Mencipta reka bentuk kepala tali pinggang yang unik dan mengikut fesyen semasa dapat membina kreativiti dan membuat wang.
Bisnes ini boleh dibuat di rumah yang mana memberi fokus kepada perkilangan. Untuk memulakan bisnes ini, perbelanjaan awal tidak lebih daripada RM3,000 tetapi keuntungannya adalah bagi jangka masa panjang. Kunci kepada kejayaan bisnes perkilangan ini ialah kepala tali pinggang mestilah yang asli.
Tambahan pula, barang-barang logam boleh dikitar semula untuk mengurangkan kos tetapi yang lebih penting ialah ia menjadi alat pemasaran yang sangat baik. Anda juga boleh membeli barang kitar semula yang dijual ditempat jualan barang terpakai dan dibuat pelbagai bentuk kepala tali pinggang.
Untuk mendapatkan kepala tali pinggang yang ranggi dan nampak perkasa tetapi murah, anda boleh mengunjungi kedai-kedai jualan di sekitar Rantau Panjang dan Pengkalan Kubur di Kelantan atau Padang Besar dan Wang Klian di Perlis. Walaupun murah, ia nampak cantik dan boleh dijadikan koleksi sendiri.
Kalau anda hendak mendapatkan yang asli, perlulah berbelanja lebih.
Pasaran bisnes ini lebih kepada golongan muda, remaja dan mereka yang suka mengumpul barang seperti ini. Ada juga pembeli yang terdiri daripada mereka yang mahu menukar kepala tali pinggang sedia ada dengan rakan-rakan di luar negara dan sanggup membeli dengan harga yang istimewa.
Wednesday, October 28, 2009
Monday, October 26, 2009
Sepuluh sahabat yang dijamin masuk syurga
Penyunting: Syed Ahmad Semait
Tahun: 2006
Penerbit: Pustaka Islamiyah Pte Ltd, Singapura.
Muka Surat: 450
Dalam kumpulan kisah ini, sepuluh tokoh sahabat Rasulullah SAW yang dijamin masuk syurga dan ringkasan sejarah hidup mereka diperkenalkan oleh Syed Ahmad Semait supaya umat Islam dapat mengenali mereka dan berusaha untuk mencontohi sikap dan nilai hidup yang menjadi amalan harian. Antara sikap dan nilai berkenaan ialah keperibadian terpuji, kepimpinan, semangat perjuangan, gigih dalam pengorbanan dan berusaha menegakkan kalimah Islam supaya menetap di puncak yang tinggi.
Sepuluh sahabat ini ialah Abu Bakar As Siddiq, Umar bin Al Khattab, Usman bin Affan, Ali bin Abu Thalib, Thalhah bin Ubaidillah, Az Zubair bin Al Awwam, Abdul Rahman bin Auf, Sa’ad bin Abi Waqqash, Abu Ubaidah bin Al Jarrah dan Said bin Zaid. Amat menarik untuk membaca setiap kisah para sahabat ini kerana masing-masing mempunyai watak tersendiri yang menjadikan mereka unik. Contohnya Abu Bakar As Siddiq, beliau disifatkan sebagai teman setia yang banyak berkorban. Justeru kisah hidupnya banyak dikaitkan dengan kesetiaan seorang sahabat khususnya dalam perjuangan menegakkan Islam ketika mana orang lain enggan mengakui kebenaran yang disampaikan oleh Rasulullah SAW. Kisah pengorbanannya juga sangat menarik dan boleh memberi semangat kepada generasi muda Islam untuk mengambil sikap tersebut sebagai sebahagian daripada hidup mereka.
Begitu juga dengan gelaran kepada Abdul Rahman bin Auf. Beliau adalah orang yang berniaga dengan Tuhan, suatu keadaan yang unik dan memberi kekuatan tersendiri kepada usahawan Islam yang bercita-cita ingin mencari contoh usahawan muslim. Beliau telah diberi kekayaan yang luar biasa oleh Allah SWT, di tangannya ada bermacam-macam kemewahan dan kesenangan, namun dia sendiri tidak pernah memakai harta kekayaan dan kesenangan itu untuk membahagiakan dirinya ataupun keluarganya. Dia menganggap kemewahan yang ada di tangannya sebagai amanah Allah SWT yang menjadikannya sebagai tempat bantuan dan pertolongan untuk semua orang. Sebab itulah tangannya tidak pernah putus dengan memberi dan matanya tidak berhenti daripada tangisan.
Sa’ad bin Abi Waqqash adalah contoh kepada mereka yang hendak berjuang pada jalan Allah SWT kerana beliau digelar sebagai pelempar panah pertama pada jalan Allah. Ceritanya menjadi seorang Islam sangat menarik kerana takwil mimpinya dijelaskan oleh Abu Bakar As Siddiq. Kisah kematiannya juga boleh menjadi iktibar kerana dia berpesan supaya mengafankan mayatnya dengan baju bulu yang pernah dipakainya ketika mula berperang menentang kaum musyrikin di Badar. Jenazahnya dimakamkan di perkuburan Al Baqik berdekatan perkuburan para syuhada yang gugur syahid di samping orang-orang salih dan salihin.
