Saturday, October 02, 2021

2 tip ke arah mentaliti positif



Bersedia membentuk mentaliti positif adalah langkah awal untuk memulakan perubahan kerektor, penampilan diri atau cara kita berurusan dengan orang lain. 

Terdapat beberapa tip untuk membentuk mentaliti positif ini. Petama, terima dan hormati diri sendiri. Terima maksudnya adalah redha dengan kelebihan dan kekurangan diri. 

Ada orang yang beranggapan wajahnya tidak cantik tetapi orang yang lahir tanpa penglihatan (buta) lebih bersyukur kerana Allah swt memberinya sebuah kehidupan untuk dinikmati. 

Kedua, lihat masalah, krisis dan konflik sebagai peluang memulakan perubahan. Masalah adalah normal tetapi masalah yang baik adalah masalah yang melonjakkan pemikiran masa hadapan. 

Jadikan pengalaman lampau sebagai pengajaran dan masa hadapan sebagai tempat bergantung pada hari ini.


No comments:

Post a Comment