Kemenangan besar Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-11 (PRN-11) pada sabtu
lalu disambut meriah oleh penyokong parti-parti komponen itu seluruh negara.
Kemenangan 72 buah kerusi Dewan
Undangan Negeri adalah jumlah yang cukup besar dan menghukum keangkuhan
parti-parti pembangkang yang merasakan mereka selesa untuk menambah kerusi
dalam pilihan raya itu.
Analisis dan congakan terdekat
sebelum ini memberi gambaran Barisan Nasional akan dapat meraih sekurang-kurangnya
70 kerusi, namun lima kerusi DAP yang hilang baru-baru ini menunjukkan terdapat
strategi luar biasa yang digunakan oleh pemimpin Sarawak kali ini iaitu Tan Sri
Adenan Satem untuk memenangi hati pengundi Sarawak.
Strategi pertama ialah menggunakan
faktor Adenan untuk mendapatkan undi. Keinginan mahu mendapat kemenangan
menguatkan semangat beliau untuk melakukan usaha meraih seberapa banyak undi
sehingga meranapkan impian Pas dan Amanah, parti anak-beranak yang bercita-cita
mengembangkan pengaruh di negeri itu. Di samping kempen, Adenan juga mengambil pendekatan
mengekang kemasukan pemimpin-pemimpin parti pembangkang dari Semenanjung
Malaysia melalui sekatan imigresen. Justeru, pengundi tidak dapat menerima
maklumat secara langsung daripada pimpinan parti.
Kedua, seperti mana pilihan raya
kecil, kempen di Sarawak menggunakan pelbagai pendekatan dari agensi kerajaan seperti
mempercepatkan sesuatu projek pembangunan. Ketika inilah pengundi mudah melihat
pergerakan calon pemimpin kawasan mereka yang begitu ramah dan sangat mesra.
Mungkin ada sesetengah kawasan itulah kali pertama dan terakhir menteri atau
timbalan menteri datang ke kawasan mereka. Walaupun ada persepsi yang melihat projek
sesebuah kementerian sebagai memancing undi ketika pilihan raya, ia sebenarnya
sebuah projek yang sedia ada cuma dipercepatkan sebagai sebahagian daripada
strategi pilihan raya.
Ada juga kawasan parkir diperkemaskan
waktu ini walaupun lima enam bulan lepas baru sahaja ditar.
Ketiga, polisi awam. Ia ada kaitan
dengan kehilangan undi Cina yang tidak bersama kerajaan. Tanpa bersama kerajaan,
etnik Cina Sarawak dipinggirkan kerana suara mereka tidak diberi perhatian.
Justeru, PRN-11 ini sebagai taktik untuk masyarakat Cina meraih kembali perhatian
kerajaan terhadap keperluan mereka. Peralihan lima kerusi DAP kepada Barisan Nasional
dan peningkatan jumlah undi Cina di beberapa kawasan mungkin menjelaskan
keadaan ini.
Sarawak sudah mempunyai kerajaan sendiri yang dipilih oleh rakyat.
Masa hadapan negeri itu seharusnya tidak jauh berbeza dengan Semenanjung
Malaysia malah boleh bergerak seiring. Projek pembangunan yang dirancang harus
dapat memberi manfaat kepada rakyat Sarawak.
No comments:
Post a Comment