1.0 Pengenalan
Makanan
yang halal ialah makanan yang dibolehkan untuk dimakan menurut ketentuan
syari’at Islam. Segala sesuatu baik berupa tumbuh-tumbuhan, buah-buahan ataupun
binatang pada dasarnya adalah hahal dimakan, kecuali apabila ada nas-nas al-quran
atau hadis yang melarangnya. Ada kemungkinan sesuatu makanan menjadi haram
karena mengandungi mudarat atau bahaya bagi kehidupan manusia. Makanan halal
merupakan keperluan yang cukup penting bagi umat Islam. Allah swt berfirman,
“Hai sekalian manusia, makanlah
yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu
mengikuti langkah-langkah syaitan; Karena Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh
yang nyata bagimu”. (Al-Baqarah: 168)
Makanan
halal boleh dijelaskan dengan sesuatu bahan makanan yang suci dan baik di
samping tidak melanggari syariat Islam sewaktu mendapat dan menggunakannya.
Arak, khinzir serta anjing adalah contoh makanan yang telah ternyata tidak
dihalalkan oleh syarak (haram) untuk memakannya. Ini adalah berdasarkan pada peraturan
yang ditemui dan tercatat dalam al-quran, kitab suci Agama Islam 1400 tahun
dahulu lagi. Beberapa peraturan lain ditetapkan melalui fatwa yang dibuat oleh mujtahid
dengan berbagai-bagai peringkat ketegasan, namun tidak semua daripadanya
diterima oleh golongan dalam Islam. Menurut al-quran dalam surah al-Maidah ayat
3, satu-satunya fokus yang secara jelas diharamkan adalah daging dari haiwan
yang mati sendiri, darah, daging babi, dan haiwan yang dikorbankan selain
daripada nama Allah swt.
Perkara
berhubung halal dan haram telah diperjelaskan dengan begitu nyata dalam al-quran.
Setiap sumber makanan, sumber pendapatan, bahan keperluan harian dan
sebagainya, diwajibkan ke atas penganut beragama Islam untuk memilih yang halal.
Setiap bahan dan sumbernya perlulah 100% halal malah suci dan baik dan tidak
menimbulkan rasa was-was atau keraguan mengenai status halalnya. Ini adalah
kerana setiap sumber yang haram akan menjadi darah daging dan akan menjejaskan
amalan, doa dan personaliti dalaman dan luaran seseorang.
Dalam
kita membincangkan konsep haram, ia bukan sahaja meliputi makanan yang tidak
mengandungi khinzir, malah ia meliputi konsep yang lebih luas lagi seperti
sumber pendapatan, cara hidup dan lain-lain lagi. Malah haram bagi umat Islam
sesuatu barangan atau perkhidmatan itu, jika ia dicari dengan cara seperti
mencuri dan menyalahi aturan penggunaannya dalam konsep undang-undang Islam.
Di
Malaysia, Jakim telahpun mewartakan badan-badan tertentu untuk menjaga
produk-produk yang dikomersialkan dijamin halal. Mereka perlu memastikan bukan
sahaja produk malahan dari sudut bahan, kaedah proses, kebersihan perlatan dan
premis turut diambil kira. Semua ini bertujuan untuk memastikan makanan yang
dikormesialkan kepada pengguna khususnya masyarakat Malaysia yang beragama
Islam selamat dan dijamin halal untuk dimakan.
2.0 Kajian Literatur
Pemakanan
merupakan salah satu aspek yang sangat diberikan penekanan oleh Islam. Umat
Islam bukan sahaja diminta memakan makanan yang halal iaitu suci dan bersih
tetapi juga toyyiban yakni makanan yang baik, selamat serta memberi
manfaat kepada tubuh dan kesihatan sama seperti disebut dalam surah Al-Maidah
ayat 88 iaitu,
“Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu
yang halal lagi baik dan bertakwalah
kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman”.
Inilah
antara punca industri makanan halal mampu berkembang pesat dan makanan halal
menjadi permintaan ramai. Kami akan menyentuh kajian-kajian yang pernah dibuat
yang berkait industri makanan halal.
