Muhammad Haziq Zainal, Muhammad Islamuddin Amran,
Muhammad
Hisyamuddin Ghazali, Rahmat Rosli, Mohamad Amirul Hafizi Rusli
1.0 Pengenalan
Menurut Kamus Dewan Bahasa, perkataan
tamadun membawa erti kemajuan, kebudayaan dan peradaban. Manakala, perkataan
tamadun adalah berasal dari perkataan Arab maddana, yang bermaksud
pembukaan bandar atau masyarakat yang mempunyai kemajuan dari segi lahiriah dan
rohaniah. Bagi masyarakat Barat, tamadun membawa maksud sesuatu bangsa atau
negara yang memiliki pencapaian yang cemerlang atau maju dari aspek sains dan
teknologi. Tamadun dalam bahasa Latin iaitu civitas memberi
maksud bandar atau kota.
Setiap tamadun di seluruh dunia
mengalami kemerosotan disebabkan punca tertentu. Menurut Ibn Khaldun, sesebuah
tamadun dapat disamakan dengan usia seorang manusia. Beliau membahagikan kadar
tempoh peradaban kepada empat generasi, iaitu generasi pengamal, generasi pengikut,
generasi pemilihara tradisi dan generasi permusnah.
1.1 Objektif Kajian
1. Menyenaraikan ciri-ciri tamadun.
2. Menyatakan punca-punca kemerosotan
tamadun.
3. Menyenaraikan perbezaan punca-punca
kemerosotan antara tamadun Islam dan Barat.
2.0 Sorotan Literatur
2.1 Pegenalan Kepada Kerajaan Bani
Umayyah
Khalifah Islam berasaskan
perwarisan pertama selepas kewafatan Nabi Muhammad saw. Kerajaan ini
terdiri daripada keluarga kaum Quraish Makkah.
Kerajaan Bani Umayyah ini berkuasa dari tahun 661 masihi sehingga
tahun 750 masihi.
Ironiknya kaum Bani Umayyah sebelum ini pernah menjadi musuh ketat Islam
seperti Abu Sufyan sebelum mereka memeluk Islam.
Asal nama kerajaan Bani Umayyah adalah
mengambil nama sempena nama datuk Muawiyah, pengasas kerajaan ini
iaitu Umayyah bin Abdul Syams, seorang pemimpin kaum Quraish yang
kaya dan berpengaruh.
Bani Umayyah merupakan kerajaan yang
tertubuh selepas kematian Saidina Ali Ibn Abi Talib pada 661 masihi dan sumpah
ikrar atau bai’ah yang telah diangkat oleh Hasan Ibn Ali
terhadap Muawiyah Ibn Abu Sufyan. Muawiyah Ibn Abu Sufyan merupakan khalifah
pertama bagi kerajaan Bani Umayyah. Nama kerajaan ini diambil bersempena dengan
nama keturunan Bani Umayyah iaitu Umayyah Ibn Abdu Syams Ibn Abdu Manaf. Namun,
kerajaan ini juga mengalami krisis serta berakhir disebabkan kekangan yang
berlaku dalam kerajaan Bani Umayyah.
Kuasa Bani Ummaiyyah berpusat kepada
jajahan Byzantian di Syria dan mengekalkan pegawai tempatan yang bukan muslim
sebagai pentadbir. Bani Ummaiyyah turut memusatkan usaha mereka ke arah
menguasai Mediterranean dan menakluk Konstentinopal. Banyak penaklukan dan
pembukaan wilayah baru dibuat semasa pemerintahan kerajaan Bani Ummaiyyah.
Tentera Muslim berjaya
menakluk Afrika Utara dan Iran pada lewat tahun 600-an,
mengembangkan empayar Islam daripada Semenanjung Iberia di barat
sehingga India di
timur. Tentera Ummaiyyah pimpinan Tariq ibn Ziyad menyeberangi Selat Gibraltar dan
menubuhkan pemerintahan di Semenanjung Iberia (Sepanyol) sementara baki tentera
Islam yang lain menubuhkan pemerintahan di Sind, India (https://ms.wikipedia.org).
2.2 Kemerosotan Kerajaan Bani Umayyah
Kemerosotan kerajaan Bani Umaiyyah
terbahagi kepada dua iaitu faktor dalaman dan faktor luaran. Antara faktor
dalaman yang menyebabkan kejatuhan kerajaan Bani Umaiyyah ialah pertikaian
sesama sendiri ketika pelantikan khalifah. Pertikaian ketika pelantikan
khalifah membayangkan krisis yang berlaku di peringkat pucuk pimpinan. Sikap
mahu melantik anak sendiri sebagai pengganti menyebabkan berlakunya persaingan
tidak sihat dalam kalangan pemimpin. Empat orang daripada 14 khalifah melantik
anak sendiri menjadi pengganti iaitu Muawiyah, Yazid, Marwan I dan Abdul Malik.
Rasa tidak puas hati dengan pucuk pimpinan yang tidak disalurkan dengan baik
menyebabkan berlaku penentangan oleh rakyat sendiri (http://www.ismaweb.net/2015/11/tarbiyyah).
Selain itu, penentangan oleh syiah,
khawarij dam sebagainya juga adalah punca kejatuhan Kerajaan Bani
Umaiyyah. Syiah merupakan salah satu parti yang banyak
memberikan kerajaan Umayyah cabaran dalam mempertahankan kerajaan tersebut.
