Zainudin M.Z, Abdul Rahim Abdul Rahman, Wan
Mohamad Tasnim Wan Ismail, Muhamad Adib Aminuddin, Muhamad Fahmi Jamil,
Zulkifli Bin Jusoh, Wan Asyraf Syazal Wan Azmi Shamri
1.0 Pengenalan
Kedatangan
ajaran Islam ini telah banyak membawa perubahan dalam setiap aspek terutamanya
dalam sistem pentadbiran di Tanah Melayu pada masa itu. Sebagai contoh,
perubahan sistem pentadbiran berlaku apabila sistem kesultanan diperkenalkan
dimana ia berbeza dengan sistem beraja ala Hindu-Buddha. Konsep Dewaraja telah
dihapuskan dan digantikan dengan sultan sebagai pemegang amanah Allah di muka
Bumi. Alim ulama pula sebagai penasihat sultan.
Hal ini adalah
salah satu perubahan sistem pentadbiran di Tanah Melayu dan terdapat banyak
lagi perubahan baharu yang berlaku disebabkan pengaruh ajaran Islam. Oleh itu,
kajian ini akan membincangkan lebih banyak lagi isu-isu menarik tentang
pengaruh Islam pada zaman dahulu serta pengaruhnya sehingga masa ini.
1.1 Definisi
Menurut pendapat yang dikemukakan http://azharjin.blogspot.my/2009/04/pengertian-dan-maksud-islam.html,
perkataan ‘Islam’ berasal dari bahasa arab ertinya sejahtera, aman, harmoni dan
dirujuk dari istilah memberi makna menyerah diri kepada Pencipta yang Maha
Berkuasa dengan mentauhidkannya dengan penuh keyakinan serta melaksanakan
segala suruhan dan meninggalkan larangannya.
Maksud ‘Islam’ ialah, agama ciptaan Allah yang lengkap
lagi sempurna dengan segala peraturan dan
undang-undang yang merangkumi pengkhususan kehidupan
manusia, baik yang mengenai orang perseorangan, kekeluargaan, kemasyarakatan, dan kenegaraan sekaligus menghubungkan manusia dengan
Tuhan dan manusia dengan alam sejagat bagi menjamin kesejahteraan, keselamatan,
kesempurnaan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Manakala maksud “pentadbiran” menurut Wikipedia pula merujuk kepada fungsi
pengurusan yang terdapat dalam sesuatu organisasi demi mencapai sesuatu tujuan.
1.2 Objektif
Kajian
Dalam
menjalankan kajian Pengaruh Islam di Malaysia ini, terdapat tiga objektif utama
yang ingin di utarakan iaitu menyatakan sumbangan zaman kegemilangan
kerajaan-kerajaan Islam terdahulu seperti kerajaan Madinah, Kerajaan Umaiyah
dan Empayar Kerajaan Uthmaniyyah. Kerajan-kerajaan ini telah mewarisi ajaran
Nabi Muhammad saw selepas pemerintahan Khulafa’ Ar-Rasyidin.
Selain
itu, objektif seterusnya ialah menyenaraikan setiap aspek yang dibawa oleh
ajaran Islam yang dijalankan dalam sistem pentadbiran di Malaysia. Akhir
sekali, mengenal pasti sama ada persefahaman dan perpaduan boleh dipupuk dalam
kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum melalui pemerintahan
berasaskan Islam ini.
2.0 Sorotan Literatur
2.1 Pengaruh
Kerajaan Islam Terdahulu
2.1.1 Kerajaan
Madinah
Pada
zaman Nabi Muhammad saw terdahulu, baginda telah membentuk kerajaan Madinah
setelah penghijrahan baginda dari Mekkah ke Madinah. Semasa pemerintahan Nabi
Muhammad saw di Madinah, baginda telah membawa banyak perubahan dan salah satu
daripadanya ialah Piagam Madinah. Piagam Madinah merupakan satu perlembagaan
yang pertama di dunia yang diasaskan oleh Nabi Muhammad saw. Perlembagaan ini
berpandukan al-quran. Dengan adanya perlembagaan ini, cara hidup orang arab
dahulu telah berubah namun ada yang menolak dan ada yang menerima dengan hati terbuka.
Piagam Madinah mencatatkan tanggungjawab ketua negara serta tanggungjawab
rakyat. Piagam Madinah telah dipersetujui oleh kedua belah pihak iaitu orang
Islam dan orang bukan Islam. Hal ini kerana perlembagaan ini merupakan
perlembagaan yang adil dan tidak berat sebelah.
Dengan
terciptanya Piagam Madinah ini terdapat banyak kepentingan yang boleh kita
kupas bagi membina sebuah negara yang aman dan maju. Antara kepentingannya
ialah agama Islam boleh dilaksanakan dalam negara berbilang agama dan bangsa.
Seterusnya, Piagam Madinah merangkumi peraturan dunia dan akhirat. Sebagai
contohnya dari segi ekonomi amalan riba, menipu tidak dibenarkan, sebaliknya
adalah sedekah, keadilan ekonomi digalakkan. Nabi berjaya membentuk masyarakat
berasaskan ummah, nilai yang ditanamkan ialah ukhwah Islamiah. Daripada konsep
keadilan sosial pula Islam menekankan persamaan dan persaudaraan, tiada
perbezaan taraf dalam masyarakat.
Selain
itu, baginda turut mempraktikkan amalan positif seperti perpaduan, rela berkorban,
serta bantu- membantu. Baginda juga menyusun perlembagaan dahulu sebelum
membentuk kerajaan. Hal ini menyebabkan kerajaan madinah dahulu tersusun dengan
rapi dan tiada masalah yamg timbul.
