Tuesday, August 08, 2017

Pengaruh Islam dalam sistem pentadbiran di Malaysia







Zainudin M.Z, Abdul Rahim Abdul Rahman, Wan Mohamad Tasnim Wan Ismail, Muhamad Adib Aminuddin, Muhamad Fahmi Jamil, Zulkifli Bin Jusoh, Wan Asyraf Syazal Wan Azmi Shamri



1.0 Pengenalan

Kedatangan ajaran Islam ini telah banyak membawa perubahan dalam setiap aspek terutamanya dalam sistem pentadbiran di Tanah Melayu pada masa itu. Sebagai contoh, perubahan sistem pentadbiran berlaku apabila sistem kesultanan diperkenalkan dimana ia berbeza dengan sistem beraja ala Hindu-Buddha. Konsep Dewaraja telah dihapuskan dan digantikan dengan sultan sebagai pemegang amanah Allah di muka Bumi. Alim ulama pula sebagai penasihat sultan.

Hal ini adalah salah satu perubahan sistem pentadbiran di Tanah Melayu dan terdapat banyak lagi perubahan baharu yang berlaku disebabkan pengaruh ajaran Islam. Oleh itu, kajian ini akan membincangkan lebih banyak lagi isu-isu menarik tentang pengaruh Islam pada zaman dahulu serta pengaruhnya sehingga masa ini.


1.1 Definisi

Menurut pendapat yang dikemukakan http://azharjin.blogspot.my/2009/04/pengertian-dan-maksud-islam.html, perkataan ‘Islam’ berasal dari bahasa arab ertinya sejahtera, aman, harmoni dan dirujuk dari istilah memberi makna menyerah diri kepada Pencipta yang Maha Berkuasa dengan mentauhidkannya dengan penuh keyakinan serta melaksanakan segala suruhan dan meninggalkan larangannya.

Maksud ‘Islam’ ialah, agama ciptaan Allah yang lengkap lagi sempurna dengan segala peraturan dan undang-undang yang merangkumi pengkhususan kehidupan manusia, baik yang mengenai orang perseorangan, kekeluargaan, kemasyarakatan, dan kenegaraan sekaligus menghubungkan manusia dengan Tuhan dan manusia dengan alam sejagat bagi menjamin kesejahteraan, keselamatan, kesempurnaan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Manakala maksud “pentadbiran” menurut Wikipedia pula merujuk kepada fungsi pengurusan yang terdapat dalam sesuatu organisasi demi mencapai sesuatu tujuan.


1.2 Objektif Kajian

Dalam menjalankan kajian Pengaruh Islam di Malaysia ini, terdapat tiga objektif utama yang ingin di utarakan iaitu menyatakan sumbangan zaman kegemilangan kerajaan-kerajaan Islam terdahulu seperti kerajaan Madinah, Kerajaan Umaiyah dan Empayar Kerajaan Uthmaniyyah. Kerajan-kerajaan ini telah mewarisi ajaran Nabi Muhammad saw selepas pemerintahan Khulafa’ Ar-Rasyidin.

Selain itu, objektif seterusnya ialah menyenaraikan setiap aspek yang dibawa oleh ajaran Islam yang dijalankan dalam sistem pentadbiran di Malaysia. Akhir sekali, mengenal pasti sama ada persefahaman dan perpaduan boleh dipupuk dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum melalui pemerintahan berasaskan Islam ini.


2.0   Sorotan Literatur

2.1 Pengaruh Kerajaan Islam Terdahulu

2.1.1 Kerajaan Madinah

Pada zaman Nabi Muhammad saw terdahulu, baginda telah membentuk kerajaan Madinah setelah penghijrahan baginda dari Mekkah ke Madinah. Semasa pemerintahan Nabi Muhammad saw di Madinah, baginda telah membawa banyak perubahan dan salah satu daripadanya ialah Piagam Madinah. Piagam Madinah merupakan satu perlembagaan yang pertama di dunia yang diasaskan oleh Nabi Muhammad saw. Perlembagaan ini berpandukan al-quran. Dengan adanya perlembagaan ini, cara hidup orang arab dahulu telah berubah namun ada yang menolak dan ada yang menerima dengan hati terbuka. Piagam Madinah mencatatkan tanggungjawab ketua negara serta tanggungjawab rakyat. Piagam Madinah telah dipersetujui oleh kedua belah pihak iaitu orang Islam dan orang bukan Islam. Hal ini kerana perlembagaan ini merupakan perlembagaan yang adil dan tidak berat sebelah.

Dengan terciptanya Piagam Madinah ini terdapat banyak kepentingan yang boleh kita kupas bagi membina sebuah negara yang aman dan maju. Antara kepentingannya ialah agama Islam boleh dilaksanakan dalam negara berbilang agama dan bangsa. Seterusnya, Piagam Madinah merangkumi peraturan dunia dan akhirat. Sebagai contohnya dari segi ekonomi amalan riba, menipu tidak dibenarkan, sebaliknya adalah sedekah, keadilan ekonomi digalakkan. Nabi berjaya membentuk masyarakat berasaskan ummah, nilai yang ditanamkan ialah ukhwah Islamiah. Daripada konsep keadilan sosial pula Islam menekankan persamaan dan persaudaraan, tiada perbezaan taraf dalam masyarakat.

Selain itu, baginda turut mempraktikkan amalan positif seperti perpaduan, rela berkorban, serta bantu- membantu. Baginda juga menyusun perlembagaan dahulu sebelum membentuk kerajaan. Hal ini menyebabkan kerajaan madinah dahulu tersusun dengan rapi dan tiada masalah yamg timbul.