Syiah merupakan penyokong keluarga Ali Ibn Abi Talib dan mereka menganggap
sesiapa yang memegang jawatan khalifah dan bukan berasal daripada keturunan Ali
adalah perampas kuasa. Pemberontakan parti pembangkang syiah adalah berpunca
daripada kematian Hussein Ibn Ali Ibn Abi Talib dan keluarganya dan hal ini
menyebabkan bermulanya siri pemberontakan yang melemahkan kuasa Umayyah.
Pemberontakan pertama yang dibuat oleh
syiah adalah selepas perang Karbala pada 61 hijrah. Syiah menjadi sangat
terkenal semasa pimpinan al-Mukhtar al-Thaqafi sehingga dikenali sebagai kaysaniyyah.
Konsep kaysaniyyahmempunyai konsep yang berbeza dengan konsep
sunnah iaitu mereka sangat fanatik dan bercanggah dengan ajaran Islam. Hal ini
kerana percaya bahawa Imam Mohamad Ibn al-Hanafiyya tidak meninggal dunia dan
dia telah tinggal di bukit yang berdekatan Madinah dan akan datang kembali bagi
mengetuai penyokong-penyokongnya.
Parti pembangkang khawarij pula dikenali
kumpulan yang telah berpecah daripada (kharaju) tentera khalifah Ali dalam
perang Siffin dan menarik balik pengiktirafan mereka terhadap Ali sebagai khalifah
dan menafikan tuntutan Muawiyah. Khawarij menolak konsep syiah berkaitan dengan
perlantikan khalifah dan menganggap sesiapa yang layak boleh dilantik menjadi
khalifah dan mereka juga mencipta konsep mereka sendiri. Punca khawarij juga
menentang Umayyah adalah kerana sistem pelantikan khalifah yang berdasarkan
sistem warisan. Pemberontakan mereka telah bermula sejak zaman khalifah
Muawiyah dan pemberontakan yang paling memberi impak yang besar adalah semasa
pemerintahan khalifah Marwan II di Kufah.
Seterusnya, satu parti baru
diperkenalkan selepas pemberontakan di Yemen yang dikenali sebagai ibadiyyah.
Mereka percaya pada konsep yang sama dengan khawarij berkenaan dengan
perlantikan khalifah sebagai ketua negara tetapi mereka berbeza dalam beberapa
ajaran yang lain. Ibadiyyah juga menganggap mereka adalah
berasingan daripada khawarij sedangkan pihak khawarij menganggap yang
sebaliknya. Aktivi dan siri pemberontakan yang dilakukan khawarij sedikit
sebanyak melemahkan institusi Umayyah dalam memerintah kerajaan (http://syajarahdunya.blogspot.my).
Faktor luaran yang menyebabkan kejatuhan
kerajaan Bani Umayyah ialah tekanan daripada kerajaan Bani Abbasiyyah. Kerajaan
Bani Ummaiyyah ditewaskan oleh kerajaan Bani Abbasiyyah selepas tewas
dalam perperangan pada tahun 750 masihi. Hal ini menyebabkan kebanyakan
kaum keluarga Bani Ummaiyyah dibunuh oleh tentera Abbasiyyah. Seorang waris
Bani Ummaiyyah iaitu Abd-ar-Rahman I mengambil pemerintahan Islam
di Andalusia dan menubuhkan Kerajaan Bani Ummaiyyah
Andalusia di sana(http://www.ismaweb.net/2015/11/tarbiyyah).
2.3 Pengenalan Kerajaan Bani Abassiyah
Kerajaan Bani Abbasiyyah ialah nama yang
diberi bagi khalifah Baghdad iaitu empayar kedua Islam selepas penyingkiran
pemerintahan kerajaan Bani Ummaiyyah. Kerajaan ini merampas kuasa pada tahun
750 masihi selepas mereka berjaya mengalahkan tentera Ummaiyyah dalam medan
peperangan.
Kerajaan ini berkembang selama dua kurun
tetapi secara perlahan-lahan mengalami zaman kejatuhan selepas kebangkitan
tentera berbangsa Turki yang mereka cipta. Kerajaan ini akhirnya berakhir pada
tahun 1258 masihi selepas Hulagu Khan iaitu seorang panglima tentera Mongol
menghancurkan Baghdad. Kerajaan ini berterusan dalam jangka masa yang agak
panjang iaitu kira-kira 500 tahun. Kerajaan Abbasiyyah telah diterajui oleh 37
orang khalifah yang kesemuanya daripada keturunan bapa saudara kepada Nabi
Muhammad saw iaitu al-‘Abbas bin ‘Abd Mutalib (http://zakwanhalim.blogspot.my).
Kerajaan ini mengekalkan sistem warisan
atau monarki yang menggunakan pemerintahan keturunan raja. Pusat kerajaan Bani
Abbasiyyah berpusat di Damsyik (Zulkiffly Ahmad, 2016).
2.4 Kemerosotan Kerajaan Bani Abassiyah
Faktor utama kejatuhan kerajaan Abbasiyyah
adalah disebabkan oleh kelemahan pemerintahnya sendiri. Hal ini dapat dilihat
apabila para pemerintahnya diperlakukan seperti boneka oleh bangsa Turki.
Selain itu, para khalifah Abbasiyyah pada zaman terakhir pemerintahan, mereka
lebih mementingkan kepentingan peribadi serta kehidupan yang mewah tanpa
mempedulikan rakyat di bawah pemerintahan mereka.
