Orang yang cemerlang dan berjaya sentiasa menyiapkan diri dengan ilmu pengetahuan, tidak jemu dengan belajar dan gigih berusaha.
Sifirnya mudah iaitu orang yang jelas dengan apa yang dimahukan akan berusaha mendapatkannya.
Sesuatu yang diingini biasanya agak sukar tetapi tidak mustahil untuk dicapai. Sifat sukar di sini adalah pelbagai bentuk seperti kos, masa, tenaga dan semangat.
Orang yang cemerlang memahami apa yang mesti dilakukan, tahu tanggungjawab dan prosedur supaya strategi cemerlang tadi dapat diraih.
Orang yang cemerlang juga amat memahami diri mereka, keupayaan mental dan fizikal serta mengetahui kelemahan dan kelebihan diri secara terperinci.
No comments:
Post a Comment