Tuesday, September 15, 2020

COVID-19: PKPD di Kota Setar

 




Pertambahan kawasan yang dimasukkan ke dalam Perintah Kawalan Pergerakan Dipertingkatkan (PKPD) menunjukkan penularan COVID-19 masih belum reda malah semakin bertambah. Kota Setar menjadi kawasan terbaru yang diisytiharkan PKPD selama 14 hari bagi mengekang lebih banyak jangkitan. Kota Setar dikatakan kawasan yang banyak terdedah kepada kluster Sivagangga yang bermula di Napoh, Jitra, Kedah.

Kedah pernah diletakkan di bawan hijau dengan 96 kes pada peringkat awal gelombang COVID-19 di seluruh negara.Namun 28 Julai 2020 mengubah semua keselesaan in apabila virus pertama kluster berkenaan dijumpai. Ia bermula kerana peniaga restoran nasi tidak patuh kepad arahan kuarantin. Kluster ini merekodkan 45 kes.

Pada 13 Ogos 2020, kluster Tawar dijumpai tetapi tidak diketahui dari mana datangnya virus ini. Ia bermula di perhimpunan memperingati kematian ahli keluarga.

Kluster Sungai pula dikesan apabila seorang petugas kesihatan di pusat perubatan swasta didapati positif pada 5 September 2020.

Empat kluster telah tamat tempoh pengawasan dan pemantauan selama 28 hari iaitu Sivagangga, Muda, Meranti dam Kurau.

Kewujudan 'super spreader' D614G menyebabkan penyebaran dan penularan virus semakin pantas.

Faktor utama yang menyebabkan lebih banyak mangsa COVID-19 di Kedah ketika ini adalah kegagalan mengikut SOP yang ditetap apabila keluar dari rumah. Hal ini menunjukkan masyarakat mengambil mudah kepentingan mencucui tangan, memakai pelitup muka dan menjarakkan diri ketika berurusan di tempat awam.

Masyarakat juga mengambil mudah arahan dan panduan yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sehingga membuka peluan gkepada pertambahan kes positif setiap hari.

Mereka yang berada dalam PKPD berhadapan dengan kesukaran keluar dan masuk kerana sekatan jalan raya. Mereka perlu berada di kawasan masing-masing sehingga hari ke-14 bagi memastikan penularan virus dapat dihentikan.

Sepanjang tempoh ini, orang ramai hanya berada di rumah, pelajar bercuti dan mereka sentiasa disaring untuk mengesan kehadiran virus.

Bagi mereka yang bekerja di sektor awam, tempoh PKPD ini tidak banyak memberi masalah kewangan kerana gaji mereka tetap dibayar. Namun pekerja di sektor swasta atau bekerja sendiri yang mengharapkan hasil jualan harian atau mingguan, mereka akan dapat pendapatan akan berkurangan dan bayaran upah atau gaji akan terjejas.

Sewa rumah, keperluan harian, bayaran kereta dan sebagainya akan memberi tekanan kepada mereka untuk diselesaikan. Mahu ataupun tidak, moratorium yang diberikan selama enam bulan boleh disambungkan unutk dua atau tiga bulan lagi bagi mengurangkan beban kewangan mereka.

Dalam pada itu, pihak berkuasa tidak dapat berkompromi dengan masa-mana pihak untuk melonggarkan sekatan ekrana kesannya amat besar. Virus korona boleh merebak ke daerah lain dengan mudah jika mereka membenarkan penduduk keluar dan masuk dengan mudah.

Ketegasan pihak berkuasa dapat membendung masalah yang lebih besar dan rumit. Pelaskanaan operasi mesti disepadukan supaya PKPD mencapai sasaran dan mengekang lebih banyak kemunculan kluster baru di kawasan yang berhampiran.

1 comment:

  1. "bantingtravel.blogspot.com
    Cuti-cuti Malaysia in Banting, introducing about Banting attraction and nice restaurant"

    ReplyDelete