleh keluar lebih lama pada bulan-bulan tertentu. Jika mereka ditahan dan tidak ada penjaga, kanak-kanak dan remaja itu akan dihantar ke rumah perlindungan.

Kajian yang lebih terperinci wajar dilakukan supaya kedudukan sebenar keadaan remaja Malaysia sama ada di bandar atau laur bandar memerlukan pelaksanaan perintah berkurung ini. Mungkin kerajaan perlu mencari alternative lain yang lebih praktikal seperti menguatkan institusi keluarga dan komuniti yang menjadi unit terkecil dalam masyarakat.

Keluarga yang berhadapan dengan masalah kewangan, tempat tinggal atau masalah keluarga perlu dibantu supaya anak-anak yang sedang membesar dapat dibimbing dan diberi arah tuju.

Andainya faktor-faktor khusus masalah remaja berada di luar rumah, ia perlu diselesaikan supaya kerajaan tidak perlu lagi mengawal pergerakan remaja dan mereka juga tidak membesar dan berkembang dengan pemikiran terkongkong.


Sunday, January 20, 2019

Mendisiplin artis







Hiburan dan arak memusnahkan impian dan masa hadapan. Tidak kira lelaki atau perempuan, hiburan yang tidak bersesuaian dengan nilai dan budaya masyarakat akan memberi imej dan persepsi negatif kepada orang ramai. Begitu juga dengan arak, meneguk arak di khalayak boleh menjadi fitnah jika situasinya tidak disenangi orang ramai.

Hal ini berlaku kepada seorang juara pertandingan remaja baru-baru ini yang gelaran juaranya ditarik balik oleh penganjur. Isunya kerana beliau didapati berparti dan minum arak. Video kelakuannya sudah disebarkan dan boleh diakses. Di situ kita lihat remaja perempuan berebut-rebut menyedut arak yang dituang ke dalam botol besar dan mereka sangat puas dengan tindakan itu.

Dunia hiburan dan tingkah laku liar daam kalangan artis kerap kali mengundang kontroversi. Pelakon dan penyanyi ini terdedah dengan pelbagai bentuk lanskap sosial supaya mereka dapat menjiwai pelbagai watak untuk dibawa ke dalam filem.

Artis terkenal, Jackie Chan juga perlu bekerja keras mempersiapkan diri dengan pelbagai kemahiran untuk menghidupkan jalam cetira sehingga setiap filem lakonannya diminati ramai.

Michelle Yeoh, seorang artis Malaysia yang dikenali kerana membintangi filem 'Tomorrow Never Die' juga belajar banyak kemahiran untuk berjaya sebagai pelakon antarabangsa.

Pelakon Melayu terkenal, Tan Sri P. Ramlee juga berusaha keras menghasilkan lakonan dan filem terbaik. Sebahagian besar lakonannya masih diminati sehinga ke ahari ini walaupun beliau sudah meninggal dunia 46 tahun lalu. Bagaimanapun beliau tidak pernah didengari menimbulkan kontroversi kerana mengambil minuman larangan dan sebagainya.

Cabaran sebagai artis sanagt besar lebih-lebih dalam masyarakat Islam di negara ini. Setiap tindakan artis yang baik dan buruk akan ditonjolkan kerana mereka menjadi tokoh masyarakat. Kisah hidup dan perjalanan kerjaya mereka sentiasa dipaparkan di media dan menjadi bualan.

Setiap artis seharusnya diberikan pendedahan terhadap etika dan profesionalisme kerjaya secara berterusan supaya perlakuan peribadi tidak melimpasi pengetahuan umum masyarakat. Artis juga sama seperti orang lain namun mereka harus mengambil tindakan untuk menjaga kehormatan dan maruah diri.

Agensi pemantau di dalam kerajaan boleh mengambil inisiatif memberi bimbingan dan garis panduan supaya artis-artis baru dan masih bertatih dalam dunia hiburan tidak melakukan tindakan yang boleh menjejaskan nama baik mereka. Semoga juara Dewi Remaja itu dapat mengharungi hidup selepas ini dan membaiki dirinya untuk memahami kehidupan dalam masyarakat Islam.

Monday, January 14, 2019

Indahnya bunga









Lirik lagu 'Ibu' yang dinyanyikan oleh Azzam, kanak-kanak istimewa cacat penglihatan dari Indonesia mengundang rasa hiba dan sayu. 

Azzam tidak memiliki kelopak mata dan hidup bersama keluarga yang sangat tabah. Beliau masih kecil iaitu enam tahun namun memiliki bakat besar dalam bidang nyanyian.