2.1.2 Kerajaan Umaiyah

Kerajaan Bani Umaiyah banyak memberi sumbangan dalam sistem pentadbiran di Malaysia. Antara sumbangannya ialah perlantikan ketua pentadbir di setiap daerah. Pada zaman Bani Umayyah, kerajaan Islam berkembang pesat menyebabkan khalifah sukar untuk menguruskan hal pentadbiran di beberapa kawasan. Oleh itu, khalifah ketika itu mengambil inisiatif dengan mewujudkan jawatan ketua pentadbir di setiap daerah bagi menguruskan hal-hal pentadbiran di daerah tersebut. Begitu juga negara Malaysia kini semakin maju menyebabkan kerajaan sukar untuk menguruskan setiap kawasan. Oleh itu, kerajaan telah menubuhkan jawatan ketua di setiap daerah untuk menguruskan hal-hal daerah tersebut.

Selain itu, kerajaan Bani Umaiyah juga telah menyumbang dalam sistem ketenteraan. Kerajaan Bani Umaiyah telah mewujudkan satu jabatan yang dikenali sebagai ‘diwanul jundi’ atau jabatan ketenteraan. Dengan adanya jabatan ini, sistem ketenteraan menjadi lebih teratur kerana jabatan ini ditugaskan untuk menguruskan hal ehwal ketenteraan. Dengan ini kerajaan tidak perlu terlalu menumpukan kepada sistem ketenteraan kerana sudah ada jabatan yang menguruskannya. Dalam Malaysia, barisan kententeraan diuruskan oleh kementerian pertahanan. Dengan ini kerajaan Malaysia boleh memfokuskan kepada perkara lain.

Bukan itu sahaja, kerajaan Bani Umayyah juga telah mewujudkan pelbagai jabatan untuk melicinkan sistem pentadbiran kerajaan Bani Umayyah. Antara jabatan yang ditubuhkan ialah jabatan surat-menyurat dan jabatan cukai. Dengan adanya jabatan-jabatan ini, sistem pentadbiran menjadi semakin teratur dan memudahkan kerja-kerja untuk mentadbir negara. Semua jabatan ini juga ditubuhkan di Malaysia. Kerajaan mewujudkan jabatan ini bagi memudahkan rakyat dan kerajaan berhubung antara satu sama lain. Sebagai contohnya, jabatan cukai di Malaysia dikenali sebagai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Ianya bertindak untuk memungut cukai dalam Malaysia.


2.1.3 Kerajaan Uthmaniyah

Kerajaan Bani Utmaniyyah juga banyak memberi sumbangan kepada sistem pentadbiran di Malaysia. Antaranya ialah memperkenalkan jawatan kadi dan mufti yang berperanan untuk menguruskan hal ehwal agama Islam.  Jawatan kadi ini merupakan seorang hakim yang membuat keputusan berlandaskan syariat Islam. Di Malaysia, kadi sering dipertanggungjawabkan oleh institusi masjid atau jabatan atau pusat Islam untuk menerima tuntutan para wali untuk menikahkan bakal isteri dengan bakal suami. Jawatan mufti pula adalah berperanan untuk mengeluarkan fatwa atau hukum mengenai sesuatu perkara yang menimbulkan kekeliruan antara masyarakat. Begitu juga di Malaysia, peranan mufti adalah untuk menentukan hukum suatu perkara itu.

Selain itu, kerajaan Bani Utmaniyyah juga telah mewujudkan sistem pendidikan. Sistem pendidikan adalah untuk mengajar seseorang individu itu mengenai ilmu. Sistem pendidikan ini sering diadakan di madrasah, perpustakaan ataupun masjid. Sama juga di Malaysia, sistem pendidikan diwujudkan bagi memastikan rakyat berada dalam persekitaran yang berilmu. Dengan adanya sistem ini, rakyat tidak akan hidup dalam keadaan kekurangan ilmu dan negara akan menpunyai pelapis yang berguna di masa hadapan. Kerajaan juga telah memperkembangkan madrasah dan sekolah akademik di setiap tempat supaya lebih ramai rakyat dapat memasuki sekolah dan dapat belajar dalam suasana yang selesa.

Seterusnya, kerajaan Bani Utmaniyyah juga telah menggalakkan kepada kecemerlangan individu. Dahulu setiap pemerintah merupakan seorang bangsawan yang kaya raya tetapi kerajaan Bani Utmaniyyah telah menghapuskan konsep tersebut dan menjadikan sesiapa yang berilmu perlu menjadi pemerintah. Dengan ini masyarakat berpeluang untuk menjadi pemerintah. Di Malaysia, konsep ini digunakan dan rakyat berpeluang untuk menjadi pemimpin asalkan mereka mempunyai ilmu.


2.2 Agama Islam sebagai Agama Rasmi

2.2.1 Kedudukan Agama Islam sebagai Agama Rasmi

Semua rakyat Malaysia, khususnya orang-orang Islam mengetahui bahawa perlembagaan kita mencatat Islam sebagai agama persekutuan. Oleh itu, Islam dilindungi oleh perlembagaan negara kita dan segala kemudahan serta perbelanjaan negara boleh dipergunakan untuk pembangunan Islam tanpa dapat dicabar atau dipertikaikan. Bagaimanapun sesuai dengan ajaran Islam itu sendiri maka agama-agama lain tetap terjamin dan penganut agama bukan Islam diberikan kebebasan untuk mengamalkan agama mereka masing-masing di dalam suasana aman dan harmoni.