Pada zaman al-Muthadi (869 masihi),
timbul pemberontakan daripada kaum Zanj di bawah pimpinan Ali bin Muhammad. Di
Iraq, terdapat gerakan syiah danqaramitah yang dipimpin oleh Hamdan
Qarmat pada tahun 874 masihi. Gerakan ini berjuang untuk menjadikan wilayah
mereka sebagai zon merdeka. Lanjutan daripada gerakan qaramitah,
timbul pula gerakan hasyasyin di bawah pimpinan Hasan bin
Sabbah. Mereka membunuh para pembesar negara yang menjadi musuh mereka seperti
perdana menteri kerajaan Bani Seljuk di Baghdad dan Nizamul Muluk. Sebelum
berkuasa, kerajaan Bani Buwaih juga melakukan pemberontakan ke atas
pemerintahan Baghdad sehingga berjaya menguasainya.
Terdapat khalifah-khalifah Abbasiyyah
yang terlalu mengutamakan bangsa asing khususnya keturunan Turki dan Parsi.
Sebaliknya bangsa Arab kurang diberi perhatian. Bangsa Turki dan Parsi
diberikan jawatan-jawatan penting dalam pentadbiran negara. Keadaan ini
menimbulkan perasaan tidak puas hati bangsa Arab. Hal ini dapat dilihat apabila
Khalifah Al-Mu’tasim telah mencipta satu dasar yang melemahkan kerajaan
Abbasiyyah apabila beliau mengambil 50,000 orang Turki untuk menjadi askar
upahan dengan harapan untuk menjadikan mereka sebagai penyokongnya yang setia.
Apabila orang Turki ini menjadi pengawal istana, maka kedudukan mereka
bertambah kuat, lalu mereka mulai menguasai khalifah sehingga khalifah terpaksa
mengikut arahan mereka.
Apabila masuknya dominasi bangsa luar ke
dalam pusat pemerintahan Baghdad telah menyebabkan kedudukan khalifah sebagai
boneka. Akibatnya, para khalifah hanya berkuasa atas nama kerajaan Bani
Abbasiyyah tetapi urusan pemerintahan dikuasai oleh orang lain. Sejak awal,
khalifah Bani Abbasiyyah memasukkan unsur-unsur bukan Arab seperti unsur Parsi
dan Turki. Pada tahun 945-1055 masihi, kerajaan Bani Buwaih dari Parsi
menguasai Baghdad. Selanjutnya Bani Seljuk dari Turki pula menguasai
pemerintahan pusat di Baghdad.
Pada tahun 1258 masihi, Baghdad telah
jatuh ke tangan bangsa Mongol, ini bukan sahaja mengakhiri kekuasaan khalifah
Bani Abbasiyyah di sana, tetapi juga merupakan tanda awal kemunduran politik
dan peradaban Islam, kerana Baghdad merupakan pusat kebudayaan dan peradaban
Islam yang sangat kaya dengan khazanah ilmu pengetahuan itu lenyap dimusnahkan
oleh tentera Mongol yang dipimpin Hulagu Khan. Dalam kejadian itu, digambarkan
bahawa Hulagu Khan menyerang Baghdad dengan pasukan tentera yang sangat besar.
Jumlah tentera Mongol kira-kira seramai 200,000 orang. Oleh itu, tentera
Abbasiyyah tidak mampu menentang tentera Mongol lalu lari berkurung di dalam
kota.
Tentera Mongol terus mengepung kota
Baghdad selama 10 hari. Akhirnya, kota Baghdad jatuh ke tangan tentera Mongol.
Tentera Mongol memasuki kota Baghdad dan membunuh sesiapa sahaja yang mereka
temui. Segala peradaban Islam yang terbina di Baghdad telah dihancurkan. Segala
kitab yang dihasilkan oleh sarjana-sarjana Islam telah dikumpulkan dan dibuang
ke dalam Sungai Dujlah sehingga airnya menjadi hitam (kerana dakwat daripada
tulisan kitab-kitab itu (http://zakwanhalim.blogspot.my).
2.5 Pengenalan Kerajaan Turki Uthmaniah
Menurut laman
web http://koleksi-nota-sejarah.blogspot.my, kerajaan Turki Uthmaniyyah
telah ditubuhkan pada abad ke-13 oleh sultan yang pertama iaitu Sultan Uthmani. Nama kerajaan Uthmaniyyah diambil sempena nama nenek
moyang mereka yang pertama iaitu sultan Uthmaniyyah Ibn Sauji Ibn Artugrul Ibn
Sulaiman. Pada tahun 1526, sebagian besar wilayah Hungary telah dikuasai oleh
kekuasaan Turki Uthmaniah. Pada akhir abad ke-17, kelemahan kerajaan Uthmaniyah
mulai terserlah ekoran daripada masalah dalaman seperti kelemahan pemerintah,
masalah birokrasi, ketenteraan, kelemahan sistem pendidikan dan pengenalan
undang-undang barat.
2.6 Kemerosotan Kerajaan Turki
Uthmaniyyah
Bermula kurun ke-17 masihi,
sultan-sultan yang menaiki takhta mempunyai keperibadian yang lemah dan hanya
mementingkan kemewahan dan tunduk kepada hawa nafsu. Selepas kematian Sultan
Sulaimen 1 pada tahun 1566, ramai sultan tidak sekuat sultan-sultan terdahulu.