Lagu 'Ibu' ini mengisahkan keiginan seorang anak yang buta untuk melihat bunga yang cantik. Beliau meminta ibunya menceritakan kecantikan bunga dan berpesan supaya ibu tidak letih melayan kerenahnya.


Ibu ceritakan padaku
Tentang indahnya bunga
Ibu ceritakan padaku
Tentang isi dunia

Ibu jangan pernah kau bosan
Menemani aku
Ibu jangan pernah kau lelah
Menuntun langkahku
Aku hanya bisa meraba
Tanpa bisa melihat indahnya bunga
Aku hanya mendengar tentang cerita
Keindahan dunia ooo

Aku hanya mengenal dengan meraba
Tentang semua benda di dunia
Terima kasih ibu
Engkau yang selalu mengasihi aku

Ibu engkaulah mataku
Ibu engkaulah malaikatku
Ibu engkaulah segalanya
Di dalam hidupku



Harapan kanak-kanak ini ialah dapat merasai dan melihat kecantikan bunga melalui kata-kata ibunya.

Selain Azzam, ramai lagi kanak-kanak istimewa kurang upaya yang sedang melalui pelbagai cabaran hidup. Ada yang dilayan dan ditatang dengan penuh kasih sayang sebaliknya ada yang dibiarkan dalam kesusahan dan penderitaan kerana keluarga dan masyarakat sekitar yang tidak mampu membawa harapan baru kepadanya. Kanak-kanak ini terperap di rumah tanpa diberi pendedahan dan latihan yang boleh memperkasa kehidupannya dalam tempoh jangka masa panjang.

Kejayaan kanak-kanak istimewa kurang upaya wajar diangkat ke dalam masyarakat supaya ramai yang mendapat idea untuk membantu keluarga mereka.

Di peringkat global, kanak-kanak seperti ini mengambil langkah aktif melibatkan diri dalam program kemasyarakatan yang membantu ramai orang mengikis stigma sedih kehidupan. Ada juga yang didedahkan dengan industri peragaan untuk meningkatkan keyakinan diri.

Di Malaysia sendiri, seorang kanak-kanak istimewa yang cacat wajah, Siti Musliha, pernah terkenal dengan lagu-lagu manusiawi. Beliau menghasilkan dua album iaitu Siti Musliha dan Mutiara Hati.

Selepas usia meningkat, beliau lebih banyak menyepi dari bidang nyanyian.

Artis lain adalah Siti Salmiah yang cacat penglihatan dan terkenal dengan lagu-lagu rakyat di sebelah utara Malaysia.

Perubahan hidup dan perjalanan masa hadapan kanak-kanak istimewa ini ditentukan oleh siapa yang berada di sekitar mereka dan bagaimana masyarakat memberi reaksi terhadap kehadiran mereka. Ibu bapa yang memiliki kesedaran akan mencari pelbagai cara untuk memastikan anak-anak istimewa dapat hidup dalam persekitaran yang sesuai dengan keperluan dan kehendak mereka. Keadaan akan menjadi lebi baik jika masyarakat menjadikan kebajikan kanak-kanak istimewa sebagai keutamaan.

Kerajaan wajar memperkasa Dasar-Kanak-Kanak Negara dengan memberi tumpuan kepada keperluan kumpulan khas ini supaya mereka juga mampu memberi sumbangan kepada pembangunan negara.

Wednesday, January 09, 2019

Lindungi maruah institusi raja







Peletakan jawatan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V mengejutkan ramai pihak. Rakyat biasa hingga menteri, masing-masing masih bingung memikirkan alasan tindakan berkenaan. Dalam kebingungan ini, banyak pihak mengeluarkan pandangan dan perspektif yang dilihat tidak bersesuaian dengan martabat dan maruah raja-raja Melayu.

Antaranya adalah Eric Liew Chee Ling, Azham Akhtar Abdullah dan Nur Alia Astaman. Eric Liew adalah kakitangan Cisco ASEAN yang telah dibuang kerja baru-baru ini. Di samping itu terdapat syarikat yang mengambil tindakan tegas terhadap kakitangan mereka yang telah mengeluarkan kenyataan merendah-rendahkan institusi raja di Malaysia khususnya selepas 6 Januari lalu.

Punca sebenar peletakan jawatan ini tidak didedahkan. Justeru, pelbagai khabar dan berita yang dibangkitkan. Namun, kita dapat mengagak ia tentulah ada kaitan dengan tempoh cuti dua bulan yang diambil oleh Sultan Muhammad V itu.

