Friday, May 23, 2008

Bas Durian Burung tipu penumpang








Saya nak kisahkan di sini tentang mimpi ngeri saya baru-baru ini ketika menjadi penumpang bas ekspress Durian Burung. Diharap dengan pengalaman saya ini akan menjadi panduan kepada kawan-kawan yang lain agar berhati-hati dengan perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat pengendali bas ekspres terutamanya bas Durian Burung.

Kisahnya begini....

Pada 17 Mei 2008 yang lalu saya telah membeli tiket untuk perjalanan ke Perlis bagi satu tugas rasmi di sana. Saya memilih bas Durian Burung kerana memandangkan bas tersebut digambarkan sebagai bas yang selesa dan tepat waktu perjalanannya. Saya membeli tiket untuk perjalanan pada pukul 10.30 malam di kaunter tiket Durian Burung. Bas yang akan saya naiki bernombor KBG 7000 seperti yang tercatat ditiket yang saya beli.

Lebih kurang jam 10.00 malam saya turun ke platform 15 stesen Puduraya untuk menaiki bas. Sehingga jam 10.40 malam saya tidak nampak bas Durian Burung berada di platform tersebut. Saya naik semula ke atas dan bertanya di kaunter tiket sama ada bas telah tiba. Saya diberitahu bahawa bas dalam perjalanan dan akan tiba pada bila-bila masa. Sehingga jam 11.20 malam bas masih belum kelihatan. Saya naik semula dan bertanyakan di kaunter. Jawapan yang sama saya terima iaitu bas masih dalam perjalanan masuk ke Puduraya dan akan tiba pada bila-bila masa. Saya turun semula ke platform 15 dan di sana terdapat 5 orang penumpang lain yang juga menunggu bas Durian Burung bernombor KBG 7000.

Salah seorang penumpang menceritakan kepada saya bahawa malam sebelumnya beliau juga mengalami masalah yang sama. Beliau menunggu sehingga jam 2.00 pagi dan akhirnya terpaksa membatalkan perjalanan kerana sudah tidak sanggup lagi menunggu bas yang sepatutnya beliau naiki pada jam 10.30 malam. Beliau telah ditawarkan untuk "ditumpangkan" kepada bas yang lain. Beliau sebaliknya menolak tawaran tersebut dan menunda perjalanan kepada malam ini. Atas sebab itulah beliau ada bersama-sama penumpang bas Durian Burung untuk perjalanan malam ini.

Lebih kurang jam 11.45 malam kami berlima telah diarahkan penjual tiket Durian Burung untuk keluar menunggu di luar perhentian Puduraya. Pada jam 12.15 pagi bas Durian Burung bernombor KBY 2000 tiba di tempat tersebut. Saya dan penumpang-penumpang untuk perjalanan 12.30 pagi diarahkan untuk menaiki bas tersebut. Apabila kami telah mendapat tempat duduk masing-masing tiba-tiba kami berlima dari bas KBG 7000 diarahkan turun kerana tidak cukup tempat duduk. Beberapa orang penumpang telah bertengkar dengan penjual tiket. Mereka tidak puas hati dengan apa yang telah dijanjikan. Saya sendiri tidak mahu masuk campur kerana saya telah keletihan dan ingin agar perjalanan dapat disegerakan. Penjual tiket tadi mula berkasar dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap kami. Kami seolah-olah penumpang yang tidak dikehendaki di dalam bas tersebut. Antara kata-katanya ialah "Awak semua tak boleh naik bas ni sebab bas yang sepatutnya awak semua naik telah rosak. Bas ini adalah untuk yang membeli tiket untuk perjalanan pukul 12.30 ."

Beberapa penumpang lain yang panas hati kemudiannya meminta supaya wang mereka dipulangkan dan penjual tiket bersetuju berbuat demikian. Saya sendiri tidak bersetuju untuk membatalkan perjalanan kerana saya mempunyai tugas penting di Kangar pada jam 8.00 pagi nanti.

Penjual tiket itu mula mengeluarkan kata-kata kurang sopan kepada saya. Saya kemudiannya meminta penjual tiket tersebut supaya menjelaskan kepada saya di manakah bas Durian Burung bernombor KBG 7000 yang sepatutnya saya naik untuk ke Perlis. Dia dengan kasarnya berkata "Mana saya tahu bas itu pergi mana sebab bukan saya yang bawa bas tu."

Saya membuat rumusan bahawa tiket dijual untuk perjalanan yang tidak pasti waktunya. Tiket akan dijual untuk perjalanan jam 10.30 malam, tetapi disebabkan jumlah penumpang tidak mencukupi untuk sebuah bas maka ianya ditunda dari jam ke jam yang lain sehinggalah penuh untuk sebuah bas. Disebabkan taktik menjual tiket cara ini dilakukan di kaunter-kaunter di Kajang dan Puduraya akhirnya terjadilah kes terjual lebih tiket dari tempat duduk.

Oleh sebab saya dah penat dan tak mahu melengahkan perjalanan penumpang-penumpang yang lain maka saya meminta supaya saya diberikan tempat duduk pemandu ganti (reserve seat). Setelah berdolak dalik beberapa ketika akhirnya penjual tiket tersebut bersetuju dengan permintaan saya. Bas kemudiannya mula bergerak dan saya turun ke tingkat bawah untuk mendapatkan tempat duduk yang dijanjikan. Apabila saya bertanyakan tempat duduk saya , pemandu bas menyuruh saya duduk sebentar di atas tangga dan berjanji akan memberikan tempat duduk kepada saya apabila bas telah keluar dari kawasan Kuala Lumpur. Saya bersetuju dan hanya duduk di atas tangga bas.