Daya saing adalah kemampuan
sesebuah firma atau syarikat meningkatkan keupayaannya untuk memastikan produk
syarikatnya dapat ditawarkan pada harga, masa dan kualiti yang tepat. Kebanyakan
syarikat yang terlibat dalam industri ini makanan halal tertubuh dengan bantuan
pihak kerajaan iaitu melalui program Industri Kecil dan Sederhana (IKS)
yang telah lama dilaksanakan. Sebanyak 99.2% syarikat bermula dari IKS dan
penguasaan terbanyak merupakan dalam sektor pembuatan yang merangkumi hampir
50% yang terlibat dalam IKS makanan halal.
Analisis daya saing yang dibuat
oleh penulis menggunakan empat penentu utama sumber iaitu sumber manusia,
modal, teknologi dan bahan mentah. Analisis sumber akan memberi keutamaan
kepada persoalan bagaimana sumber menyumbang kepada daya saing IKS makanan
halal berasaskan bijirin. Selain dari faktor sumber, faktor keupayaan firma
juga sangat penting kepada pembentukan daya saing. Justifikasi kepentingan
faktor ini yang terdiri dari kecekapan, produktiviti, penyelidikan dan
pembangunan (P&P) dan eksport.
Berdasarkan hasil kajian, sikap dan persepsi yang positif ditunjukkan
oleh semua pengusaha industri makanan halal tanpa mengira jumlah jualan
syarikat. Namun
penemuan ini juga dapat menggambarkan bahawa kesemua pengusaha makanan halal
yang ditemubual sememangnya memiliki sikap dan persepsi yang positif. Nilai
jualan hanya syarikat pula bergantung kepada saiz syarikat dan juga saiz
pasaran. Hal ini bermakna tidak wujud hubungan secara signifikan di antara
faktor sikap dan persepsi positif dengan nilai jualan syarikat.
Sikap dan persepsi
positif adalah antara ciri penting yang menyumbang kepada kejayaan sesebuah
perniagaan. Hanya pengusaha yang mempunyai nilai ini sanggup menanggung risiko
dan mengambil keputusan untuk menceburi bidang perniagaan yang mencabar. Namun
ianya bukan merupakan faktor penentu mutlak kerana masih terdapat faktor-faktor
lain yang turut menentukankan kejayaan sesebuah perniagaan.
3.0 Metodologi Kajian
Metodologi
bertujuan untuk mengenal pasti kaedah pengumpulan data untuk dianalis dalam
penghasilan kajian bersesuaian dengan objektif kajian yang akan dicapai pada
akhir kajian. Justeru, bahagian ini membincangkan kaedah-kaedah kajian yang
digunakan dalam proses mendapatkan data yang dikehendaki untuk menjalankan
analisis kajian. Selain itu, bahagian ini juga menyentuh aspek penting dalam
penyelidikan seperti rekabentuk kajian,tempat kajian, sampel kajian dan cara
kerja kajian.
3.1
Reka Bentuk Kajian
Kajian
ini bertujuan untuk melihat kefahaman pelajar terhadap industri makanan halal
di Melaka. Kajian ini adalah berbentuk tinjauan. Kaedah ini didapati sesuai
dengan bentuk kajian ini dengan hanya mengemukakan beberapa soalan dalam borang
soal selidik dan mengetahui sikap responden terhadap tajuk kajian dijalankan. Hal ini juga dapat
memudahkan pengkaji membuat mengumpulan dan menganalisis data untuk mendapatkan
hasil kajian. Kajian ini tidak bertujuan untuk mencari perbezaan atau sebarang
perkaitan.
Kajian
berbentuk soal selidik ini sangat popular digunakan dalam kalangan penyelidik. Hal ini kerana soal selidik ini merangkumi bidang
yang luas dan mudah dibuat. Soalan-soalan yang dibuat tidak terlalu rumit untuk
dijawab oleh responden. Responden dapat menjawab soalan tersebut tanpa
pengawasan oleh pengkaji atau penyelidik. Hal ini tidak boleh dipandang ringan
juga kerana jika responden tidak jujur dalam menjawab soalan soal selidik yang
diberikan ia akan menjejaskan dapatan kajian ini.
3.2
Sampel Kajian
Responden
yang terpilih adalah daripada pelbagai kaum yang terdapat di Melaka iaitu
Melayu, Cina, India dan lain-lain. Responden juga dipilih daripada
pelajar-pelajar dan orang awam secara rawak dan tidak mengikuti jantina.
