Jerebu yang melanda negara di Semenanjung, Sabah dan Sarawak telah menyebabkan kehidupan masyarakat berada dalam keadaan tertekan. Impak tekanan ini dapat dilihat melalui beberapa keputusan yang telah diambil di peringkat kementerian seperti Kementerian Pendidikan Malaysia yang telah mengarahkan sekolah-sekolah di beberapa buah negeri yang menghadapi keadaan jerebu yang kritikal ditutup pada Jumaat, 9 Oktober dan Selasa, 13 Oktober. Penutupan ini menunjukkan keadaan jerebu yang semakin teruk dan mampu mengancam kesihatan pelajar dan guru di sekolah.
Kementerian Pendidikan Tinggi pula telah mengarahkan institusi pengajian tinggi awam mengambil langkah-langkah yang perlu bagi mengurangkan pendedahan pelajar dalam persekitaran terbuka. Sesetengah universiti telah mengeluarkan arahan pelaksanaan kelas secara dalam talian dari 12 hingga 16 Oktober.
Jerebu pada hari ini mengulangi fenomena jerebu pada tahun 1997 dan 1998. Pada ketika itu, empat buah negara iaitu Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia berhadapan dengan keadaan kritikal. Matahari yang biasanya jelas kelihatan pada siang hari tidak lagi dapat dilihat sepenuhnya, malah telah bertukar menjadi seperti bola api berwarna jingga yang panas. Banyak aktiviti luar pada masa itu telah ditangguhkan untuk beberapa hari.
Memandangkan jerebu terus berlaku sehingga hari ini dan menjejaskan pendapatan negara, isu ini dibincangkan di peringkat mesyuarat tertinggi ASEAN dan antarabangsa, seterusnya mengundang campur tangan negara-negara dunia dalam membantu memadam kebakaran. Jerebu sejak tahun 1990-an itu masih berlarutan sehingga kini menunjukkan semua langkah yang dibincangkan sebelum ini pada hakikatnya tidak membawa sebarang perubahan.
Bercakap tanpa bertindak ataupun buat-buat tidak tahu sahaja adalah punca jerebu merentas ke negara-negara luar. Punca utama jerebu ini adalah kebakaran hutan di Indonesia. Kesan pembakaran hutan yang berleluasa sedang dihadapi oleh masyarakat di kawasan Kepulauan Borneo. Akibat tidak tahan dengan bahang panas, beberapa pertubuhan di kepulauan itu telah menyaman kerajaan Indonesia kerana membiarkan kebakaran terus berlaku begitu sahaja tanpa mengambil pendekatan konkrit untuk memadamkan kebakaran.
Amat malang bagi negara yang terjejas kerana jerebu berpunca daripada kebakaran di hutan, sama ada di Kalimantan ataupun Sumatera. Selama 20 tahun jerebu ini melanda negara-negara jiran, Indonesia masih berhadapan dengan masalah asap yang merentas sempadan negara. Asap bukannya berkurangan, malah bertambah semakin banyak. Jerebu telah meningkatkan kerugian ekonomi, menyebabkan kesihatan masyarakat umum terjejas dan sektor pendidikan terpaksa berhadapan dengan penutupan sekolah dan universiti.
Mengapakah kita mesti hidup dalam asap yang bukannya berpunca daripada perbuatan kita sendiri?
Kerajaan Malaysia harus bertegas dalam mengatasi masalah jerebu yang telah lama berlarutan. Tidak perlu bagi kita terus menghidu asap yang mengganggu kesejahteraan hidup selama berpuluh-puluh tahun. Apakah kita akan terus menghirup asap yang terhasil daripada pembakaran yang menjejaskan persekitaran?
Implikasi jerebu berdasarkan apa yang berlaku dalam beberapa hari yang lalu menunjukkan kita memerlukan tindakan yang tegas untuk menyelesaikan masalah ini. Apabila sekolah ditutup beberapa hari, ia bukan sahaja menjejaskan pembelajaran pelajar, malah menjejaskan apa jua urusan yang berkaitan dengan sekolah dan pendidikan.
Di sekolah, ada pengusaha kantin yang menyediakan makanan untuk pelajar dari pagi hingga tengah hari. Setiap hari pengusaha kantin ini menyediakan menu makanan yang berbeza-beza mengikut tetapan yang diberikan oleh kementerian. Mereka menyediakan bahan makanan mentah yang banyak untuk dimasak dan disediakan bagi para pelajar.
Cuti yang berpanjangan akibat jerebu ini menyebabkan pengusaha kantin hilang pendapatan untuk beberapa hari sepanjang sekolah ditutup. Pendapatan yang berkurangan ini sudah tentu mengganggu aliran modal pengusaha kantin untuk mendapatkan modal bagi pembelian keperluan pada hari-hari yang seterusnya.
Begitu juga dengan rancangan sekolah yang mengadakan aktiviti luar seperti sukan dan aktiviti kokurikulum. Apabila pelajar tidak datang ke sekolah kerana ditutup, aktiviti tersebut tergendala dan pelajar tidak mendapat pendedahan yang terbaik untuk perkembangan fizikal yang telah dirancang oleh pihak sekolah.
