1.0 Pengenalan
Ekonomi
merupakan satu cabang sains sosial yang mengkaji pembahagian sumber yang terhad
untuk memenuhi kehendak manusia. Ini termasuklah kajian tentang pengeluaran dan
penggunaan melalui pembolehubah yang dapat diukur, meliputi analisis
pengeluaran, pengedaran dan penggunaan barang dan perkhidmatan. Ekonomi disebut
sebagai positif jika ilmu ini berusaha untuk menjejaskan akibat dari berbagai-bagai
pilihan yang ada untuk sekumpulan tangapan-tangapan tertentu dan disebut
sebagai normatif jika ia mensyaratkan tindakan yang harus diambil.
Pembangunan
sosioekonomi ialah proses pembangunan sosial dan ekonomi sesebuah masyarakat.
Ia diukur menerusi penunjuk seperti keluaran Negara kasar (KNK), jangka hayat,
kenal huruf dan tahap pengajian. Perubahan faktor-faktor yang kurang ketara
seperti maruah peribadi, kebebasan berpersatuan, keselamatan peribadi dan
kebebasan daripada ketakutan kecederaan, serta takat penyertaan dalam
masyarakat awam juga diambil kira. Punca kesan sosioekonomi termasuk teknologi
baharu, perubahan undang-undang, serta perubahan persekitaran fizikal dan
ekologi.
Sosioekonomi
adalah kajian hubungan antara aktiviti ekonomi dan kehidupan sosial. Jurusan
ini sering dianggap pelbagai disiplin, menggunakan teori dan kaedah ekonomi,
sejarah, psikologi dan banyak yang lain. Ia telah muncul sebagai suatu bidang
kajian berasingan pada lewat kurun kedua puluh. Dalam banyak perkara,
bagaimanapun pakar sosioekonomi berfokus pada kesan sosial sesetengah jenis
perubahan ekonomi. Perubatan tersebut boleh termasuk menutup kilang, manipulasi
pasaran, menandatangani perjanjian perdagangan antarabangsa, kawalan gas asli
baru dan sebagainya. Kesan-kesan sosial seperti itu dapat menjadi berlingkungan
luas dalam saiz, daripada kesan tempatan pada suatu masyarakat kecil ke
perubahan pada keseluruhan masyarakat.
Contoh-contoh
kesan sosioekonomi termasuk teknologi baru seperti kereta atau telefon bimbit,
perubahan pada undang-undang, perubahan pada alam fizikal (seperti bertambah
kesesakan dalam bandar) dan perubahan ekologi (seperti kemarau memanjang atau
kemerosokan stok). Keadaan ini boleh mempengaruhi corak penggunaan,
pembahagiaan pendapatan dan kekayaan, cara di mana orang berkelakuan (kedua-dua
dari segi keputusan pembelian dan cara bagaimana mereka memilih menggunakan
waktu mereka) dan kualiti hidup yang keseluruhannya.
1.1 Objektif Kajian
Kajian ini mempunyai
tiga objektif iaitu mengetahui status sosioekonomi masyarakat pelbagai kaum di
Ayer Keroh, Melaka; mengetahui isu dan cabaran yang dihadapi dari segi ekonomi
dan mencadangkan langkah-langkah
penambahbaikan sosioekonomi setempat.
2.0 Kajian Literatur
2.1 Sebelum kemerdekaan
Sosioekonomi adalah kajian hubungan antara
aktiviti ekonomi dan kehidupan sosial. Jurusan ini sering dianggap pelbagai
disiplin, menggunakan teori dan kaedah dari sosiologi, ekonomi, sejarah, psikologi
dan banyak yang lain. Jurusan ini telah muncul sebagai suatu bidang kajjian
berasingan pada lewat kurun ke-20. Dalam banyak perkara, bagaimanapun, pakar
sosioekonomi berfokus pada kesan sosial sesetengah jenis perubahan ekonomi.
Dalam membahaskan kesan kolonialisme terhadap
struktur sosioekonomi masyarakat tradisional tempatan, penakrifan tentang
kolonialisme harus dirungkaikan. Menurut Nadel dan Curtis, kolonialisme
bermaksud imperialisme seperti dilihat daripada kaca mata penting penjajahan
dan semua kolonialisme dimengertikan sebagai perkembangan imperialism, tetapi
bukan semua perkembangan imperialisme bererti kolonialisme. Secara amnya,
kolonialisme bermaksud penindasan, penghinaan atau eksploitasi orang-orang
peribumi. Oleh yang demikian, kolonolisme ialah bentuk penjajahan politik satu
kuasa ke atas kuasa yang lainnya. Masyarakat tradisional tempatan merupakan
penduduk awal yang mendiami Tanah Melayu
iaitu orang Melayu dan mengamalkan ekonomi sara diri. Masyarakat
tradisional tempatan mempunyai kehidupan sosioekonomi yang tersendiri sebelum
kedatangan kolonalisme British. Justeru, perbahasan ini akan membincangkan
kedatangan kolonialisme British telah memberi kesan kepada struktur
sosioekonomi masyarakat tradisional tempatan. Kesan kolonialisme sebenarnya
telah mengubah politik, ekonomi dan sosial masyarakat tradisional tempatan
iaitu penguasaan oleh pihak British.