3.3
Instrumen Kajian
Dalam
kajian ini,bahan yang digunakan untuk mengumpul maklumat adalah borang soal
selidik. Hal ini kerana borang ini sesuai digunakan dalam kajian berbentuk
tinjauan yang dilakukan ini. Selain itu, borang ini mudah untuk mendapatkan
maklumat berdasarkan kepercayaan, perasaan dan kehendak individu itu sendiri. Jawapan
yang diberikan oleh responden tidak dipengaruhi dengan arahan tambahan atau
penyataan tambahan dari sumber luar.
Jenis
soal selidik yang digunakan adalah berbentuk pilihan jawapan. Soal selidik
seperti ini mengandungi soalan atau penyataan beserta dengan cadangan jawapan
atau maklum balas. Responden perlu membaca dan memahami penyataan dan memilih
jawapan yang paling sesuai bedasarkan cadangan jawapan yang diberi. Responden tidak
perlu untuk mengeluarkan idea-idea tambahan untuk mengisi soal selidik
tersebut. Di samping itu maklumat-maklumat diperoleh secara tersusun dan jelas
yang dapat memudahkan penganalisisan data boleh dilakukan dengan cepat dan
tepat.
Dalam
kajian ini, borang soal selidik mempunyai dua bahagian iaitu Bahagian A berkaitan
soal selidik profil responden dan Bahagian B berkaitan soal selidik kefahaman
pelajar terhadap industri makanan halal.
Bahagian
A: Soal selidik profil responden
Dalam
bahagian ini soalan berkaitan dengan maklumat diri responden yang mengisi
borang soal selidik ini. Jenis soalan yang dikemukan ialah jantina, umur, bangsa
dan taraf pendidikan responden.
Bahagian
B: Selidik kefahaman pelajar terhadap industri makanan halal.
Soal
selidik ini digunakan untuk mengetahui tentang kefahaman pelajar terhadap
industri makanan halal. Bahagian ini mempunyai soalan atau pertanyaan sebanyak
12 pernyataan. Soalan-soalan yang diberi telah diberikan cadangan jawapan
berdasarkan skala likert. Antara jawapannya adalah seperti berikut iaitu tidak setuju, kurang setuju, tidak pasti, setuju dan sangat setuju.
Melalui
borang soal selidik, data-data dianalisis melalui kaedah peratusan dan
kekerapan. Kaedah ini dilakukan pada setiap soalan untuk melihat peratus
jawapan yang didapati daripada responden melalui borang soal selidik dan untuk
mendapat kejituan hasil dapatan yang lebih tepat bagi mencapai objektif kajian.
Kajian
ini merupakan satu kajian tentang kefahaman pelajar terhadap industri makanan
halal dan kami telah mengambil pendapat orang ramai melalui kaedah soal
selidik. Soal selidik ini mengandungi soalan-soalan atau penyataan-penyataan
yang berkaitan dengan industri makanan halal. Seramai 15 orang responden telah
dipilih yang terdiri daripada 11 lelaki dan empat perempuan untuk menjalankan
kajian. Kajian in melibatkan pengumpulan data, analisis data, interpretasi dan
merumuskan hasil kajian.
4.0 Hasil Kajian
Rajah 2: Peratusan responden mengambil berat tentang
makanan yang mereka makan
Merujuk
rajah 2 di atas adalah hasil kajian daripada sesi soal selidik yang telah dijalankan
kepada 15 orang yang terdiri daripada pelajar yang berkaitan dengan kefahaman
pelajar terhadap industri makanan halal. Soalan pertama ialah “saya mengambil
berat makanan yang saya makan”. Maklumat menunjukkan empat pilihan jawapan yang
dipilih oleh responden iaitu tidak setuju, tidak pasti, setuju dan sangat
setuju. Tujuh responden (46%) mengatakan mereka setuju bahawa mereka mengambil berat tentang makanan
yang mereka makan. Diikuti enam orang (40%) sangat setuju iaitu dan seorang (7%)
tidak pasti dan tidak setuju.
Kesimpulannya, kebanyakan responden mengambil berat makanaan apa yang dimakan.