Kedudukan Islam di negara Malaysia cukup kuat dan keadaan ini memberikan ruang yang luas bagi kita untuk mengisinya supaya Islam dapat menjadi wadah pembangunan sosial, pendidikan, ekonomi kekeluargaan, kewarganegaraan, pengurusan, sains dan teknologi dan sebagainya. Hal ini dapat kita saksikan di dalam negara kita sejak zaman kemerdekaan lebih enam puluh tahun yang lalu, iaitu pengisian Islam dan nilai-nilainya di dalam pembangunan negara Malaysia yang mulai terserlah dan menampakkan kenyataannya di dalam arus perdana pembangunan negara. Itulah aspek positifnya yang merupakan persepsi majoriti orang Islam di negara Malaysia, iaitu melihat bahawa Islam telah didominisasikan oleh pemerintah di dalam masyarakat negara Malaysia dan menampakkan perkembangan yang semakin memuncak dan maju ke hadapan dari semasa ke semasa.


2.2.2 Kedudukan Islam sebagai Agama Rasmi

Kedudukan Islam sebagai Persekutuan menunjukkan bahawa agama Islam telah diberi keistiewaan dalam perlembagaan berbanding agama-agama lain di negara ini. Kedudukan Islam yang istimewa ini tidak harus dipertikaikan memandangkan peruntukan mengenainya ditunjangi oleh Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan Persekutuan pula adalah hasil kompromi dan permuafakatan bersama pemimpin-pemimpin negara dan masyarakat yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama semasa Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaannya pada tahun 1957.

Kedudukan istimewa Islam ini juga telah mengambil kira elemen-elemen tradisional penduduk asal Tanah Melayu iaitu orang-orang Melayu ratusan tahun sebelumnya yang terus menerus dipertahankan. Contohnya, agama Islam telah menjadi anutan sejak ratusan tahun bagi orang-orang Melayu. Kerajaan Melayu Melaka yang bertapak kukuh selama lebih kurang 100 tahun pada kurun ke-15 telah pun memperkenalkan undang-undang Islam yang dikenali Hukum Kanun Melaka. Walaupun undang-undang tersebut dikatakan mengandungi unsur-unsur adat, namun sebahagian besar kandungan merupakan undang-undang Islam sebenar meliputi perkara-perkara sivil dan jenayah.


2.3 Agensi-agensi Islam yang ditubuhkan di Malaysia

Seperti yang telah di ketahui ramai bahawa terdapat banyak agensi Islam di Malaysia kini. Antaranya ialah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang berfungsi sebagai agensi pusat dalam perancangan pengurusan Hal Ehwal Islam dan pembangunan ummah dengan fungsi-fungsi seperti berikut iaitu bertanggungjawab seperti perancang yang menentukan pembangunan dan kemajuan Hal Ehwal Islam di negara ini, merangka dasar bagi pembangunan Hal Ehwal Islam di negara ini dan menjaga kesucian akidah dan ajaran Islam, membantu menggubal dan menyeragam undang-undang dan peraturan yang diperlukan serta menilai dan menyelaras pelaksanaan undang-undang dan pentadbiran yang sedia ada dari masa ke semasa dalam usaha untuk menyelesaikan masalah-masalah umat Islam, dan banyak lagi.

Selain itu, agensi seterusnya ialah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) yang berperanan memberikan khidmat nasihat dan perundangan syariah kepada pihak-pihak terlibat secara khusus berkaitan tuntutan nafkah serta tatacara penguatkuasaan dan pelaksanaan penghakiman selepas suatu perintah dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah, melaksanakan tugas Peguam Syari’e dan Bailif dalam pelaksanaan penghakiman dan penguatkuasaan perintah yang dibuat oleh Mahkamah Syariah berkaitan dengan nafkah bagi memastikan sesuatu perintah dapat dipatuhi dan dilaksanakan oleh semua pihak, melaksanakan pengurusan pentadbiran yang berkaitan dengan penguatkuasaan dan pelaksanaan penghakiman atau perintah Mahkamah Syariah antara negeri-negeri berjalan dengan lancar tanpa sebarang halangan, dan menguruskan bantuan pendahuluan nafkah melalui sumber yang diharuskan syarak melalui tapisan kelayakan.

Di samping itu, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mempunyai peranan yang tersendiri yang salah satu daripadanya ialah menjadi penasihat kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Kerajaan Persekutuan dalam perkara-perkara kefahaman Islam meliputi semua aspek termasuk akidah, syariah, ibadah, ekonomi dan isu-isu semasa. Lembaga Tabung Haji (TH) pula mempunyai peranan utama iaitu sebagai peneraju utama ke arah pemerkasaan ekonomi moden umat Islam. Seterusnya, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) berfungsi untuk menjalankan penyelidikan yang melibatkan kajian menyeluruh dan bersepadu tentang peranan Islam dan umat Islam bagi menghadapi cabaran semasa yang timbul akibat daripada keadaan dunia yang kian berubah dan terdapat banyak lagi fungsi lain IKIM. Selain daripada agensi-agensi yang dinyatakan tersebut, terdapat banyak lagi agensi-agensi lain dimana matlamatnya hanyalah satu iaitu memartabatkan agama Islam sebagai agmai rasmi negara.


2.4 Peranan Raja dalam Pentadbiran

Yang di-Pertuan Agong adalah merupakan gelaran rasmi bagi ketua negara Malaysia. Gelaran rasmi yang penuh adalah Kebawah Duli yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Malaysia merupakan satu-satunya negara di dunia yang mengamalkan sistem penggiliran ketua negara. Malahan, sistem ini dianggap unik kerana ia menggabungkan tradisi feudal berasaskan keturunan darah dengan konsep moden berasaskan perlembagaan. Oleh disebabkan Malaysia mengamalkan sistem raja berperlembagaan, peranan Yang di-Pertuan Agong adalah luas tetapi tertakluk kepada perlembagaan.