Antaranya ialah Sultan Mustafa I (1617), Uthman II (1617-1621), Murad IV
(1622-1640) dan sebagainya. Contohnya Sultan Uthman ke-II yang menaiki
takhta ketika baru berumur 13 tahun. Baginda hanyalah boneka dan kuasa
pemerintah terletak di tangan golongan elit Turki. Sultan hanya menurut
kehendak golongan tersebut yang berkepentingan peribadi. Sepanjang
pemerintahannya selama setahun empat bulan penggantian perdana menteri telah
berlaku sebanyak tujuh kali.
Selain itu, kelemahan juga dapat dilihat
semasa Sultan Murad V. Beliau telah dinaikkan oleh golongan Freemason (sebuah
pertubuhan Yahudi) dan hanya sempat memerintah selama 93 hari kerana penyakit
gila akibat terlalu takut. Beliau takut melihat kematian sultan sebelumnya
iaitu Sultan Abdul Aziz yang mati dibunuh. Selain itu beliau adalah seorang
yang mudah tertipu dan merupakan seorang kaki arak dan tidak berwibawa.
Seringkali berlaku perebutan kuasa antara keluarga raja menyebabkan politik
menjadi tidak stabil dan berada dalam ketegangan
Disiplin ketenteraan mulai longgar
apabila pasukan tentera tidak lagi tinggal di dalam kem dan bergaul dengan
masyarakat seperti dibenarkan berkahwin dan membuat kerja sampingan tertutama
berniaga malah ada yang terlibat dengan aktiviti tidak bermoral seperti minum
arak, rasuah dan sebagainya. Janissaritidak lagi menjadi pasukan
elit yang padu dalam kesetiaan kepada sultan, tetapi memupuk minat terhadap
tanggungjawab luaran mereka dan seringkali kekurangan latihan ketenteraan.
Selain itu, pasukan khas ini sering memberontak terhadap sultan.
Dari sudut sosial, proses tanzimat telah
mewujudkan banyak sekolah sekular menggantikan sekolah yang berpendidikan
Islam. Pendidikan sekular ini tertumpu kepada karya sastera tertentu, arena
persuratan berkembang maju dan terjemahan daripada fiksyen Barat.
Malahan sistem pendidikan telah disusun
semula. Pada 1866, Kementerian Pelajaran Umum ditubuhkan untuk menyelia sekolah
sekular. Maka, sekolah sekular mula tumbuh seperti cendawan di Turki. Malahan
negara Barat juga mengambil peluang ini untuk menyerapkan pendidikan mereka
melalui beberapa institusi pendidikan. Situasi ini makin menggalakkan penerapan
idea nasionalisme, kapitalisme, imperialisme terhadap masyarakat sehingga
menyebabkan sentimen perkauman semakin menebal dan akhirnya idea-idea Barat ini
telah menjatuhkan kerajaan Islam tersebut.
Malahan, pengenalan undang-undang Barat
juga telah dibawa masuk ke Turki yang telah mengetepikan undang-undang Islam
yang diguna pakai selama ini. Pada tahun 1869, Menteri Kehakiman Turki
Uthmaniyah telah menubuhkan mahkamah sekular yang mengehadkan bidang kuasa
Mahkamah Syariah. Hal ini merupakan petanda masyarakat mula lebih memandang
dunia dan mengetepikan undang-undang Islam yang mendorong kejatuhan kerajaan
Islam tersebut (http://constantinople97.blogspot.my).
2.7 Pengenalan Tamadun Yunani
Menurut laman web (http://www.academia.edu),
tamadun Yunani berkembang di semenanjung Greece dan pulau-pulau di
sekitamya yang di kelilingi oleh Laut Aegean dan Laut Mediterranean.
Negara ini dikenali sebagai asal usul ketamadunan Barat. Tamadun Yunani juga
mempunyai sejarah yang kaya dan tersebar di tiga benua.
Tamadun Yunani bermula
dengan pembentukan petempatan manusia yang dikenali sebagai negara kota
atau polis. Negara kota terbentuk hasil gabungan beberapa buah kampung dan
bandar pada sekitar tahun 1000-800 sebelum masihi
(http://oursejarah.blogspot.my). Terdapat banyak negara kota pada zaman Yunani
dan setiap negara kota mengandungi sebuah kota yang di kelilingi oleh kawasan
pertanian dan di dalam kota terdapat pasar, kubu, kuil dan istana. Walaupun terdapat
banyak negara kota di Yunani tetapi yang paling menonjol ialah Athens,
Sparta dan Corinth. Ketiga-tiga negara kota tersebut terletak berhampiran
dengan Laut Mediterranean. Setiap negara kota memiliki corak pemerintahan dan
undang-undang tersendiri selain turut memiliki beberapa tuhan. Masyarakat dalam
setiap negara kota itu sentiasa bersatu padu, walaupun begitu, peperangan
sering berlaku antara negara kota tersebut.
2.8 Kemerosotan Tamadun
Yunani
Bangsa Yunani telah mencapai
kegemilangan menerusi penghayatan tradisi keilmuan yang tinggi. Namun tradisi
keilmuan semata-mata tanpa penekanan yang sewajarnya diberikan kepada soal
penghayatan nilai-nilai murni tidak mungkin kegemilangan tersebut dapat
bertahan lama. Masyarakat Yunani walaupun berilmu, namun mereka gagal dari segi
penghayatan dan amalan ilmu. Secara dasarnya mereka mengakui bahawa ilmu perlu
selari dengan akhlak, namun dari segi akhlak adalah sebaliknya.
