Justin Kievit, seorang ahli gusti sebuah sekolah di Tennessea, Amerika Syarikat mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi dalam perlawanan gusti semasa menentang Jared Stevens. Lawan Kievit seorang pengidap cerebral palsy iaitu keadaan otak yang tidak berupaya mengawal pergerakan otot.
Perlawanan itu dirakam oleh ayah kedua-dua pemain ke
Facebook dan YouTube. Dalam perlawanan itu, Stevens telah menewaskan Kievit.
Seorang yang kurang upaya telah mengalahkan orang normal kerana ayah Stevens
sendiri menyatakan aksi anaknya adalah tidak dirancang.
Kepuasan tergambar di wajah Stevens.
Menjadikan seseorang berasa bangga dengan dirinya bukan
tanda-tanda kelemahan sebaliknya ialah simbol kekuatan yang patut diberi
galakan.
Dalam hidup kita pasti ada titik perubahan atau turning point yang menyebabkan perubahan
tingkah laku, pemikiran dan tanggapan terhadap sesuatu perkara. Kemenangan mengalahkan
Kievit tentulah menimbulkan impak positif yang berkekalan ke atas hidup
Stevens.
No comments:
Post a Comment