Sebelum tahun 1800, penduduk di negara kita
hanya terdiri daripada penduduk tempatan. Walau bagaimanapun, pada akhir abad
ke-19 berlaku kemasukan orang Cina dan India secara beramai-ramai ke negara ini.
Kemasukan orang Cina dan India disebabkan oleh banyak peluang ekonomi yang
terdapat di Tanah Melayu. British telah membawa masuk orang Cina dan India ke
Tanah Melayu sebagai tenaga kerja di sektor perlombongan dan perladangan.
Situasi ini memberikan kesan terhadap kehidupan sosioekonomi di Tanah Melayu.
Kesan sosial kemasukan orang Cina dan orang India pada akhir abad ke-19 dan
awal abad ke-20 ialah pertambahan bilangan penduduk Tanah Melayu yang begitu
pesat.
Pada tahun 1870, bilangan penduduk Tanah
Melayu kira-kira 500,000 orang. Setelah kedatangan orang Cina dan orang India
ke Tanah Melayu, jumlah penduduk bertambah menjadi 3,300,000 orang pada tahun
1921. Pada tahun 1931, jumlah penduduk bukan Melayu lebih ramai berbanding
dengan masyarakat tempatan di Tanah Melayu. Situasi tersebut telah melahirkan
situasi masyarakat majmuk di negara kita. Kehidupan mereka bercorak asing dan
mengamalkan kebudayaan masing-masing. Orang Cina yang datang ke Tanah Melayu
terdiri daripada pelbagai kelompok. Mereka berbeza dari segi dialek, adat dan
pengkhususan ekonomi. Malahan terdapat permusuhan antara mereka. Orang India
pula tinggal di kawasan kampung luar bandar dan pesisir pantai.
Sememangnya kesan kolonialisme British telah
memberi perubahan ke atas struktur sosioekonomi masyarakat tradisional
tempatan. Kedatangan British secara langsung atau tidak langsung telah
melemahkan kekuasaan sultan dan pembesar. Dasar-dasar yang diperkenalkan oleh British
seperti sistem residen dan undang-undang tanah memperlihatkan kerakusan British
dalam mengeksploitasi ekonomi dan menguasai politik memberi kesan ke atas
struktur masyarakat feudal. Di samping itu, perkembangan infrastruktur seperti
kemudahan komunikasi dan perhubungan megubah landskap penduduk tradisional
tempatan. Selain itu, kesan kolonialisme ialah pembentukan masyarakat majmuk
akibat kegiatan perlombongan dan perladangan yang menghasilkan masyarakat
berbilang kaum kerana wujud golongan imigran.
2.2 Selepas Kemerdekaan
Selepas merdeka, kerajaan menekankan
pembangunan negara d kawasan luar bandar. Kerajaan mengambil langkah dengan
mempelbagai asas ekonomi seperti kelapa sawit, koko, lada hitam dan kayu balak.
Kerajaan juga memberi tumpuan kepada eskport barang pembuatan, tekstil, makanan
yang diproses dan keluaran hasil getah. Pada peringkat awal, pembangunan
ekonomi ditumpukan kepada peningkatan infrastruktur ekonomi, pembangunan,
pertanian dan industri gantian-import. Pada akhir tahun 1960an, pembangunan
ekonomi diasaskan kepada pembangunan teknologi dan peralihan dari industri
gantian import kepada industri berorientasikan eksport. Perubahan yang
dilakukan selepas tahun 1970-an bertujuan mengubah struktur sosioekonomi dengan
melaksanakan dasar-dasar dan langkah-langkah yang lebih bersifat radikal untuk
mencapai perpaduan kaum demi mewujudkan sebuah masyarakat yang bersatu padu di
Malaysia. Secara keseluruhan, pembangunan ekonomi di Malaysia telah mencapai kejayaan
yang dapat diukur dengan kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDKK) yang baik
iaitu sekitar 8 - 9 peratus terutama pada tahun 1980-an dan 1990-an. Integrasi
ekonomi amat penting dan dilaksanakan melalui dasar-dasar pembangunan seperti
Rancangan Pembangunan Lima Tahun, Dasar Ekonomi Baru dan lain-lain.