Perpecahan dalam kalangan masyarakat
juga menjadi fakator dalam membantutkan perkembangan tamadun. Sebagai contoh,
rampasan kuasa berlaku akibat pemerintahan zalim dengan kuasa digunakan
sewenang-wenangnya oleh diktator pemerintah berkuasa mutlak. Rampasan kuasa
disokong oleh golongan biasa tetapi ditentang oleh golongan aristokrat. Inilah
yang menyebabkan masyarakat Yunani berpecah belah.
Ketidakadilan yang berlaku seperti
wujudnya jurang perbezaan yang ketara antara golongan kaya dan golongan miskin.
Jurang pemisah ini membawa kepada kemerosotan tamadun Yunani apabila golongan
hamba abdi yang hidup melarat ditindas dan dikerah untuk mengusahakan tanah
golongan berharta. Disebabkan itu, telah berlaku pemberontakan dalam kalangan
masyarakat bawahan (http://oursejarah.blogspot.my).
2.9 Pengenalan Tamadun
Rom
Tamadun Rom atau dikenali sebagai
Empayar Rom merupakan sebuah tamadun yang paling besar di dunia pada zaman
purba klasik dengan keluasan tanah taklukan sebanyak lebih kurang 5,900,000
kilometer persegi (2,300,000 batu persegi). Tamadun Rom lahir di kawasan Bukit
Paletine yang terletak berhampiran di Sungai Tiber, tamadun Rom mengamalkan
kerajaan bercorak republik yang mana tamadun tersebut tidak mempunyai raja
sebagai pemerintah.
Ciri kerajaan republik Rom iaitu
melantik dua orang konsul untuk memerintah negara selain menjaga kedaulatan dan
kebajikan rakyat. Konsul dibantu oleh Dewan Senat yang dianggotai oleh golongan
bangsawan. Dewan Senat pula dibantu oleh Dewan Perhimpunan yang dianggotai
semua rakyat Rom. Namun begitu, kuasa Dewan Perhimpunan adalah terhad seperti
bertanggungjawab mengesahkan undang-undang yang diluluskan oleh Senat.
Undang-undang Rom yang pertama ditulis
adalah pada tahun 451-450 sebelum masihi. Empayar Rom muncul sebagai kuasa
besar pada kurun ke-3 dan ke-2 sebelum masihi ketika di bawah pimpinan Julius
Caesar. Di bawah pemerintahan Julius Caesar, Empayar Rom telah meliputi
Macedonia, Yunani, Syam, Mesir, Gaul, Brittania dan juga kawasan Jerman. Julius
Caesar terkenal dengan kata-katanya ‘veni, vedi, vinci’ yang
bermaksud ‘saya datang, saya takluk’.
Pada tahun 59 sebelum masihi, beliau
dilantik sebagai konsul dan pada tahun 44 sebelum masihi beliau dilantik pula
sebagai diktator seumur hidup. Pada 15 Mac 44 sebelum masihi, Julius Caesar
telah dibunuh oleh sekumpulan senatornya yang diketuai oleh Brutus. Akhir
sekali, pada tahun 27 sebelum masihi, Octavius memerintah Rom dengan gelaran
Maharaja Augustus dan pada tempoh pemerintahannya, ia dikenali sebagai Zaman
Keemasan Kesusasteraan dan Seni Bina Rom (www.sabah.edu.my).
2.10 Kemerosotan Tamadun Rom
Bagi kebanyakan sejarah, tentera Rom
telah dapat menawan hati dunia kuno. Namun, semasa kejatuhan, penampilan
pasukan yang berkuasa mula berubah. Mereka tidak dapat merekrut tentera yang
cukup dari rakyat Rom, maharaja seperti Diocletian dan Constantine mula mencari
pekerja upahan asing untuk menaikkan tentera mereka. Barisan tentera akhirnya
mengembang dengan Germanic Goth dan Barbarian, sehinggakan Rom mula menggunakan
perkataan Latin ‘barbarus’ sebagai ganti ‘askar’. Ketika ini tentera Jerman
yang bertuah terbukti menjadi pahlawan hebat, mereka juga mempunyai sedikit
atau tidak mempunyai kesetiaan kepada empayar dan pegawai-pegawai mereka yang
tamak kuasa sering berpaling terhadap majikan Roman mereka. Malah, ramai
‘barbarian’ yang memperoleh jalur tentera mereka semasa berkhidmat dalam
tentera Rom.
Walaupun Rom sedang diserang dari kuasa
luar, ia juga telah runtuh dari dalam disebabkan oleh krisis kewangan yang
teruk. Peperangan yang berterusan dan terlebih belanja telah diringankan dengan
ketara oleh tabung imperial dan cukai yang menindas serta inflasi telah
melebarkan jurang antara kaya dan miskin. Dengan harapan untuk mengelakkan
cukai, ramai ahli kelas kaya telah melarikan diri ke kawasan luar bandar dan
menubuhkan fiefdoms bebas. Pada masa yang sama, kerajaan ini
digemparkan dengan defisit buruh.
