“Kita perlu marah untuk membuat satu perubahan dalam hidup”.
Saya sangat teruja mendengar syarahan profesor kali ini.
Penyampaian Profesor Ahmad Zaki A Bakar pagi ini menjadikan fikiran saya cerdas
dan hati saya berdebar-debar kerana kata-katanya begitu bertenaga dan menerobos
dinding minda saya.
Profesor Ahmad Zaki merupakan penulis novel Wira Persona Avatari
yang diterbitkan pada tahun 2000 oleh Utusan Publications & Distributors
Sdn Bhd. Novel ini juga memenangi anugerah sastera dan novel pilihan untuk
tingkatan dua.
Kamus Dewan memberikan definisi marah sebagai perasaan panas hati,
berang dan gusar. Cambridge Dictionary mentakrifkan marah sebagai having a strong feeling against someone who has behaved badly, making you want to shout at them or hurt them.
Dalam erti kata
lain, marah adalah sifat dalam diri yang terjadi kerana sesuatu sebab, sudah
tentu berlawanan dengan kehendak atau apa yang kita harapkan.
Akibat marah yang
negatif lebih mudah kita lihat dan rasa iaitu akhirnya pemarah jenis ini akan
mendapat bala atau penyakit. Ia mungkin dalam bentuk kecederaan, kerosakan
kekal atau kematian. Di segi jiwa, ia mendatangkan kehinaan atau celaan.
Namun, kesan
marah yang positif adalah lebih baik dan berbekas kerana ia menyerlahkan
potensi dan kehebatan diri. Marah jenis ini membangkitkan ghairah, mendorong
dan mendesak untuk bertindak.
Contohnya, marah
kerana dicabar menjadikan jiwa orang muda bergelora, menjadikan jiwa pemuda
resah dan fikiran pemimpin kembali cergas.
Keadaan dimarah
atau kena marah sentiasa berlaku dalam hidup kita.
Jadi,
marah...lah.
No comments:
Post a Comment