Kerajaan Perancis membuat keputusan
untuk menghalang pemakaian pakaian renang muslimah yang menutup aurat atau
lebih dikenali sebagai burkini. Kes terbaru melibatkan seorang wanita yang
dipaksa menanggalkan burkini di kawasan pantai Nice. Selepas itu wanita ini
dikenakan saman.
Di Perancis, terdapat undang-undang
yang melarang pemakaian menutup aurat bagi wanita dengan alasan tidak selaras
dengan ideal hubungan sosial dalam masyarakat.
Secara prinsip, setiap orang
berhak ke pantai dengan pakaian yang mereka gemar dan selesa bagi menggambarkan
pernyataan mereka termasuk yang berburkini yang menyatakan keinginan untuk mengikuti
suruhan agama Islam.
Di negara-negara Islam, pemakaian pakaian renang di kawasan kolam umum atau pantai tidak menjadi masalah kerana majoriti masyarakat cenderung kepada keinginan untuk melaksanakan amalan agama.
Dalam pemikiran masyarakat
Barat, kebebasan agama berakhir apabila ia melangkaui sempadan hak orang lain.
Inilah yang menjadi topik hangat perdebatan apabila turut dikaitkan dengan
simbol pemakaian yang menutup aurat seperti burqa, niqab dan hijab. Mereka
beranggapan begitu kerana berfikir menutup aurat adalah tindakan yang tidak
masuk akal, ketinggalan zaman dan patut ditolak secara terang-terangan.
Pada mereka, penganut agama
patut menyesuaikan diri dengan budaya sedia ada.
Dua buah negara yang
mengharamkan pemakaian burqa adalah Perancis dan Belgium.
Aheda Zanetti, pereka burkini
berkata pakaian jenis itu semakin popular selepas Perancis mengharamkan pakaian
renang menutup aurat itu.
No comments:
Post a Comment