Penghinaan terhadap institusi raja-raja Melayu bukannya perkara baru. Ia berlaku secara berterusan dan dalam konteks yang berbeza-beza dan melibatkan pelbagai latar belakang. Penghina-penghina ini tanpa segan silu dan merasa takut memilih perkataan buruk dan jelek bagi menyatakan pendirian mereka tanpa ada sedikit pun penghormatan ke atas kedaulatan dan maruah raja-raja Melayu.

Hanya selepas polis mengambil tindakan, baharulah lutut mereka menggigil dan memohon maaf.

Malaysia tidak memiliki undang-undang ketat sepeti 'lese-majeste law' yang mengenakan hukuman berat ke atas sesiapa sahaja yang menghina raja, namun undang-undang sedia ada boleh memberi pengajaran kepada pelaku yang bersalah. Antaranya hukuman penjara tetapi jika melawan, hukuman lebih berat iaitu digantung hingga mati.

Fungsi Yang di-Pertuan Agong sangat besar dan sangat kritikal. Baginda merupakan ketua negara yang memerintah angkatan tentera, menjadi ketua agama Islam, keizinan mengurangkan hukuman dalam Lembaga Pengampunan dan membubarkan parlimen.

Elemen-elemen ini yang tidak difahami oleh penghina dan penista yang mengambil mudah kewujudannya. Tanpa Yang di-Pertuan Agong, urusan pentadbiran negara akan tergendala kerana banyak keputusan besar melibatkan perkenan baginda.

Pada masa yang sama, Yang di-Pertuan Agong juga perlu menjaga maruah institusi supaya terus dihormati dan disegani. Akhlak dan peribadi mereka disanjungi kerana nilai hormat yang diterapkan dalam diri rakyat meletakkan institusi raja perlu dilindungi. Kerajaan Malaysia turut mengambil tindakan menubuhkan Mahkamah Khas untuk membicarakan kes yang melibatkan raja-raja.

Kita berharap tidak ada lagi Yang di-Pertuan Agong meletakkan jawatan selepas ini. Biarlah episod duka yang berlaku pada awal tahun 2019 ini menjadi episod tunggal dan dilupai kerana memberi kesan kepada imej dan kehormatan institusi berkenaan.

Thursday, January 03, 2019

Sekolah ubah masa hadapan







Pendidikan menjadi jambatan bagi mengubah hidup keluarga dan masyarakat. Hari ini, era moden membuka peluang kepada setiap warganegara Malaysia membuat perubahan hidup untuk pergi ke sekolah dan mula merancang masa hadapan.

Hadir ke sekolah sudah menjadi hak kepada setiap kanak-kanak, bukan lagi sebagai pilihan. Pembukaan sekolah di kawasan luar bandar dan pelbagai pilihan sekolah di kawasan bandar menjadikan peluang mengubah hidup lebih terbuka.

Kerajaan juga membantu pelajar luar bandar dengan pelbagai cara. Jika tidak ada wang, kerajaan memberi bantuan melalui pengecualian pendaftaran dan pemberian makanan percuma. Bantuan in dapat memastikan pelajar boleh memb
eri tumpuan kepada pembelajaran tanpa merasa risau perut kosong.

Pelajar yang bijak tetapi tidak berupaya meneruskan pelajaran di sekolah terbaik akan disediakan tempat di sekolah berasrama penuh dan diberi elaun kewangan bulanan.

Jika jauh dari sekolah, kerajaan akan menyediakan premis yang berdekatan dengan kawasan tempat tinggal supaya pelajar masih lagi mendapat akses kepada pendidikan.

Sekolah adalah penting kerana di sekolah setiap kanak-kanak mendapat pendidikan dan mengasah bakat mereka untuk menjadi pemimpin masa hadapan. Hadir ke sekolah bererti berusaha meningkatkan keupayaan membaca, menulis dan membaca. Secara langsung kanak-kanak yang ke sekolah dapat membaca dan mulai membina pemikiran kritikal.

Sekolah yang berkesan dapat membentuk karekter yang lebih dewasa, lebih kritikal dan mengajak orang lain membuat perubahan. Pemimpin hari membentuk karekter mereka melalui aktiviti pembelajaran dan pendidikan yang lebih mencabar. 

Seorang pemimpin persatuan sekerja mengatakan beliau sering dipilih sebagai ketua kelas semasa di sekolah rendah. Apabila meningkat dewasa dan bekerja, beliau dipilih pula sebagai pemimpin persatuan. Ini adalah contoh bagaimana kemahiran dan bakat sejak kecil dikembangkan sehingga ke alam pekerjaan.