Ekonomi Rom bergantung kepada hamba
sehingga ladang-ladang dan bekerja sebagai tukang, dan ketenteraan secara
tradisinya menjadikan orang yang ditawan sebagai pekerja. Namun, apabila tanah
pengembangan terhenti pada abad kedua, bekalan hamba dan khazanah perang lain
mula berkurangan. Satu tamparan datang lagi pada abad kelima, apabila Vandal
menuntut Afrika Utara dan mula mengganggu perdagangan empayar dengan merayau di
Mediterranean sebagai lanun. Dengan ekonomi goyah dan pengeluaran komersial dan
pertanian merosot, Empayar Rom mula kehilangan cengkaman ke atas Eropah.
Pada kemuncaknya, Empayar Rom terbentang
dari Lautan Atlantik hingga ke Sungai Euphrates di Timur Tengah tetapi
kemegahan mungkin juga telah menjadi kejatuhannya. Dengan wilayah yang luas
untuk mentadbir, Rom berhadapan dengan mimpi ngeri terhadap pentadbiran dan
logistik. Walaupun dengan sistem jalan mereka yang sangat baik, orang-orang Rom
tidak dapat berkomunikasi dengan cepat atau cukup berkesan untuk menguruskan
pegangan mereka.
Rome bergelut untuk mengatur tentera dan
sumber yang cukup untuk mempertahankan sempadan daripada pemberontakan tempatan
dan serangan luar dan menjelang abad kedua, Maharaja Hadrian terpaksa membina
dinding yang terkenal di Britain hanya untuk menjaga musuh di teluk. Semakin
banyak dana disalurkan ke dalam penjagaan tentera empayar, kemajuan teknologi
menjadi perlahan dan infrastruktur awam di Rom jatuh ke dalam kebinasaan
(http://jejaktamadun.wordprees.com).
3.0 Kaedah Kajian
Kaedah analisis dokumen digunakan bagi
mendapatkan maklumat berkaitan setiap tamadun. Kaedah ini menggunakan data
sekunder dari laporan, blog dan buku untuk mengenal pasti faktor-faktor
kejatuhan sesebuah tamadun.
4.0 Hasil Kajian dan Analisis
4.1 Punca-Punca Kemerosotan Tamadun
Islam
Tamadun Islam mengalami kemerosotan
sebanyak tiga kali. Kemerosotan tamadun Islam berlaku kepada tiga kerajaan
iaitu kerajaan Bani Umaiyyah, Bani Abassiyah dan Turki Uthmaniah.
4.1.1 Punca-Punca Kemerosotan Kerajaan
Bani Umayyah
Kerajaan Bani Umayyah merupakan kerajaan
pertama selepas pemerintahan Khulafa Ar Rashidin. Pengasas bagi kerajaan Bani
Umayyah ialah Muawiyah. Faktor kejatuhan kerajaan ini terbahagi kepada dua
iaitu faktor dalaman dan faktor luaran.
Faktor dalaman berpunca daripada
perebutan kuasa khalifah sesama sendiri. Kebanyakan khalifah melantik anaknya
sebagai khalifah yang seterusnya namun tidak dilaksanakan dengan baik. Hal ini
menyebabkan ikatan ukhwah antara pemimpin menjadi lemah justeru pemerintahan
tidak dapat dilaksanakan dengan baik. Rakyat juga memberontak dengan sikap
pemimpin yang mementingkan diri sendiri.
Selain itu, penentangan daripada puak
syiah, khawarij dan sebagainya. Hal ini dikatakan demikian kerana Muawiyah
menjadikan cacian terhadap Saidina Ali r.a merupakan perkara yang dimestikan
dalam setiap khutbah. Keadaan ini menyebabkan puak syiah yang membela Saidina
Ali r.a tidak berpuas hati dengan kerajaan Bani Umayyah lalu terus berusaha
untuk menjatuhkan kerajaan ini habis-habisan. Syiah juga terus-menerus menghina
kerajaan Bani Umayyah.
Seterusnya ialah faktor luar kemerosotan
kerajaan Bani Umayyah iaitu kebangkitan kerajaan Bani Abbasiyah menyebabkan
kerajaan Bani Umayyah yang ditenggelami masalah terus dipinggirkan.
4.1.2 Punca-Punca Kemerosotan Kerajaan
Bani Abassiyah
Kerajaan Bani Abassiyah muncul pada
tahun 750 masihi selepas penyingkiran kerajaan Bani Umaiyyah. Nama kerajaan
Bani Abassiyah diambil daripada Al-Abbas bin Abdul Mutalib iaitu salah seorang
bapa saudara Nabi Muhammad saw. Kerajaan ini berterusan selama 500 tahun dan
telah dipimpin oleh 37 orang kalifah yang kesemuanya berasal daripada keturunan
bapa saudara baginda iaitu Al-Abbas bin Abdul Mutalib.
Punca utama kejatuhan Bani Abassiyah
adalah kelemahan pemerintah itu sendiri. Hal ini disebabkan bangsa Turki
mempunyai pengaruh besar kepada pemimpin-pemimpin kerajaan Bani Abassiyah.
Selain itu, khalifah Abassiyah hanya mementingkan kepentingan peribadi serta
kehidupan mewah tanpa mempedulikan rakyat di bawah pemerintahan mereka semasa
fasa terakhir pemerintahan.
Kemerosotan kerajaan Bani Abassiyah
adalah disebabkan serangan tentera Mongol. Pada 1258 masihi, Baghdad
telah dikuasai oleh tentera Mongol yang diketuai oleh Hulagu Khan. Kejatuhan
Baghdad adalah tanda kejatuhan politik dan peradaban Islam kerana Baghdad
merupakan pusat kebudayaan dan peradaban Islam yang penuh dengan khazanah ilmu
pengetahuan itu lenyap dimusnahkan oleh tentera Mongol. Jumlah tentera Mongol
yang menyerang Baghdad adalah sebanyak 200,000 orang.