-Rancangan Malaysia Pertama (1966 – 1970)
-Rancangan Malaysia Kedua (1971 – 1975)
-Rancangan Malaysia Ketiga (1976 – 1980)
-Rancangan Malaysia Keempat (1981 – 1985)
-Rancangan Malaysia Kelima (1986 – 1990)
-Dasar Ekonomi Baru (DEB)
Dasar Ekonomi Baru (DEB) merupakan satu
program sosioekonomi di Malaysia yang diperkenalkan pada tahun 1971 oleh
Perdana Menteri Tun Abdul Razak Dato’ Hussein. Matlamat tersurat DEB adalah
untuk mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional dan ia telah digubal
dalam konteks strategi serampang dua mata unntuk mengurangkan dan akhirnya
membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan menambah peluang-peluang
pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Ia juga dpat
mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia untuk
memperbetulkan ketidakseimbangan ekonomi.
Dasar Ekonomi Baru merupakan satu bentuk
perancangan yang dilancarkan oleh kerajaan melalui Rancangan Malaysia Kedua.
Menyedari hakikat bahawa pengagihan ekonomi yang seimbang penting demi
mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu, serta mengambil kira
kemiskinan serta ketidakupayaan
sesetengah kaum untuk bersaing dengan kaum lain maka DEB telah dirancang untuk
mmperbaiki keadaan ini. Ketegangan antara golongan yang berharta dan yang tidak
berharta adalah berpunca daripada isu kemiskinan. Didapati bahawa orang Melayu
lebih banyak menghadapi kemiskinan dan masih jauh ketinggalan dan kurang mampu
bersaing dengan kaum-kaum lain walaupun Malaysia mengalami pertumbuhan ekonomi
yang baik.
DEB dirancang sabagai satu program jangka
panjang yang akan berjalan selama 20 tahun bermula dari tahun 1970 hingga tahun
1990. Bagi memastikan matlamat untuk menghapuskan kemiskinan tercapai, strategi
ditumpukan untuk menghapuskan kemiskinan di kawasan luar bandar dan kawasan
bandar. Berdasarkan banci penduduk 1970, didapati bahawa kira-kira 49.3 peratus
daripada semua keluarga yang miskin di Malaysia berpendapatan di bawah garis
kemiskinan (pendapatan garis kemiskinan tahun 1970 ialah RM200) dan kira-kira,
86 peratus daripada jumlah itu berada di kawasan luar bandar. Bagi mencapai
matlamat, kerajaan telah melaksanakan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan awam
melalui kemudahan pendidikan, kesihatan, bekalan air dan elektrik.
Di samping itu, keutamaan juga diberikan
kepada golongan miskin untuk mendapatkan bantuan seperti program bantuan
subsidi baja, biasiswa pelajaran dan buku teks, makanan tambahan kepada
kanak-kanak serta program rumah murah. Secara keseluruhan, pembangunan ekonomi
yang dirancang dan dijalankan oleh kerajaan sejak merdeka telah membawa hasil
yang sangat positif. Pihak kerajaan berusaha menangani permasalahan ekonomi
yang tidak seimbang kesan daripada dasar ekonomi penjajah. Ekonomi yang
dahulunya semata-mata berasaskan pertanian telah berubah kepada ekonomi yang
beroreintasikan industri, eksport, teknologi maklumat dan k-ekonomi. Kadar
pertumbuhan ekonomi dan kualiti hidup rakyat mencatatkan peningkatan positif
adalah bukti kejayaan pembangunan
ekonomi Malaysia.
3.0 Hasil
Kajian
Tumpuan kajian ialah latar
belakang responden, pendapatan, tanggungan, pandangan mereka terhadap perubahan
sosioekonomi di Malaysia. Kajian ini adalah untuk mengetahui dengan lebih jelas
ekonomi masyarakat di Ayer Keroh. Melalui data kajian yang telah dijalankn
dapat dibuktikan bahawa masyarakat di Ayer Keroh terdiri daripada bidang
pekerjaan yang berbeza dan pendapatan yang berbeza.
3.1 Bahagian Pertama
3.1.1 Latar Belakang
responden
Latar belakang demografi
dilakukan adalah bagi mengumpulkan maklumat responden
iaitu berkaitan dengan umur, jantina,
status perkahwinan, pekerjaan, tanggungan dan pendapatan. Responden
yang terlibat adalah terdiri daripada
penduduk di sekitar Ayer Keroh. Faktor latar
belakang pekerjaan dan berpendapatan digunakan sebagai pembolehubah dalam
kajian ini kerana faktor tersebut adalah berkaitan dengan pandangan mereka
tentang perubahan taraf hidup dahulu dan sekarang. Selain itu, status
perkahwinan juga dijadikan sebagai pemboleh ubah dalam kajian ini. Hal ini
kerana melalui status perkahwinan terdapat tanggungan yang membezakan taraf
hidup seseorang itu.
|
Umur & Jantina
|
Bangsa
|
Status Perkahwinan
|
Pekerjaan
|
Tanggungan
|
Pendapatan
|
Responden 1
|
55 tahun (L)
|
Melayu
|
Berkahwin
|
Peniaga
|
3 orang
|
RM500 sehari
|
Responden 2
|
40 tahun (L)
|
India
|
Berkahwin
|
Polis Bantuan
|
2 orang
|
RM3161 sebulan
|
Responden 3
|
22 tahun (L)
|
Melayu
|
Bujang
|
Pembantu Kedai
|
Tiada
|
RM2000 sebulan
|
Jadual 1:
Latar Belakang responden
Jadual 1 menunjukkan temu bual yang dilakukan terdiri
daripada lingkungan umur yang berbeza. Selain itu, pendapatan responden juga
berbeza berikutan pekerjaan mereka yang berbeza.
3.2 Bahagian Kedua
Berikut
merupakan soalan yang diajukan kepada salah satu daripada responden.
Soalan 1: Perbezaan
taraf hidup dahulu dan sekarang
Jawapan: Kenaikan barang yang melampau, harga barang yang tidak tetap disebabkan kurangnya
pemantauan dilakukan dan menyebabkan peniaga menaikkan harga barang mereka
sesuka hati dan kos sara hidup yang tinggi.
Soalan 2: Adakah
pendapatan yang diperolehi cukup atau tidak?
Jawapan: Pendapatan yang
diperolehi cukup sekiranya seseorang itu tidak mempunyai hutang yang perlu
dilangsaikan.
Soalan 3: Pandangan
dan nasihat kepada generasi akan datang demi memantapkan sosioekonomi mereka.
Jawapan: Pemimpin negara
perlulah terdiri daripada mereka yang jujur, ikhlas dan boleh dipercayai untuk
menjadikan negara lebih maju, tiada rasuah
dalam isu politik dan generasi akan
datang perlu mempunyai inisiatif untuk belajar bersungguh-sungguh untuk
mendapatkan pekerjaan yang baik dan memantapkan ekonomi mereka untuk masa akan
datang.
4.0 Rumusan dan Cadangan
Sebagai kesimpulannya, sejak dari
pemerintahan kesultanan
Melaka hingga ke hari ini,
Malaysia terutamanya Semenanjung Tanah Melayu telah melalui banyak perubahan dari segi
pembangunan ekonomi dan
telah memberikan pengaruh kepada
hubungan etnik serta
kualiti kesamarataan dan
keadilan pengagihan kekayaan negara kita. Agak berlainan dengan keadaan
di Sabah dan Sarawak, pembangunan ekonomi tidak menimbulkan krisis
hubungan etnik yang serius.
Kaum-kaum di kedua-dua negeri ini masing-masing memainkan peranan dalam
menentukan pola perusahaan. Disebabkan pola ini, maka telah berlaku sejak
abad ke-18 yang mana sistem pertukaran barang (Sistem Butter) di antara
“orang-orang darat” yang mengusahakan
sektor pertanian dan “orang-orang laut” yang mengusahakan perikanan.
Pembangunan ekonomi dan kesannya terhadap hubungan etnik di Malaysia banyak
dipengaruhi oleh faktor pemerintahan dan dasar yang dibuat sejak Kesultanan
Melaka, dasar Portugis, Belanda, British
dan pihak kerajaan selepas Malaysia mencapai
kemerdekaan. Akibatnya, hubungan etnik di Malaysia menjadi sangat
kompleks. Adakalanya membawa kepada tragedi yang tidak diingini. Kini, apa yang
penting ialah kita sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab hendaklah
memainkan peranan masing-masing ke arah
meningkatkan lagi kemajuan diri dan
ekonomi negara serta
sedia bersaing dengan bangsa-bangsa
lain di dunia ini
dengan cara yang
sihat di samping memelihara
hubungan etnik di
Malaysia agar kemakmuran dan
keamanan negara dapat dikecapi dan terus terpelihara.
Rujukan
Nazri Muslim dan
Nasruddin Yunos. (2006). Hubungan Etnik. Bangi: Pusat Pengajian Umum,
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Rahimah Abdul Aziz &
Mohamad Yusoff Ismail. (2002). Masyarakat, Bahasa dan Perubahan.
http://amirgassi.blogspot.my/2010/10/sejarah-perkembangan-dan-perubahan.html
https://ms.wikipedia.org/wiki/Ekonomi_Malaysia