2.1.2 Kerajaan
Umaiyah
Kerajaan Bani Umaiyah banyak memberi sumbangan dalam sistem pentadbiran
di Malaysia. Antara sumbangannya ialah perlantikan ketua pentadbir di setiap
daerah. Pada zaman Bani Umayyah, kerajaan Islam
berkembang pesat menyebabkan khalifah sukar untuk menguruskan hal pentadbiran
di beberapa kawasan. Oleh itu, khalifah ketika itu mengambil inisiatif dengan
mewujudkan jawatan ketua pentadbir di setiap daerah bagi menguruskan hal-hal
pentadbiran di daerah tersebut. Begitu juga negara Malaysia kini semakin maju
menyebabkan kerajaan sukar untuk menguruskan setiap kawasan. Oleh itu, kerajaan
telah menubuhkan jawatan ketua di setiap daerah untuk menguruskan hal-hal
daerah tersebut.
Selain itu, kerajaan Bani Umaiyah juga telah menyumbang dalam sistem ketenteraan.
Kerajaan Bani Umaiyah telah mewujudkan
satu jabatan yang dikenali sebagai ‘diwanul jundi’ atau jabatan ketenteraan.
Dengan adanya jabatan ini, sistem ketenteraan menjadi lebih teratur kerana
jabatan ini ditugaskan untuk menguruskan hal ehwal ketenteraan. Dengan ini
kerajaan tidak perlu terlalu menumpukan kepada sistem ketenteraan kerana sudah
ada jabatan yang menguruskannya. Dalam Malaysia, barisan kententeraan diuruskan
oleh kementerian pertahanan. Dengan ini kerajaan Malaysia boleh
memfokuskan kepada perkara lain.
Bukan itu sahaja, kerajaan Bani Umayyah juga telah
mewujudkan pelbagai jabatan untuk melicinkan sistem pentadbiran kerajaan Bani
Umayyah. Antara jabatan yang ditubuhkan ialah jabatan surat-menyurat dan
jabatan cukai. Dengan adanya jabatan-jabatan ini, sistem pentadbiran menjadi
semakin teratur dan memudahkan kerja-kerja untuk
mentadbir negara. Semua jabatan ini juga ditubuhkan di Malaysia. Kerajaan
mewujudkan jabatan ini bagi memudahkan rakyat dan kerajaan berhubung antara
satu sama lain. Sebagai contohnya, jabatan cukai di Malaysia dikenali sebagai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Ianya bertindak untuk
memungut cukai dalam Malaysia.
2.1.3 Kerajaan Uthmaniyah
Kerajaan Bani Utmaniyyah juga banyak memberi sumbangan
kepada sistem pentadbiran di Malaysia. Antaranya ialah memperkenalkan jawatan
kadi dan mufti yang berperanan untuk menguruskan hal ehwal agama Islam.
Jawatan kadi ini merupakan seorang hakim yang membuat keputusan berlandaskan
syariat Islam. Di Malaysia, kadi sering dipertanggungjawabkan oleh
institusi masjid atau jabatan atau pusat Islam untuk menerima tuntutan
para wali untuk menikahkan bakal isteri dengan bakal suami.
Jawatan mufti pula adalah berperanan untuk mengeluarkan fatwa atau hukum
mengenai sesuatu perkara yang menimbulkan kekeliruan antara masyarakat. Begitu juga di Malaysia, peranan mufti
adalah untuk menentukan hukum suatu perkara itu.
Selain itu, kerajaan Bani Utmaniyyah juga telah
mewujudkan sistem pendidikan. Sistem pendidikan adalah untuk mengajar seseorang
individu itu mengenai ilmu. Sistem pendidikan ini sering diadakan di madrasah,
perpustakaan ataupun masjid. Sama juga di Malaysia, sistem pendidikan
diwujudkan bagi memastikan rakyat berada dalam persekitaran yang berilmu.
Dengan adanya sistem ini, rakyat tidak akan hidup dalam keadaan kekurangan ilmu
dan negara akan menpunyai pelapis yang berguna di masa hadapan. Kerajaan juga
telah memperkembangkan madrasah dan sekolah akademik di setiap tempat supaya
lebih ramai rakyat dapat memasuki sekolah dan dapat belajar dalam suasana yang
selesa.
Seterusnya, kerajaan Bani Utmaniyyah juga telah
menggalakkan kepada kecemerlangan individu. Dahulu setiap pemerintah merupakan
seorang bangsawan yang kaya raya tetapi kerajaan Bani Utmaniyyah telah
menghapuskan konsep tersebut dan menjadikan sesiapa yang berilmu perlu menjadi
pemerintah. Dengan ini masyarakat berpeluang untuk menjadi pemerintah. Di
Malaysia, konsep ini digunakan dan rakyat berpeluang untuk menjadi pemimpin
asalkan mereka mempunyai ilmu.
2.2 Agama Islam
sebagai Agama Rasmi
2.2.1 Kedudukan
Agama Islam sebagai Agama Rasmi
Semua
rakyat Malaysia, khususnya orang-orang Islam mengetahui bahawa perlembagaan
kita mencatat Islam sebagai agama persekutuan. Oleh itu, Islam dilindungi oleh
perlembagaan negara kita dan segala kemudahan serta perbelanjaan negara boleh
dipergunakan untuk pembangunan Islam tanpa dapat dicabar atau dipertikaikan.
Bagaimanapun sesuai dengan ajaran Islam itu sendiri maka agama-agama lain tetap
terjamin dan penganut agama bukan Islam diberikan kebebasan untuk mengamalkan
agama mereka masing-masing di dalam suasana aman dan harmoni.
Kedudukan
Islam di negara Malaysia cukup kuat dan keadaan ini memberikan ruang yang luas
bagi kita untuk mengisinya supaya Islam dapat menjadi wadah pembangunan sosial,
pendidikan, ekonomi kekeluargaan, kewarganegaraan, pengurusan, sains dan
teknologi dan sebagainya. Hal ini dapat kita saksikan di dalam negara kita
sejak zaman kemerdekaan lebih enam puluh tahun yang lalu, iaitu pengisian Islam
dan nilai-nilainya di dalam pembangunan negara Malaysia yang mulai terserlah
dan menampakkan kenyataannya di dalam arus perdana pembangunan negara. Itulah
aspek positifnya yang merupakan persepsi majoriti orang Islam di negara
Malaysia, iaitu melihat bahawa Islam telah didominisasikan oleh pemerintah di
dalam masyarakat negara Malaysia dan menampakkan perkembangan yang semakin
memuncak dan maju ke hadapan dari semasa ke semasa.
