Sunday, January 22, 2012

Cara hidup sihat





Beberapa hari lepas, saya menziarahi seorang saudara yang terlantar sakit di rumahnya. Dia bukan menghidap satu penyakit sebaliknya beberapa penyakit. Pertama, angin ahmar yang menyebabkan kedua-dua belah tangannya sukar digerakkan. Hendak memegang segelas air pun sangat sukar.

Kedua, kegagalan fungsi buah pinggang. Pemeriksaan doktor mendapati kedua-dua buah pinggangnya telah mengecut, kesan daripada pengambilan ubat tahan sakit yang terlalu lama iaitu menjangkau 16 tahun. Akibatnya ialah organ penting dalam badan menghadapi kompilasi yang boleh memudaratkan kesihatan diri.

Ketiga, gout. Punca gout kerana makan ubat tidak dipreskripsi oleh ahli farmasi. Ubat ini dibeli di kedai ubat. saja Tambahan pula semasa muda, dia suka makan makanan laut. Setiap kali sakit lutut, dia akan mencari ubat gout.

Pelbagai penyakit muncul ketika usia emas banyak berpunca daripada cara hidup ketika muda. Bagi golongan muda, menjaga makan, membuat aktiviti kecergasan diri dan mengekalkan cara hidup sihat adalah sangat penting.