1.0 Pengenalan
Perkahwinan campur merupakan perkahwinan antara dua pihak yang
berlainan agama, bangsa malah kewarganegaraan. Ia merupakan perkahwinan yang
melibatkan penyatuan antara dua insan dari golongan berbeza sama ada agama atau
bangsa yang juga dipanggil epistonologikal. Perkahwinan campur telah lama
dipraktikkan dalam sejarah terutamanya untuk mengeratkan hubungan antara
negara, contohnya perkahwinan Puteri Hang Li Po dengan Sultan Mansur Shah. Oleh
itu, perkataan kahwin campur adalah tidak asing bagi rakyat Malaysia. Masyarakat
majmuk di Malaysia adalah kesan daripada perkahwinan campur di Malaysia sejak
dulu hingga kini. Islam juga tidak melarang sebarang bentuk perkahwinan
termasuklah perkahwinancampur asalkan ianya menurut kehendak syarak, seperti
dinyatakan dalam ayat al-quran,
“Maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari
perempuan-perempuanlain dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak
akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka berkahwinlah dengan
seorang sahaja”. (Surah An-Nisaa’ ayat 3)
2.0 Sorotan Kajian
Terma perkahwinan campur pada mulanya digunakan oleh pihak gereja katholik
bagi menyatakan sebuah ikatan perkahwinan yang melibatkan orang kristian dengan
orang bukan kristian. Pihak Barat juga menyifatkan budaya sebegini sebagai epistonologikal.
Namun kini, trend budaya perkahwinan campur kelihatan semakin meningkat dan
fenomena ini dapat dilihat khususnya di Malaysia yang sering dikenali sebagai
sebuah negara yang mempunyai masyarakat majmuk yang terdiri daripada pelbagai
etnik. Dalam konteks Malaysia pula, perkahwinan campur merupakan sebuah
perkahwinan yang melibatkan penyatuan antara pasangan yang berlainan kaum dan
agama.
Perkahwinan campur boleh diklasifikasikan kepada tiga
jenis iaitu perkahwinan campur antara kaum, perkahwinan campur antara negara
dan perkahwinan campur antara agama. Perkahwinan campur antara kaum ialah
sebuah perkahwinan yang mana ianya melibatkan dua orang individu yang berlainan
kaum. Sebagai contoh, seperti perkahwinan Melayu dengan Cina serta kaum Cina
dengan India yang membentuk Chindian. Perkahwinan campur antara agama pula
ialah sebuah perkahwinan yang melibatkan dua orang individu yang menganut agama
yang berbeza, sebagai contoh, seseorang yang beragama Islam berkahwin dengan
individu beragama Buddha.
Perkahwinan campur di Malaysia telah diperkenalkan pada
kurun ke-15 lagi iaitu sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Hal ini dapat
dilihat melalui perkahwinan campur yang melibatkan golongan diraja iaitu
Kesultanan Melayu Melaka, Sultan Mansur Shah China dan Puteri Hang Li Po.
Perkahwinan sebegini dilaksanakan bagi membina dan mengukuhkan hubungan
diplomatik antara dua buah negara, iaitu Tanah Melayu dengan negara China.
Hasil daripada perkahwinan antara Puteri Hang Li Po dengan Sultan Mansur Shah,
maka wujudnya sebuah terma baharu bagi budaya perkahwinan campur antara orang
Melayu dan Cina di Melaka yang dikenali sebagai masyarakat baba-nyonya.
Pelbagai faktor yang mempengaruhi peningkatan trend perkahwinan
campur antara pelbagai etnik di Malaysia. Antaranya adalah kerana suasana
negara Malaysia mempunyai masyarakat majmuk menjadi faktor utama yang
menyumbang kepada peningkatan trend fenomena berkenaan. Selain itu, wujudnya
perasaan cinta antara kedua-dua orang individu walaupun berlainan bangsa dan
agama. Selanjutnya, faktor ekonomi, globalisasi informasi, pendidikan dan
sebagainya turut menyumbang kepada jumlah peningkatan berlakunya perkahwinan
campur di Malaysia.
Ada juga yang mengatakan bahawa individu yang terlibat mula
berkenalan dengan individu yang berlainan bangsa atau agama melalui laman
sosial seperti facebook, instagram dan sebagainya. Dari situ wujudnya
perasaan cinta dan seterusnya mengambil keputusan mengikat tali perkahwinan
dengan kewujudan restu daripada kedua ibu bapa dari kedua-dua pihak. Ada juga
yang terpengaruh dan berhasrat untuk melaksanakan perkahwinan campur kerana
terkesan dengan cara hidup orang Islam.
Islam tidak melarang perkahwinan campur dengan syarat pasangannya
mestilah memeluk Islam terlebih dahulu dan pasangannya itu harus memelihara
keislamannya dan keimanannya sehingga ke akhir hayat.