Dalam buku ini juga terisi beberapa fakta sejarah yang penting dan wajar dijadikan pegangan serta kajian dalam menempuh perjuangan hidup dan politik bernegara sebagai pemimpin kaum muslimin.

Saturday, October 24, 2009
Arnica Montana
Bertindak pada bahagian yang sebabkan kecederaan, jatuh, dipukul atau lebam. Bau busuk dan reput kerana dijangkiti kuman. Hilang rasa (apoplexy), merah seluruh muka. Selepas kecederaan trauma dan ketegangan otot-otot. Tindakan Arnica baik ketika keadaan plethoric (cecair badan yang berlebihan), pitam kerana lemah atau pitam kerana darah kurang kualiti, bengkak jantung kerana sesak nafas. Bertindak sebagai tonik otot-otot. Trauma kerana sedih dan menghadapi masalah kewangan. Anggota hujung-hujung dan badan keseluruhannya rasa sakit jika dipukul dan sendi tergeliat. Tilam tempat tidur rasa keras. Kesan-kesan nyata pada darah seperti aliran darah lambat, kurang merah (ecchymosis) dan tumpah darah. Darah mengalir tenang tapi nampak kehitaman dan kebiruan. Cenderung untuk tumpah darah dan mengalami demam, kemerosotan pada tisu-tisu, dijangkiti kuman dan bisul (yang belum matang). Rasa sakit, tidak dapat berjalan tanpa bantuan dan lebam. Urat menyucuk-nyucuk yang mengganggu paru-paru dan perut. Rheumatik pada otot-otot dan tisu-tisu tendon terutama di belakang dan bahu. Enggan tembakau. Influenza. Darah berketul-ketul. Bengkak buah zakar.
Fikiran: Tidak sedar, lain cakap lain jawab. Bendalir keluar tanpa kawalan terutama typhoid. Rasa tidak ada harapan. Gelisah. Tidak berupaya untuk melaksanakan kerja-kerja yang aktif atau berat. Muka muram, sangat sedih dan cakap perlahan. Sensitif. Sedikit meracau atau tidak sedar diri sepenuhnya terutama selepas demam malaria. Mahu ingat; lupa perkataan yang hendak dicakap. Takut dipukul atau disentuh. Serangan penyakit yang membawa derita; angina pectoris. Meracau kerana arak. Tidak suka simpati. Takut, orang ramai; fikir mati sepanjang malam sebabkan tekanan pada jantung.
Kepala: Panas tapi badan sejuk; keliru; berdenyut-denyut. Kulit kepala rasa mencengkam. Pening dengan rasa loya, lega bila baring. Dahi sejuk. Sakit kepala seperti ditekan. Sakit urat dan semakin teruk dengan pergerakan; sakit pada saraf. Sakit di sebelah pagi bila berjalan dan ditempat terbuka, kemudiannya pening. Sakit menyucuk-nyucuk di pelipis (tepi dahi). Gegaran dalam kepala.
Mata: Diplopia kerana trauma; lumpuh otot-otot mata; tumpah darah di retina. Kesan lebam terasa selepas cedera. Mesti selalu buka mata, pening bila tutup. Cengkung dan separuh tertutup. Radang mata; hitam kebiruan.
Telinga: Sakit kerana kesan-kesan lebam; menyucuk-nyucuk. Susah dengar kerana gegaran. Berdengung. Berdarah.
Hidung: Berdarah setiap kali batuk.
Muka: Cengkung. Bibir mengelupas. Bengkak merah di pipi dengan rasa menyucuk dan sakit seperti dicubit; bibir bengkak; kepala panas tetapi badan sejuk. Bibir bawah bergetar.
Mulut: Bau busuk; kering dan haus; rasa pahit. Terbakar dari pangkal lidah hingga ke esofagus. Sakit gigi selepas pembedahan; melekat. Gusi bengkak. Lidah berselaput putih.
Kerongkong: Rasa terbakar, panas dan menyucuk-nyucuk. Muntahkan makanan jika makanan tidak terus turun ke dalam perut.
Keinginan: Cuka; makanan masam; minum arak; air sejuk; ingin minum berterusan.
Enggan: Daging; susu; tembakau.
Makanan/Minuman: Sakit dalam perut dan usus (epigastrium) selepas makan. Rasa lapar sebelah petang; sakit perut selepas makan. Hilang selera makan. Malam rasa haus dan selalu hendak minum air.
Perut: Sakit perut semasa makan. Sendawa; pahit seperti telur kemuruk. Muntah darah kerana cedera; gumpalan darah; semakin banyak keluar bila makan atau minum. Perut sakit sepanjang masa.
Abdomen: Kembung; ada angin. Sakit perut dengan cirit-birit. Sakit di sekitar pusat bila bergerak; menyucuk-menyucuk terutama di bawah tulang rusuk; mengganggu pernafasan.
Najis: Keluar tanpa sedar; cirit-birit. Najis licin; berlendir; warna coklat. Berak berdarah dan nanah; sakit ketika berak. Perlu baring setiap kali lepas berak.
Kencing: Tahan kencing. Sakit semasa kencing. Pundi-pundi kencing terjejas kerana kecederaan; tunggu lama ketika kencing, air kencing warna coklat kemerahan (ada darah).