Rajah 3: Peratus responden yang mengetahui ciri-ciri
makanan halal menurut prinsip Islam
Merujuk
rajah 3 di atas adalah hasil kajian daripada sesi soal selidik yang telah dijalankan
kepada 15 orang yang terdiri daripada pelajar yang berkaitan dengan objektif
kajian iaitu mengkaji kefahaman pelajar terhadap industri makanan halal. Soalan
kedua ialah “saya mengetahui ciri-ciri makanan halal menurut prinsip Islam
iaitu halal dan bersih (halalan toyyiba). Maklumat daripada rajah
menunjukkan tiga pilihan jawapan yang dipilih oleh responden iaitu tidak
pasti,setuju dan sangat setuju. Lapan responden (57%) mengatakan mereka setuju
bahawa mereka mengetahui ciri-ciri makanan halal menurut prinsip Islam iaitu
halal dan bersih. Diikuti empat orang sangat setuju (29%) iaitu dan dua orang (14%)
responden untuk tidak pasti. Kesimpulannya, sebilangan besar responden
mengetahui ciri-ciri makanan halal menurut prinsip Islam iaitu halal dan bersih
(halalan toyyiba).
Rajah 4: Peratus responden yang mengetahui
syarikat-syarikat yang
mengkormesialkan produk makanan halal
Merujuk
rajah 4 di atas adalah hasil kajian daripada sesi soal selidik yang telah dijalankan
kepada 15 orang yang terdiri daripada pelajar yang berkaitan dengan objektif
kajian iaitu mengkaji kefahaman pelajar
terhadap industri makanan halal. Soalan ketiga ialah “saya mengetahui
syarikat-syarikat yang mengkormesialkan produk makanan halal”. Maklumat daripada
rajah menunjukkan tiga pilihan jawapan yang dipilih oleh responden iaitu kurang
setuju, tidak pasti dan sangat setuju. Sebelas responden (69%) mengatakan
mereka tidak pasti mereka mengetahui syarikat-syarikat yang mengkormesialkan produk
makanan halal. Diikuti tiga orang (19%) kurang setuju dan dua orang (12%) sangat
setuju. Kesimpulannya, tidak semua responden mengetahui tentang
syarikat-syarikat yang mengkormesialkan halal dan hanya segelintir sahaja yang
mengetahuinya.
Rajah 5 : Peratus responden yang melihat logo halal pada
bungkusan makanan
sebelum membeli
Merujuk
rajah 5 di atas adalah hasil kajian daripada sesi soal selidik yang telah dijalankan
kepada 15 orang yang terdiri daripada pelajar yang berkaitan dengan objektif
kajian iaitu mengkaji kefahaman pelajar
terhadap industri makanan halal. Soalan keempat ialah “saya melihat logo halal
pada bungkusan makanan sebelum membeli”. Maklumat daripada rajah menunjukkan empat
pilihan jawapan yang dipilih oleh responden iaitu kurang setuju, tidak pasti, setuju
dan sangat setuju. Lapan responden (53%) mengatakan mereka sangat setuju dengan
kenyataan bahawa mereka melihat logo halal pada bungkusan sebelum membeli. Diikuti
empat responden (27%) setuju dan dua orang (13%) tidak pasti. Akhir sekali, seorang
responden (7%) kurang setuju. Kesimpulannya, kebanyakan responden bersetuju
melihat logo halal di bungkusan makanan sebelum membelinya.
Rajah 6 : Peratus responden yang mengetahui logo halal
yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
Merujuk
rajah 6 di atas adalah hasil kajian daripada sesi soal selidik yang telah dijalankan
kepada 15 orang yang terdiri daripada pelajar yang berkaitan dengan objektif
kajian iaitu mengkaji kefahaman pelajar terhadap industri makanan halal. Soalan
kelima ialah “saya mengetahui logo halal yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan
Islam Malaysia (Jakim)”. Maklumat daripada rajah menunjukkan tiga pilihan
jawapan yang dipilih oleh responden iaitu sangat setuju, setuju dan tidak
pasti. Sebanyak (60%) mewakili sembilan responden mengatakan mereka sangat setuju bahawa mereka mengetahui logo
halal yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Diikuti
sebanyak (33%) iaitu lima orang setuju dan (7%) iaitu seorang tidak pasti.