Antara peranan raja atau Yang di-Pertuan Agong adalah sebagai ketua negara yang secara undang-undangnya mengetuai tiga badan kerajaan iaitu Badan Perundangan (Legislatif), Badan Pemerintah (Eksekutif) dan Badan Kehakiman (Judisiari). Di samping itu, Yang di-Pertuan Agong juga merupakan satu daripada tiga unsur Parlimen yang tertakluk pada Perkara 44. Baginda mempunyai kuasa untuk memanggil, menangguh serta membubarkan Parlimen di samping meletakkan cop mohor kepada rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Badan Perundangan dalam proses penggubalan undang-undang. Dalam Angkatan Tentera Persekutuan, raja atau Yang di-Pertuan Agong merupakan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Persekutuan yang berkuasa mengampuni serta menangguhkan sesuatu hukuman.
   
Di samping itu, baginda juga bertanggungjawab untuk memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera negeri-negeri Sabah dan Sarawak dan menjaga kepentingan kepentingan sah kaum-kaum lain.Baginda merupakan ketua agama Islam bagi negeri baginda sendiri termasuk Pulau Pinang, Melaka, Wilayah Persekutuan, Sarawak dan Sabah. Seterusnya, Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa budi bicara untuk melantik Perdana Menteri daripada mana-mana ahli Dewan Rakyat dan terikat dengan keputusan Perdana Menteri sekiranya tiada parti yang memenangi undi majoriti. Baginda turut berkuasa untuk menitahkan supaya diadakan mesyuarat Majlis Raja-Raja bagi membincangkan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan serta kebesaran Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Tambahan pula, raja diperuntukkan kuasa melantik dan membatalkan perlantikan jawatan menteri dan timbalan menteri. Baginda diperuntukkan kuasa membuat pengisytiharan darurat serta mengisytiharkan apa-apa ordinan sekiranya kedua-dua Dewan Parlimen tidak bersidang secara serentak. Atas nasihat Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong diberi kuasa untuk melantik ahli Suruhanjaya Pasukan Polis dan boleh mempertimbangkan untuk melantik ahli-ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran setelah menimbang nasihat Perdana Menteri dan selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja. Tidak dinafikan juga bahawa majoriti ahli-ahli Majlis Angkatan Tentera adalah atas lantikan baginda.

Institusi diraja di Malaysia merupakan aspek yang penting terutama dalam pentadbiran negara. Bagi menjamin kelangsungan tradisi institusi raja, sudah tentu perubahan perlu berlaku dalam institusi raja. Keadaan ini akan menjadikan kedudukan institusi tersebut selaras dengan selaras dengan tuntutan masa. Oleh itu, raja berperlembagaan harus bijaksana mempastikan konsep ‘constitutionlism’ terutamanya penyalahgunaan kuasa dilaksana sepenuhnya.


2.5 Pengaruh Islam dalam Sistem Pendidikan di Malaysia

Islam membawa perubahan dalam sistem pendidikan. Selepas kedatangan Islam, golongan bawahan menerima pendidikan yang sarna seperti golongan atasan. Sistem pendidikan yang bermula di istana mula beralih ke beberapa institusi pendidikan Islam seperti pondok dan madrasah. Tradisi keilmuan yang ditekankan oleh Islam telah mengembangkan pula tradisi pendidikan dan pengajaran secara lebih tersusun. Dorongan belajar bermula dengan pengajaran membaca al-Quran dan kitab-kitab. Golongan pemerintah dan pembesar-pembesar berperanan penting dalam mengembangkan ilmu pengetahuan.

Melalui sistem pengajian ilmu tersebut lahirlah para cendekiawan dan para ulama Melayu yang menjadi pegawai-pegawai pemerintah, guru-guru dan ahli agama. Antara tokoh Melayu yang terkenal ialah Syeikh Abdul Malik Abdullah, Sheikh Wan Hasan Wan Ishak dan ramai lagi. Tokoh-tokoh ini telah banyak menyumbang ke arah perkembangan ilmu pengetahuan di Tanah Melayu. Dalam bidang intelektual dan keilmuan, Islam memberi kedudukan yang begitu tinggi dengan memperkenalkan metod ilmu berteraskan ilmiah dan rasional sejajar dengan tuntutan Islam. Keilmuan rasional dan intelek yang diperkenalkan oleh Islam adalah pendekatan baru dalam cara berfikir iaitu meninggalkan sesuatu yang bersifat tahyul serta memuja sesuatu yang bersifat estetik, kepada sesuatu yang mementingkan akal, pemahaman ilmu metafizik serta pandangan hidup yang munasabah pada akal yang sihat.

Kedatangan Islam membawa pengaruh yang besar terhadap sistem pendidikan. Di Melaka contohnya, aktiviti pendidikan berlangsung di istana yang juga berfungsi sebagai perpustakaan atau tempat penyalinan dan terjemahan. Di samping itu tempat-tempat lain yang digunakan sebagai tempat pengajian ialah rumah-rumah ulama, masjid, madrasah dan surau. Kebanyakan guru agama pula terdiri daripada bangsa Arab. Ilmu-ilmu yang dipelajari ialah ilmu usuluddin, fiqh dan tasawwuf kitab-kitab utama yang menjadi pegangan masyarakat di Melaka ketika itu ialah aI-Oar al-Manzum oleh Abu Ishak aI-Shirazi, Ihya Ulumuddin oleh al-Ghazali dan Minhaj al- Talibin oleh al-Nawawi.
            
Bersama dengan kedatangan Islam di mana-mana sahaja maka berkembanglah ilmu pengetahuan dan pendidikan. Di Melaka sendiri, sultan yang pertama bermula dari Megat Iskandar Shah (1414M) hingga sultan-sultan terakhir sebelum 1511M, begitu mengambil berat tentang perkembangan pendidikan. Pengajian Islam tidak sahaja berlaku di rumah-rumah, masjid-masjid dan surau-surau, bahkan juga di istana sultan. Ulama-ulama asing yang datang ke Melaka sejak awal hingga zaman kejatuhannya seperti Makhdum Syed Abdul Aziz, Maulana Abu Bakar, Qadi Yusuf, Qadi Menus, Qadi Menawar Syah, Maulana Sadar Johan, Maulana Jalal aI-Din dan lain-lain bukan sahaja dijadikan sebagai seorang guru bahkan diberi kedudukan yang tinggi dalam hierarki sosial di Melaka, setaraf dengan pembesar dan pentadbir.