Apabila sampai di hadapan Kompleks Kotaraya bas tersebut tiba-tiba berhenti dan menumpangkan seorang lagi penumpang. Saya lihat penumpang tersebut menghulurkan wang RM20.00 kepada pemandu untuk perjalanan sehingga Butterworth. Penumpang tersebut juga duduk bersama-sama saya di atas tangga.

Apabila tiba di stesen minyak Shell selepas Tol Jalan Duta pemandu bas menawarkan sebuah kerusi plastik rendah untuk saya duduk. Oleh sebab kerusi tersebut terlalu sempit dan rendah maka saya mengambil keputusan untuk terus duduk di atas tangga. Saya langsung tidak dapat tidur sepanjang perjalanan sehinggalah tiba di Butterworth, Pulau Pinang apabila ada penumpang mula turun. Saya naik ke tingkat atas untuk mendapatkan tempat duduk. Saya kemudiannya tertidur sehinggalah bas tiba di stesen bas Alor Star. Semua penumpang turun kerana mereka mengambil tiket sehingga Alor Star sahaja. Saya kemudiannya diarahkan oleh pemandu untuk turun di sini. Saya bertanya kepada pemandu mengapa saya harus turun di Alor Star sedangkan saya mengambil membayar tambang sehingga ke Kangar, Perlis. Pemandu hanya berkata "Bas ini hanya sehingga sini saja."

Oleh sebab saya malas nak bertengkar dan saya ingin cepat sampai ke Kangar maka saya turun dan mengambil teksi untuk ke Kangar.

Hari ini saya telah membuat laporan bertulis kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) dan juga Biro Pengaduan Awam mengenai perkhidmatan bas Durian Burung dan sikap kurang ajar penjual tiket di kaunter tiket Bas Durian Burung, kaunter No. 39 Kompleks Puduraya, Kuala Lumpur. Saya juga ada mengepilkan salinan tiket, gambar-gambar bas yang saya naiki, kedua-dua pemandunya serta penjual tiket tersebut.

Saya berharap dengan laporan tersebut pihak-pihak yang berkenaan akan segera mengambil tindakan kepada syarikat-syarikat bas yang sudah banyak kali menipu penumpang. Saya mendapat maklum balas dari rakan-rakan yang lain bahawa bas Durian Burung memang terkenal dengan penipuan menjual tiket tanpa had dan waktu yang tetap. Tapi mungkin penumpang lain malas atau rasa tak berbaloi untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa. Atau mungkin juga laporan telah dibuat tetapi tiada tindakan susulan yang telah diambil.

Saya paparkan kisah ini supaya perkara ini tidak berulang pada masa akan datang kepada orang lain dan berharap anda menjauhi diri dari menjadi penumpang kepada bas ekspres Durian Burung.

[Dipetik dari relexjap@yahoogroups.com]

57 comments:

  1. sy setuju.....
    nant sy ceritakan kisah sy pula

    ReplyDelete
  2. Anonymous10:28 AM

    letak je gambar driver dgn penjual tiket yg kurang ajar tu.... patutnya ko kena gertak sket nak report kat polis dgn jpj...

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas saranan. Ini pengalaman rakan-rakan kita dengan durian burung. Kalau tuan ada gambar, silakan.

    ReplyDelete
  4. Anonymous10:18 AM

    saya juga pernah menjadi di antara penumpang yang malang. Saya terpaksa menunggu bas yang dijanjikan jam 11.30 di Puduraya dan akhirnya tiba jam 1.00pagi. No bas juga dalah berlainan. Pada masa itu saya dan suami sedang mengandung menunggu bas untuk pulang ke Kangar. Selepas itu saya tidak mempercayai lagi dengan servis Durian burung. - Eja-Perlis

    ReplyDelete
  5. nasib baik sy trbaca post ni...sy baru je terfikir nk beli tiket bas yg mana..dh lame sgt xnaik bas jadi xtau bas mana yg bagus service nya skrg ni..thanks alot!

    ReplyDelete
  6. Anonymous11:14 PM

    INGIN MENGIKLANKAN/MEMASARKAN PRODUK,PERNIAGAAN ATAU PERKHIDMATAN ANDA ATAU INGIN MENCARI SESUATU DI SINI.

    MAROON-ONLINE MENYEDIAKAN KHIDMAT PENGIKLANAN DI INTERNET DENGAN HARGA BERPATUTAN.

    ANDA BOLEH MENGHANTAR BEBERAPA KEPING GAMBAR.

    ANDA JUGA BOLEH MEMASUKAN VIDEO JIKA ADA.(UPLOAD TERLEBIH DAHULU DI YOUTUBE).

    JIKA BERMINAT ATAU ADA PERTANYAAN SILA HUBUNGI SAYA
    MOHAMMAD RUSDI BIN MOHAMED MUSTAFFA
    +60124285379 / +6044682608
    ATAU EMEL maroon.online@yahoo.com.my
    ATAU TERUS KE http://www.maroon-online.net
    UNTUK MAKLUMAT LANJUT.

