oleh Karim Raslan
Sejarah
ditulis oleh mereka yang menang. Mereka yang tewas akan terus berada di
pinggiran sejarah dan terus dilupakan. Di Malaysia berbeza dengan Indonesia,
kuasa politik konservatif yang berjuang memerdekakan tanah air kita. Justeru,
pejuang haluan kiri, seperti baru disedari pemimpin Pas, Mat Sabu telah
dilupakan dan terpadam dalam coretan sejarah.
Namun,
interpretasi sejarah berubah dari semasa ke semasa. Sememangnya, tiada satu
versi sejarah yang ada terdapat pelbagai versi, dan selalunya mereka yang berkuasa
sahaja dapat menentukan versi mana diguna pakai.
Tetapi,
apakah akan berlaku apabila satu bangsa yang berkuasa itu mula merudum?
Adakah sejarah akan ditulis dan digubah semula?
Perubahan
ini dapat dilihat sejak kebelakangan ini melalui tulisan cendekiawan Barat
tentang kemerosotan kuasa dan pengaruh Barat, terutama Amerika Syarikat.
Sejarawan,
Niall Ferguson melakarkan proses ini dalam bukunya: Civilization: The West
and the Rest (Tamadun: Barat dan yang lain). Ferguson mengutarakan hujahnya
bahawa dunia Barat berjaya mengatasi kuasa y lain (Empayar China dan Ottoman)
kerana enam aplikasi hebat: persaingan, sains, hak milik tanah, perubatan,
masyarakat pengguna dan etika kerja.
Ferguson
berhujah, dunia Barat berjaya mengusai semua enam ciri khas ini, tetapi dunia
selain Barat hanya menguasai sebahagiannya sahaja atau tidak langsung.
Beliau
berpendapat, masalah kemerosotan Barat kini merupakan krisis kepercayaan
terhadap nilai ketamadunan mereka. Pendek kata, kuasa Barat telah gagal
memperbaharui komitmen mereka kepada aplikasi hebat ini.
Kuasa
barat seharusnya mengenal pasti dan mengapresiasi kehebatan dan kemegahan
tamadun mereka sendiri kerana ia menawarkan set institusi ekonomi, sosial dan
politik yang lengkap. Anda mungkin tidak bersetuju, tetapi sejak kebelakangan
ini terdapat fenomena baru di mana ramai penulis mengupas isu kemerosotan
kuasa Barat.
Krisis
kepercayaan ini diburukkan lagi dengan krisis kewangan global dan momentum
ekonomi yang lemah, dengan perlahan menghancurkan sistem ekonomi Kesatuan
Eropah dan Amerika Syarikat.
Sememangnya,
dalam edisi majalah New Yorker baru-baru ini, Adam Gopnik menulis esei yang
berhujah, kemerosotan merupakan satu genre sastera yang kembali popular, dan
ini sering menjadi topik pilihan ahli akademik dan pundit.
Tetapi
adakah ini suatu perkembangan yang baru? Peramal kemerosotan mula meramal
sejak zaman kejatuhan ini berzaman-zaman lalu. Menurut Gopnik, frasa
“kejatuhan Barat” digunakan seawal tahun 1918 oleh sejarawan Jerman, Oswald
Spengler.
Namun,
ketakutan akan prospek keruduman tamadun Barat ini bukannya eksklusif
daripada pemikir Barat, tetapi sudah menjadi tema penulis dan sejarawan
seperti Ibn Khaldun, Tun Sri Lanang dan SimaQian.
Hadirnya
buku seperti Civilization ini di Malaysia menunjukkan isu ini menjadi satu
masalah global.
Mengapakah
mereka (pemikir Barat) dan kita (pembaca buku) harus ditakutkan dengan
keruntuhan aturan kuasa kini? Anda perlu membaca buku seperti yang ditulis
Fergusan untuk mengetahui trendy-trend sedang berkembang dalam dunia ilmuwan
sejarah.
Sejarawan
Barat seperti Ferguson menghabiskan masa dalam kerjaya mereka mengkaji
kebangkitan negara mereka ke tampuk kekuasaan dunia. Kini, mereka
menghabiskan masa mengkaji kemerosotan kuasa negara masing-masing. Adakah
hasil kerja seperti buku Ferguson ini merupakan cubaan untuk menerangkan
sistem geopolitik dunia yang baru? Atau adakah ini merupakan satu amaran
kepada kuasa baru, terutamanya dari Timur untuk tidak mengulangi perkara
sama?
Tatkala
Ferguson dan Gopnick berhujah, tamadun Barat sememangnya telah meninggalkan
banyak legasi moral seperti mansipasi hak wanita dan toleransi antara agama.
Pada masa sama, mereka berdua turut berlaku jujur dalam mengkritik kegagalan Tamadun
Barat dalam menangani isu perkauman dan kesombongannya.
Bolehkah sejarawan Asia pada masa depan bersifat objektif dan holistik? Sememangnya, ketika kita di Malaysia sedang mengimbangi dan memperbetulkan obsesi dengan sejarah versi Umno, kita harus ingat situasi boleh berubah tiba-tiba dan bila-bila masa.
Tiada
sesiapa mampu menidakkan kepentingan sejarah, tetapi harus ingat sejarah itu
bukan sesuatu yang konstan ia akan diolah dan diinterpretasikan dari semasa
ke semasa. Pemimpin Malaysia seharusnya risau adakah kita mampu untuk
menguasai enam aplikasi yang diperkatakan Ferguson atau adakah mereka sekadar
mahu menggunakan sejarah untuk menyerang musuh-musuh politik sendiri?
(Sinar Harian, 4 Oktober 2010)
|
No comments:
Post a Comment