Sejarah pada zaman dahulu amatlah memberi impak yang besar sehingga kini. Hal ini kerana Sistem Pendidikan di Malaysia pada masa ini masih lagi mengutamakan pelajar-pelajar muslim untuk menguasai ajaran Islam. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) kini telah mewajibkan semua pelajar sekolah muslim untuk mendaftar subjek Pendidikan Agama Islam dalam peperiksaan yang diduduki semasa zaman ini. Bukan itu sahaja, bahkan dari segi tempat proses pengajaran dan pembelajaran juga berkembang sejajar dengan ajaran Islam pada masa dahulu. Hal ini dikatakan demikian kerana sistem pendidikan di Malaysia kini secara keseluruhannya berlaku semasa di dalam bilik darjah iaitu di sekolah. Seperti yang kita tahu, pada awalnya pendidikan bermula dari istana, dan seterusnya rumah-rumah ulama, masjid, madrasah dan surau. Begitu juga kini tidak  banyak perubahan yang berlaku dimana kini sistem pendidikan di masjid masih dijalankan bagi kelas pembelajaran tajwid al-quran, fardhu ain dan lain-lain. Ini menjelaskan bahawa pengaruh Islam sistem pendidikan di Malaysia masih lagi kuat sehingga sekarang.


2.6 Pengaruh Islam dalam Undang-Undang di Malaysia

Kedatangan agama Islam telah mempengaruhi sistem perundangan di Tanah Melayu. Sistem perundangan tempatan turut mengalami perubahan seperti yang tercatat dalam Hukum Kanun Melaka, Adat Pepatih dan Adat Temenggung. Undang-undang adat yang tidak bertentangan dengan ajaran agama Islam dikekalkan. Contohnya, hakim boleh menggunakan budi bicaranya sama ada hendak menjatuhkan hukuman potong tangan ke atas pesalah yang melakukan kesalahan mencuri ataupun didenda dan dipenjara sahaja. Setelah Islam datang dan tersebar di seluruh Nusantara, sistem perundangan masyarakat Melayu juga berubah kepada sistem adat dan Islam. Contohnya, Melaka mempunyai Hukum Kanun Melaka yang meliputi tanah, sungai, dusun dan setiap tanah jajahan takluk Melaka. Undang-undang Laut Melaka meliputi perusahaan perkapalan, perdagangan di laut dan di darat dan kegiatan yang berkaitan dengannya. Kedua-dua kumpulan undang-undang ini adalah didasarkan kepada hukum syariah dan juga hukum adat yang telah wujud sejak dahulu lagi.

Tradisi pemerintahan berdasarkan perundangan Islam dilanjutkan dalam pemerintahan Malaysia hari ini. Perlembagaan Malaysia menjadikan urusan Islam sebagai urusan negeri. Bidang kuasa tersebut sangat terbatas dan dinyatakan secara terperinci satu persatu. Manakala di peringkat negeri terdapat beberapa undang-undang yang telah dikuatkuasakan seperti undang-undang pentadbiran Islam, undang-undang mahkamah syariah, undang-undang pentadbiran keluarga Islam, undang-undang prosedur dan keterangan, undang-undang sivil, jenayah Islam dan lain-lain lagi. Oleh kerana Hukum Kanun Melaka adalah undang-undang induk yang meliputi undang-undang lain di dalam negeri-negeri Melayu, amatlah tepat jika ianya dijadikan contoh tentang wujudnya pengaruh Islam dalam perundangan. Menurut beberapa orang sarjana barat seperti William R. Roff dan Alfred P. Rubin.


2.7 Sistem Mahkamah Syariah

Definisi bagi Mahkamah Syariah adalah sebuah institusi kehakiman yang membicarakan serta menjatuhkan hukuman ke atas orang Islam bagi kesalahan sivil dan jenayah agama mengikut bidang kuasa yang diperuntukkan untuknya. Sistem Mahkamah Syariah di Malaysia terbahagi kepada tiga peringkat iaitu, Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rayuan Syariah. Setiap satu peringkat ini mempunyai fungsi tersendiri untuk memudahkan rakyat.

Antara tujuan utama Mahkamah Syariah dilahirkan adalah untuk menjalankan pentadbiran agama Islam al-quran dan as-sunnah bagi menjamin kesejahteraan orang Islam, melahirkan keluarga Islam yang berpegang teguh pada ajaran Islam serta mengawasi mereka supaya menjalani kehidupan mengikut syariat Islam. Selain itu, menyelamatkan umat Islam daripada pepecahan dan keruntuhan rumahtangga. Di samping itu, sebagai tempat membuat rayuan daripada pihak isteri untuk mendapatkan nafkah daripada suaminya yang sudah bercerai. Akhir sekali, membantu serta menyelesaikan pembahagian harta pusaka dan hal-hal berkaitan seperti wasiat dan menerapkan nilai-nilai Islam agar orang Islam mengamalkan sistem dan cara hidup Islam secara menyeluruh dalam kehidupan mereka.


2.8. Persamaan Taraf di Malaysia

Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai sistem pemerintahan berasaskan Islam. Ini dapat dilihat dalam perlembagaan Malaysia yang mana menunjukkan agama Islam sebagai agama rasmi negara. Selain itu, Malaysia juga mengamalkan persamaan taraf dalam kehidupan masyarakat di Malaysia. Ini adalah kesan daripada pengaruh agama Islam yang datang ke tanah melayu dahulu. Di dalam ajaran agama Islam, setiap manusia mempunyai taraf dan darjat yang sama kecuali Rasulullah saw.akan tetapi yang dapat mebezakan seseorang itu dengan yang lain adalah keimanan dan ketakwaan seseorang itu kepada Allah swt. Dalam erti kata lain, semua manusia tiada bezanya tanpa iman dan ketakwaan menurut Islam.
       
