Wednesday, October 06, 2021

Banyakkan belajar daripada kesilapan


Kehidupan tanpa masalah bukanlah namanya kehidupan kerana hidup dan masalah adalah rakan kembar. 

Menghadapi apa juga masalah adalah peluang keemasan untuk belajar, tambah pengalaman dan membaharui azam. 

Masalah mencabar kita membaiki keadaan, tindakan dan belajar membuat keputusan yang bijak. Masalah memerlukan kita untuk berfikir dan berusaha bersungguh-sungguh. 

Kata orang bijak pandai, “Seseorang juara melakukan lebih banyak kesalahan daripada yang kalah”. 

Sebenarnya kita lebih banyak belajar daripada kesilapan dan kesalahan. Namun, apabila sekali mendapat kejayaan, kita merasakan susah payah sebelum itu terasa amat mudah. Ingat, kita mendapat hasil daripada apa yang kita usahakan.


No comments:

Post a Comment