Tuesday, October 12, 2021

Tingkatkan daya imaginasi dan kreativiti anak


Salah satu tanggungjawab ibu bapa remaja dan dewasa ialah pengetahuan untuk merangsang perkembangan otak anak-anak. 

Secara prinsip, anak yang dilahirkan memiliki otak yang aktif untuk diisi dengan input yang bernas. Ia umpama kanvas putih yang boleh dilakar dengan pelbagai rupa dan cara. 

Terdapat banyak cara untuk merangsang otak anak-anak seperti bercakap-cakap sejak anak dilahirkan. 

Gunakan masa mandi, tukar lampin, membuai dan mendukung untuk berinteraksi. Perbuatan bercakap-cakap ini akan merangsang otak dengan baik. 

Kemudian, kerap bertanya untuk tahu sejauh mana pengetahuan anak. Tanya tentang benda atau objek di sekitar. 

Jika tidak tahu, beritahu supaya mereka ingat. 

Seterusnya pilih permainan yang sesuai dengan tahap umur seperti menyusun gambar, warna, bentuk atau gubahan supaya daya imaginasi dan kreativiti anak-anak terus berkembang.


No comments:

Post a Comment