Pengaruh Islam yang datang pada satu masa dahulu telah memberi impak yang sangt besar dalam sistem pemerintahan Malaysia kini. Ini dapat dilihat melalui pelbagai aspek dan salah satunya seperti yang telah dinyatakan di atas iaitu persamaan taraf dalam kalangan masyarakat. Maka, sebagai rakyat Malaysia, kita sewajarnya bersyukur di atas kurniaan Allah swt yang menghantar umat Islam ke Tanah Melayu dan secara tidak langsung menyebabkan agama Islam telah bertapak di Tanah Melayu sekian lama.

3.0 Kaedah Kajian

3.1. Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk kajian ini adalah untuk mencari kesan peninggalan kerajaan Islam dahulu dari sudut pentadbiran yang digunakan dalam pentadbiran Malaysia pada masa ini. Pelbagai sudut dikupas untuk mencari maklumat bagi kajian ini seperti dari sudut mahkamah, pentadbiran dan kuasa pemimpin dalam sesuatu pentadbiran. Setiap aspek ini diberi tunjuk ajar yang baik dari Nabi Muhammad saw dan khalifah-khalifah seterusnya. Selain itu, secara tidak langsung dapat mencari persamaan dalam pentadbiran kerajaan Islam terdahulu dan kerjaan Malaysia sekarang. Hal ini dapat menguatkan lagi fahaman manusia mengenai sistem pentadbiran Islam yang adil. Bagi menjalankan penyelidikan ini, aspek-aspek yang digunakan antarannya ialah pengumpulan data, menganalisis data dan penulisan laporan.


4.0 Hasil Kajian

Setelah dijalankan kajian secara keseluruhan, didapati bahawa Malaysia kini sedang menjalankan pentadbiran yang sepenuhnya berasaskan agama Islam. Ajaran agama Islam ini telah sampai ke Tanah Melayu sewaktu ketika dahulu dan terus berkembang di negara Malaysia ini. Agama Islam juga lebih mempengaruhi pentadbiran Malaysia sama ada bidang politik, sosial, pendidikan, kewangan dan lain-lain.
           
Menurut hasil kajian ini, pengaruh ajaran Islam daripada zaman-zaman kegemilangan Islam dahulu seperti kerajaan Madinah, Umayyah serta empayar Uthmaniyah banyak memberi kesan kepada sistem pentadbiran Malaysia. Antara kesan yang ditinggalkan di Malaysia kini ialah dari segi ekonomi amalan riba, menipu tidak dibenarkan, sebaliknya adalah sedekah, keadilan ekonomi digalakkan yang mana perkara ini telah dikuatkuasakan dalam pemerintahan kerajaan Madinah. Seterusnya, Piagam Madinah merangkumi peraturan dunia dan akhirat. Sebagai contohnya dari segi ekonomi amalan riba, menipu tidak dibenarkan, sebaliknya adalah sedekah, keadilan ekonomi digalakkan. Nabi Muhammad saw berjaya membentuk masyarakat berasaskan ummah, nilai yang ditanamkan ialah ukhwah Islamiah. Daripada konsep keadilan sosial pula Islam menekankan persamaan dan persaudaraan, tiada perbezaan taraf dalam masyarakat. Selain itu, baginda turut mempraktikkan amalan positif seperti perpaduan, rela berkorban, serta bantu- membantu. Baginda juga menyusun perlembagaan dahulu sebelum membentuk kerajaan.

Selain itu, kerajaan Bani Umayyah telah menyumbang dalam sistem ketenteraan pula dengan mewujudkan satu jabatan yang dikenali sebagai ‘diwanul jundi’. Dengan adanya jabatan ini, sistem ketenteraan menjadi lebih teratur kerana jabatan ini ditugaskan untuk menguruskan hal ehwal ketenteraan. Dengan ini kerajaan tidak perlu terlalu menumpukan kepada sistem ketenteraan kerana sudah ada jabatan yang menguruskannya. Dalam Malaysia, barisan kententeraan diuruskan oleh Kementerian Pertahanan.  Dengan ini kerajaan Malaysia boleh memfokuskan kepada perkara lain. Seterusnya, pada zaman kerajaan Bani Umayyah juga, kerajaan Islam berkembang pesat menyebabkan khalifah sukar untuk menguruskan hal pentadbiran di beberapa kawasan. Oleh itu, khalifah ketika itu mengambil inisiatif dengan mewujudkan jawatan ketua pentadbir di setiap daerah bagi menguruskan hal-hal pentadbiran di daerah tersebut. Begitu juga negara Malaysia kini semakin maju menyebabkan kerajaan sukar untuk menguruskan setiap kawasan. Oleh itu, kerajaan telah menubuhkan jawatan ketua di setiap daerah untuk menguruskan hal-hal daerah tersebut.