2.2.2
Kedudukan Islam sebagai Agama Rasmi
Kedudukan
Islam sebagai Persekutuan menunjukkan bahawa agama Islam telah
diberi keistiewaan dalam perlembagaan berbanding agama-agama lain di negara
ini. Kedudukan Islam yang istimewa ini tidak harus dipertikaikan memandangkan
peruntukan mengenainya ditunjangi oleh Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan
Persekutuan pula adalah hasil kompromi dan permuafakatan bersama pemimpin-pemimpin
negara dan masyarakat yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama semasa
Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaannya pada tahun 1957.
Kedudukan
istimewa Islam ini juga telah mengambil kira elemen-elemen tradisional penduduk
asal Tanah Melayu iaitu orang-orang Melayu ratusan tahun sebelumnya yang terus
menerus dipertahankan. Contohnya, agama Islam telah menjadi anutan sejak
ratusan tahun bagi orang-orang Melayu. Kerajaan Melayu Melaka yang bertapak
kukuh selama lebih kurang 100 tahun pada kurun ke-15 telah pun memperkenalkan
undang-undang Islam yang dikenali Hukum Kanun Melaka. Walaupun undang-undang
tersebut dikatakan mengandungi unsur-unsur adat, namun sebahagian besar
kandungan merupakan undang-undang Islam sebenar meliputi perkara-perkara sivil
dan jenayah.
2.3
Agensi-agensi Islam yang ditubuhkan di Malaysia
Seperti
yang telah di ketahui ramai bahawa terdapat banyak agensi Islam di Malaysia
kini. Antaranya ialah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang berfungsi
sebagai agensi pusat dalam perancangan pengurusan Hal Ehwal Islam dan
pembangunan ummah dengan fungsi-fungsi seperti berikut iaitu bertanggungjawab
seperti perancang yang menentukan pembangunan dan kemajuan Hal Ehwal Islam di
negara ini, merangka dasar bagi pembangunan Hal Ehwal Islam di negara ini dan
menjaga kesucian akidah dan ajaran Islam, membantu menggubal dan menyeragam
undang-undang dan peraturan yang diperlukan serta menilai dan menyelaras
pelaksanaan undang-undang dan pentadbiran yang sedia ada dari masa ke semasa
dalam usaha untuk menyelesaikan masalah-masalah umat Islam, dan banyak lagi.
Selain
itu, agensi seterusnya ialah Jabatan
Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) yang berperanan memberikan khidmat
nasihat dan perundangan syariah kepada pihak-pihak terlibat secara khusus
berkaitan tuntutan nafkah serta tatacara penguatkuasaan dan pelaksanaan
penghakiman selepas suatu perintah dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah,
melaksanakan tugas Peguam Syari’e dan Bailif dalam pelaksanaan penghakiman dan
penguatkuasaan perintah yang dibuat oleh Mahkamah Syariah berkaitan dengan
nafkah bagi memastikan sesuatu perintah dapat dipatuhi dan dilaksanakan oleh
semua pihak, melaksanakan pengurusan pentadbiran yang berkaitan dengan
penguatkuasaan dan pelaksanaan penghakiman atau perintah Mahkamah Syariah
antara negeri-negeri berjalan dengan lancar tanpa sebarang halangan, dan
menguruskan bantuan pendahuluan nafkah melalui sumber yang diharuskan syarak
melalui tapisan kelayakan.
Di
samping itu, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mempunyai peranan yang
tersendiri yang salah satu daripadanya ialah menjadi penasihat kepada Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Kerajaan Persekutuan dalam
perkara-perkara kefahaman Islam meliputi semua aspek termasuk akidah, syariah,
ibadah, ekonomi dan isu-isu semasa. Lembaga Tabung Haji (TH) pula mempunyai
peranan utama iaitu sebagai peneraju utama ke arah pemerkasaan ekonomi moden
umat Islam. Seterusnya, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) berfungsi
untuk menjalankan penyelidikan yang melibatkan kajian menyeluruh dan bersepadu
tentang peranan Islam dan umat Islam bagi menghadapi cabaran semasa yang timbul
akibat daripada keadaan dunia yang kian berubah dan terdapat banyak lagi fungsi
lain IKIM. Selain daripada agensi-agensi yang dinyatakan tersebut, terdapat
banyak lagi agensi-agensi lain dimana matlamatnya hanyalah satu iaitu
memartabatkan agama Islam sebagai agmai rasmi negara.
2.4 Peranan
Raja dalam Pentadbiran
Yang
di-Pertuan Agong adalah merupakan gelaran rasmi bagi ketua negara Malaysia.
Gelaran rasmi yang penuh adalah Kebawah Duli yang Maha Mulia Seri Paduka
Baginda Yang di-Pertuan Agong. Malaysia merupakan satu-satunya negara di dunia
yang mengamalkan sistem penggiliran ketua negara. Malahan, sistem ini dianggap
unik kerana ia menggabungkan tradisi feudal berasaskan keturunan
darah dengan konsep moden berasaskan perlembagaan. Oleh disebabkan Malaysia mengamalkan sistem
raja berperlembagaan, peranan Yang di-Pertuan Agong adalah luas tetapi
tertakluk kepada perlembagaan.
Antara
peranan raja atau Yang di-Pertuan Agong adalah sebagai ketua negara yang secara
undang-undangnya mengetuai tiga badan kerajaan iaitu Badan Perundangan
(Legislatif), Badan Pemerintah (Eksekutif) dan Badan Kehakiman (Judisiari). Di samping itu, Yang di-Pertuan Agong juga
merupakan satu daripada tiga unsur Parlimen yang tertakluk pada Perkara 44.