Sekolah dan pendidikan tidak dapat dipisahkan. Kanak-kanak yang tidak hadir ke sekolah sudah dapat ditentukan ke mana hala tuju hidupnya. Apatah lagi pada hari ini, kebanyakan alam pekerjaan memerlukan pelajar menguasai kemahiran komputer dan teknologi komunikasi.

Tanpa sekolah, negara kita tidak akan maju dan gagal dalam persaingan hidup.

Tuesday, January 01, 2019

Tahun baru yang mencabar






Tahun 2019 disambut meriah di seluruh dunia. Dari China ke Afrika Selatan dan Brazil, bunga api menjadi simbol harapan yang tinggi untuk kemakmuran dan kebahagiaan hidup. Di Malaysia, tahun ini juga adalah kritikal kerana bakal menjadi penentu kepada pencapaian status negara maju 2020.

Lanskap politik, ekonomi, sosial, pendidikan dan budaya Malaysia telah berubah selepas 9 Mei 2018. Rejim baru pemerintahan yang sedanng menerajui negara diberikan harapan yang sangat tinggi untuk menjadikan rakyat Malaysia lebih makmur dan dihormati. Impian juga diberikan supaya kerangka asas pembentukan Malaysia iaitu kontrak sosial dan perpaduan berada dalam keadaan baik dan terpelihara.

Keberanian golongan muda Malaysia yang menamatkan 61 tahun pentadbiran kerajaan Perikatan dan Barisan Nasional mendapat perhatian masyarakat dunia. Perubahan ini adalah simbol kepada keberanian berfikir dan membuat perubahan yang akan melonjakkan status dan maruah bangsa. Motivasi ini harus dikekalkan dan diteruskan dalam tempoh lebih lama.

Sama seperti tahun-tahun lalu, detik 2019 akan diserikan dengan kejayaan dan kecemerlangan di sebalik pelbagai cabaran dan masalah.

Namun, satu perkara yang kita mahu lihat ialah keupayaan dan kekuatan nilai ringgit yang banyak mempengaruhi turun naik kualiti hidup rakyat. Nilai ringgit yang jauh lebih rendah menjadikan kos hidup lebih tinggi kerana perlu membayar lebih banyak akibat kenaikan harga barang. Pada tahun 1980-an, nilai ringgit antara tertinggi di rantau Asia namun nilainya semakin rendah sejak 20 tahun lalu.

Nilai ringgit yang rendah juga menjejaskan kehidupan rakyat. Pengaruh psikologi lain ialah jati diri rakyat yang rendah kerana berpendapat ringgit tidak memberi kebanggaan kepada rakyat Malaysia. Nilai satu ringgit adalah 30 sen dolar Singapura atau dolar Brunei atau 25 sen dolar Amerika.

Cabaran besar ketika ini ialah keupayaan Malaysia menjadi negara tuan rumah kepada mangsa keganasan agama dan etnik di Asia dan Timur Tengah. Isu Palestin, Rohingya dan Uyghur kerapkali menjadi perhatian masyarakat antarabansga kerana pergolakan yang berterusan.

Malaysia menjadi destinasi idaman etnik Rohingya yang mahu melarikan diri daripada diskriminasi etnik majoriti di Mynmar. Banyak bantuan yang disediakan oleh badan bukan kerajaan untuk mendidik etnik itu mendapat pendidikan dan kemahiran hidup. Bantuan yang diberikan ini selari dengan ketegasan kerajaan Malaysia yang menentang sebarang langkah diskriminasi etnik Rohingya yang dipaksa mencari tempat perlindungan di Bangladesh.

Penindasan kerajaan China terhadap masyarakat Islam Uyghur turut menjadi sebahagian daripada masalah luar Malaysia. Pada tahun lepas kerajaan Malaysia melepaskan sekumpulan etnik Uyghur yang ditahan di Malaysia kerana melarikan diri dari tahanan di penjara Thailand. Tindakan ini dikecam China namun perdana menteri Malaysia menyifatkan kumpulan berkenaan tidak melakukan apa-apa kesalahan. Semuanya berlepas ke Turki.

Isu-isu antarabangsa yang lain ialah keganasan di sempadan Thailand dan Filipina yang berkait dengan keadaan masyarakat Islam Melayu dan Moro. Walaupun kerajaan Malaysia menjadi pendamai, hasrat kedamaian dan keamanan masih lagi belum nampak.

Isu dalam dan luar negara yang berterusan menjadi perbincangan umum dijangka terus menjadi trend pada tahun 2019 ini. Namun, kerajaan harus memberi tumpuan kepada isu-isu sosial, ekonomi dan budaya masyarakat yang tertekan dengan kenaikan kos hidup dan kemakmuran bermasyarakat.