Sunday, October 03, 2021

Kekalkan mental yang sihat


Dalam perubatan, terdapat satu istilah yang agak kerap didengari dalam hidup masyarakat moden iaitu kesihatan mental. Kesihatan mental bukan sahaja berkait dengan cara kita makan, malah dipengaruhi oleh cara berfikir kita. 

Sekiranya pemikiran kita menjurus ke arah positif, optimis dan kreatif, anggota badan turut terikut-ikut dan memberi respon yang positif dengan kesihatan diri dan keseimbangan emosi. 

Banyak cara untuk mengekalkan kesihatan mental yang stabil dan harmoni seperti mengurangkan tekanan hidup, tidur yang cukup, kerap membuat kebajikan dan kebaikan, pilih tabiat makanan yang betul, sambung belajar dan selalu membaca al-quran. 

Hidup dalam cabaran perlukan penjagaan kesihatan mental dan fizikal yang sempurna supaya kita dapat hidup dengan bahagia.


No comments:

Post a Comment