Melanjutkan
pelajaran di universiti merupakan ukuran kemampuan seseorang untuk mengubah
kehidupan sedia ada. Pejuang Pembebasan Afrika Selatan, Nelson Mendela pernah
berkata “Education is the most powerful
weapon which you can use to change the world”.
Tidak
syak lagi pendidikan adalah alat paling berkesan untuk mengubah kehidupan
sesebuah bangsa.
Di
Malaysia, pendidikan merupakan satu wadah yang telah diberi perhatian besar
oleh kerajaan untuk mengubah dan menambah baik kehidupan rakyat. Keadaan ini dapat
kita lihat apabila terdapat pelbagai jenis sekolah yang telah diberi bantuan
dari semasa ke semasa untuk mencari pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan
tetapi memiliki tahap pendidikan yang sangat baik melalui saringan peperiksaan
utama seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah.
Kewujudan
sekolah-sekolah bantuan kerajaan yang dikenali sebagai Sekolah Berasrama Penuh
ataupun Maktab Rendah Sains Mara adalah memberi tumpuan kepada kepada
pelajar-pelajar luar bandar dan berbakat untuk meneruskan pendidikan mereka
seterusnya dapat mengubah kehidupan keluarga mereka.
Perkembangan
pendidikan tinggi di Malaysia telah berkembang dan meluas. Hari ini sahaja
terdapat 20 buah Universiti Awam di Malaysia di samping beratus-ratus
buah Universiti Swasta. Para pelajar yang berada di sekolah menengah
rata-ratanya telah pun mendapat laluan pendidikan mereka sendiri.
Pelajar-pelajar
di peringkat sekolah menengah boleh memilih institusi pendidikan tinggi
mengikut minat dan kecenderungan masing-masing.
Para
pelajar yang tidak cemerlang dalam peperiksaan tetapi memiliki bakat dan
kemahiran dalam bidang teknikal, mereka boleh memilih untuk meneruskan
pengajian mereka di kolej komuniti, politeknik ataupun ataupun kolej-kolej
universiti swasta yang menawarkan bidang teknikal dan kemahiran.
Pendek
kata, peluang pendidikan di Malaysia sangat luas dan ia bergantung kepada sama
ada seseorang itu hendak ataupun tidak meneruskan pengajian mereka.
Dalam tempoh lima tahun sahaja, terdapat perubahan kemahiran yang ketara
dalam dunia pendidikan global. Perubahan ini adalah tindak balas sistem
pendidikan ke atas kegagalan sekolah dan institusi pendidikan tinggi
menyediakan pelajar untuk memenuhi pasaran kerja dan menguruskan
kehidupan. Justeru, pendidikan hari ini perlu memberi tumpuan kepada menambah
baik inovasi pelajar. Membaiki inovasi bermaksud usaha-usaha mendidik pelajar
menjadi inovatif kepada memperkenalkan pendidikan inovasi bagi meningkatkan kaedah
pembelajaran pelajar.
Dalam usaha
mendidik pelajar sebagai persediaan bekerja dalam bidang pekerjaan yang tidak
wujud, kita wajar melengkapkan mereka dengan kemahiran bertanya soalan yang
betul, menganalisis jawapan yang diterima dengan cara mengenal pasti dan
menjangkakan soalan serta menyediakan formula kepada soal jawab. Melalui cara
ini, pelajar dibantu untuk menjana minda terbuka, keinginan untuk mengetahui
dan ketangkasan berfikir. Perbezaan kemahiran tahun 2015 dan tahun 2020 adalah
seperti berikut.
2015
1. penyelesaian
masalah yang kompleks
2. bergandingan
dengan orang lain
3. pengurusan
perorangan
4. pemikiran
kritikal
5. perundingan
2020
1. penyelesaian
masalah yang kompleks
2. pemikiran
kritikal
3. kreativiti
4. pengurusan
perorangan
5. pengalaman
bersama orang lain
Teknologi
memberi cabaran dan penyelesaian terhadap kehidupan kita. Namun teknologi
bukanlah pengganti kepada pengalaman kemanusiaan. Teknologi menjadi hebat
apabila ia menjadi pelengkap dan menambah nilai kepada kemanusiaan.
Teknologi tidak
lagi bernilai jika tidak dapat memberi idea dalam kehidupan manusia. Kebanyakan
pelajar kita memberi tumpuan kepada perkara-perkara kecil terhadap pengalaman
kemanusiaan. Melalui latihan dan soalan untuk menyelesaikan masalah sebenar hidup,
kita harap dapat mengisi jurang ini.
Peluang mendapat pendidikan
merupakan rahmat terbesar setiap rakyat Malaysia. Pelajar di bandar atau luar
bandar berpotensi menjejakkan kaki ke universiti jika mereka tahu bagaimana
mendapat peluang ini.
Dasar pendidikan yang sentiasa memperkasa potensi setiap pelajar merupakan langkah penting dalam program intervensi sosial yang menjadikan masyarakat Malaysia bebas keciciran dan kemiskinan. Namun, peluang yang lebih luas diberikan kepada pelajar luar bandar dan golongan minoriti supaya mereka dapat melakukan perubahan dalam kalangan keluarga sendiri.
Dasar pendidikan yang sentiasa memperkasa potensi setiap pelajar merupakan langkah penting dalam program intervensi sosial yang menjadikan masyarakat Malaysia bebas keciciran dan kemiskinan. Namun, peluang yang lebih luas diberikan kepada pelajar luar bandar dan golongan minoriti supaya mereka dapat melakukan perubahan dalam kalangan keluarga sendiri.
Justeru, sejak merdeka, generasi yang berumur 40-an pada hari ini tidak lagi
mewarisi pekerjaan ibu bapa di kampung sebagai petani atau penoreh getah.
Rata-ratanya telah berpindah ke bandar untuk mencari peluang hidup yang lebih
baik kerana pemikiran, sikap dan pandangan mereka terhadap kehidupan telah
berubah, tidak lagi melihat dunia ini berlegar-legar di kampung.
No comments:
Post a Comment