Kerajaan Bani Abassiyah telah
mengamalkan polisi mengutamakan bangsa asing yang menjadi punca kemerosotan
kerajaan tersebut. Terdapat beberapa kalifah Abassiyah yang terlalu
mengutamakan bangsa asing khususnya keturunan Parsi dan Turki. Bangsa Turki
telah diberikan jawatan-jawatan penting dalam pentabiran negara Lima puluh ribu
orang Turki diambil oleh khalifah untuk dijadikan askar upahan. Akibat daripada
tidakan kalifah berikut, bangsa Turki mula menguasai kuasa pemerintahan kerajaan
Bani Abassiyah dan timbulnya rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat.
Kemunculan beberapa gerakan pemberontak
merosotkan lagi kerajaan Bani Abassiyah. Di Iraq, berlakunya gerakan
syiah, qaramitah yang diketuai oleh Hamdan Qarmat pada 874
masihi. Gerakkan ini berjuang untuk menjadikan wilayah mereka sebagai tanah
yang mereka. Tambahan lagi, munculnya gerakkan hasyasyin di
bawah pimpinan Hassan bin Sabbah. Gerakkan ini membunuh para pembesar negara yang
menjadi musuh mereka seperti kerajaan Bani Seljuk di Baghdad dan Nizamul Muluk.
4.1.3 Punca-Punca Kemerosotan Kerajaan
Turki Uthmaniyyah
Kerajaan Turki Uthmaniyyah ditubuhkan
pada abad ke-13 oleh Sultan Uthmaniah. Nama kerajaan ini diambil sempena nama
nenek moyang mereka yang pertama iaitu Sultan Uthmaniyyah Ibn Artugrul.
Kerjayaan terbesar dalam kerajaan Turki Uthmaniyyah adalah semasa penaklukan
Kota Constantinople pada tahun 1453 masihi. Kerajaan Turki Uthmaniyyah hanya
bertahan selama 400 tahun sebelum mengalami kemerosotan pada abad ke-17.
Antara punca kemerosotan kerajaan Turki
Uthmaniyyah adalah kelemahan pemimpin itu sendiri. Bermula daripada kurun ke-17
masihi, sultan-sultan yang menaiki takhta mempunyai keperibadian yang lemah dan
hanya mementingkan kemewahan dan tunduk kepada hawa nafsu. Sebagai contoh,
Sultan Murad ke-5 adalah seorang yang mudah tertipu dan seorang kaki arak. Selain
itu, Sultan Uthman ke-2 hanyalah menjadi boneka dan kuasa pemerintahan terletak
di tangan golongan elit Turki.
Kemerosotan kerajaan Turki Uthmaniyyah
turut berpunca daripada kelemahan ketenteraan. Disiplin ketenteraan mula
longgar apabila pasukan tentera tidak lagi tinggal di dalam kem dan mereka
semakin kerap bergaul dengan masyarakat. Hal ini menyebabkan tentera mula
melakukan yang aktiviti tidak bermoral seperti rasuah dan meminum arak. Tentera Janissari tidak
lagi menjadi pasukan elit yang setia kepada sultan tetapi memupuk minat
terhadap tanggungjawab mereka dan seringkali kekurang latihan. Kesannya,
pasukan khas ini seringkali memberontak terhadap sultan.
Sistem pendidikan kerajaan Turki
Uthmaniyyah adalah antara punca kemerosotan kerajaan tersebut. Proses takzimat (proses
pembaharuan) telah mewujudkan banyak sekolah sekular yang menggantikan sekolah
yang berpendidikan Islam. Sekolar sekular lebih menumpukan kepada karya sastera
tertentu dan terjemahan daripada fiksyen Barat. Akibatnya, penggalakkan
penerapan idea nasiolisme, kapitalisme dan imperialisme semakin menjadi dalam
kalangan masyarakat menyebabkan sentimem perkauman semakin menebal dan akhirnya
idea-idea Barat ini telah menjatuhkan kerajan Islam tersebut.
Pengenalan undang-undang barat telah
mengetepikan undang-undang Islam dalam kerajaan Turki Uthmaniyah. Bidang kuasa
Mahkamah Syariah telah dihadkan dengan tertubuhnya mahkamah
sekular. Seterusnya, masyarakat mula lebih memandang dunia dan
mengetepikan undang- undang Islam yang mendorong kejatuhan Islam.
4.2 Punca-Punca Kemerosotan Tamadun
Yunani
Tamadun Yunani bermula dengan wujudnya
negara kota atau polis yang terbentuk hasil daripada gabungan antara bebarapa
buah kampung. Tamadun Yunani mempunyai banyak negara kota tetapi yang paling
terkenal ialah Athens, Sparta dan Corinth yang semuanya terletak berhampiran
dengan Laut Mediterranean. Seterusnya, setiap negara kota ini mempunyai sistem
pemerintahan dan undang-undang yang tersendiri dan setiap masyarakat negara
kota tersebut bersatu padu tetapi kerap berperang antara satu sama lain.
Kemerosotan tamadun Yunani telah
disebabkan oleh beberapa punca, antaranya ialah kejatuhan akhlak dan moral.