Seterusnya, kerajaan Bani Utmaniyyah pula telah mewujudkan sistem pendidikan. Sistem pendidikan adalah untuk mengajar seseorang individu itu mengenai ilmu. Sistem pendidikan ini sering diadakan di madrasah, perpustakaan ataupun masjid. Sama juga di Malaysia, sistem pendidikan diwujudkan bagi memastikan rakyat berada dalam persekitaran yang berilmu. Dengan adanya sistem ini, rakyat tidak akan hidup dalam keadaan kekurangan ilmu dan negara akan menpunyai pelapis yang berguna di masa hadapan. Kerajaan Bani Utmaniyyah juga telah memperkenalkan jawatan kadi dan mufti yang berperanan untuk menguruskan hal ehwal agama Islam. Jawatan kadi ini merupakan seorang hakim yang membuat keputusan berlandaskan syariat Islam. Di Malaysia, kadi sering dipertanggungjawabkan oleh institusi masjid atau jabatan atau pusat Islam untuk menerima tuntutan para wali untuk menikahkan bakal isteri dengan bakal suami. Jawatan mufti pula adalah berperanan untuk mengeluarkan fatwa atau hukum mengenai sesuatu perkara yang menimbulkan kekeliruan antara masyarakat. Begitu juga di Malaysia, peranan mufti adalah untuk menentukan hukum suatu perkara itu.

Selain daripada itu, pengaruh Islam yang begitu mendalam dalam kalangan masyarakat Malaysia sehingga agama Islam di angkat menjadi agama rasmi di Malaysia. Kedudukan agama Islam di negara Malaysia cukup kuat dan keadaan ini memberikan ruang yang luas bagi kita untuk mengisinya supaya Islam dapat menjadi wadah pembangunan sosial, pendidikan, ekonomi kekeluargaan, kewarganegaraan, pengurusan, sains dan teknologi dan sebagainya. Kedudukan Islam sebagai Persekutuan menunjukkan bahawa agama Islam telah diberi keistiewaan dalam perlembagaan berbanding agama-agama lain di negara ini. Kedudukan Islam yang istimewa ini tidak harus dipertikaikan memandangkan peruntukan mengenainya ditunjangi oleh Perlembagaan Persekutuan iaitu hasil kompromi dan permuafakatan bersama pemimpin-pemimpin negara dan masyarakat yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama semasa Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaannya pada tahun 1957. Kedudukan istimewa Islam ini juga telah mengambil kira elemen-elemen tradisional penduduk asal Tanah Melayu iaitu orang-orang Melayu ratusan tahun sebelumnya yang terus menerus dipertahankan. Contohnya, agama Islam telah menjadi anutan sejak ratusan tahun bagi orang-orang Melayu. Kerajaan Melayu Melaka yang bertapak kukuh selama lebih kurang 100 tahun pada kurun ke-15 telah pun memperkenalkan undang-undang Islam yang dikenali Hukum Kanun Melaka. Walaupun undang-undang tersebut dikatakan mengandungi unsur-unsur adat, namun sebahagian besar kandungan merupakan undang-undang Islam sebenar meliputi perkara-perkara sivil dan jenayah.

Tambahan pula, raja diperuntukkan kuasa melantik dan membatalkan perlantikan jawatan menteri dan timbalan menteri. Baginda diperuntukkan kuasa membuat pengisytiharan darurat serta mengisytiharkan apa-apa ordinan sekiranya kedua-dua Dewan Parlimen tidak bersidang secara serentak. Atas nasihat Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong diberi kuasa untuk melantik ahli Suruhanjaya Pasukan Polis dan boleh mempertimbangkan untuk melantik ahli-ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran setelah menimbang nasihat Perdana Menteri dan selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja. Tidak dinafikan juga bahawa majoriti ahli-ahli Majlis Angkatan Tentera adalah atas lantikan baginda. Di samping itu, baginda juga bertanggungjawab untuk memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera negeri-negeri Sabah dan Sarawak dan menjaga kepentingan kepentingan sah kaum-kaum lain.Baginda merupakan ketua agama Islam bagi negeri baginda sendiri termasuk Pulau Pinang, Melaka, Wilayah Persekutuan, Sarawak dan Sabah. Seterusnya, Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa budi bicara untuk melantik Perdana Menteri daripada mana-mana ahli Dewan Rakyat dan terikat dengan keputusan Perdana Menteri sekiranya tiada parti yang memenangi undi majoriti. Baginda turut berkuasa untuk menitahkan supaya diadakan mesyuarat Majlis Raja-Raja bagi membincangkan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan serta kebesaran Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Pada masa yang sama, terdapat pelbagai agensi Islam yang ditubuhkan di Malaysia. Setiap agensi yang ditubuhkan ini mempunyai fungsi yang spesifik di mana kami telah menyatakan antara agensi yang terdapat di Malaysia serta fungsi masing-masing seperti yang telah dinyatakan. Dengan adanya agensi-agensi ini, pengurusan kerajaan Malaysia semakin teratur dan berkesan secara tidak langsung. Selain itu, kami mendapati bahawa institusi raja di Malaysia memainkan peranan penting dalam menjaga kedaulatan agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia. Salah satu tugasan sultan ialah baginda dipertanggungjawabkan untuk memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera negeri-negeri Sabah dan Sarawak dan menjaga kepentingan kepentingan sah kaum-kaum lain.  Ini adalah satu tugasan yang berat kerana ketua negara Malaysia ini perlu melalui pelbagai cabaran dalam melaksanakannya (Tuanku Mizan, 2011).

Di samping itu, ajaran Islam juga mempengaruhi dalam sistem perundangan di Malaysia, tradisi pemerintahan berdasarkan perundangan Islam dilanjutkan dalam pemerintahan Malaysia hari ini. Perlembagaan Malaysia menjadikan urusan Islam sebagai urusan negeri. Bidang kuasa tersebut sangat terbatas dan dinyatakan secara terperinci satu persatu. Manakala di peringkat negeri terdapat beberapa undang-undang yang telah dikuatkuasakan seperti undang-undang pentadbiran Islam, undang-undang mahkamah syariah, undang-undang pentadbiran keluarga Islam, undang-undang prosedur dan keterangan, undang-undang sivil, jenayah Islam dan lain-lain lagi. Oleh kerana Hukum Kanun Melaka adalah undang-undang induk yang meliputi undang-undang lain di dalam negeri-negeri Melayu, amatlah tepat jika ianya dijadikan contoh tentang wujudnya pengaruh Islam dalam perundangan.