    Berbanding dengan 2-3 tahun lepas, kini lebih ramai mula membuat
    belian
    barangan dan perkhidmatan di Internet, menjadikan perniagaan Internet
    sebagai wadah perniagaan yang mudah dan murah untuk dimulakan.
    -PETIKAN DARI IRFAN KHAIRI

    IKLANKAN PRODUK,PERNIAGAAN,PERKHIDMATAN ANDA ATAU APA-APA SAHAJA SEBAGAI BANTUAN SEGALA PROMOSI ANDA.INGAT!!!!PERNIAGAAN ANDA TIDAK AKAN BERGERAK SENDIRI...RAMAI YANG MENCEBURI BIDANG PERNIAGAAN LEBIH-LEBIH LAGI DALAM PERNIAGAAN INTERNET HANYA TINGGAL IMPIAN KERANA BERANGGAPAN PERNIAGAAN INTERNET HANYA PERLUKAN WEB SITE ATAU BLOG DAN HANYA MENUNGGU PELANGGAN MENCARI ANDA TANPA MEMBUAT APA-APA PROMOSI..
    BAYANGANKAN SYARIKAT BESAR YANG SUDAH TERKENAL DI SELURUH DUNIA YANG SEMEMANGNYA PASTI MEMPEROLEHI PENDAPATAN BERBILION RINGGIT SETAHUN SEPERTI PETRONAS MASIH MELAKUKAN PROMOSI.KENAPA?FIKIRLAH...

    KELEBIHAN MENGIKLAN DI MAROON-ONLINE
    SETIAP KALI ANDA ATAU SESIAPA SAHAJA YANG KLIK MASUK KE WEBSITE MAROON-ONLINE,IKLAN ANDA AKAN BERUBAH-UBAH KEDUDUKAN IAITU MENGIKUT SISTEM ROLLING DIMANA SETIAP PENGIKLAN AKAN BERPELUANG BERADA DI MUKA UTAMA.

    MENGIKLANKAN DI MAROON-ONLINE ADALAH SEOLAH-OLAH ANDA MENYEWA LOT KEDAI DI PASARAYA

    http://www.maroon-online.net

    ReplyDelete
  7. Anonymous3:53 PM

    ade website durian burung tak?jahanamkan je web dorg layan gak.
    macam haram je yek dorg nih..aku walaupun de transport sendirik,tapi sial la kalo de gak public transport cam nih..nila prob bile smua orang politik tak pnah turun padang,citer brapi pasal soh nek transport awam la,padahal punggung dorg tuh ta pnah dok atas bas,try jadi penumpang cam kita smua..xpe xpe,durian burung,tunggula bas korg kene conteng ngan spray ~~ or pecah cermin.gua tak tanggung..hahaha

    ReplyDelete
  8. Tak payah marah-marah beb...

    ReplyDelete
  9. Anonymous5:11 PM

    Nampak Gaya Durian Burung ni indah khabar dari rupalah .....

    ReplyDelete
  10. Anonymous11:15 PM

    sya pun pernah tkena gak...awal tahun ni dari kl ke k.perlis.lambat gile tunggu kat pudu...pas ni dah serik kalu nak ke kl sorry la nak naik durian burung,harap bas je cantik tp servis hampehh!!!patutnye tukar nama bukan durian burung tapi durian busukkkk....

    ReplyDelete
  11. Anonymous11:16 PM

    sya pun pernah tkena gak...awal tahun ni dari kl ke k.perlis.lambat gile tunggu kat pudu...pas ni dah serik kalu nak ke kl sorry la nak naik durian burung,harap bas je cantik tp servis hampehh!!!patutnye tukar nama bukan durian burung tapi durian busukkkk....

    ReplyDelete
  12. Sedara Naik Bas Apa

    Gua Pun Mau Tau Jugak

    Pengalaman Lu Naik Bas Tu...

    Lu Kasi Tau Sama Gua AA..

    ReplyDelete
  13. Anonymous11:05 AM

    Saya pun mangsa kn tipu bas burung.
    sy beli ticket utk 8/8/09 dr changlon ke shah alam pd 3/8/09...
    sy beli awal tkt penuh..bila time sy nak naik bas jam 10pm 8/8/09 ada bdk perempuan kaunter bas durian burung dgn kurang ajar srh sy tkr bas lain siap srh sy tambah duit lg utk ke shah alam.... sy xnak berkeras jg nak naik bas durian burung...sy ckp dgn bdk betina 2 klau dah tau xde org p shah alam nape jual ticket nape tipu org... depa ckp bas 2 p kl n kajng je.... sy ckp xpe sy leh trn kat kl.... nak jd cite sampai kat simpang pulai driver srh sy trn naik bas lain p kat shah alam dia xmau bw sy... bayang kan sy gan anak2 2 kecil lg tpaksa tukar bas...dr awal sy btengkar gan betina pjual ticket blh driver 2 kata lain kali jgn naik bas durian burung dah... memang sy pun x ingin naik bas bas DURIAN BURUNG DAH PENIPU HANYA NAK LAKU TICKET JE. nak tau cite masa sy marah2 dr awal lg ticket depa pegang abg ipar yg htr sy minta la keratan ticket nak bt aduan dbk prempuan 2 xbagi dia jap lg dia bg sampai kesudah depa xbg kat sy..sy memang geram sgt2 dgn staff durian burung kurang ajar... JANGANLAH ANDA JADI MANGSA KENA TIPU LAGI MACAM SAYA... JGN NAIK BAS DURIAN BURUNG LAGI.....

    ReplyDelete
  14. Anonymous7:37 AM

    terima kasih atas perkongsian pengalaman saudara. saya ni baru la nak cuba naik bas ni... so, kensel aje lah.

