Monday, February 26, 2018

Statistik BR1M 2012-2018








Seramai 7.2 juta orang rakyat Malaysia yang layak menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) hari ini. Peruntukan untuk BR1M 2018 melibatkan RM6.3 bilion, suatu jumlah yang besar.


Impak BR1M tahun ini ialah merangsang pertumbuhan ekonomi negara melalui peningkatan kuasa membeli pengguna yang rata-ratanya berpendapatan rendah.

BR1M mula diperkenalkan pada tahun 2012 dengan bantuan sebanyak RM500, dinaikkan kepada RM1000 pada 2016 dan RM1200 pada 2017. Ia merupakan satu bentuk subsidi bersasar untuk golongan berpendapatan rendah. Statistik penerima BR1M sejak tahun 2012 adalah seperti berikut.


                                      Statistik penerima BR1M, 2012-2018

_________________________________________________________
Tahun                     2012    2013    2014    2015    2016    2017    2018
_________________________________________________________
Jumlah                    2.0        2.9       3.6       5.3       5.9       6.8       6.3 
(RM bilion) 
Penerima (juta)       4.1        6.8       6.9       7.4       7.4        7         7.2 
_________________________________________________________



Dalam BR1M 2018, penerima terdiri daripada isi rumah yang berpendapatan kurang RM3000 yang menerima RM1200, isi rumah berpendapatan RM3001 hingga RM4000 menerima RM900. Seterusnya individu bujang dengan pendapatan bawah RM2000 menerima RM450.

Perbelanjaan dapat dilakukan dalam tempoh sebulan ini dan merangsang pertumbuhan ekonomi negara dalam tempoh yang singkat. Orang ramai akan membuat pembelian di kedai-kedai seluruh negara, permintaan untuk pelbagai barangan meningkat, peraih dan peruncit tidak menang tangan untuk memesan produk mereka.

Inilah bentuk kitaran ekonomi yang bakal dilihat selepas BR1M dilancarkan. Ia merupakan matlamat serampang dua mata iaitu merangsang ekonomi dan menjadi strategi popular dalam meraih undi politik.

Walau bagaimanapun, dalam jangka masa panjang, strategi ini tidak dapat bertahan lama. Kerajaan perlu memberi tumpuan kepada pendidikan dan meningkatkan kemahiran rakyat yang berpendapatan rendah ini supaya mereka berupaya berdikari dan dapat keluar daripada kelompok sasar BR1M.

1 comment: