Hal ini mungkin disebabkan masyarakat Siam merupakan kelompok etnik minoriti yang kebanyakannya menetap di kawasan utara dan pantai timur Semenanjung Malaysia, khususnya di Perlis, Kedah, Perak dan Kelantan. Keempat-empat negeri ini mempunyai sempadan dengan selatan Thailand.
Di kawasan kampung saya sendiri iaitu Kampung Banat dan Kampung Bakong, masyarakat Siam membentuk kira-kira satu pertiga daripada keseluruhan penduduk kampung. Mereka mempunyai identiti, budaya dan cara hidup yang tersendiri. Di Bakong terdapat kawasan perkuburan khas yang disediakan untuk masyarakat Siam.
Dari segi pendidikan, anak-anak masyarakat Siam mempunyai pilihan untuk bersekolah mengikut kehendak keluarga masing-masing. Ada ibu bapa yang lebih cenderung menghantar anak-anak mereka ke sekolah kebangsaan, manakala sebahagian yang lain memilih sekolah jenis kebangsaan Cina.
Semasa saya berada di Tingkatan Satu, dua orang pelajar Siam telah menjadi rakan sekelas saya. Mereka ialah Chamnan dan Chamnion. Chamnan tinggal di Arau, manakala Chamnion pula menetap di Kok Klang, Mata Ayer.
Kali terakhir saya berjumpa dengan Chamnan, kalau tidak silap, adalah ketika kami masih bersekolah menengah. Kemudian, semasa saya melanjutkan pelajaran di peringkat matrikulasi, seorang rakan memberitahu bahawa dia telah terserempak dengan Chamnan yang ketika itu sudah bekerja di sebuah bank. Menurutnya, penampilan Chamnan sudah berubah sedikit kerana badannya kelihatan lebih berisi berbanding dahulu.
Chamnion pula pernah saya temui semula di Sekolah Kebangsaan Tunku Budriah, Arau sekitar tahun 1909. Ketika itu, dia sudah bergelar seorang guru. Saya terserempak dengannya ketika berada di atas motosikal untuk mengambil adik di sekolah berkenaan. Chamnion masih seperti dahulu, dengan wajah manis dan senyuman yang tidak pernah lekang.
Selepas pertemuan tersebut, saya tidak lagi berjumpa dengan kedua-duanya. Entah bagaimana keadaan mereka sekarang, sama ada masih hidup dan sihat ataupun sebaliknya, saya sendiri tidak mengetahuinya.
Hari ini, sekali lagi saya berpeluang bertemu dengan orang Siam yang mengusahakan perniagaan membaiki kenderaan di Kangar, tidak jauh dari Taman Guru. Bengkel tersebut menjadi tempat tumpuan pelanggan yang menghadapi pelbagai masalah berkaitan kereta dan van.
Ketika memerhatikan tiga orang pekerja di bengkel itu, saya mendapati rupa paras dan penampilan fizikal mereka seakan-akan orang Melayu atau Cina. Namun, berdasarkan pemerhatian dan pengalaman saya sebelum ini, terlintas di fikiran bahawa mereka mungkin berketurunan Siam.
Bak kata pepatah, "Sekilas ikan di air, sudah tahu jantan betinanya."
Dari segi pertuturan pula, mereka bercakap dalam bahasa Melayu dengan begitu lancar tanpa pelat yang ketara. Cara mereka melayan pelanggan juga sangat mesra dan bersopan santun. Layanan tersebut mengingatkan saya kepada keramahan masyarakat Siam apabila kita memasuki kedai atau premis perniagaan mereka di Thailand.
Untuk mendapatkan kepastian tentang identiti mereka, saya mengambil kesempatan berbual-bual dengan salah seorang pekerja ketika dia sedang menyusun kabel dan mengisi cecair khas ke dalam bahagian utama enjin kenderaan.
Sepanjang perbualan itu, memang jelas bahawa dia amat fasih berbahasa Melayu.
Akhirnya, saya memberanikan diri untuk bertanya secara terus terang sambil memandang ke arah wajahnya.
"You orang Siam ke?" tanya saya.
Dia tersenyum lalu menjawab dengan ramah, "Ya, saya warganegara Malaysia. Saya duduk di sini!"
Jawapannya mengesahkan telahan saya sejak awal tadi.
Masyarakat Siam di Malaysia turut tergolong dalam kategori Bumiputera. Sehubungan itu, mereka berpeluang menikmati pelbagai kemudahan dan keistimewaan yang disediakan kepada golongan Bumiputera, tertakluk pada syarat dan kelayakan yang ditetapkan.
Antara kemudahan tersebut termasuklah peluang pelaburan dalam Amanah Saham Nasional (ASN), kemudahan pendidikan dari peringkat sekolah rendah hingga universiti, peluang pekerjaan dalam sektor awam serta kemudahan pembelian rumah dengan diskaun.
Pengiktirafan status Bumiputera ini sedikit sebanyak telah membantu meningkatkan taraf kehidupan masyarakat Siam di Malaysia. Mereka berpeluang menikmati pelbagai kemudahan dan peluang untuk memajukan diri dalam bidang yang diceburi.
Kini, terdapat dalam kalangan masyarakat Siam yang berkhidmat dalam pasukan beruniform, termasuk angkatan tentera, selain menceburi bidang pendidikan dan perkhidmatan awam.
Tidak kurang juga yang memilih bidang perniagaan sebagai sumber mata pencarian. Mereka berusaha membina kehidupan yang lebih baik sambil mengekalkan identiti, budaya dan warisan masyarakat Siam yang telah lama menjadi sebahagian daripada kepelbagaian masyarakat di negara ini.

No comments:
Post a Comment