Baginda mempunyai kuasa untuk memanggil, menangguh serta membubarkan Parlimen
di samping meletakkan cop mohor kepada rang undang-undang yang telah
diluluskan oleh Badan Perundangan dalam proses penggubalan undang-undang. Dalam Angkatan Tentera Persekutuan, raja atau
Yang di-Pertuan Agong merupakan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Persekutuan yang berkuasa mengampuni serta menangguhkan
sesuatu hukuman.
Di
samping itu, baginda juga bertanggungjawab untuk memelihara kedudukan
istimewa orang Melayu dan bumiputera negeri-negeri Sabah dan Sarawak dan
menjaga kepentingan kepentingan
sah kaum-kaum lain.Baginda merupakan ketua agama Islam bagi
negeri baginda sendiri termasuk Pulau Pinang, Melaka, Wilayah Persekutuan, Sarawak dan
Sabah. Seterusnya, Yang di-Pertuan Agong
mempunyai kuasa budi bicara untuk melantik Perdana Menteri daripada mana-mana
ahli Dewan Rakyat dan terikat dengan
keputusan Perdana Menteri sekiranya tiada parti yang memenangi undi majoriti.
Baginda turut berkuasa untuk menitahkan supaya diadakan mesyuarat Majlis
Raja-Raja bagi membincangkan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan serta kebesaran
Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.
Tambahan
pula, raja diperuntukkan kuasa melantik dan membatalkan perlantikan jawatan menteri
dan timbalan menteri. Baginda diperuntukkan kuasa membuat pengisytiharan
darurat serta mengisytiharkan apa-apa ordinan sekiranya kedua-dua Dewan
Parlimen tidak bersidang secara serentak. Atas nasihat Perdana Menteri, Yang di-Pertuan
Agong diberi kuasa untuk melantik ahli Suruhanjaya Pasukan Polis dan boleh
mempertimbangkan untuk melantik ahli-ahli Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran setelah menimbang nasihat Perdana Menteri dan
selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja. Tidak dinafikan juga bahawa majoriti
ahli-ahli Majlis Angkatan Tentera adalah atas lantikan baginda.
Institusi
diraja di Malaysia merupakan aspek yang penting terutama dalam pentadbiran negara.
Bagi menjamin
kelangsungan tradisi institusi raja, sudah tentu perubahan perlu berlaku dalam
institusi raja. Keadaan ini akan menjadikan kedudukan institusi tersebut
selaras dengan selaras dengan tuntutan masa. Oleh itu, raja berperlembagaan
harus bijaksana mempastikan konsep ‘constitutionlism’ terutamanya
penyalahgunaan kuasa dilaksana sepenuhnya.
2.5 Pengaruh
Islam dalam Sistem Pendidikan di Malaysia
Islam
membawa perubahan dalam sistem pendidikan. Selepas kedatangan Islam, golongan
bawahan menerima pendidikan yang sarna seperti golongan atasan. Sistem
pendidikan yang bermula di istana mula beralih ke beberapa institusi pendidikan
Islam seperti pondok dan madrasah. Tradisi keilmuan yang ditekankan oleh Islam
telah mengembangkan pula tradisi pendidikan dan pengajaran secara lebih
tersusun. Dorongan belajar bermula dengan pengajaran membaca al-Quran dan
kitab-kitab. Golongan pemerintah dan pembesar-pembesar berperanan penting dalam
mengembangkan ilmu pengetahuan.
Melalui
sistem pengajian ilmu tersebut lahirlah para cendekiawan dan para ulama Melayu
yang menjadi pegawai-pegawai pemerintah, guru-guru dan ahli agama. Antara tokoh
Melayu yang terkenal ialah Syeikh Abdul Malik Abdullah, Sheikh Wan Hasan Wan
Ishak dan ramai lagi. Tokoh-tokoh ini telah banyak menyumbang ke arah
perkembangan ilmu pengetahuan di Tanah Melayu. Dalam bidang intelektual dan
keilmuan, Islam memberi kedudukan yang begitu tinggi dengan memperkenalkan
metod ilmu berteraskan ilmiah dan rasional sejajar dengan tuntutan Islam.
Keilmuan rasional dan intelek yang diperkenalkan oleh Islam adalah pendekatan
baru dalam cara berfikir iaitu meninggalkan sesuatu yang bersifat tahyul serta
memuja sesuatu yang bersifat estetik, kepada sesuatu yang mementingkan akal,
pemahaman ilmu metafizik serta pandangan hidup yang munasabah pada akal yang
sihat.
Kedatangan
Islam membawa pengaruh yang besar terhadap sistem pendidikan. Di Melaka
contohnya, aktiviti pendidikan berlangsung di istana yang juga berfungsi
sebagai perpustakaan atau tempat penyalinan dan terjemahan. Di samping itu
tempat-tempat lain yang digunakan sebagai tempat pengajian ialah rumah-rumah
ulama, masjid, madrasah dan surau. Kebanyakan guru agama pula terdiri daripada
bangsa Arab. Ilmu-ilmu yang dipelajari ialah ilmu usuluddin, fiqh dan tasawwuf
kitab-kitab utama yang menjadi pegangan masyarakat di Melaka ketika itu ialah
aI-Oar al-Manzum oleh Abu Ishak aI-Shirazi, Ihya Ulumuddin oleh al-Ghazali dan
Minhaj al- Talibin oleh al-Nawawi.
Bersama
dengan kedatangan Islam di mana-mana sahaja maka berkembanglah ilmu pengetahuan
dan pendidikan. Di Melaka sendiri, sultan yang pertama bermula dari Megat
Iskandar Shah (1414M) hingga sultan-sultan terakhir sebelum 1511M, begitu
mengambil berat tentang perkembangan pendidikan. Pengajian Islam tidak sahaja
berlaku di rumah-rumah, masjid-masjid dan surau-surau, bahkan juga di istana
sultan. Ulama-ulama asing yang datang ke Melaka sejak awal hingga zaman
kejatuhannya seperti Makhdum Syed Abdul Aziz, Maulana Abu Bakar, Qadi Yusuf,
Qadi Menus, Qadi Menawar Syah, Maulana Sadar Johan, Maulana Jalal aI-Din dan
lain-lain bukan sahaja dijadikan sebagai seorang guru bahkan diberi kedudukan
yang tinggi dalam hierarki sosial di Melaka, setaraf dengan pembesar dan
pentadbir.
