Perkara yang paling lucu adalah takut kepada hantu. Takut merupakan bentuk pemikiran yang menjadi dinding untuk membuat inovasi.
Takut berniaga kerana orang tidak mahu beli barang, takut merantau ke negara lain kerana hilang kawan dan berbagai-bagai lagi. Lawan kepada takut adalah berani.
Allah swt memberi sifat berani kepada kita supaya kita boleh meneroka kehidupan kita dengan akal dan jiwa.
Kita berani membina sebuah bangunan yang tinggi kerana keyakinan telah dapat mengatasi rasa takut. Keyakinan wujud kerana kita ada ilmu pengetahuan jadi kita dapat menjangkakan apa yang bakal berlaku.
Biasanya orang yang menjalani hidup dengan keberanian boleh pergi lebih jauh kerana dalam jiwa mereka ada prinsip diri yang kuat.
No comments:
Post a Comment