    ReplyDelete
  15. Anonymous3:26 PM

    alar naek je lar..jgn denga ckp diaorg tak open minded langsong nih..komplen je x abeh2..kalu nak ikotkan majority bus camtu..bkn bas DB je.lambat tu normal lar.bknnye kite tau kalu bas tu nak rosak.bus kan dok jln ari2..enjin ni mane kite tau ade time die semput..cam kite manusia jgklar mane tau bile nak sakit..tang servis boleh diperbaiki lagi..mintak phk pengurusan ambil tndakan dgn kerani yg xbtl tu..

    ReplyDelete
  16. Anonymous12:33 PM

    Boikot je bas ni... mang diorng ni kurang ajar sikit terutama penjual-penjual tiket ni.. tidak takut dgn sesiapa pun, menguatkuasa mahupon pihak kementerian.. kalau sesiapa yg hendak ke utara, di cdngkn naik bas sani express ataupun maraliner. bas sani express mang the best la.. mesra pengguna..

    ReplyDelete
  17. Anonymous12:33 PM

    Boikot je bas ni... mang diorng ni kurang ajar sikit terutama penjual-penjual tiket ni.. tidak takut dgn sesiapa pun, menguatkuasa mahupon pihak kementerian.. kalau sesiapa yg hendak ke utara, di cdngkn naik bas sani express ataupun maraliner. bas sani express mang the best la.. mesra pengguna..

    ReplyDelete
  18. Anonymous12:04 AM

    Biasa lah... but thanks for the warning. The only reliable bus is Transnasional. Always leaves on time even if it's not full. Some more can take it from Duta, no smelly exhaust like Pudu.

    ReplyDelete
  19. Saya baru je terkena dgn durian burung jap tadi.Hampeh tul...Saya menaiki DB dr kajang ke butterworth.Sampai je di Chai Leng Park,saya ingin turun si bus stop berhadapan dengan Caltex.Pemandu tu blh ckp betul2 depan bus stop tu "mana ada bus stop kat cni".Pemandu tu terus je ke stesen bas btrwrth.Ingat aku ni budak tadika ke nak tipu2.Dahlah motor saya park kat sana.Terpaksa saya berjalan kaki dr stesen bas ke apartment saya sejauh 1.5km dikelilingi anjing.Yg lebih terbakar lagi,ada 2-3 ekor anjing mengajak saya lumba lari pagi2 buta tu...Pasni jangan haraplah saya nak naik DB lg.Ade sape2 yang tau mcmn nak buat aduan..

    ReplyDelete
  20. sy pn nk share pengalaman sy sbg penumpang durian burung..sekitar okt 2007 kejadian ni.wlupn dh lame tp smpi skg sy ttp ingt n jadikan pengajaran.sy beli tiket kuantan-alor star jam 8mlm,dan ikut janji sy nak naik di persimpangan UMPahang.sebab kalau ke terminal,akan berpatah balik ke tempat sy.sy dah janji betul2 dgn bdk kaunter tmpat sy akan tggu bas.tiba hari yg dijanjikan,sy ke persimpangan UMPahang tepat 7:30mlm sempat sy solat di surau berdekatan.kebetulan ada beberapa org sekampung sy menunggu bas ke alor star jam 9mlm (utama xpress)..dlm hujan sy menanti bersama abang sy.dari jauh dah nmpak bus durian burung,abang sy cuba tahan tp sikit pun tak berhenti sedangkan terang2 kami nmpak itu bus kuantan-alor star.abang sy cuba col kaunter tiket di terminal.tp x dpt2.abang sy dah mula angin.hujan makin lebat.dlm jam 9:30mlm,utama express dr terminal berhenti (x perlu ditahan pun) utk ambil penumpang tiket 9mlm.sy msh tertanya2 mana bas sy yg sepatutnya 8mlm td.abang sy col lg kaunter bdk tiket ckp bus dah jalan pukul 8mlm td.abang sy mntak no fon pemandu bus.alhamdulillah dpt dihubungi.yg terkejutnya,pemandu beritahu mereka dah sampai ke temerloh.sdgkan sy masih lg di kuantan.ya Allah,mmg hati berapi sgt mase tu.abang sy mintak penjelasan knp kami tahan bus x berhenti dipersimpangan UMPahang.pemandu jawab,bdk kaunter x brthu yg ade penumpang naik kat situ.abang sy col pulak kaunter,bdk tiket jwb dh brthu pemandu yg penumpang ade tggu kt UMPahang..mane satu yg betul?sape yg salah?blh pulak pemandu tu suruh abang sy hantar sy ke plaza tol temerloh sbb bus tunggu sy kt situ.mengenangkan sy ade kuliah je esok hari.kalau x,mmg sy xkan naik dh bus tu..bdk kaunter tu pulak,siap offer sy tiket esoknye..mcmtu lah pengalaman sy.mulai hari tu,sampai sekarang sy x beli tiket durian burung blik ke kolej sy.sy rela naik bus yg buruk tp x menyusahkan penumpang..

    ReplyDelete
  21. Anonymous2:35 AM

    naik je bas Transnasional..servis bagus. jadual tepat even penumpang tak penuh.

    ReplyDelete
  22. mtk nk pos cite ni kt facebook

    ReplyDelete
  23. tak payah la, kurang sesuai.

    ReplyDelete
  24. Anonymous11:07 PM

    jgn marah sgt..
    benda2 mcm ni bukan kita semua nakkan.. so, bersabar. ujian 2..

    ReplyDelete
  25. Anonymous12:15 PM

    saya pon keje jual tiket bas gak....

    len kali klu nk beli tiket sila beli tiket yng di print.....
    bukan ditulis dengan tangan....

    -plusliner- sg petani...