Organ-Organ Seks: Zakar dan buah zakar bengkak; keunguan dan merah selepas mengalami kecederaan. Bahagian kulup pada zakar menjadi ketat selepas beberapa geselan. Pengumpulan cecair serous sebabkan zakar membengkak (hydrocele) kerana lebam. Puting dada luka; bengkak buah dada kerana cedera. Pundi-pundi kencing jatuh kerana gegaran. Perempuan hamil mengalami keguguran kerana jatuh, terkejut, gugup atau gembira. Sakit yang terlalu lama dan menderita kerananya. Sakit selepas bersalin.
Organ-Organ Pernafasan: Batuk kokol; mata merah, hidung berdarah. Asma; tidak boleh tidur sebelum tengah malam. Keluar darah dari paru-paru selepas cedera. Dada kiri rasa menyucuk-nyucuk dengan batuk-batuk kecil; sakit dalam otot-otot tulang rusuk.
Jantung: Rasa tekanan pada tulang dada; rebah; sesak nafas; angina pectoris.
Kakitangan/Belakang: Sakit belakang kerana kerja kuat; sakit bila bangun dari tidur pada sebelah pagi. Sakit di tengah tulang belakang semasa duduk. Kaki dan tangan tergeliat. Tidak dapat jalan lurus.
Kulit: Gatal dan rasa terbakar; jerawat kecil meletus, bisul kecil muncul tiba-tiba. Darah yang keluar semakin kurang warna. Melecet. Acne indurate.
Tidur: Sangat mengantuk; bangun dari tidur dengan rasa panas di kepala, ingatkan mati dan badan cedera.
Demam: Menggigil seluruh badan dan kepala; panas dalam kepala, muka merah, tangan sejuk. Pinggul belakang dan lengan rasa lebam-lebam. Demam sejuk, sekejap-sekejap; waktu pagi. Sentiasa berubah-ubah kedudukan.
Melarat: Pergerakan; sentuhan; bunyi bising; berbaring; udara sejuk; bercakap; minum arak.
Lega: Tempat terbuka; duduk tegak; berbaring dengan kepala ke bawah.
Konstitusi: Perempuan dalam keadaan bimbang tetapi mengharap. Plethoric; menyatakan perasaan secara langsung dan muka sangat merah; orang yang mengalami tekanan perasaan yang berlarutan biarpun hanya mengalami kecederaan ringan; rambut hitam; otot-otot kecut; kulit muka cerah; rambut merah kekuningan.
Sebab-Musabab: Kecederaan mekanikal; kuat bekerja; minum arak; marah; meradang.
Patologi: Stroke (berdarah dalam otak); darah beracun selepas pembedahan; keguguran; haid berlebihan dan banyak; hidung berdarah; jantung seperti dipulas-pulas; kepala terhantuk; tidak dapat kencing; asma dan lenguh; sakit otot-otot; pening; letih; sikap tenang (relax); sendi tercabut; bengkak sendi; salah urat; buah zakar sakit; simpul biawak (varicose veins); rheumatik; influenza; angina pectoris; batuk kokol; diplopia; salindah; tulang retak; mata cedera; kanak-kanak kencing malam.
Simptom Utama: Lebam kebiruan; cedera mekanikal; letih selepas kerja atau bersukan.

Thursday, October 22, 2009
Intervensi dalam krisis MCA
Krisis kepimpinan MCA yang berlaku ketika ini bertambah rumit apabila berlaku pertembungan pemikiran di antara presiden parti, Datuk Seri Ong Tee Kiat dan timbalan presiden, Datuk Seri Liow Tiong Lai. Sebaik sahaja EGM diadakan, seteru Ong Tee Kiat dilihat semakin bertambah.
Tun Dr Mahathir berpendapat perwakilan MCA telah matang dan mampu menyelesaikan krisis dalaman parti itu. Namun, situasi semasa yang berlaku telah membuka ruang kepada proses intervensi besar-besaran oleh parti komponen Barisan Nasional yang lain khususnya UMNO. Kenyataan timbalan presiden UMNO, Tan Sri Muhyidin Yassin yang menyatakan MCA bukannya milik individu telah mengundang pelbagai tafsiran dari perspektif politik. UMNO harus bertindak segera membantu menyelamatkan kepimpinan MCA supaya peluang untuk menang dalam pilihan raya akan datang kembali cerah.
Selepas Liow Tiong Lai menjadi timbalan presiden, beliau digegarkan dengan tuduhan yang sedang dirujuk kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) iaitu pemberian kenderaan MPV kepada isterinya kerana kelulusan projek tertentu di kementerian yang dipimpinnya ketika ini. Nampaknya budaya rasuah berlaku di semua peringkat tanpa mengira kedudukan, agama, bangsa atau status sosial seseorang.
Imej Liow Tiong Lai sebagai pemimpin bersih pasti tercemar jika tuduhan berkenaan didapati benar. Justeru beliau harus berani berhadapan dengan siasatan dan berani pula mengambil risiko kalah dalam pertarungan politik kepimpinan MCA.