Bangsa Yunani telah mecapai kegemilangan dengan keilmuan yang tinggi tetapi
mereka gagal dalam menghayati nilai-nilai murni menyebabkan kegemilangan
tersebut tidak kekal lama.
Punca yang seterusnya ialah perpecahan
dalam kalangan masyarakat. Pemerintah diktaktor yang memerintah secara zalim
melakukan rampasan kuasa dengan sewenang-wenangnya dan sistem ini hanya
disokong oleh golongan biasa tetapi tidak disokong oleh golongan aristokrat.
Ketidakadilan kuasa juga merupakan
antara punca yang menyebabkan kemerosotan tamadun Yunani, wujudnya jurang
perbezaan yang ketara antara golongan miskin dan kaya. Golongan hamba abdi
dikerah untuk mengusahakan tanah golongan berharta menyebabkan berlakunya
pemberontakan oleh masyarakat bawahan.
4.3 Punca-Punca Kemerosotan Tamadun Rom
Tamadun Rom bermula di Bukit Paletine
yang terletak berdekatan dengan Sungai Tiber, di Lembah Latium yang didiami
oleh masyarakat Latin semasa pemerintahan Romulus pada tahun 753 sebelum
masihi. Lembah ini telah berkembang dan menjadi penting. Pada abad kedua
masihi, pemerintahan Rom telah mewujudkan majlis perbandaran di setiap bandar.
Majlis perbandaran tersebut akan menjalankan pentadbiran tanpa diganggu oleh
pentadbiran pusat di Rom.
Tamadun Rom merupakan tamadun terbesar
di dunia pada zaman dahulu kerana tamadun ini banyak berperang bagi meluaskan
kawasan tanah mereka. Setelah sekian lama, tamadun Rom menjadi tamadun yang
berjaya dari semua aspek seperti ketenteraan, politik, perpaduan, ekonomi dan
pembangunan. Namun begitu, disebabkan kejayaan mereka dalam semua ini juga
telah menyebabkan kejatuhan mereka yang mana tamadun Rom telah melalui pelbagai
kemerosotan seperti kelemahan pentadbiran Rom, masalah ekonomi dan
kebergantungan kepada buruh hamba, terlebih perkembangan dan terlebih belanja
tentera.
Dengan merumuskan apa yang telah
terjadi, apa yang dimaksudkan dengan kelemahan pentadbiran Rom ialah tamadun
Rom telah kekurangan tenteranya akibat peperangan yang berteruskan. Hal ini
membuatkan maharaja Rom terpaksa mengupah tentera dari luar kerajaan mereka.
Juateru, keadaan ini telah menyebabkan mereka lalai dan tidak menjangkakan
bahawa tentera yang diupah itu telah memberontak mereka lalu mengambil alih
kerajaan tersebut.
Bagi masalah ekonomi pula, kerajaan Rom
telah kekurangan hasil pendapatan sehingga menyebabkan penindasan ke atas
rakyatnya dan juga penggunaan hamba berkurangan kerana khazanah perang makin
berkurangan. Satu lagi tamparan hebat dikenakan kepada Rom apabila lanun
mengganggu perdangangan di kawasan Mediterranian. Akhir sekali, kerajaan Rom
mewah berbelanja segala khazanah yang mereka ada ke atas kekuatan tenteranya
hingga menyebabkan perkembangan infrastruktur dan teknologi berkembang dengan
perlahan.
4.4 Perbandingan Punca-Punca Kemerosotan
Tamadun Islam dan Tamadun Barat
Tamadun
Islam
i. Pemerintah hanya mementingkan
kemewahan dan hawa nafsu (politik)
ii. Masyarakat tidak puas hati dan
memberontak kepada pemerintah (masyarakat)
iii. Perdagangan berkurang akibat
daripada pemberontakan menyebabkan ekonomi merosot (ekonomi)
iv. Tentera tidak berdisiplin dan setia
dengan pemimpin (pertahanan)
Tamadun Barat
i. Pemerintah bersifat zalim menyebabkan
rampasan kuasa (politik)
ii. Masyarakat mengalami keruntuhan
akhlak dan moral (masyarakat)
iii. Ekonomi terlalu bergatung kepada
hamba-hamba (ekonomi)
iv. Terlalu membelanjakan dana kepada
sektor ketenteraan (pertahanan)
5.0 Rumusan dan Cadangan
Kesimpulannya, walaupun sesebuah tamadun
itu besar dan maju tetapi tetap mengalami kemerosotan. Hal ini kerana setiap
tamadun mempunyai kelemahan yang tersendiri dari segi politik, ekonomi,
masyarakat, bencana alam, ketenteraan dan peperangan.
Pemimpin dan rakyat hari ini perlulah
mempelajari setiap punca kemerosotan tamadun di seluruh dunia supaya perkara
ini tidak berulang kembali kepada negara kita. Selain itu, kita hendaklah
mencari jalan penyelesaian bagi setiap masalah yang dihadapi oleh negara kita
bagi mengelakkan kemerosotan berdasarkan ajaran Islam. Pemimpin perlulah
menjadi ajaran Islam sebagai peranan yang penting dalam setiap urusan negara
untuk mengelakkan sebanyak mungkin punca-punca yang dapat merosotkan negara
kita.
Rujukan
Zulkiffly Ahmad, 2016, e Notes Sejarah
Spm, Sabsibdi Sdn. Bhd.
http://oursejarah.blogspot.my/