    ReplyDelete
  26. Anonymous10:46 AM

    baru terpikir2 nk beli tiket bas balik uum esok mlm... xpernah naik durian burung, tp mmber2 ckp selesa...

    ReplyDelete
  27. Anonymous4:37 PM

    saya pun pernah kena dgn syarikat bas di pudu. kisah ini merupakan kali pertama dan terakhir saya naik bas ekspres.

    saya beli tiket bas konsortium.
    saya nak tiket jam 8, tapi penjual bgtau saya bas 7:30 nak jalan dan masih ada kosong. Penjual pun bagi nombor plate bas. dia bg 3 huruf depan saja. KBG jugak kalau tak silap saya.

    saya pun ubah plan nak solat dulu, ke solat jamak, dan terus turun ke bawah mencari bas 7:30 berkenaan.
    nampak la bas KBG, bila saya naik, pemandu bas cakap dia baru habis trip dan nak tidor. saya disuruh tunggu bas lain.

    maka dipendekkan cerita, jam 8:15 bas kbg yg lain sampai. saya pun naiklah. ingatkan nak jalan terus - tidak rupanya.
    sebaliknya bas terus menunggu sampai 10:30 baru jalan. jalan ke hentian duta!

    dan beberapa hentian lagi di selangor dan perak. akhirnya jam 3:30 pagi baru sampai sg. nibong.

    ReplyDelete
  28. Anonymous10:13 PM

    betul2...saya dan dua orang kawan saya juga pernah terjadi macam saudara ceritakan...tiket kami sepatutnya kul 10.30 malam dari pudu raya tapi kul 7 pagi baru kami dapat naik bus balik alor setar..tapi nasiblah penjual tiket dan pemandu bus baik ati belanja penumpang terkandas makan burger..jadi lah tu buat alas perut.

    ReplyDelete
  29. That's some horrible service there. Thanks for the heads up.. Guess I'll just stick to Transnasional. Always punctual without fail!

    ReplyDelete
  30. Anonymous6:24 PM

    alaaa.macam mane ni..aku baru jek beli tiket durian burung nak balik melaka besok..kalau bas tu takde esok,aku dengan rela hati akan bakar tokan tiket kat changlun tu...

    ReplyDelete
  31. Anonymous11:50 AM

    hm teruk betul bus durian burung ni,.. sbb syok bc komen2 pasal durian burung ni, ikan saya hangit kat dapur =)

    ReplyDelete
  32. aduss macam ni la pulak yer servis diorang.. simpati kepada pgguna yg terkena dgn pihak bas ni. sy penah kena 2-3 kali oleh bas DB ni, di mana sy dari alor star ke KL. beli tiket bas untuk dua tingkat, RM45 (ni harga terakhir sy naik pada awal tahun ni) dan diorang bagi naik bas setingkat yg harga tiketnya RM33 sahaja. alasannya, bas dua tingkat rosak. tapi kalau dah 2-3 kali sy naik dlm masa 2-3 bulan, takkan asyik rosak ja...

    -pelam zx2r

    ReplyDelete
  33. rasanya slama dh beberapa tahun sejak sya balajr di kuala lumpur,(dr tahun 2005-sekarang) xpenah terjadi apa2 masalah dengan syarikat durian burung.dan memng menjadi kewajipan sya untuk membeli tiket bas durian burung sekiranya pulang ke alor setar.walaupn harganya mahal tp selesa.myb bila bas lambat penumpang hendak lah paham keadaan n kesulitan yg di hadapi.bg penumpang yg mengeluh apabila bas xberhenti di UMphang, jgn salahkan bas sbb anda sendiri yg bersalah.sepatotnya anda naik di stesen yg ditetapkan bukan di tempat yg anda suka2 nak naik.if semua orng nak naik di tempat ikot suka nak naik biar naik bas henti2 dr naik bas express.so, sbgai ikhtibar, jgn asyk nak salahkan 1 pihak jer n jgn nak cri perkara negative shj n sepatotnya kita lihat positive n negative.kepada yg kuraang bernasib baik n rasa tertipu dng perkhitmatan durian burung, saya bersimpati.untuk makluman anda, sya penah naik bas express lain dr alor setar ke shah alam tp bila tiba di penang, penumpang di tukarkan ke bas lain sbb senang bila bas hnya ke 1 destinasi n xkan ada masalah penumpang tersalah stesen terutama warga tua.sekain.harap renungkan lah

    ReplyDelete
  34. Anonymous6:58 PM

    td g beli tiket tuk trip kb-ktrg..nasib x beli tiket durian burung..nyaris2 nk beli td..heeee...
    eks shamisha harap ok ler servis dier..trip mlm 22 dec nnt..balik kg!!

    ReplyDelete
  35. Anonymous8:00 AM

    sy pon sme kne tertipu jugak dengan durian burung nie..
    12/01/2010-09.30p.m-JB~changlun sppttnyer sy da naek bas...tpi setelah ditungu2 selama hampir 2jam bas durian burung ttp tak kelihatan berhenti di perhentian bas..dekat 2 jam menunggu, bile kol rupenyer bas da sampai machap dh..rupanya die tukar tiket sy naik bas lain,tp TNPA BERITAHU sy..sape yg tak marah dengan sikap mrke nie..harinie sy akn fight jugk utk dptkn blik duit tiket tu if tidak perkara nie sy akn laporkn kepada JPJ. sikp mereka nie tk bole dibiarkn kne ambil tindkan jugak..

