Polis Diraja Malaysia telah mengumumkan sembilan individu yang terlibat dalam pembunuhan pemimpin buangan Korea Utara, Kim Jong-nam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada 13 Februari lalu. Kosmo Online (20 Feb 2017) melaporkan suspek ini ialah Doan Thi Huong, Siti Aishah, Muhammad Farid, Ri Jong-chol, Ri Ji-hyon, Hong Song-hac, O Jong-gil, Ri Jae-nam dam Ri Ji-u. Sidang media yang di Bukit Aman baru-baru ini mengesahkan empat individu telah meninggalkan negara ini pada hari pembunuhan.
Keempat-empatnya menggunakan laluan Jakarta-Dubai-Vladivostok-Pyongyang bagi mengelirukan pihak berkuasa Malaysia.
Pembunuh dari Vietnam dan Indonesia adalah wanita yang dikatakan direkrut oleh Korea Utara. Kini, ahli keluarga kedua-dua wanita ini mula dicari supaya pengesahan maklumat dapat dilakukan. Siti Aishah, dari Serang, Banten, Indonesia merupakan anak ketiga. Keluarganya tidak percaya penglibatan Aishah dan pembunuhan itu. Yusuf Kalla juga mengecam dalang yang menggunakan Aishah sebagai ejen pembunuhan.
The Star (20 Feb 2017) melaporkan suspek dari Korea Utara, Ri Jong-chol, merupakan pelajar perubatan dari sebuah universiti di negara itu dan bekerja di India selama sepuluh tahun. Di Malaysia, Jong-chol bekerja di Tombo Enterprise Sdn Bhd, syarikat yang membuat makanan tambahan anti kanser di Cheras. Produk berkenaan adalah "Tian Xian Liquid" yang mengandungi ginseng, cacing rumput (cordyceps) dan cendawan lingzhi.
Penglibatan warganegara Vietnam dan Indonesia dalam kes ini merumitkan hubungan diplomatik negara-negara berkenaan dengan Korea Utara. Apatah lagi Malaysia yang menjadi tempat pembunuhan, hubungan kedua-dua negara yang baik sebelum ini pasti bertukar. Kenyataan keras duta Korea Utara di Malaysia, Kang Chol berkaitan autopsi ke atas mayat Jong-nam yang menyelar Malaysia menyembunyikan sesuatu dan mendakwa Malaysia berpakat dengan kuasa-kuasa luar dan musuh Korea Utara. Pagi ini beliau dipanggil ke Wisma Putra kerana dikatakan cuba menjejaskan imej Malaysia. Kenyataan itu menyebut, "The Malaysian Government takes very seriously any unfounded attempt to tarnish its reputation."
Mayat Kim Jong-nam masih berada di Institut Perubatan Forensik, Kuala Lumpur sementara menunggu waris memberi sampel DNA. Dalam pada itu, kedutaan Korea Utara tidak mahu autopsi dijalankan dan mahu menuntut mayat berkenaan. Walau bagaimanapun pihak polis masih menyiasat kes ini sebagai kes bunuh dan mereka tidak berminat dengan krisis politik Korea Utara sebaliknya mahu mahu menyiasat kenapa suspek yang dikaitkan dengan Kim Jong-nam melakukan nejayah di Malaysia.
Korea Utara merupakan negara miskin yang diperintah oleh dinasti rejim kuku besi yang akan memusnahkan sesiapa sahaja yang cuba mengganggu pentadbirannya.
No comments:
Post a Comment