Kerajaan Malaysia telah mengeluarkan arahan kepada rakyat negara itu supaya berada di kawasan tempat tinggal masing-masing bermula 18 Mac lalu. Tindakan ini diambil bagi mengawal penularan wabak virus Corona yang telah menyebabkan dua kematian setakat ini.
Ia dinamakan Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia 2020 di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.
Sepanjang sejarah penubuhan Malaysia, ia kali pertama dilaksanakan secara menyeluruh di Malaysia. Antara implikasi arahan ini ialah rakyat Malaysia tidak dibenarkan keluar negara dan rakyat Malaysia yang tiba dari luar negara perlu menjalani pemeriksaan kesihatan dan pengasingan diri secara sukarela selama 14 hari.
Pelaksanaan awal langkah-langkah kawalan pergerakan rakyat Malaysia dilihat agak kelam-kabut pada hari pertama arahan ini dikuatkuasakan. Namun, kita yakin Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yassin telah mengenal pasti beberapa kelemahan yang menyebabkan pembelian panik dan memandang enteng arahan.
Hari kedua pelaksanaan ini menyaksikan kehadiran lebih ramai anggota penguatkuasa khususnya pasukan polis di kawasan kediaman. Penguatkuasa majlis tempatan turut dilihat meminta peniaga mengosongkan premis perniagaan melalui pembesar suara.
Kita mahu melihat lebih banyak tindakan seperti ini dilakukan secara kerap dari semasa ke semasa. Walaupun masih ada orang ramai yang tidak begitu faham dengan arahan ini, pihak polis wajar menggunakan tindakan lebih keras seperti terus menahan mana-mana individu yang ingkar supaya menjadi teladan kepada orang lain.
Apabila sudah ada seorang dua individu yang ditahan dan dikenakan hukuman, ia patut disebarkan melalui media rasmi kerajaan supaya memberi kesedaran kepada orang ramai yang masih memandang rendah dan tidak menghiraukan gesaan perdana menteri itu.
Jika keadaan masih tidak banyak berubah dalam sehari dua ini, kerajaan disaran menggunakan pasukan tentera untuk mengawal dua tempat utama. Pertama adalah lebuh raya, kedua adalah terminal bas.
Kedua-dua tempat ini menjadi laluan utama pergerakan rakyat Malaysia untuk perjalanan rentas sempadan dalam skala besar. Kegagalan pasukan polis dan penguatkuasa memastikan orang ramai berada di rumah masing-masing dapat mengundang kehadiran pasukan tentera untuk pelaksanaan operasi yang lebih besar.
Kehadiran kereta perisai atau sepasukan tentera yang lengkap bersenjata sudah cukup untuk memberi amaran kepada orang ramai supaya mengikut arahan yang dikeluarkan kerajaan.
Kita harap cadangan ini akan difikirkan supaya wabak ini tidak ditularkan oleh segelintir orang yang tidak memahami musibah virus Corona ini dalam masyarakat.
Terdapat juga orang ramai yang mempertikaikan peranan menteri-menteri yang dikatakan tidak bersuara seperti kementerian pengangkutan, pengajian tinggi dan komunikasi. Agensi kerajaan yang mengambil alih peranan kementerian-kementerian ini harus menjelaskan kepada umum bahawa terdapat pihak yang diberi autoriti ketika krisis ini berlaku. Pihak yang berautoriti inilah yang diberi kuasa untuk membuat hebahan dan makluman kerana jika semua kementerian mengeluarkan kenyataan, masyarakat akan keliru dan menjejaskan langkah dan tindakan yang sedang dilaksanakan.
Dalam sehari ini kita melihat dua kenyataan rayuan dihebahkan kepada umum. Selain daripada rayuan perdana menteri dalam perutusan khas malam ini, Ketua Pengarah Kesihatan turut membuat rayuan menggesa rakyat Malaysia mendengar dan patuh pada arahan pihak berkuasa.
Rakyat Malaysia mungkin perlukan sehari dua lagi untuk memahami apa yang sedang berlaku. Justeru dalam tempoh ini pasukan polis dan penguatkuasa tempatan harus menjelajah ke kawasan masing-masing, memberi arahan dan amaran supaya orang ramai berada di kawasan kediaman mereka.
Semoga rakyat Malaysia memahami bahawa wabak ini tidak mengenal siapa, mungkin suatu hari ia berada dalam tubuh badan sanak saudara dan rakan-rakan kita sendiri.