Dalam politik, pihak yang menang adalah mereka yang memiliki kuasa. Di Malaysia, kuasa berada di tangan presiden parti sangat keramat kerana perjalanan dan hala tuju parti berada dalam genggamannya. Contoh, Tengku Razaleigh Hamzah menubuhkan parti Semangat 46 selepas tewas dalam persaingan untuk menjadi presiden UMNO. Begitu juga Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merengkok dalam penjara kerana kesalahan rasuah. Keadaan yang sama juga berlaku dalam MIC di mana nasib timbalan presiden bergantung kepada presidennya ketika ini.
Jika dilihat secara congakan, krisis kepimpinan dalam MCA ini turut melalui proses yang sama kerana asas ini sedang dipraktikkan dalam sistem politik Malaysia ketika ini. Sama ada Ong Tee Kiat, Liow Tiong Lai atau Chua Soi Lek, mereka lahir dalam sistem yang sama iaitu perebutan kuasa. Justeru, dijangkakan Ong Tee Kiat akan memenangi kemelut ini dengan membawa kemerosotan pengaruh dalam kalangan pengundi Cina di Malaysia.
Apakah yang sedang difikirkan oleh masyarakat Cina yang menyokong MCA hari ini? Sokongan perwakilan kepada Datuk Seri Chua Soi Lek juga mengelirukan kerana seorang pemimpin yang mengaku pernah berzina telah dipilih sebagai pemimpin nombor dua dalam parti. Bagi masyarakat Islam, perbuatan ini sangat jelek. Pemilihan pemimpin dalam MCA barangkali tidak lagi mengambil kira persoalan akhlak sebaliknya ada elemen lain yang lebih penting.
Rumusan mudah kepada perubahan nilai ini ialah masyarakat Cina sedang berada dalam krisis nilai yang sangat tenat. Biarpun masyarakat itu berjaya dalam ekonomi namun mereka gagal dalam membina kekuatan nilai yang menjadi teras dalam kekuatan diri individu.Tanpa akidah tauhid, masyarakat ini akan lemah. Tidak ada makna mereka punya harta yang banyak, rumah yang bernilai jutaan ringgit, kereta jenama mewah, bisnes yang gagah tetapi nilai dan akhlak yang punah.
Masyarakat begini tidak akan lama menjadi jaguh dalam bidang mereka. Lambat-laun akan merintih sendiri dan hilang begitu saja.
Krisis dalam MCA akan menguatkan parti itu jika dapat diurus dengan baik. Jika tidak, masyarakat Cina akan berasa bosan dan menolak kepimpinan MCA sebagai wakil utama dalam komponen MCA.

Wednesday, October 21, 2009
Jual e-book dan video tutorial
Perniagaan Internet tidak terbatas. Dengan konsep "apa sahaja yang boleh dijual, semuanya boleh dimasukkan ke dalam Internet." Dari jual minyak kelapa, lintah hinggalah percutian ke Maldives, bisnes melalui Internet terus berkembang biak.
Ada bisnes Internet hanya bermula dengan menjual peta dan bendera.
Menjual e-book dan video tutorial tentang apa sahaja perkara menjadi trend untuk mencari wang. Usahawan Internet akan menggunakan apa sahaja cara untuk memasarkan produk supaya maklumat berkenaan sampai kepada pengguna.
Jualan produk seperti ini semakin mendapat mendapat sambutan kerana tidak ada had masa untuk berniaga di Internet. Dengan laman web yang ringkas, bisnes ini boleh menjana RM500 sehari, RM2,500 seminggu dan RM10,000 sebulan.
Produk yang hendak dipasarkan boleh jadi hobi, idea, kemahiran, pengalaman, pengetahuan, teknik, MLM, kisah kejayaan atau apa-apa sahaja yang boleh dijual. Internet adalah medium yang sangat berkesan untuk membantu produk anda ke seluruh dunia. Operasi bisnes di Internet ialah 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan 365 hari setahun.
Tanpa mengambil kira latar belakang anda, tips dan panduan yang diperolehi daripada e-book dan video tutorial dapat membantu anda menjana pendapatan sehingga empat angka sebulan.
Bagi menarik bakal pelanggan membeli produk anda, perkataan yang mempunyai kuasa tarikan berganda boleh digunakan seperti "Video tutorial buat duit dengan blog," "Buat duit percuma dengan blog anda," "Cara membuat wang dari bilik tidur" dan "Rahsia Jutawan Internet." Ayat-ayat begini dapat menarik perhatian dan keinginan pelayar Internet untuk memiliki produk yang anda tawarkan itu.

Tuesday, October 20, 2009
Analisis pilihan raya kecil Bagan Pinang
Kemenangan calon UMNO dan Barisan Nasional dalam pilihan raya kecil di Bagan Pinang baru-baru ini menjadi kajian kes dan buah mulut banyak pihak yang berminat dengan perkembangan politik negara. Sama ada UMNO ataupun PAS, penerimaan pengundi di kawasan itu memberi implikasi besar ke atas prestasi mereka dalam pilihan raya umum yang akan datang.