Hal ini juga pernah dijelaskan oleh Rasulullah S.A.W
dalam hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim yang bermaksud,
“Perempuan dikahwini kerana empat perkara, iaitu kerana harta,
keturunan, kecantikan atau agamanya. Maka pilihlah perempuan yang beragama
kerana kamu memerlukannya”.
Berdasarkan maksud hadis di atas, Islam membenarkan sebarang
perkahwinan campur dengan syarat kita hendaklah memilih calon suami atau isteri
seperti yang telah digariskan dalam Islam dan ini meliputi semua bangsa.
Melalui perkahwinan campur, seseorang individu dapat mempelajari
budaya baru keluarga mertuanya dan ini membantu dalam merapatkan hubungan etnik
antara dua kaum yang berbeza. Segala nilai positif yang dapat dipelajari
melalui budaya kaum lain perlulah kita terapkan dalam kehidupan seharian.
Melalui perkahwinan campur juga, kita dapat menyebarkan ajaran Islam secara
tidak langsung dengan menunjukkan teladan yang baik dan serta ajaran positif
yang sering diterapkan dalam Islam.
Perkahwinan campur di negara kita amatlah digalakkan kerana
melalui budaya ini, hubungan etnik antara kaum lain dapat diperkukuhkan selain
dapat menjamin kestabilan dan keamanan sesebuah masyarakat yang berbilang kaum
seperti yang terdapat di Malaysia.
Perkahwinan antara kaum sepatutnya membantu dalam
memelihara identiti sesebuah kaum dan bukan menghapuskan identiti kaum
tersebut. Perkahwinan campur dapat dilaksanakan sekiranya terdapat wujudnya
sikap toleransi yang tinggi serta sifat hormat-menghormati antara kedua-dua
belah pihak kelurga sebelah lelaki dan perempuan serta dalam pasangan itu
sendiri.
Tidak dapat dinafikan juga bahawa timbul pertikaian dan pelbagai
isu sosial yang bermasalah apabila budaya sebegini diperkenalkankan kepada umum
khususnya apabila ianya melibatkan faktor agama. Pemikiran yang sempit menjadi
faktor yang menghalang berlakunya sesebuah perkahwinan campur. Justeru, sebuah
perkahwinan campur tidak boleh dilaksanakan sekiranya terdapat pemaksaan budaya
sesuatu kaum terhadap kaum yang lain. Jika hal-hal ini dititikberatkan, maka
sesebuah perkahwinan campur memang terbukti dapat membantu mengeratkan hubungan
antara kaum.
Budaya perkahwinan campur di Malaysia mempunyai kesan yang positif
kepada masyarakat Malaysia sekiranya mereka bersikap lebih terbuka kerana
dikatakan bahawa perkahwinan merupakan antara kunci utama dan cara yang efektif
yang boleh menyumbang kepada pengukuhan perpaduan antara kaum di Malaysia.
3.0 Kaedah Penyelidikan
Kajian ini menemubual tiga orang responden tentang
cabaran dan penyelesaian perkahwinan campur di Malaysia.
4.0 Hasil Kajian
Perkahwinan campur dalam kalangan masyarakat di
Malaysia meninggalkan impak bukan sahaja terhadap kedua-dua pihak yang terlibat
tetapi juga terhadap masyarakat dan sebuah negara. Penemuan dan perbincangan
yang telah didapat dua kesan iaitu kesan positif dan kesan negatif.
Pertama, kesan positif ialah pasangan dan seluruh
keluarga yang terlibat perkahwinan campu akan berpeluang untuk dapat
berkenalan, mempelajari dan memahami adat, amalan tradisi di antara satu sama
lain. Maka, mereka akan lebih menghormati antara satu sama lain. Perkahwinan
campur akan dapat meluaskan kenalan keluarga dan pandangan hidup. Di samping
itu, dapat anak yang menghasilkan dari perkahwinan campur lebih cantik dan
comel. Ini kerana percampuran gen di antara ibu dan bapa yang berlain kaum.
Dari aspek masyarakat, perkahwinan campur dapat
menyebarkan dakwah keagamaan, misalnya agama Islam. Apabila seorang yang bukan
muslim berkahwin dengan orang yang muslim, pihak perlu menukar agamanya kepada
agama Islam. Tindakan ini akan dapat menyebarkan agama Islam yang murni dan
dapat dipelajarkan oleh pihak yang bukan Muslim tersebut. Selain itu, anak-anak
yag lahir dari perkahwinan itu juga beragama Islam. Tambahan lagi, kepada
generasi yang lahir dari perkahwinan campur juga tidak bersikap perkauman dan
berfikiran terbuka terhadap budaya lain. Dari aspek negara pula, perkahwinan
campur dapat memupuk sikap keharmonian dan keperpaduan di antara kaum-kaum di
negara ini. Aspek ekonomi perkahwinan campur juga dapat dijana melalui pelbagai
upacara perkahwinan yang dijalankan.