Secara keseluruhanya responden bersetuju dan mengetahui logo halal yang
diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Rajah 7 : Peratus responden yang mengetahui bahan
bahan yang tidak halal yang sering digunakan dalam setiap makanan yang di
proses.
Merujuk
rajah 7 di atas adalah hasil kajian daripada sesi soal selidik yang telah kami
jalankan kepada 15 orang yang terdiri daripada pelajar yang berkaitan dengan
objektif kajian iaitu mengkaji kefahaman
pelajar terhadap industri makanan halal. Soalan keenam ialah “saya mengetahui
bahan bahan yang tidak halal yang sering digunakan dalam setiap makanan yang di
proses”. Maklumat daripada rajah menunjukkan empat pilihan jawapan yang dipilih
oleh responden iaitu sangat setuju, setuju, tidak pasti dan kurang setuju. Lima
responden (33%) mengatakan mereka sangat setuju bahawa mereka mengetahui bahan
bahan yang tidak halal yang sering digunakan dalam setiap makanan yang di
proses. Empat responden (27%) setuju dan tiga orang tidak pasti dan kurang
setuju (20%). Secara keseluruhannya responden bersetuju dan mengetahui bahan
bahan yang tidak halal yang sering digunakan dalam setiap makanan yang di
proses.
Rajah 8 : Peratus responden yang mengambil berat
tentang kebersihan sesuatu premis pengeluaran produk makanan halal.
Berdasarkan
rajah 8 di atas adalah hasil kajian daripada sesi soal selidik yang telah dijalankan
kepada 15 orang yang terdiri daripada pelajar yang berkaitan dengan objektif
kajian iaitu mengkaji kefahaman pelajar
terhadap industri makanan halal. Soalan ketujuh ialah “saya mengambil berat
tentang kebersihan sesuatu premis pengeluaran produk makanan halal”. Maklumat
daripada rajah menunjukkan tiga pilihan jawapan yang dipilih oleh responden
iaitu sangat setuju, setuju dan tidak pasti. Sepuluh responden (67%) mengatakan
mereka sangat setuju bahawa mereka
mengambil berat tentang kebersihan sesuatu premis pengeluaran produk makanan
halal. Seorang (6%) setuju dan empat orang (27%) tidak pasti. Secara
keseluruhannya responden bersetuju terhadap mengambil berat tentang kebersihan
sesuatu premis pengeluaran produk makanan halal.
Rajah 9: Peratus responden yang memastikan premis
mempunyai gred kebersihan baik yang dinilai sendiri oleh Jabatan Kesihatan
Malaysia.
Berdasarkan
rajah 9 di atas adalah hasil kajian daripada sesi soal selidik yang telah dijalankan
kepada 15 orang yang terdiri daripada pelajar yang berkaitan dengan objektif
kajian iaitu mengkaji kefahaman pelajar
terhadap industri makanan halal. Soalan kelapan ialah “saya memastikan premis
mempunyai gred kebersihan baik yang dinilai sendiri oleh Jabatan Kesihatan
Malaysia”. Maklumat daripada rajah menunjukkan empat pilihan jawapan yang
dipilih oleh responden iaitu sangat setuju, setuju, tidak pasti dan kurang
setuju. Sepuluh responden (47%)
mengatakan mereka sangat setuju bahawa mereka yang memastikan premis mempunyai
gred kebersihan baik yang dinilai sendiri oleh Jabatan Kesihatan Malaysia. Lima
responden (33%) setuju, empat responden (27%) tidak pasti dan seorang (7%)
kurang bersetuju. Secara keseluruhannya responden bersetuju terhadap memastikan
premis mempunyai gred kebersihan baik yang dinilai sendiri oleh Jabatan
Kesihatan Malaysia.
Rajah 10: Peratus responden yang memastikan sesuatu
premis memiliki Sijil Halal yang telah disahkan oleh Jakim sebelum membeli
produk keluaran mereka.