Pihak UMNO dan Barisan Nasional melihat sokongan rakyat telah kembali kukuh dengan meraih majoriti yang lebih besar. Senyum lebar Tan Sri Isa Samad sambil menunjukkan ‘satu’ melalui jari telunjuknya ketika pengumuman kemenangannya, Pakatan Rakyat menyambutnya dengan wajah yang muram kerana PAS tidak dapat meneruskan domino kemenangan dalam enam pilihan raya kecil di Semenanjung Malaysia. Kemenangan Isa Samad menjadi kenyataan selepas Bagan Pinang digempur oleh jentera pilihan raya Barisan Nasional yang mendapat bantuan sepenuhnya daripada radio, televisyen dan akhbar yang pro kepada mereka. Dalam keadaan itu, strategi pembangkang untuk menyekat pengaruh Isa Samad dilihat punah apabila tidak ada isu utama yang boleh menjadi ‘killer’ ketika berhadapan dengan ketokohan dan pengalaman Isa sebagai pemimpin tersohor dan bekas menteri besar yang berbekas.
Peranan media alternatif sebagai penangkis kempen UMNO nampaknya tidak banyak membantu pengundi untuk menerima PAS dan Pakatan Rakyat. Barangkali pengundi di Bagan Pinang ini kurang mahir dalam IT ataupun capaian kepada Internet masih belum meluas.
Presiden UMNO, Datuk Sri Najib ketika mengulas kemenangan Isa menyifatkan sokongan besar pengundi disebabkan oleh tiga kemungkinan iaitu keberkesanan dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan, jentera pilihan raya yang berkesan dan calon yang popular. Konsep ‘Satu Malaysia; Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’ mungkin mula menjadi perhatian pengundi memandangkan ia membawa elemen kesatuan dan memenuhi kehendak rakyat Bagan Pinang.
Perbezaan besar undi yang diperoleh oleh Isa Samad telah menutup mulut pengkritik beliau dan pada masa yang sama membuktikan strategi kempen pembangkang jauh meleset sama sekali. Keyakinan Barisan Nasional untuk memilih beliau sebagai calon dilihat terletak pada popularitinya dalam kalangan pengundi tua dan muda di samping kekuatan tenaganya, justeru beliau dilihat berada di mana-mana pada masa yang betul ketika pengundi ingin melihat kehadirannya.
Berbanding calon PAS, Zulkefli, dia dilihat sedikit kekok dan susah diintai baik di akhbar atau di televisyen. Pengundi juga belum mengenali sepenuhnya watak beliau dan publisiti yang kurang meluas menyebabkan pengundi tua dan muda berasa sangsi dengan kebolehannya.
Melihat keputusan di Bagan Pinang, untuk menyatakan sokongan rakyat Malaysia kepada UMNO dan Barisan Nasional telah pulih sepenuhnya, ia mungkin keterlaluan. Masih banyak perkara yang membantu kemenangan Barisan Nasional seperti kawasan tradisi, peranan calon, isu utama, jentera pilihan raya dan persepsi pengundi.
Bagi jentera pilihan raya PAS, ia dilihat tidak bermaya untuk menerobos kawasan kubu kuat UMNO dan MIC. Isu undi pos dan aksi ganas ketika kempen tidak mengundang simpati pengundi kerana dalam keadaan hidup hari ini, pengundi berfikir apa yang akan mereka makan kalau pilih pembangkang.
Di sinilah kelebihan Isa Samad. Dengan pengalaman beliau, banyak projek telah dijanjikan sebagai modal kempen. Ia dibantu oleh kerajaan persekutuan yang memberi lampu hijau kepada pembinaan sebuah sekolah rendah jenis Tamil yang mendapat bantuan penuh kerajaan, khusus untuk pengundi India.
Tugas wakil rakyat yang dipilih selepas ini ialah melaksanakan janji mereka. Setelah pengundi India mendapat sekolah rendah, diharap pengundi Melayu dan Cina juga akan mendapat habuan mereka supaya Bagan Pinang dapat membangun dan makmur sepanjang masa.

Monday, October 19, 2009
Pesona didik anak cara sunnah
Penulis: Sheikh Musa Ahmad Olga
Tahun: 2009
Penerbit: Pustaka Azhar, Johor Bahru, Malaysia.
Muka Surat: 254
Pesona didik anak cara sunnah adalah buku yang ditulis kepada hati pembaca berkenaan pentingnya mendidik anak-anak secara sunnah. Disertakan dengan dalil daripada al-quran, dikuatkan dengan hadis-hadis dan diperhalusi lagi dengan kisah-kisah para sahabat, tabi’in dan ulamak terdahulu.
Terdapat 17 bab yang semuanya bermula dengan ‘pesona’ yang dimulai dengan kasih dan sayangnya Rasulullah SAW kepada kanak-kanak. Antara contoh yang dilakukan oleh baginda SAW ialah semasa bertemu kanak-kanak, baginda akan menyalami mereka, meletakkan tangan di kepala mereka dan mengendong anak yang masih kecil. Sekiranya baginda SAW bertemu kanak-kanak semasa pulang dari perjalanan, baginda akan mengangkat mereka dengan kasih sayang dan mendudukkan mereka di depan atau belakangnya di atas unta. Kadang-kadang baginda akan mengangkat dan mencium kanak-kanak satu per satu. Apabila baginda SAW mendengar seorang bayi menangis dalam solat yang diimaminya, baginda akan memendekkan solatnya supaya ibu bayi berkenaan akan merasa tenang.
Banyak lagi kisah yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW terhadap kanak-kanak yang boleh diteliti dalam bab pertama buku ini.