Sejarah
pada zaman dahulu amatlah memberi impak yang besar sehingga kini. Hal ini
kerana Sistem Pendidikan di Malaysia pada masa ini masih lagi mengutamakan
pelajar-pelajar muslim untuk menguasai ajaran Islam. Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM) kini telah mewajibkan semua pelajar sekolah muslim untuk
mendaftar subjek Pendidikan Agama Islam dalam peperiksaan yang diduduki semasa
zaman ini. Bukan itu sahaja, bahkan dari segi tempat proses pengajaran dan
pembelajaran juga berkembang sejajar dengan ajaran Islam pada masa dahulu. Hal
ini dikatakan demikian kerana sistem pendidikan di Malaysia kini secara
keseluruhannya berlaku semasa di dalam bilik darjah iaitu di sekolah. Seperti
yang kita tahu, pada awalnya pendidikan bermula dari istana, dan seterusnya
rumah-rumah ulama, masjid, madrasah dan surau. Begitu juga kini tidak banyak perubahan yang berlaku dimana kini
sistem pendidikan di masjid masih dijalankan bagi kelas pembelajaran tajwid
al-quran, fardhu ain dan lain-lain. Ini menjelaskan bahawa pengaruh Islam
sistem pendidikan di Malaysia masih lagi kuat sehingga sekarang.
2.6 Pengaruh
Islam dalam Undang-Undang di Malaysia
Kedatangan agama Islam telah mempengaruhi sistem perundangan
di Tanah Melayu. Sistem perundangan tempatan turut mengalami perubahan seperti
yang tercatat dalam Hukum Kanun Melaka, Adat Pepatih dan Adat Temenggung.
Undang-undang adat yang tidak bertentangan dengan ajaran agama Islam
dikekalkan. Contohnya, hakim boleh menggunakan budi bicaranya sama ada hendak
menjatuhkan hukuman potong tangan ke atas pesalah yang melakukan kesalahan
mencuri ataupun didenda dan dipenjara sahaja. Setelah Islam datang dan tersebar
di seluruh Nusantara, sistem perundangan masyarakat Melayu juga berubah kepada
sistem adat dan Islam. Contohnya, Melaka mempunyai Hukum Kanun Melaka yang
meliputi tanah, sungai, dusun dan setiap tanah jajahan takluk Melaka.
Undang-undang Laut Melaka meliputi perusahaan perkapalan, perdagangan di laut dan
di darat dan kegiatan yang berkaitan dengannya. Kedua-dua kumpulan
undang-undang ini adalah didasarkan kepada hukum syariah dan juga hukum adat
yang telah wujud sejak dahulu lagi.
Tradisi pemerintahan berdasarkan perundangan Islam
dilanjutkan dalam pemerintahan Malaysia hari ini. Perlembagaan Malaysia
menjadikan urusan Islam sebagai urusan negeri. Bidang kuasa tersebut sangat
terbatas dan dinyatakan secara terperinci satu persatu. Manakala di peringkat
negeri terdapat beberapa undang-undang yang telah dikuatkuasakan seperti
undang-undang pentadbiran Islam, undang-undang mahkamah syariah, undang-undang
pentadbiran keluarga Islam,
undang-undang prosedur dan keterangan, undang-undang sivil, jenayah Islam dan lain-lain lagi.
Oleh kerana Hukum Kanun Melaka adalah undang-undang induk yang meliputi
undang-undang lain di dalam negeri-negeri Melayu, amatlah tepat jika ianya
dijadikan contoh tentang wujudnya pengaruh Islam dalam perundangan. Menurut
beberapa orang sarjana barat seperti William R. Roff dan Alfred P. Rubin.
2.7 Sistem
Mahkamah Syariah
Definisi
bagi Mahkamah Syariah adalah sebuah institusi kehakiman yang membicarakan serta
menjatuhkan hukuman ke atas orang Islam bagi kesalahan sivil dan jenayah agama
mengikut bidang kuasa yang diperuntukkan untuknya. Sistem Mahkamah Syariah di
Malaysia terbahagi kepada tiga peringkat iaitu, Mahkamah Rendah Syariah,
Mahkamah Tinggi Syariah dan Mahkamah Rayuan Syariah. Setiap satu peringkat ini
mempunyai fungsi tersendiri untuk memudahkan rakyat.
Antara tujuan
utama Mahkamah Syariah dilahirkan adalah untuk menjalankan pentadbiran agama
Islam al-quran dan as-sunnah bagi menjamin kesejahteraan orang Islam,
melahirkan keluarga Islam yang berpegang teguh pada ajaran Islam serta
mengawasi mereka supaya menjalani kehidupan mengikut syariat Islam. Selain itu,
menyelamatkan umat Islam daripada pepecahan dan keruntuhan rumahtangga. Di
samping itu, sebagai tempat membuat rayuan daripada pihak isteri untuk
mendapatkan nafkah daripada suaminya yang sudah bercerai. Akhir sekali,
membantu serta menyelesaikan pembahagian harta pusaka dan hal-hal berkaitan
seperti wasiat dan menerapkan nilai-nilai Islam agar orang Islam mengamalkan
sistem dan cara hidup Islam secara menyeluruh dalam kehidupan mereka.
2.8. Persamaan Taraf
di Malaysia
Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai sistem
pemerintahan berasaskan Islam. Ini dapat dilihat dalam perlembagaan Malaysia
yang mana menunjukkan agama Islam sebagai agama rasmi negara. Selain itu,
Malaysia juga mengamalkan persamaan taraf dalam kehidupan masyarakat di
Malaysia. Ini adalah kesan daripada pengaruh agama Islam yang datang ke tanah
melayu dahulu. Di dalam ajaran agama Islam, setiap manusia mempunyai taraf dan
darjat yang sama kecuali Rasulullah saw.akan tetapi yang dapat mebezakan
seseorang itu dengan yang lain adalah keimanan dan ketakwaan seseorang itu kepada Allah swt. Dalam erti kata
lain, semua manusia tiada bezanya tanpa iman dan ketakwaan menurut Islam.