    ReplyDelete
  36. Anonymous8:10 AM

    naik bas seperti yg telah dijanjikan oleh durian burung bersama tiket sebagai tiket pembelian..
    12/01/2011-09:30p.m-JB~changlun
    RM75

    sperti rakan2 smua..sy pn jdi mangsa penipuan oleh durian burung ni. mlm td sy tggu bas hampir 2 jam tapi tak muncul2..bila telefon rpanya bas da smpai ke machap dh. rupanya dia tuka tiket tiket utk naik ke bas lain (CITY BUS). mana perginya tah bas durian burung yg nampak gah dan selesa tu. dh la dengan tak inform pd kita yg kita spttnya kne naik bas lain..sbb sy beli kat kaunter tiket utk bas durian burung jdik sy mmg expect la kne naik bas tu..mmg ta sangka la dia tuka cmtu je. pastu mlm td naik hangin satu badan nie ha marah2..harinie sy akn fight jugak naik ke LARKIN utk mintak balik duit tiket sy. klau mereka berkeras juga tknk bagi, sy akn buat laporan ke JPJ..dieorg nie mmg sengal..

    ReplyDelete
  37. Saya sokong, tapi dah lama tiket tu, boleh lagi ka?

    ReplyDelete
  38. anwar5:43 PM

    yang paling susah naik bas ni apabila nak berhenti sembahyang subuh, bila suruh drebar yg berbangsa melayu mungkin berugama islam, dia siap marah2 bila suruh berhenti sembahyang subuh.

    skrang aku dh beli kereta, dh x de masaalah lagi tuk balik kampung.

    ReplyDelete
  39. saya baru saja beli bus ticket itu...perjalanan adalah hari sabtu ini..harap tiada apa apa berlaku peda hari tersebut...kerana saya masih ada class pada hari tersebut

    ReplyDelete
  40. bas durian burung ni aku serik nak naik sbb tiket dia mahal dari bas lain.tak salah aku lebih dalam RM10 gitu..dari ASetar ke KL.
    Tanya apsal mahal, jawapan dia sbb bas 2 tingkat. Bodo betul, bas lain pun 2 tingkat gak tp harga sama je standard.
    Black list Durian Burung!

    ReplyDelete
  41. sy xpnah lg naek durian burung.tp kalau nk kate 'normal bus rosak ari2 dok ats jln',situasi durian burung ni amat teruk.

    bus laen pun frekuensi stgh jam sekali pn ok je...tadehal pn.mcm bus metrobus kl-jengka...mmg tiptop servisnye.pmanduan pn bgs.

    bknnye slalu pnumpang ramai tp metrobus bjaya kekalkn ketepatan ms pjalanan.

    alahai durian burung...sy tumpg geram & simpati dgn pnumpg2 yg terkena.hrp2 syrkt bus laen amik iktibar.

    jgn smpai pnumpg boikot.xberkat & slmt la bisnes.

    ReplyDelete
  42. Anonymous9:10 PM

    mungkin masalah ni blakau masa bus ni mle berkhidmat je kowt.... coz bus ni start broperasi tahun 2007 so bru lg dlm dunia bus service ni
    lgpown sy ni student naik bus durian burumg 4 everytime sy cti...
    naik durian burung dr jitra-melaka sentral
    xde masalh pown....
    naik bus bru lg...
    so bus ni mmg ok je....

    ReplyDelete
  43. Anonymous9:15 PM

    ape nk kisah bus lewat
    abes 2 bus shamisha yg dr jitra ke kota bharu janji kul 8pm tp dtg 12.30am x ksah plak....
    bus rosak... kte mne nak taw ble bus 2 nk rosak..

    ReplyDelete
  44. Anonymous1:07 PM

    saya pun nak cerita ckit ttg durian burung nie...anak saya pun lani berada di perhentian ayer keroh..kerana di tinggalkan oleh driver dan bas durian burung...semasa dia ke tandas...menurut anak saya semasa dia keluar dari tandas bas tersebut baru sahaja bergerak keluar dari perhentian dan anak saya telah mengejar bas tersebut..tetapi bas itu tidah berhenti..kadang2 kita pk balik ttg pemandu yg depa amik bekerja nie samada depa2 nie tau ke tidak tanggungjawab depa terhadap penumpang yg mereka bawa..semua penumpang yang berada di dalam bas tu adalah di bawah tanggungjawab si pemandu..jadi pemandu tidak boleh sewenang2nya meninggalkan penumpang..sekarang nie 2 bag anak saya telah ditinggalkan di perhentian bas seremban...saya dah membuat panggilan ke alor star dan menurut kata petugas di situ..anak saya kena tumpang apa2 bas atau kenderaan lain untuk ke seremban dan dari seremban mereka akan bagi anak saya menaiki bas lain yang akan ke butterworth..memandangkan anak saya akan menghadiri temuduga pada esok hari di penang...dan beg2 pakaian yang ada di seremban..saya suruh juga anak saya ke sana...anak saya sekarang berada di surau kerana berehat,dia juga mengalami maigrain...itulah yg membimbangkan saya sekarang.....