Bab kedua berkenaan anak yang mati ketika dilahirkan dan penulis membawa contoh kisah Malik bin Dinar iaitu seorang sufi yang tersohor pada zamannya. Beliau bukanlah seorang yang baik pada awalnya namun berubah setelah mengalami suatu peristiwa yang menyebabkannya bersedih hati.
Bab ketiga, dan seterusnya banyak menyentuh proses menjaga kehamilan dan selepas kelahiran, tentang bagaimana menjaga kebersihan diri dan anak, menyusu dan aqiqah.
Dalam bab sepuluh iaitu ‘Pesona peranan ibu bapa dalam mendidik anak’ penulis mendedahkan tangunggjawab ibu bapa memberi tunjuk ajar dan memperkenalkan sunnah kepada anak-anak. Contohnya, apabila anak mula hendak bercakap, ayat yang paling utama didiajar ialah mengucapkan dua kalimah syahadah, ‘Tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad adalah utusan-Nya.’
Kalimah syahadah hendaklah diajar sejak awal supaya anak-anak memiliki gambaran jelas dan yakin kekuasaan Allah SWT. Ibu bapa mesti menanam keyakinan yang hakiki bahawa Allah SWT adalah pencipta dan pemelihara segala sesuatu. Selain itu, kalimah basmalah juga wajar diajari sebelum melakukan sebarang kerja supaya terbiasa dalam kehidupan mereka kelak.
Di samping kalimah-kalimah khusus, ibu bapa juga wajar melayan anak-anak dengan lemah lembut dan kasih sayang, sedapat mungkin keperluan mereka hendaklah dipenuhi. Jika hal ini dilaksanakan, bukan sahaja menyebabkan mereka bahagia malah dapat menumbuhkan perasaan patuh, hormat dan keinginan berbakti kepada kedua ibu bapanya.
Buku ini menyelitkan kaedah membentuk akhlak anak-anak melalui sesi bercerita. Dalam bab 13, penulis memuatkan sebelas kisah benar mengenai sirah Rasulullah SAW dan tokoh-tokoh yang hebat dalam sejarah Islam. Kanak-kanak memang suka mendengar cerita dan kadangkala mereka tertarik dengan ketokohan watak-watak yang didedahkan. Sebelas kisah benar ini adalah berkaitan nilai-nilai yang dapat membina dan membangunkan akal dan ruh kanak-kanak supaya tertanam dalam diri mereka keinginan untuk mencontohi peribadi-peribadi yang hebat itu. Justeru kisah-kisah benar ini amat bertentangan dengan kisah-kisah dongeng yang sering dimomokkan dalam buku-buku cerita di pasaran.
Buku ini wajar dimiliki oleh ibu bapa dan mereka yang sedang tercari-cari kaedah mendidik anak secara sunnah.

Monday, October 12, 2009
Kaedah mendidik isteri & anak: Antara galakan dan larangan memukul dalam Islam
Penulis: Abdul Rahman Mohamed
Tahun: 2008
Penerbit: Telaga Biru Sdn Bhd, Kuala Lumpur.
Muka Surat: 160
Buku ini mempunyai empat bahagian dengan 16 bab yang ringkas dan mudah difahami. Kandungan buku yang menarik ini menyingkap masalah kegagalan pendidikan dan pentarbiahan yang melanda umat Islam masa kini. Kegagalan ini melahirkan generasi yang semakin liar. Adakah pendidikan melalui kaedah berlembut dan ‘memberi muka’ menjadi punca segala kegagalan ini? Atau sudah hilangkah amalan pendidikan yang tegas dalam masyarakat kini?
Hari ini ramai manusia yang berasa bangga dengan apa yang sedang mereka kecapi melalui kemajuan teknologi. Perkembangan sains yang saban hari semakin mengasyikkan telah dapat menembusi akal fikiran manusia hingga mampu mencipta jentera sebesar gunung dan mikrocip sebesar biji saga. Ianya kelihatan seolah-olah seperti semua masalah ada penyelesaiannya. Namun di sebalik semua kepintaran yang ada pada manusia, mereka tetap tidak dapat menyelesaikan masalah akhlak yang dihadapi sehingga sekarang.
Pelbagai teori yang diperkenalkan bagi menangani masalah akhlak ini dan akhirnya ia tidak memberi sebarang makna kepada perubahan sikap dan akhlak manusia. Walaupun ramai yang terdidik dan menjadi pakar dalam bidang sains dan teknologi namun masalah akhlak semakin merosakkan kehidupan manusia.
Melalui buku ini, penulis mengajak pembaca untuk bersama-sama memikirkan masalah yang sedang melanda manusia pada zaman serba moden dan canggih ini. Sebagai seorang muslim dan mukmin, sudah tentu Islam diyakini dapat menyelesaikan masalah akhlak manusia pada saat ini.
Sejarah telah membuktikan suatu ketika dulu manusia pernah hidup dalam kerosakan akhlak paling maksimum dan hingga sehingga para penjenayah diagungkan sebagai wira masyarakat. Mereka yang menjadi mangsa dikutuk dan dihina, yang lemah hidup dalam keadaan serba tertekan dan yang kuat semakin hari semakin berani.