Pengaruh Islam yang datang pada satu masa dahulu telah
memberi impak yang sangt besar dalam sistem pemerintahan Malaysia kini. Ini
dapat dilihat melalui pelbagai aspek dan salah satunya seperti yang telah
dinyatakan di atas iaitu persamaan taraf dalam kalangan masyarakat. Maka, sebagai rakyat Malaysia, kita sewajarnya
bersyukur di atas kurniaan Allah swt yang menghantar umat Islam ke Tanah Melayu
dan secara tidak langsung menyebabkan agama Islam telah bertapak di Tanah
Melayu sekian lama.
3.0 Kaedah
Kajian
3.1. Reka
Bentuk Kajian
Reka
bentuk kajian ini adalah untuk mencari kesan peninggalan kerajaan Islam dahulu
dari sudut pentadbiran yang digunakan dalam pentadbiran Malaysia pada masa ini.
Pelbagai sudut dikupas untuk mencari maklumat bagi kajian ini seperti dari
sudut mahkamah, pentadbiran dan kuasa pemimpin dalam sesuatu pentadbiran.
Setiap aspek ini diberi tunjuk ajar yang baik dari Nabi Muhammad saw dan
khalifah-khalifah seterusnya. Selain itu, secara tidak langsung dapat mencari
persamaan dalam pentadbiran kerajaan Islam terdahulu dan kerjaan Malaysia
sekarang. Hal ini dapat menguatkan lagi fahaman manusia mengenai sistem
pentadbiran Islam yang adil. Bagi menjalankan penyelidikan ini, aspek-aspek
yang digunakan antarannya ialah pengumpulan data, menganalisis data dan
penulisan laporan.
4.0 Hasil Kajian
Setelah dijalankan
kajian secara keseluruhan, didapati bahawa Malaysia kini sedang menjalankan
pentadbiran yang sepenuhnya berasaskan agama Islam. Ajaran agama Islam ini
telah sampai ke Tanah Melayu sewaktu ketika dahulu dan terus berkembang di
negara Malaysia ini. Agama Islam juga lebih mempengaruhi pentadbiran Malaysia
sama ada bidang politik, sosial, pendidikan, kewangan dan lain-lain.
Menurut hasil
kajian ini, pengaruh ajaran Islam daripada zaman-zaman kegemilangan Islam
dahulu seperti kerajaan Madinah, Umayyah serta empayar Uthmaniyah banyak
memberi kesan kepada sistem pentadbiran Malaysia. Antara kesan yang
ditinggalkan di Malaysia kini ialah dari segi ekonomi amalan riba, menipu tidak
dibenarkan, sebaliknya adalah sedekah, keadilan ekonomi digalakkan yang mana
perkara ini telah dikuatkuasakan dalam pemerintahan kerajaan Madinah. Seterusnya,
Piagam Madinah merangkumi peraturan dunia dan akhirat. Sebagai contohnya dari
segi ekonomi amalan riba, menipu tidak dibenarkan, sebaliknya adalah sedekah,
keadilan ekonomi digalakkan. Nabi Muhammad saw berjaya membentuk masyarakat
berasaskan ummah, nilai yang ditanamkan ialah ukhwah Islamiah. Daripada konsep
keadilan sosial pula Islam menekankan persamaan dan persaudaraan, tiada
perbezaan taraf dalam masyarakat. Selain itu, baginda turut mempraktikkan
amalan positif seperti perpaduan, rela berkorban, serta bantu- membantu.
Baginda juga menyusun perlembagaan dahulu sebelum membentuk kerajaan.
Selain itu, kerajaan Bani Umayyah telah menyumbang
dalam sistem ketenteraan pula dengan mewujudkan satu jabatan yang dikenali
sebagai ‘diwanul jundi’. Dengan adanya jabatan ini, sistem ketenteraan menjadi
lebih teratur kerana jabatan ini ditugaskan untuk menguruskan hal ehwal
ketenteraan. Dengan ini kerajaan tidak perlu terlalu menumpukan kepada sistem
ketenteraan kerana sudah ada jabatan yang menguruskannya. Dalam Malaysia,
barisan kententeraan diuruskan oleh Kementerian Pertahanan. Dengan ini
kerajaan Malaysia boleh memfokuskan kepada perkara lain. Seterusnya, pada zaman kerajaan Bani Umayyah juga, kerajaan
Islam berkembang pesat menyebabkan khalifah sukar untuk menguruskan hal
pentadbiran di beberapa kawasan. Oleh itu, khalifah ketika itu mengambil
inisiatif dengan mewujudkan jawatan ketua pentadbir di setiap daerah bagi
menguruskan hal-hal pentadbiran di daerah tersebut. Begitu juga negara Malaysia
kini semakin maju menyebabkan kerajaan sukar untuk menguruskan setiap kawasan.
Oleh itu, kerajaan telah menubuhkan jawatan ketua di setiap daerah untuk
menguruskan hal-hal daerah tersebut.
Seterusnya,
kerajaan Bani
Utmaniyyah pula telah mewujudkan sistem pendidikan. Sistem pendidikan adalah
untuk mengajar seseorang individu itu mengenai ilmu. Sistem pendidikan ini
sering diadakan di madrasah, perpustakaan ataupun masjid. Sama juga di
Malaysia, sistem pendidikan diwujudkan bagi memastikan rakyat berada dalam
persekitaran yang berilmu. Dengan adanya sistem ini, rakyat tidak akan hidup
dalam keadaan kekurangan ilmu dan negara akan menpunyai pelapis yang berguna di
masa hadapan. Kerajaan Bani Utmaniyyah juga telah memperkenalkan jawatan kadi
dan mufti yang berperanan untuk menguruskan hal ehwal agama Islam. Jawatan
kadi ini merupakan seorang hakim yang membuat keputusan berlandaskan syariat
Islam. Di Malaysia, kadi sering dipertanggungjawabkan oleh institusi
masjid atau jabatan atau pusat Islam untuk menerima tuntutan para wali untuk menikahkan bakal isteri dengan bakal suami.
