Mewarnai seluruh kehidupan nilai Islam secara terus-menerus.
Seorang muslim harus menjadi contoh tentang nilai-nilai Islam
dalam dirinya, iaitu ketika bekerja, berbicara, makan, minum, akhlak dan
tarbiyah, simpati kepada orang lain, menjaga lisan dan jujur dalam berucap,
tolon-menolong dan sebagainya.
Apabila beliau melakukan dan mengatakan semuanya itu kerana
Allah, dia akan dapat menjadi peribadi yang bagaikan batu-bata dalam membangun
masyarakat Islam.
Seorang Muslim juga harus senantiasa sederhana dalam
melakukan amal yang konstruktif pada ketika membangun kehidupan dengan bangunan
Islam.
Seorang muslim yang melakukan hal-hal yang membelakangi
dengan apa yang telah dijelaskan itu akan menjadi preibadi yang angkuh dan
sombong kepada orang lain. Amal yang dilakukannya akan dilihat sebagai tindakan
yang negatif terutama dalam proses pembangunan masyarakat muslim yang aman.
Begitu juga dengan keluarga muslim yang merealisasikan Islam
dalam setiap perbuatan dan perkataan, setiap pihak harus mengetahui hak dan
kewajipannya.
Tugas, peranan dan fungsi mereka jelas: ibu bertugas untuk
mendidik, bapa memiliki peranan dalam memimpin serta anak memiliki hak untuk
memperoleh pendidikan dan berkewajipan mentaati orang tuanya.
Keluarga ini dibangun dengan kesederhanaan. Sikap komitmen
seorang suami bersumber dari akhlak dan ilmunya. Komitmen seorang isteri lahir
dari sebuah pemahaman tentang hak dan kewajipan. Keluarga merupakan batu-bata
kedua dalam membentuk masyarakat muslim.
Sekiranya keluarga sudah baik, umat pun akan menjadi baik
pula kerana masyarakat merupakan himpunan daripada unit-unit keluarga yang ada.
Pada hakikatnya, keluarga adalah miniatur daripada
masyarakat. Islam telah membuat kaedah-kaedah hidup bermasyarakat agar sampai
kepada kebahagiaan. Tanda-tanda persaudaraan telah dijelaskan secara terang
bahawa ukhuwah tidak dapat dipisahkan daripada iman.
Tingkatan persaudaraan akan semakin jelas dan tinggi apabila
sampai kepada taraf itsar.
Petikan dari Pemikiran
Modenerat Hasan Al Banna oleh Musthafa Muhammad Thahan, Penerbit
Harakatuna, Bandung, Indonesia.
No comments:
Post a Comment