Pasar raya besar di Brunei adalah Hua Ho, Supa Save, First Emporium, Sim Kim Huat, Soon Lee, Jaya Hypermart dan Milimewah. Di samping pasar raya besar ini terdapat puluhan pasar raya kecil dan sederhana yang dibuka sepanjang jalan.
Tumpuan ketika ini ialah di Gadong, Kiulap, Serusop dan Tanjung Bunut. Pasar raya besar ini memenuhi keperluan masyarakat Brunei yang semakin bertambah seiring dengan peningkatan penduduk. Ia memberi peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan khususnya golongan remaja dan lepasan sekolah untuk mencari pengalaman kerja.
Namun begitu, kita akan dapati masih ramai pekerja dari Filipina, Thailand atau Malaysia yang bekerja sebagai penjaga kaunter dan pekerja am seperti pencuci, buruh dan penjaga stor. Manakala rangkaian pasar raya kecil dan sederhana, ia dikuasai oleh pekerja-pekerja dari India.
Saya merasakan terdapat pertambahan bilangan kedai runcit yang dioperasi oleh pekerja India apabila melalui Jalan Tutong ke Sengkurong dan melalui jalan-jalan ke Mulaut, Kilanas, Bengkurong atau Limau Manis.
Biarpun kedai-kedai ini kecil, ia mengambil pekerja dari India walaupun ada sebilangan kecil yang mengambil pekerja tempatan. Faktor utama pekerja India menjadi pilihan adalah kos upah yang murah kerana majikan menyediakan tempat tinggal dan makanan.
No comments:
Post a Comment