Selepas tujuh bulan Pilihan Raya Umum ke-14, parti politik yang 'gagah perkasa' yakni UMNO sedang berhadapan dengan krisis perpecahan dan kemerosotan. Parti itu umpama 'dulang makanan' yang sedang mengagihkan makanannya kepada orang yang sedang lapar. Kelompok demi kelompok ahli yang kononnya berjuang atas nama agama, bangsa dan negara mula berpaling tadah.
Ahli yang berselindung atas nama perjuangan, akhirnya menyerlahkan diri mereka yang sebenar.
Di Sabah, pemimpin-pemimpin UMNO yang mengeluarkan diri dari parti itu terkulat-kulat di sidang media, mempamerkan muka tidak tahu malu dan tidak ada rasa bersalah.
Di Semenanjung, enam 'pejuang rakyat' akhirnya tewas dengan keangkuhan diri dan kepentingan diri yang sedang dipertahankan.
Di Melaka, bekas puteri yang malu-malu alah menggagahkan diri mengisytiharkan dirinya menjadi ahli parti yang ditentangnya sebelum itu.
Perjuangan panglima-panglima UMNO sedang berhadapan dengan cabaran sengit. Presidennya diminta berundur. Suaranya bergema digerakkan daripada pemimpin-pemimpin yang kecewa dan hilang projek. Barangkali dengan meminta presiden turun takhta, UMNO akan pulih.
Tidak mungkin akan berulang UMNO akan kembali berkuasa. Tidak ada harapan lagi kerana tindakan pemimpin yang merosakkan struktur nilai dan kepercayaan masyarakat.
Ketika menggerakkan usaha membaiki UMNO, Tun Dr Mahathir mengingatkan bekas presiden untuk turun padang, berjumpa dengan rakyat dan menghindarkan slogan 'cash is king'. Teguran yang diberikan melalui blog 'chedet' itu menjadi sejarah penting bagaimana nasihat dan teguran yang diberikan dipandang sepi.
Tidak cukup dengan tulisan, Tun Dr Mahathir bersama-sama rakyat berbilang kaum menggerakkan kempen tandatangan bagi memaklumkan Yang di-Pertuan Agong supaya mengambil tindakan terhadap pemimpin 'cash is king' tetapi tidak juga berjaya.
Beliau juga meminta ahli-ahli UMNO membuat undi tidak percaya, juga tidak berjaya. Antara yang enggan ini termasuk 'pelompat galah' yang mengumumkan diri mereka tidak lagi bersama UMNO baru-baru ini.
Apa yang akan berlaku kepada UMNO selepas ini amat menggerunkan. Pemimpin yang dipilih kerana parti telah berpaling tadah dan menyerang kepimpinan parti sendiri. Ia berlaku dengan harapan 'tuan baru' akan menghargai usaha dan amal mereka.
Tidakkah mereka tahu dan mengambil iktibar kisah dua orang rakan yang ditawan musuh. Kedua-duanya adalah pahlawan yang tewas dan dibawa menghadap ketua musuh. Lalu raja bertanya kepada kedua-duanya sama ada mahu hidup atau mati. Salah seorangnya berkata mahu hidup dan seorang lagi mahu mati.
Pembantu raja membisikkan ke telinga raja. Raja tersenyum. Raja bertitah, 'Jika kamu mahu hidup, sila bunuh rakan kamu'.
Si pahlawan terdesak, meminta pedang lantas dibunuh rakannya.
Raja puas hati, tapi pembantu raja membisikkan ke telinga raja. Wajah raja muram. Teriak sang raja, 'Jika rakan baik kamu ini kamu bunuh, adakah kami juga akan dibunuh?'
Kesudahannya, raja memerintahkan si pahlawan dibunuh juga kerana bimbang pahlawan itu tidak ada kesetiaan.
Nasib pelompat-pelompat ini hanya satu. Hanya masa akan menentukannya.
Perisai kekuatan UMNO hanya ada pada kesetiaan ahli. Selepas ini, mereka perlu membentuk hero dan super hero supaya rakyat dapat dibela oleh pemimpin yang bersih dan amanah. Bukannya pemimpin yang belot apabila projek disekat dan wang tidak lagi 'masyuk'.
Ketika berbual-bual dengan ahli UMNO peringkat kampung, pandangannya sangat jelas. Pemimpin seperti Ismail Kassim hanya berjuang untuk kepentingan diri. Adakah masih ramai ahli UMNO memiliki ciri-ciri Ismail Kassim ini?