Dalam keadaan demikian, Islam datang membawa obor harapan. Obor ini telah dinyalakan bermula dari benua Arab yang ketika itu adalah tempat paling hancur akhlak manusia. Rasulullah SAW muncul bersama laungan, ‘Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak manusia.’ (Riwayat Ahmad)
Objektif utama Islam adalah untuk memperbaiki akhlak manusia. Oleh itu, manusia pada hari ini sedang meraba-raba mencari formula dan kaedah untuk menangani masalah akhlak manusia. Mengapakah tidak diberi tumpuan kepada ajaran Islam secara total?
Ajaran Islam datang dengan membawa dua kaedah penting yang perlu diamalkan serentak. Tidak boleh ditinggalkan salah satu daripadanya. Kedua-dua kaedah itu ialah kasih sayang dan tegas.
‘Muhammad adalah pesuruh Allah dan orang yang beriman yang bersamanya sentiasa berkasih sayang sesama mereka dan bersikap tegas terhadap orang kafir.’ (Al Fath: 29)
Orang beriman yang dimaksudkan oleh ayat ini ialah orang yang mahukan kebaikan hakiki dan orang kafir pula ialah orang yang tidak mahukan kebaikan yang sebenar-benarnya. Setelah kedatangan Islam, orang yang tidak mahu menerima kebaikan digelar sebagai orang kafir dan kebanyakan mereka ingin meneruskan amalan kejahatan seperti menindas, menipu, mencuri, membunuh, merogol, rasuah, riba dan berbagai-bagai kejahatan lain. Atas dasar itu, ajaran Islam menekankan dua faktor itu iaitu sentiasa menghidupkan amalan berkasih sayang terhadap orang-orang muslim yang mahukan kebaikan dan bersikap tegas terhadap orang kafir yang ingin meneruskan amalan kejahatan.
Justeru, buku ini banyak menyingkap dengan jelas aspek ketegasan yang telah lama ditinggalkan oleh umat manusia termasuklah mereka yang mengaku sebagai orang Islam akibat daripada pengaruh konsep pendidikan Barat. Jika kita mendakwa diri kita sebagai orang beriman yang mahukan kebaikan, maka semestinya kita menerima hakikat bahawa segala ajaran Islam adalah benar dan akan membawa kepada kejayaan.

Monday, October 05, 2009
Perangkat-perangkat tarbiyah Ikhwanul Muslimin
Penulis: Ali Abdul Halim Mahmud
Tahun: 1999
Penerbit: Era Intermedia, Solo, Indonesia.
Muka Surat: 376
Banyak pendapat menyatakan Ikhwanul Muslimin telah menjadi inspirasi kepada perkembangan berbagai-bagai gerakan kebangkitan Islam di abad ke-20. Konsep perjuangan, sistem pergerakan dan pola berfikir yang dibawakannya sangat sukar untuk disanggah dan memberi semangat untuk diikuti. Justeru, banyak organisasi yang mengambil inspirasi daripada gerakan ini.
Ali Abdul Halim Mahmud, penulis buku ini memaparkan anatomi gerakan Ikhwanul Muslimin mulai dari konsep penubuhan hinggalah ke gerakan teknikal untuk membina pemimpin-pemimpin pelapis.
Bercakap tentang Ikhwanul Muslimin bererti menyentuh soal tarbiyah. Pelaksanaan tarbiyah pada peringkat awal tidak dapat lari daripada memperkatakan tentang pengasas pertubuhan itu sendiri iaitu Hasan Al Banna. Sejak kecil, beliau dididik dengan persekitaran hidup yang bersih, kehidupan berkeluarga yang dibayangi keindahan nilai-nilai Islam dan kefahaman Islam yang jelas, menjadikan peribadinya sangat mantap dengan tarbiyah.
Hasan Al Banna yakin seharusnya umat Islam boleh berjaya kerana mereka sebenarnya lahir untuk berjaya, lalu beliau memberi perhatian yang khusus kepada modal insan paling penting: pemuda. Bagi menggerakkan pemuda kepada tertegaknya kejayaan Islam, tarbiyah menjadi ‘trademark’ kepada Ikhwanul Muslimin. Mustafa Mahsyur berkata; ‘Tarbiyah bukan segala-galanya tetapi segala-galanya takkan boleh dicapai kecuali melalui tarbiyah.’
Tarbiyah diberi fokus istimewa oleh Ikhwanul Muslimin. Sejarah jatuh dan bangun pertubuhan itu diwarnai oleh tarbiyah. Pemuda-pemuda yang kental dan cekal melalui proses-proses tarbiyah ini telah keluar ke dalam masyarakat dan menjadi bukti terhadap kualiti sistem pendidikan yang dilaksanakan .
Dalam buku yang hebat ini, penulis memperincikan pelaksanaan tarbiyah anggota Ikhwan bermula dari usrah, katibah, rehlah, mukhayam, daurah, nadwah dan muktamar.