Berdasarkan
rajah 10 di atas adalah hasil kajian daripada sesi soal selidik yang telah kami
jalankan kepada 15 orang yang terdiri daripada pelajar yang berkaitan dengan
objektif kajian iaitu mengkaji kefahaman
pelajar terhadap industri makanan halal.oalan kesembilan ialah “saya memastikan
premis mempunyai gred kebersihan baik yang dinilai sendiri oleh Jabatan
Kesihatan Malaysia”. Maklumat daripada rajah menunjukkan tiga pilihan jawapan
yang dipilih oleh responden iaitu sangat setuju, setuju, tidak pasti dan kurang
setuju. Sebanyak sembilan responden (60%) mengatakan mereka sangat setuju
bahawa mereka memastikan sesuatu premis memiliki Sijil Halal yang telah
disahkan oleh Jakim sebelum membeli produk keluaran mereka. Sebanyak lima orang
(33%) setuju dan seorang (7%) kurang bersetuju. Secara keseluruhannya responden
bersetuju terhadap memastikan sesuatu premis memiliki Sijil Halal yang telah
disahkan oleh Jakim sebelum membeli produk keluaran mereka
Rajah 11 : Peratus responden yang memastikan sesuatu
premis memiliki Sijil halal yang telah disahkan oleh JAKIM sebelum membeli
produk keluaran mereka.
Berdasarkan
rajah 11 di atas adalah hasil kajian daripada sesi soal selidik yang telah dijalankan
kepada 15 orang yang terdiri daripada pelajar yang berkaitan dengan objektif
kajian iaitu mengkaji kefahaman pelajar
terhadap industri makanan halal. Soalan kesepuluh ialah “saya merujuk direktori
makanan halal yang disediakan oleh syarikat-syarikat yang mengkaji tentang
produk-produk halal”. Maklumat daripada rajah menunjukkan empat pilihan jawapan
yang dipilih oleh responden iaitu sangat setuju, setuju, tidak pasti dan kurang
setuju. Sebanyak sepuluh responden (40%) mengatakan mereka setuju bahawa mereka
merujuk direktori makanan halal yang disediakan oleh syarikat-syarikat yang
mengkaji tentang produk-produk halal. Sebanyak empat orang iaitu 27% setuju,
empat orang (27%) tidak pasti dan seorang (6%) kurang bersetuju. Secara
keseluruhannya responden bersetuju terhadap merujuk direktori makanan halal
yang disediakan oleh syarikat-syarikat yang mengkaji tentang produk-produk
halal.
Rajah 12 : Peratus responden yang merasakan
pengambilan makanan halal mampu mempengaruhi cara pemikiran seseorang
Berdasarkan
rajah 12 di atas adalah hasil kajian daripada sesi soal selidik yang telah dijalankan
kepada 15 orang yang terdiri daripada pelajar yang berkaitan dengan objektif
kajian iaitu mengkaji kefahaman pelajar
terhadap industri makanan halal. Soalan kesebelas ialah “saya merasakan
pengambilan makanan halal mampu mempengaruhi cara pemikiran seseorang”. Maklumat
daripada rajah menunjukkan empat pilihan jawapan yang dipilih oleh responden
iaitu sangat setuju, setuju, tidak pasti dan tidak setuju. Sebanyak (53%)
mewakili lapan responden mengatakan mereka sangat setuju bahawa pengambilan
makanan halal mampu mempengaruhi cara pemikiran seseorang. Sebanyak (27%) iaitu
empat seorang tidak pasti, (13%) iaitu dua
orang setuju dan seorang (7%) tidak bersetuju. Secara keseluruhannya responden bersetuju
pengambilan makanan halal mampu mempengaruhi cara pemikiran seseorang
Rajah 13 : Peratus responden yang berpendapat bahawa
produk halal lagi bersih mampu mempengaruhi kesihatan individu.
Berdasarkan
rajah 13 di atas adalah hasil kajian daripada sesi soal selidik yang telah dijalankan
kepada 15 orang yang terdiri daripada pelajar yang berkaitan dengan objektif
kajian iaitu mengkaji kefahaman pelajar
terhadap industri makanan halal. Soalan kedua belas ialah “saya berpendapat
bahawa produk halal lagi bersih mampu mempengaruhi kesihatan individu”. Maklumat
daripada rajah menunjukkan tiga pilihan jawapan yang dipilih oleh responden
iaitu sangat setuju, tidak pasti dan kurang setuju. Sebanyak (80%) mewakili 12
responden mengatakan mereka setuju bahawa mereka berpendapat bahawa produk
halal lagi bersih mampu mempengaruhi kesihatan individu. Sebanyak (13%) iaitu dua
orang setuju dan seorang iaitu (7%)
tidak pasti. Secara keseluruhannya responden bersetuju terhadap pendapat bahawa
produk halal lagi bersih mampu mempengaruhi kesihatan individu.