Walapun perkahwinan campur dapat kebaikan tetapi
perkahwinan campur juga dapat membawa keburukan kepada masyarakat dan negara.
Kepada masyarakat yang berfikiran tertutup, mereka menganggap perkahwinan
campur merupakan perkara yang tidak baik. Perkahwinan campur dapat memupuk
pesefahaman antara pelbagai kaum dan menghilang sifat hormat-menghormati.
Tambahan lagi, sifat ketoleransi akan semakin hilang antara kedua-dua pihak.
Pegangan agama juga mudah goyah dan senang sesat disebabkan terikut-ikut budaya
asing yang berbuka. Di samping itu, kemungkinan akan timbulkan masalah
komunikasi antara pasangan dan ahli keluarga. Tindakan ini mungkin menyebabkan
pasangan tersebut akan kembali murtad dan anak-anak akan menjadi mangsa
perebutan di antara ibu dan ayahnya. Jika salah satu pasangan yang bukan muslim
akan lebih sukar untuk menerima sesetengah adat serta amalan yang mereka
lakukan. Contohnya, pasangan tersebut dari negara Barat lebih sukar menukar
amalan yang dikira sebahagian kehidupan mereka. Meminum arak, berzina, berpakai
pakaian yang kurang sopan dan berjudi adalah di antara amalan yang sukar
dihapuskan.
Tambahan lagi, masalah yang mungkin timbul berkaitan
dengan adat istiadat dan menyebabkan pasangan mengalami kesukaran untuk
menyesuai diri dengan adat istiadat paasangan mereka. Dari aspek masyarakat,
perkahwinan campur dapat mewujud masalah perbalahan kaum disebabkan oleh sikap
prejudis terhadap kaum lain. Jika terdapat halangan keluarga, keluarga pasangan
tidak setuju pasangan bertukar agama lain. Biasanya, masyarakat Melayu tidak
mengalakkan anak mereka berkahwin dengan bangsa lain seperti India kerana
sering didera atau dipukul. Mereka akan menghalang anak-anak mereka berpegang
agama Islam. Justeru, masyarakat Melayu lebih suka membina hubungan erat dalam
kelompok mereka sendiri.
Dari aspek negara, banyak pasangan yang baru memeluk
agama Islam dan akhirnya terjerumus kembali dalam kesefahaman dan kepercayaan
lama. Akibatnya, banyak kes perkahwinan campur yang berakhir dengan perceraian kerana
kurang kefahaman perkahwinan dan keengganan untuk berubah sikap. Justeru, kadar
perceraian semakin meningkat dan menyebabkan kes masalah sosial dari kalangan
pemuda yang mempunyai latar belakang keluarga yang tidak sempurna.
5.0 Kesimpulan
Perkahwinan campur kini merupakan isu yang sering kita dengar
dalam kalangan masyarakat Malaysia. Namun begitu, masyarakat secara umumnya
masih sangsi dengankeberkesanan penyatuan dua budaya yang berbeza sama ada dari
segi bangsa atau agama. Pandangan masyarakat yang skeptikal dan masih
berfikiran tertutup juga menyumbang kepada kesukaran pasangan dalam perkahwinan
campur dalam menjalani hidup seharian.
Masyarakat muslim di Malaysia sendiri sering
beranggapan bahawa golongan bukan Muslim yang memeluk Islam hanyalah semata-
mata untuk perkahwinan sekali gus melemahkan semangat saudara baru ini untuk
lebih mendalami Islam. Tekanan dari pihak sekeliling juga menjadi penyumbang
mengapa kadangkala saudara baru seagama ini kembali kepada kepercayaan lama
sekali gus membawa kepada keruntuhan perkahwinan dan kemusnahan unit keluarga.
Pihak berkuasa juga memainkan peranan dalammemastikan
perkahwinan campur antara kaum atau agama akan berjaya. Saluran-saluran bantuan
untuk tujuan tersebut tidak diwar-warkan secara luas mengakibatkan ramai
pasanganyang menjadi tawar hati untuk meneruskan perkahwinan campur. Dalam
memupuk keharmonian antara semua kaum di Malaysia, harus wujud sikap memahami
dan bertolak ansur dalam diri masing-masing. Kegagalan sesebuah perkahwinan campur
tidak seharusnya dijadikan faktor prejudis dan sterotaip terhadap sesuatu kaum.
Kerjasama dari semua pihak perlu dalam menjayakan perpaduan di Malaysia melalui
perkahwinan campur.
No comments:
Post a Comment