Di universiti, pelajar diarahkan untuk menghadiri kelas secara dalam talian bagi kuliah-kuliah yang dijalankan. Di universiti juga terdapat kafe ataupun kantin yang menyediakan makanan untuk pelajar. Kantin dan kafe ini turut menghadapi isu yang sama seperti yang berlaku di sekolah apabila kurang pelajar yang membeli makanan di kantin. Walaupun pelajar boleh datang makan selepas kuliah, pengusaha kantin masih berhadapan dengan masalah aliran modal untuk membeli barangan keperluan harian dan hari-hari seterusnya.
Semua masalah yang berkaitan dengan jerebu mempunyai rantaian yang boleh terjejas apabila mana-mana bahagian dalam rantaian tersebut terganggu. Jerebu yang datang dari Indonesia ini telah pun mengganggu rantaian urusan dalam ekonomi, kesihatan dan juga pendidikan di negara kita. Bagi memastikan gangguan rantaian ini tidak berterusan, tindakan yang tegas perlu dilaksanakan oleh kerajaan Malaysia bagi menghentikan masalah jerebu ini.
Dalam media Indonesia, menteri dan juga organisasi yang bertanggungjawab bagi mengatasi jerebu ini memberi pelbagai alasan untuk menafikan penglibatan mereka dalam menghasilkan jerebu. Salah satu daripadanya adalah alasan bahawa Indonesia membekalkan oksigen kepada negara-negara jiran yang merupakan satu alasan untuk mengelak daripada mengambil sikap bertanggungjawab. Jika keadaan ini berterusan, jawapan-jawapan yang sinis ini tidak akan dapat menyelesaikan masalah jerebu untuk 20 atau 30 tahun yang akan datang.
Pihak berkuasa harus mengambil tahu bagaimana cara untuk mengatasi pembakaran terbuka. Kita dapat melihat walaupun terdapat usaha pemadaman api di hutan-hutan, ada pihak yang menyabotaj usaha ini seperti yang berlaku kepada pasukan bomba yang memadam kebakaran menggunakan hos pemadam api (atau hos bomba) iaitu tiub bertekanan tinggi yang digunakan untuk menyalurkan air atau agen pemadam dari sumber air ke lokasi kebakaran. Hos ini dapat menahan air bertekanan tinggi, mempunyai rintangan terhadap haba, minyak, ozon dan penuaan serta memudahkan pengguna mengemudi ruang dan melintasi halangan ketika kecemasan.
Pihak berkuasa harus mengambil tahu bagaimana cara untuk mengatasi pembakaran terbuka. Kita dapat melihat walaupun terdapat usaha pemadaman api di hutan-hutan, ada pihak yang mensabotaj usaha ini seperti yang berlaku kepada pasukan bomba yang memadam kebakaran menggunakan hos pemadam api (atau hos bomba) iaitu tiub bertekanan tinggi yang digunakan untuk menyalurkan air atau agen pemadam dari sumber air ke lokasi kebakaran. Hos ini dapat menahan air bertekanan tinggi, mempunyai rintangan terhadap haba, minyak, ozon dan penuaan serta memudahkan pengguna mengemudi ruang dan melintasi halangan ketika kecemasan.
Apa yang berlaku ketika itu adalah apabila usaha pemadaman sedang dilakukan, hos tersebut tidak mengalirkan air. Apabila diselidiki, rupa-rupanya hos telah pun dipotong, sekali gus mengganggu usaha pemadaman yang sedang dilakukan.
Di sini kita dapat lihat, usaha-usaha pemadaman yang dilakukan ini biarpun tidak seberapa, telah disabotaj oleh mereka yang mempunyai kepentingan lain kerana kebodohan dan kejahilan dalam memahami kepentingan menjaga persekitaran. Kejahilan ini berpunca daripada sistem pendidikan sedia ada dan pematuhan undang-undang yang lemah.
Ada kawasan yang dapat diakses dengan mudah tetapi kawasan hutan belantara yang luas mempunyai banyak kesukaran untuk diakses. Mereka yang tinggal di kawasan ini berkemungkinan tidak mendapat pendidikan yang lebih baik yang jelas ditonjolkan melalui tindakan dan sikap mereka.
Di samping itu, terdapat tawaran wang yang besar untuk pembersihan hutan dengan cara yang lebih mudah iaitu menggunakan api untuk membakar belantara yang sedia ada. Demi sedikit wang, kesannya menyebabkan kerugian berjuta-juta ringgit, malah imej negara turut terjejas kerana mengundang kemarahan penduduk di negara lain.
Apakah yang patut dilakukan pada masa ini?
Jerebu yang tebal ini mengganggu kehidupan kita, menjejaskan kesihatan dan memperlahankan aktiviti ekonomi. Pihak bertanggungjawab sepatutnya mengambil tindakan proaktif dengan memberikan pendedahan tentang kaedah pengurusan hutan yang lebih baik kepada Indonesia. Kita tidak mahu perkara ini berulang lagi sepanjang tahun, mengulangi apa yang telah berlaku 20 atau 30 tahun yang lepas.
No comments:
Post a Comment