Kehidupan di pangsapuri
Projek Perumahan Rakyat (PPR) tidak sedamai dan setenteram di kawasan taman
perumahan. Berbagai-bagai jenis dan watak penghuni yang tinggal di aras bawah hingga
paling atas adalah penentu kepada damai dan tenteram sesebuah PPR.
Kediaman bertingkat seperti
PPR sentiasa ada masalah. Bermula dari butang lif yang hilang atau rosak
hinggalah membuang kerusi dari tingkat 16, semuanya menunjukkan refleksi
pemikiran dan sikap penghuni PPR.
Butang lif hilang kerana
penghuni lebih gemar mengguna jari kaki untuk menekan panel lif atau
menggunakan “tendangan kung fu” untuk “kesan yang hebat”. Akhirnya semua orang
tidak dapat menggunakan lif termasuk yang menendang tadi.
Kes yang mudah ini berkait
rapat dengan mentaliti penghuni PPR sendiri. Rata-ratanya adalah golongan
berpendapatan rendah, ahli keluarga yang ramai dan sebagainya suka mengamalkan
budaya tidak peduli dengan orang sebelah.
Apa-apa yang berlaku kepada
jiran sebelah rumah enggan diambil tahu. Sakit demam atau kematian juga tidak
diendahkan malah diswastakan sahaja kepada agensi kerajaan atau organisasi
sukarelawan.
Ada juga motosikal yang patut
diletakkan di bawah dibawa naik ke atas untuk parkir. Nasib baik lif tidak muat
untuk membawa kereta “bersiar-siar” di tingkat 20.
Mentaliti dan sikap penghuni
PPR boleh diubah.
Perubahan dari dalam bermula
apabila penghuni PPR sendiri yang mengambil inisiatif mengubah persepsi semua
penghuni. Ia harus bermula dari dalam PPR sendiri sama ada melibatkan persatuan
penduduk atau sekumpulan penghuni yang prihatin.
Perubahan juga boleh berlaku
dari luar. Cara ini melibatkan agensi penguatkuasa dan pihak berautoriti yang
menggerakkan usaha menyedarkan penghuni PPR tentang keadaan sebenar kehidupan
mereka.
Kedua-dua perubahan ini boleh
dikatakan sebagai proses intervensi untuk melemahkan dan mengurangkan kes-kes
atau budaya negatif yang melingkari kehidupan penduduk PPR. Budaya negatif ini
boleh jadi di fikiran, emosi, jiwa atau tingkah laku penghuni PPPR di semua
peringkat umur.
Keberkesanan proses
intervensi in bergantung kepada strategi dan kaedah pelaksanaan. Ia juga perlu
diambil kira strategi yang sesuai untuk golongan muda, pelajar dan kanak-kanak supaya
budaya lama dapat dihilangkan dan diganti dengan budaya baru.
Di sinilah letaknya
kesungguhan dan kreativiti pelaksana untuk mengubah suasana kehidupan penghuni
PPR. Suasana lesu dan kuyu PPR boleh diubah dengan kolaborasi pelbagai pihak
supaya tragedi “kerusi terbang” di PPR Seri Pantai tidak berulang. Ia mungkin
bermula dengan membuang sampah bersaiz kecil seperti plastik, botol kicap atau
kotak-kotak kosong. Namun membuang kerusi adalah kes yang luar biasa yang tidak
pernah berfikir.
No comments:
Post a Comment