Dari segi mahkamah syariah pula, sistem mahkamah syariah di Malaysia terbahagi kepada tiga peringkat iaitu, Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rayuan Syariah. Setiap satu peringkat ini mempunyai fungsi tersendiri untuk memudahkan rakyat. Hal ini kerana perundangan di Malaysia ini lebih mengutamakan keadilan untuk seluruh rakyat Malaysia. Akhir sekali, menurut kajian ini, persamaan taraf dalam kalangan masyarakat adalah kunci kejayaan negara Malaysia untuk terus berkembang.

Persamaan taraf bermaksud memberi layanan yang rata terdapat semua masyarakat tanpa mengira darjat, warna kulit, keluarga berkedudukan atau tidak serta lain-lain. Secara tidak langsung, negara Malaysia adalah salah satu negara yang mengutamakan keadilan terhadap rakyat di samping sistem pemerintahan yang teratur.

Selain itu, Malaysia juga mengamalkan persamaan taraf dalam kehidupan masyarakat di Malaysia. Ini adalah kesan daripada pengaruh agama Islam yang datang ke Tanah Melayu dahulu. Di dalam ajaran agama Islam, setiap manusia mempunyai taraf dan darjat yang sama kecuali Rasulullah saw, akan tetapi yang dapat mebezakan seseorang itu dengan yang lain adalah keimanan dan ketakwaan seseorang itu kepada Allah swt. Dalam erti kata lain, semua manusia tiada bezanya tanpa iman dan ketakwaan menurut Islam. Pengaruh Islam yang datang pada satu masa dahulu telah memberi impak yang sangt besar dalam sistem pemerintahan Malaysia kini. Ini dapat dilihat melalui pelbagai aspek dan salah satunya seperti yang telah dinyatakan di atas iaitu persamaan taraf dalam kalangan masyarakat. Maka, sebagai rakyat Malaysia, kita sewajarnya bersyukur di atas kurniaan Allah swt yang menghantar umat Islam ke Tanah Melayu dan secara tidak langsung menyebabkan agama Islam telah bertapak di Tanah Melayu sekian lama.


5.0 Kesimpulan dan Cadangan

Melalui kajian ini dapat dikonklusikan bahawa pentadbiran Malaysia sedikit sebanyak telah dipengaruhi oleh tamadun Islam. Walaupun selepas penjajahan British banyak undang-undang diubah tetapi masih terdapat undang-undang Islam yang masih dikekalkan dan diperkuatkuasakan. Melalui kajian ini, kita dapat melihat betapa modennya Islam dari sudut pentadbiran dengan membuat pelbagai jabatan dan jawatan yang dapat memantapkan lagi pentadbiran seperti gabenor dan mufti. Islam telah membina asas pentadbiran yang kukuh dan adil bagi membolehkan kepelbagaian kaum dalam negara, ini membolehkan pelbagai kemajuan dalam negara dapat dilakukan tanpa sebarang permasalahan. Masalah perkauman dalam negara dapat dielakkan jika mematuhi sistem pentadbiran Islam kerana sistem Islam mementingkan kepentingan setiap penduduk tanpa memilih bulu.

Selain itu, pengaruh Islam dalam pendidikan dalam negara kita juga membolehkan lahirnya banyak golongan bijak pandai yang dapat membantu negara. Hal ini kerana sebelum kedatangan Islam, pendidikan hanya difokuskan kepada golongan atasan sahaja, selepas kedatangan Islam semua orang digalakkan untuk mencari ilmu. Pembinaan madrasah dan masjid sebagai pusat pendidikan secara tidak langsung telah membina asas persekolahan. 

Kita berharap agar kemakmuran dan keamanan di Malaysia dapat dikekalkan agar dapat menjadi contoh sebagai negara Islam yang maju di peringkat dunia. Selain itu, lebih ramai remaja Malaysia menceburi bidang politik agar negara kita mempunyai pelapis yang baik. Sikap kejujuran dan keikhlasan dalam menjalankan tugas perlu diterapkan dalam diri remaja itu agar dapat menghasilkan pemimpin yang berkaliber. Akhir kata, guru dan ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam membina masa depan yang cerah bagi negara, mereka perlu menunjuk contoh yang baik kepada anak-anak mereka agar melahirkan rakyat berguna.


Rujukan

Tuanku Mizan. (2011). Tiang Seri Negara: Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Semenjak 1957. Kuala Lumpur. Khazanah Insan.

Ahmad Ibrahim. (1997). Pentadbiran Undang-Undang Islam di Malaysia. Kuala Lumpur. IKIM (R Malay 340.5909595 AHM).

Ahmad Ibrahim et al. (Eds.) (1999). Perkembangan Undang-Undang Perlembagaan Persekutuan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Professor Ahmad Ibrahim. (2000). The administration of Islamic law in Malaysia. Kuala Lumpur, Malaysia: Institute of Islamic Understanding Malaysia.

Wikipedia Ensiklopedia Bebas. https://ms.wikipedia.org/wiki/Wikipedia:FAQ_Pentadbiran.

TokJogho. (2013). panduanpercuma. http://panduanpercuma.info/pelbagai/792/kronologi-empayar-islam-dan-kegemilangannya/

Ustaz Abd Aziz bin Harjin. (2009). blogspot. http://azharjin.blogspot.my/2009/04/pengertian-dan-maksud-islam.html

Purplegirlpms. (2015). http://purplegirlpms.blogspot.my/2015/02/

CikguMadrid. (2010). http://cikgumadrid.blogspot.my/2010/04/kesan-dan-pengaruh-islam-dalam-tamadun.html.




Post a Comment