Jawatan mufti pula adalah berperanan untuk mengeluarkan fatwa atau hukum
mengenai sesuatu perkara yang menimbulkan kekeliruan antara masyarakat. Begitu juga di Malaysia, peranan mufti
adalah untuk menentukan hukum suatu perkara itu.
Selain daripada itu, pengaruh Islam yang begitu
mendalam dalam kalangan masyarakat Malaysia sehingga agama Islam di angkat
menjadi agama rasmi di Malaysia. Kedudukan
agama Islam di negara Malaysia cukup kuat dan keadaan ini memberikan ruang yang
luas bagi kita untuk mengisinya supaya Islam dapat menjadi wadah pembangunan
sosial, pendidikan, ekonomi kekeluargaan, kewarganegaraan, pengurusan, sains
dan teknologi dan sebagainya. Kedudukan Islam sebagai Persekutuan
menunjukkan bahawa agama Islam telah diberi keistiewaan dalam perlembagaan
berbanding agama-agama lain di negara ini. Kedudukan Islam yang istimewa ini
tidak harus dipertikaikan memandangkan peruntukan mengenainya ditunjangi oleh
Perlembagaan Persekutuan iaitu hasil kompromi dan permuafakatan bersama
pemimpin-pemimpin negara dan masyarakat yang terdiri dari pelbagai kaum dan
agama semasa Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaannya pada tahun 1957. Kedudukan
istimewa Islam ini juga telah mengambil kira elemen-elemen tradisional penduduk
asal Tanah Melayu iaitu orang-orang Melayu ratusan tahun sebelumnya yang terus
menerus dipertahankan. Contohnya, agama Islam telah menjadi anutan sejak
ratusan tahun bagi orang-orang Melayu. Kerajaan Melayu Melaka yang bertapak
kukuh selama lebih kurang 100 tahun pada kurun ke-15 telah pun memperkenalkan
undang-undang Islam yang dikenali Hukum Kanun Melaka. Walaupun undang-undang
tersebut dikatakan mengandungi unsur-unsur adat, namun sebahagian besar
kandungan merupakan undang-undang Islam sebenar meliputi perkara-perkara sivil
dan jenayah.
Tambahan
pula, raja diperuntukkan kuasa melantik dan membatalkan perlantikan jawatan menteri
dan timbalan menteri. Baginda diperuntukkan kuasa membuat pengisytiharan
darurat serta mengisytiharkan apa-apa ordinan sekiranya kedua-dua Dewan
Parlimen tidak bersidang secara serentak. Atas nasihat Perdana Menteri, Yang di-Pertuan
Agong diberi kuasa untuk melantik ahli Suruhanjaya Pasukan Polis dan boleh
mempertimbangkan untuk melantik ahli-ahli Suruhanjaya
Perkhidmatan Awam dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran setelah menimbang nasihat Perdana Menteri dan
selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja. Tidak dinafikan juga bahawa majoriti
ahli-ahli Majlis Angkatan Tentera adalah atas lantikan baginda. Di samping itu,
baginda juga bertanggungjawab untuk memelihara kedudukan istimewa orang Melayu
dan bumiputera negeri-negeri Sabah dan Sarawak dan menjaga kepentingan kepentingan sah kaum-kaum lain.Baginda merupakan ketua agama Islam bagi
negeri baginda sendiri termasuk Pulau Pinang, Melaka, Wilayah Persekutuan, Sarawak dan
Sabah. Seterusnya, Yang di-Pertuan Agong
mempunyai kuasa budi bicara untuk melantik Perdana Menteri daripada mana-mana
ahli Dewan Rakyat dan terikat dengan
keputusan Perdana Menteri sekiranya tiada parti yang memenangi undi majoriti.
Baginda turut berkuasa untuk menitahkan supaya diadakan mesyuarat Majlis
Raja-Raja bagi membincangkan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan serta kebesaran
Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.
Pada masa
yang sama, terdapat pelbagai agensi Islam yang ditubuhkan di Malaysia. Setiap
agensi yang ditubuhkan ini mempunyai fungsi yang spesifik di mana kami telah
menyatakan antara agensi yang terdapat di Malaysia serta fungsi masing-masing
seperti yang telah dinyatakan. Dengan adanya agensi-agensi ini, pengurusan
kerajaan Malaysia semakin teratur dan berkesan secara tidak langsung. Selain
itu, kami mendapati bahawa institusi raja di Malaysia memainkan peranan penting
dalam menjaga kedaulatan agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia. Salah satu
tugasan sultan ialah baginda dipertanggungjawabkan untuk memelihara kedudukan
istimewa orang Melayu dan bumiputera negeri-negeri Sabah dan Sarawak dan
menjaga kepentingan kepentingan
sah kaum-kaum lain. Ini adalah satu tugasan yang berat kerana
ketua negara Malaysia ini perlu melalui pelbagai cabaran dalam melaksanakannya
(Tuanku Mizan, 2011).
Di
samping itu, ajaran Islam juga mempengaruhi dalam sistem perundangan di
Malaysia, tradisi pemerintahan
berdasarkan perundangan Islam dilanjutkan dalam pemerintahan Malaysia hari ini.
Perlembagaan Malaysia menjadikan urusan Islam sebagai urusan negeri. Bidang
kuasa tersebut sangat terbatas dan dinyatakan secara terperinci satu persatu.
Manakala di peringkat negeri terdapat beberapa undang-undang yang telah
dikuatkuasakan seperti undang-undang pentadbiran Islam, undang-undang mahkamah
syariah, undang-undang pentadbiran keluarga Islam,
undang-undang prosedur dan keterangan, undang-undang sivil, jenayah Islam dan lain-lain lagi.