    ReplyDelete
  45. Anonymous12:13 PM

    Nampaknya sampai hari ini janji tinggal janji dari petugas dari Alor Star, yang menjanjikan seribu satu harapan untuk anak saya...sesampainya anak saya di Seremban dengan menumpang sebuah kereta yang mengenakan bayaran sebanyak rm50 kepada anak saya...petugas di kaunter Seremban memberitahu bahawa datang keesokan hari untuk berjumpa dengan boss..disini manakah janji cik Nita (nama yg diberikan kpd saya) yang mengatakan bahawa anak saya boleh membuat tuntutan kos perjalanan dari Ayer Keroh di Seremban dan akan di sambung perjalanan ke Butterworth dengan mana2 bas yang terawal. memandangkan keadaan yang bercelaru anak saya telah balik semula ke Melaka dengan kos sebanyak Rm50 lagi, anak saya juga telah terlepas temuduga beliau pada 09 jun 2011. Saya juga telah beberapa kali membuat panggilan kepada cik Nita untuk mengetahui dengan lebih lanjut ttg perkara ini, semalam beliau telah berjanji akan menalipon saya semula tetapi sampai hari ini masih tiada apa2 panggilan pun. Saya juga telah menghantar sms kepada beliau tetapi dibalas dengan perkataan "Awk ni sape ye..?....Atau haruskah saya membuat panggilan ke no...1800886800????

    ReplyDelete
  46. Anonymous11:26 AM

    Alhamdulillah la..selama sy dok naek durian burung ..ni xpenah terjadi mcm ni lg..dan sy mmg penumpang setia durian burung...
    waloapapun kalu management dah K.O..mmg bad la..

    ReplyDelete
  47. Anonymous1:28 PM

    syrikat durian burung skrg nh terumbang ambing tggu masa nk rebah jer...2 la..berniaga punyer sial jahat..kedarah duit x hingat..motif untung semata2 jer...servis hampeh..
    kaunter tiket kt kota bharu dah lingkup..skunk nh depa duk lipat bas trip kL 2 kTRG..cri market sana lak..huhuhu..
    bas byk da yg sadai...

    ReplyDelete
  48. Anonymous2:41 PM

    saya nk beli tiket bas.. nk g KL.. dlu masa blaja pn sama mslh cmni.. pas mslh sgt sy amek ketapi.. sbb mcm2 la penah kena.. so saya gn KTM lgla, pas bc post ni rasa cm luka lama bdarah kembali.. at least KTM responsible sket.. n skrg smkn ok.. sy jumpa post ni sbb tgh cr no tepon durian burung btworth.. hu3...

    ReplyDelete
  49. tak larat dah kene tipu dengan peniaga bas12:53 PM

    setakat ni, saya cuma berani ambil bas yang agak2 well establish sikit. dah byk dengar bas2 yang macam eltabina, jelita ke (dulu la...) adn byk lagi bas lain tinggalkan penumpang kat R&R. oo..jeran rasanya. so saya ambil transnasional. 1st depa tak tinggal penumpang. 2n, diorang akan stop 30 min. so sempat nak jamak solat dsb. kalau timing bas nak ke destinasi tak kena, saya amik train. sebelum nak beli tiket bas, saya akan adik dulu sbb dia still belajar kat johor and keep pergi balik dari sana ke selangor. mmg durian burung ni, ramai komplen laju sgt. mmg bas lawa. kalau takder trans, saya amik sani express. tapi saya cuba jauhkan bas double-decker..sbb sempit sikit.once, org depan rendahkan tpt duduk, mau dagu kita kene tpt duk dia. sudah nya satu row ke belakang kene rendahkan tpt duduk.

    kes kene tinggal dengan bas atau kene tipu mmg selalu berlaku even tiket tu printed and beli daripada kaunter tiket. bila call, siap suruh pergi situ pergi sini. kkurang ajo je servis cam tu

    ReplyDelete
  50. berapa banyak bas aku dah try memula Naela, then Triton KL-Kuantan. dua2 haprak.
    then cuba lak Lionstar & Eagle Xpress, penang - KL. hampeh gak. Transnational pun hampeh.
    yg boleh ngam plusliner je. Tapi nape seat macam zaman dulu kala lagi? 2+2 sedangkn syarikat lain majoriti dah 2+1. harga sama lak~
    Sekarang pengguna tegar KL-JB.
    So far, pengalam mengajar:
    1) JANGAN BELI TIKET KAT ULAT. KELAK SAKIT HATI.
    2) Reliable company cuma MARALINER (SELESA, tepat, cepat, xde merapu singgah yongpeng), PLUSLINER (tepat, cepat, walaupun seat kecik), Shamisha (Selesa)

    ReplyDelete
  51. Baru nk try DB. langsung xjadi.
    Aku pernah try NAELA, TRITON (dah bungkus pun). - HAMPEH
    Then berulang Penang/Buttrworth - KL
    Tried n tested Eagle express (bad!), Lionstar (malang xda aircond), Plusliner (Reliable, tapi sempit).
    Now berulang KL-JB lak.
    Transnational xbest. PLUSLINER okey la, tapi seat kecik still 2+2. The best one against the odd is MARALINER (seat 2+1, on-time bertolak, on-time sampai) tiket sama je ngan plusliner. so?
    Memang aku cerewet. Bila aku cerewet aku akn cari yang paling berbaloi untuk disokong. Now aku loyal kat MARALINER cos so far ML xpenah kecewakan aku.

