Tuesday, March 22, 2011

Pasangan bahagia

Semua orang suka hati apabila bercerita tentang menempuh alam perkahwinan dan menjadi raja sehari. Masing-masing ada kecenderungan dan cita rasa yang berbagai-bagai. Firman Allah swt dalam surah An-Nisa’ ayat 34 yang bermaksud, ‘Kaum lelaki (suami) adalah pemimpin bagi kaum wanita (isteri) oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian daripada mereka atas sebahagian yang lain dan disebabkan kerana mereka (para suami) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka. Sebab itu, isteri yang solehah ialah yang taat kepada Allah, memelihara diri ketika suami tiada dan kerana Allah telah memelihara mereka.’

Zaman bercinta adalah zaman paling indah. Apakah dengan bercinta, kita telah menemui isteri atau suami yang soleh atau solehah? Belum tentu kerana banyak kriteria untuk mencari calon yang soleh dan solehah ini. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud, ‘Dunia adalah hiasan dan hiasan yang terbaik ialah isteri yang solehah.’

Walaupun Rasulullah saw menyebut wanita, lelaki juga boleh dikiaskan dengan maksud yang sama. Wanita solehah untuk lelaki soleh, lelaki soleh untuk wanita yang solehah.

Suami akan bahagia jika mendapat isteri yang tidak banyak kerenah dan menyelesaikan masalah bersama-sama. Andai kita dipertemukan dengan pasangan yang bermasalah, kita bukannya bertemu atau dipertemukan dengan pasangan yang salah tetapi sebenarnya kitalah yang menjadikan diri kita pasangan yang salah.

No comments:

Post a Comment