Selepas 20 tahun berada di
Dewan Besar UPM, hari ini saya kembali berada di tempat yang sama. Masa lalu
rakan-rakan saya menerima ijazah masing-masing, malam ini saya bersama
rakan-rakan Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) UPM. Istilah harian kami
adalah Rotu.
Reunion
Palapes pada 9 Disember baru-baru ini melibatkan semua pengambilan iaitu dari
pengambilan pertama hingga 36. Suasana pertemuan ini sangat meriah. Rata-rata
alumni Palapes UPM ini saling berpelukan apabila bertemu sesama intake untuk melepaskan rindu dan
dendam.
Biar pun jam sudah 10.45 malam, tidak ada seorang pun yang meninggalkan majlis. Bak kata Ketua Polis Kuala Lumpir, Datuk Mazlan, "Tak ada yang nak balik, masing-masing nak berjumpa kawan lama".
Datuk Mazlan juga menjadi pengerusi Alumni Palapes atau Alputra yang menghimpunkan semua ahli Palapes UPM. Pelancaran Alputra disempurnakan oleh Naib Canselor UPM iaitu Prof Datin Paduka Dr Aini Ideris.
Tetamu istimewa pada malam
itu ialah pengetua pertama Kolej Kediaman Ketujuh iaitu Profesor Madya Dr
Azahari Ismail. Beliau menjadi pengetua dari tahun 1983 hingga 1987.
Dalam ucapannya, beliau
menukilkan kembali kata-kata rangsangan kepada penghuni kolej seperti “make
things happen”, “buat betul-betul supaya kita dapat bangga kemudian hari”,
“fikir bagi jadi”, “senaraikan perkara-perkara yang hendak diberi kepada UPM
khususnya menanam nilai-nilai kepada pelajar” dan “konsep ... apa maksud,
tujuan dan hendak dicapai”.
Satu lagi konsep yang
diingatkan beliau ialah dua anak tangga di hadapan kolej yang bermaksud
“langkah entah ke mana?”
Khusus untuk pengambilan ke-15
Palapes UPM, antara yang hadir adalah Hasmadi,
Nordin, Alias, Seahmala, Noorazlina, Zailani, Sahir, Muzakkir, Marsam, Nazhar, Ali, Rosnani, Azizi, Amri, Zahir, Zurayawati, Juraidah, Beh dan Cikgu Nik Ismail.
Tetamu istimewa
kami adalah Tuan Zainal Harun, Stap Malik, Stap Nordin dan Stap Rosni.
Kerinduan
bertemu rakan-rakan selepas berpisah selama 20 tahun amat menggembirakan. Tiga
daripada rakan kami yang telah kembali ke rahmatullah adalah Abdullah Khair, Hafiz dan Suhaimi. Ketiga-tiganya berumur awal 40-an. Semoga roh mereka ditempatkan dalam
kalangan orang-orang beriman.
No comments:
Post a Comment