5.0 Kesimpulan
Penumpuan terhadap
aspek kualiti, kebersihan, keselamatan dan kesihatan di sepanjang rantaian
proses pengeluaran dan juga aktiviti pemasaran produk makanan sewajarnya wajib
dititikberatkan oleh semua kakitangan di industri makanan Malaysia. Setiap
elemen ini diperlukan bagi tujuan memastikan dan memberi jaminan pengeluaran
produk makanan yang bersih, selamat, halal serta sesuai untuk digunakan. Selain
itu, pematuhan, pemantapan pengetahuan dan perlaksanaan menyeluruh amalan
standard-standard tertentu yang bersesuaian perlu dilaksanakan secara peringkat
demi peringkat. Pengusaha PKS makanan tempatan perlu sedar supaya
mengetengahkan aspek-aspek tersebut di samping berazam untuk menembusi pasaran
luar melalui penawaran produk makanan yang setanding dan tidak diragui kualiti
dan keselamatannya.
Dengan demikian,
cabaran dalam mengekalkan sistem penguatkuasaan keselamatan makanan yang
berkesan dan dipercayai oleh orang awam adalah penting dalam memastikan
pengeluaran produk yang berkualiti dan selamat mencapai matlamatnya. Kakitangan
kerajaan perlulah melakukan kajian lanjutan tentang perbezaan amalan jaminan
kualiti yang wujud di sesebuah negara dalam penyediaan makanan yang selamat.
Selain itu,
tindakan selanjutnya perlu diambil bagi menggalakkan pelaksanaan serta
pematuhan standard yang berkaitan di industri makanan terutamanya yang
diusahakan oleh PKS. Tambahan pula, kesedaran pengguna terhadap keperluan akta
dan peraturan keselamatan makanan perlu diterapkan sebagai salah satu pemangkin
pelaksanaan sesuatu standard dalam kalangan PKS makanan. Galakan yang
dimaksudkan adalah dalam bentuk pengagihan peraturan keselamatan makanan di
tempat-tempat latihan penyediaan makanan, mewajibkan dalam syarat pengeluaran
lesen perniagaan dan juga melalui penyeragaman polisi keselamatan makanan di
semua negeri.
Selain itu,
kejayaan pengeluar produk makanan mematuhi dan mendapat pengiktirafan daripada
badan-badan standard tertentu, sama ada daripada agensi tempatan atau
antarabangsa turut mampu mendorong ke arah peningkatan terhadap penerimaan dan
keyakinan produk di pasaran. Keadaan ini sudah tentunya nanti mampu memberi
pulangan yang baik walaupun pada permulaan perlaksanaan standard ini mungkin
menyukarkan.
Rujukan
Abu
Bakar Husin. 1980. Isu halal haram dalam makanan di Malaysia dan masalah
pengesahannya.
Buku
Teks Pendidikan Islam Tingkatan 1. 2006. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Pusat
Da'wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Brunei. 2007. Makanan halal
sumber pembentukan syakhsiah mulia.
Mohd
Ali Mohd Noor dan Nor Aini Hj. Idris. 2009. Daya saing industri makanan halal
berasaskan bijirin: analisis daya saing terlaras RBV dan Porte. Prosiding
Perkem IV, Jilid 2.
Nor
Aini Haji Idris dan Mohd. Ali Mohd. Noor. Usahawan industri
makanan halal: satu
analisis persepsi dan sikap.
Seminar Keusahawanan Islam Peringkat Kebangsaan.
http://www.tintaguru.com/2011/06/makanan-dan-minuman-yang-halal-dan-yang.html
http://en.wikipedia.org/wiki/Halal
http://ms.wikipedia.org/wiki/Hukum_pemakanan_Islam
MZ Zainudin, Muhammad ‘Ammar Muhammad Sani. Muhamad Nashry Abd Rahim, Mohamad
Zulhaikel Narawi, Ilham Iftikhar Ibrahim, Muhamad Budie Basri, Mohamad Firdausz
Mohd Aris, Muhammad Aliff Rasdan.