    ReplyDelete
  52. saya pun nak ceritakan pengalaman saya menaiki bas ekspress ni. Macam2 karenah bas..termasuklah penjual tiket driver bas dan org yg terlibat dengan penjualan tiket ni..Baru2 ni raya aidilfitri 2011 ..saya balik dr gurun kedah ke kula lumpur. Saya beli tiket jam 11.15 tp bas sampai jam 1.15 pagi...memang la...panas hati sgt....driver india and majoriti penumpang pun india.......
    kebetulan sy beli tiket pergi balik dari kaunter persada gurun .ingat lagi saya balik dari kl pada 5 sep 2011...waktu beli tiket dia dah janji...ada org dari persada akan call untuk comfirm no bas dan platform tp tiada org call. sy dh susah hati dan sy pun call org tu...
    dia bg tau sy suruh call esk pagi...5 sept 2011 tu...sy bertambah risau..tiket yg tertera pada pukul 10.15 pagi dr pudu...sampai dipudu hampir pkl 9.30 pagi..sy call tp x diangkat.sy pergi ke kaunter persada di pudu ttp malangnya...penjaga kaunter menyatakan kaunter tiket bas di gurun tidak membayar tiket bas di kaunter di pudu raya. say cuba call semula....dia mengeluarkan kata2 yg kurang sopan....
    sy bertambah risau.... jam sudah menujukkan pkl 11.00 pagi..kelibat bas belum nampak.sy cuba telefon nombor yg diberikan..seorang lelaki td menjawab dgn nada yg kasar sehingga mengguris hati saya.
    sy merasakan seolah2 menagih simpati utk menaiki bas "persada" padahal sy telah membayar tambang yg sepatutnya.....
    sy terus turun ke bawah....org yg "arrange tiket" suruh sy pergi ke kaunter lagi menyuruh sy utk menukar tiket...hati sy bertambah marah..pada masa yg sama ada penjual tiket bas lain menawarkan utk sy beli tiket bas dr kaunter lain.....hati sy bertambah sakit dgn karenah org persada...
    sy telefon no kaunter di gurun ,tmpt yg sy beli tiket utk meminta gantirugi..utk membeli tiket lain.... sy diminta utk telefon "org sombong" td lagi sekali.....dgn perasaan sakit hati..sy menelefon utk kali terakhir...dia beritahu sy dgn nada yg kurang sopan utk turun ke bawah krn bas sudah sampai. dgn hati yg panas....sy naik juga bas tersebut pd pukul 12.15 tebgah hati.
    bayangkan betapa sakitnya hati sy ketika itu..serik utk naik bas itu lagi...dlm perjalanan balik ke gurun...sy diminta tukar 4 kali bas ke bas lain.destinasi terakhir adalah di sg petani utara....

    Bayangkan betapa tidak bertanggungjawab perkhidmatan bas ini.
    Nama saya "PERSADA" tapi menyakitkan hati penumpang....
    so diharap berhati2 utk memilih bas PERSADA utk perjalanan anda.Ini adalah pengalaman sy sendiri..

    "Ekspress Konsortium" juga x kurang hebatnya...menyusahkan penumpang...
    Kesimpulannya,Perkhidmatan bas ekspress perlu dikaji selidik dr segi perkhidmatan yg diberikan.

    Perkhidmatan yg tidak telus....


    Harap berhati2 utk memilih keselesaan perjalanan anda.
    tkasih.
    Balqis

    ReplyDelete
  53. Bs durian burung kaki pnipu,transnsional pn sama,pntingkn untg sja,sy suggest sani n sp bumi,service bgus

    ReplyDelete
  54. pasal bas ni memang la bengang.sy pun sekarang kdg2 berulang alik dr kgr ker KL dan kl ke kgr. transnasional ok tp tmpt duduk terlalu sempit dan sering bertengkar xada seat yg betul.sy pernag beli online rm48.00.tp bila nak naik rm45.50 jer tertulis/dan lg satu yg x puas hati, masa beli online x boleh pilih seat.lps tu bila dh tukar..sistem auto jer bg no seat.bila naik bas..x ada seat tersebut.last2 driver kata duduk jer mana2 tmpt.bila kita duduk mana2 tmpt..org lain naik kata itu tempat dia.hahahhhhhhhh serik la klu ikut hati/mcm shamisha holiday pulak bas selesa...tp berhenti kt tmpt x ada surau...so bg yg nk solat adalah terlalu sukar...x ada surau dan x ada tmpt mkn pun.hanya ada pick up kecil yg jual buah buahan dan makanan ringan...
    harap "pentadbir bas" ambil inisiatih la dgn perkhidmatan diorang ni

    ReplyDelete
  55. Sya pun kene tipu jugak. Beli tiket di kaunter durian burung di alor setar. Tunggu lama bas x dtg last dia suh naik bas lain yg x selesa dan x sepadan dgn harga tiket.

    ReplyDelete
  56. Maaf sbb komen saya ni dah melangkaui masa dari komen komen diatas,bas durian burung pun dah x beroperasi lagi. Bankrap rasanya. Padan lah dgn perkhidmatannya. Ok,disini saya x mahu ulas pasal bas lambat atau sebagainya,sbb itu semua pengurusan bas punya kerja, cuma saya nak berkongsi sedikit info tentang ada yang komen bas x berhenti di tepi jalan walaupun ada perhentian bas...ya betul! Mmg bas ekspres tidak dibenarkan menurunkan penumpang di tepi tepi jalan malah depan tangga rumah sekali pun mmg tidak dibenarkan selain dari lokasi yang dicatat di tiket anda. Jika berlaku,pemandu bas akan di saman oleh pihak JPJ,kalau x salah saman RM 300 minima. Maksimum saya x tahu. Sekiranya pemandu bas sudi menurunkan anda di tepi jalan,itu adalah atas budi bicara pemandu itu sendiri. Di harap semua yang baca,dapat memahami situasi ini. Utk pertanyaan lanjut sila berhubung dgn pegawai JPJ anda. Mmg kebanyakan penumpang x tahu akan peraturan ini. Pihak berwajib pun, saya rasa xde pun memberi info ini di media sosial,kalau ada saya minta maaf mungkin saya terlepas pandang. Sekian,terima kasih daun keladi.

    ReplyDelete