Oleh kerana Hukum Kanun Melaka adalah undang-undang induk yang meliputi
undang-undang lain di dalam negeri-negeri Melayu, amatlah tepat jika ianya
dijadikan contoh tentang wujudnya pengaruh Islam dalam perundangan.
Dari segi
mahkamah syariah pula, sistem mahkamah syariah di Malaysia terbahagi kepada
tiga peringkat iaitu, Mahkamah Rendah Syariah, Mahkamah Tinggi Syariah dan
Mahkamah Rayuan Syariah. Setiap satu peringkat ini mempunyai fungsi tersendiri
untuk memudahkan rakyat. Hal ini kerana perundangan di Malaysia ini lebih
mengutamakan keadilan untuk seluruh rakyat Malaysia. Akhir sekali, menurut
kajian ini, persamaan taraf dalam kalangan masyarakat adalah kunci kejayaan
negara Malaysia untuk terus berkembang.
Persamaan
taraf bermaksud memberi layanan yang rata terdapat semua masyarakat tanpa
mengira darjat, warna kulit, keluarga berkedudukan atau tidak serta lain-lain.
Secara tidak langsung, negara Malaysia adalah salah satu negara yang
mengutamakan keadilan terhadap rakyat di samping sistem pemerintahan yang
teratur.
Selain itu, Malaysia juga mengamalkan persamaan taraf
dalam kehidupan masyarakat di Malaysia. Ini adalah kesan daripada pengaruh
agama Islam yang datang ke Tanah Melayu dahulu. Di dalam ajaran agama Islam,
setiap manusia mempunyai taraf dan darjat yang sama kecuali Rasulullah saw, akan
tetapi yang dapat mebezakan seseorang itu dengan yang lain adalah keimanan dan
ketakwaan seseorang itu
kepada Allah swt. Dalam erti kata lain, semua manusia tiada bezanya tanpa iman
dan ketakwaan menurut Islam. Pengaruh
Islam yang datang pada satu masa dahulu telah memberi impak yang sangt besar
dalam sistem pemerintahan Malaysia kini. Ini dapat dilihat melalui pelbagai
aspek dan salah satunya seperti yang telah dinyatakan di atas iaitu persamaan
taraf dalam kalangan masyarakat. Maka, sebagai rakyat
Malaysia, kita sewajarnya bersyukur di atas kurniaan Allah swt yang menghantar
umat Islam ke Tanah Melayu dan secara tidak langsung menyebabkan agama Islam
telah bertapak di Tanah Melayu sekian lama.
5.0 Kesimpulan dan
Cadangan
Melalui
kajian ini dapat dikonklusikan bahawa pentadbiran Malaysia sedikit sebanyak
telah dipengaruhi oleh tamadun Islam. Walaupun selepas penjajahan British
banyak undang-undang diubah tetapi masih terdapat undang-undang Islam yang
masih dikekalkan dan diperkuatkuasakan. Melalui kajian ini, kita dapat melihat
betapa modennya Islam dari sudut pentadbiran dengan membuat pelbagai jabatan
dan jawatan yang dapat memantapkan lagi pentadbiran seperti gabenor dan mufti.
Islam telah membina asas pentadbiran yang kukuh dan adil bagi membolehkan
kepelbagaian kaum dalam negara, ini membolehkan pelbagai kemajuan dalam negara
dapat dilakukan tanpa sebarang permasalahan. Masalah perkauman dalam negara
dapat dielakkan jika mematuhi sistem pentadbiran Islam kerana sistem Islam
mementingkan kepentingan setiap penduduk tanpa memilih bulu.
Selain
itu, pengaruh Islam dalam pendidikan dalam negara kita juga membolehkan
lahirnya banyak golongan bijak pandai yang dapat membantu negara. Hal ini
kerana sebelum kedatangan Islam, pendidikan hanya difokuskan kepada golongan
atasan sahaja, selepas kedatangan Islam semua orang digalakkan untuk mencari
ilmu. Pembinaan madrasah dan masjid sebagai pusat pendidikan secara tidak
langsung telah membina asas persekolahan.
Kita
berharap agar kemakmuran dan keamanan di Malaysia dapat dikekalkan agar dapat menjadi
contoh sebagai negara Islam yang maju di peringkat dunia. Selain itu, lebih
ramai remaja Malaysia menceburi bidang politik agar negara kita mempunyai
pelapis yang baik. Sikap kejujuran dan keikhlasan dalam menjalankan tugas perlu
diterapkan dalam diri remaja itu agar dapat menghasilkan pemimpin yang
berkaliber. Akhir kata, guru dan ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam
membina masa depan yang cerah bagi negara, mereka perlu menunjuk contoh yang
baik kepada anak-anak mereka agar melahirkan rakyat berguna.
Rujukan
Tuanku Mizan. (2011). Tiang Seri Negara:
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Semenjak 1957. Kuala Lumpur.
Khazanah Insan.
Ahmad Ibrahim. (1997). Pentadbiran
Undang-Undang Islam di Malaysia. Kuala Lumpur. IKIM (R Malay 340.5909595
AHM).
Ahmad Ibrahim et al. (Eds.) (1999). Perkembangan
Undang-Undang Perlembagaan Persekutuan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Professor Ahmad
Ibrahim. (2000). The administration of Islamic law in Malaysia. Kuala Lumpur, Malaysia: Institute of Islamic
Understanding Malaysia.
Wikipedia Ensiklopedia Bebas. https://ms.wikipedia.org/wiki/Wikipedia:FAQ_Pentadbiran.
TokJogho. (2013). panduanpercuma. http://panduanpercuma.info/pelbagai/792/kronologi-empayar-islam-dan-kegemilangannya/
Ustaz Abd Aziz bin Harjin. (2009). blogspot. http://azharjin.blogspot.my/2009/04/pengertian-dan-maksud-islam.html
Purplegirlpms. (2015). http://purplegirlpms.blogspot.my/2015/02/
CikguMadrid. (2010). http://cikgumadrid.blogspot.my/2010/04/kesan-dan-pengaruh-islam-dalam-tamadun.html.