Kejayaan Ikhwanul Muslimin dicemburui banyak pihak, justeru ada yang menyanjung, mencela, membangkitkan kemarahan dan membuat fitnah. Namun, hakikat yang harus diterima ialah Ikhwanul Muslimin tidak berhenti meninggalkan impak positif ke atas perjalanan sejarah umat Islam. Keikhlasan mereka untuk dakwah, kesungguhan, ketahanan, kekuatan, komitmen untuk sentiasa berpegang teguh kepada agama Allah SWT serta pengorbanan mereka adalah sangat mahal. Contohnya ialah bagaimana pemuda-pemuda didikan Ikhwan yang berjihad dan mempersembahkan ramai syuhada di bumi Palestin atau berjuang mempertahankan Mesir di medan perang Terusan Suez semasa menghadapi British.
Kehadiran Ikhwanul Muslimin dalam masyarakat moden bersama fikrah Islamiah telah memberi pengaruh yang positif kepada pemuda-pemuda Islam seluruh dunia. Menjadikan al-quran dan sunnah sebagai metodologi paling ideal untuk membangunkan umat, Insya Allah setiap rintangan akan dihadapi biarpun tekanan demi tekanan diberikan kepada pertubuhan itu.

Saturday, October 03, 2009
Bryonia
Bertindak pada membran serous. Sakit dalam setiap otot. Simptom-simptom umum ialah sakit menyucuk tiba-tiba seperti dicengkam, melarat dengan bergerak terutama dalam dada dan lega dengan rehat (duduk). Membran mukus kering. Pesakit Bryonia adalah mereka yang mudah marah, selalu pening kepala, sakit kepala yang menyucuk-nyucuk, bibir sangat kering, rasa dahaga dan pahit, epigastrium sensitif, batuk kering, rasa ada batu dalam perut, najis keras, besar dan kering, rheumatik dan bengkak pada bahagian yang sakit.
Fikiran: Sangat muram, pemarah, cenderung takut pada yang tidak perlu, gelisah, takut dan kesal. Sangat bimbang dan menghadapi tekanan mental serta cemas terhadap masa depan. Merepek tentang perniagaan dan menjadi teruk pada sebelah malam. Ingin melarikan diri dari tempat tidur atau pulang ke rumah. Kerapkali menggerakkan lengan kiri dan kaki. Mahukan sesuatu tetapi menolak bila diberi. Fikiran lemah dan boleh pitam jika berterusan berfikir. Degil dan mudah dikuasai emosi. Kesan buruk daripada keadaan kacau-bilau dan marah.
Kepala: Perasaan keliru dan sakit kepala selepas balik dari bersukaria atau majlis keramaian. Tidak mahu mengangkat kepala di sebelah pagi bila bangun dari tidur. Rasa tenggelam di atas tempat tidur. Pening (objek berputar-putar). Perasan jika semua benda ditekan akan keluar melalui dahi; teruk bila tunduk. Sakit atas mata kiri, belakang kepala seterusnya seluruh badan. Kepala terketar-ketar bila bangun pagi. Berterusan sakit menyucuk-nyucuk dalam kepala terutama di sebelah kiri bila batuk. Sakit kepala daripada kerja-kerja berat seperti membasuh; berpeluh muka dalam cuaca sejuk; sembelit. Sakit kepala diiringi hidung berdarah.
Mata: Rasa ditekan, pecah-pecah, rasa sakit. Mata berair. Sangat sensitif, tekanan dalam biji mata kiri.
Telinga: Berdengung. Sensitif dengan bunyi. Bengkak, merah, sakit, sangat sensitif dan panas telinga luar sebelah kanan.
Hidung: Bengkak, sakit bila disentuh, seolah-olah akan berdarah bila disentuh. Bernanah. Berair. Hidung berdarah terutama sebelah pagi bila bangun tidur. Kerap berdarah bila datang haid.
Muka: Merah, panas, mengelembung lembut di atas muka. Kemerah-merahan dan rasa haus. Sentakan otot-otot luar pada tulang malar, melarat ke sisi kanan, teruk bila disentuh.
Mulut: Sangat haus. Bibir atas bengkak, merah dan panas. Sakit gigi berkurangan dengan air sejuk; melarat dengan sebarang benda panas dan baring di atas sisi yang tidak sakit; lidah berselaput kekuningan, gelap, coklat, keputihan tebal, kasar dan merekah. Gigi rasa meregang.
Kerongkong: Amat kering. Rasa menyucuk-nyucuk semasa menelan. Belakang kerongkong bengkak.
Keinginan: Mengidam sesuatu tetapi menolak bila diberi; tiram; gula-gula; kopi; minuman sejuk dan berasid; minuman masam.
Enggan: Susu; makanan berlemak.
Perut: Terlalu berselera. Sangat haus dan hendak minum banyak air. Batuk selepas makan. Dalam mulut rasa pahit. Muntah selepas makan, lega bila sendawa. Abdomen rasa berat. Bunyi menderum dalam usus.
Najis: Sakit semasa berak, bau seperti keju busuk. Berak diikuti rasa terbakar dalam dubur. Sembelit degil, berdarah, tahi besar, keras dan kering. Cirit-birit diikuti rasa pening; cirit-birit bila cuaca panas atau minum minuman sejuk atau jus buah-buahan.
Kencing: Air kencing gelap; sedikit dan rasa panas semasa kencing.
Organ-Organ Seks: Keinginan seks yang kuat. Rasa menyucuk dalam rongga buah zakar di sebelah kanan. Menyucuk-nyucuk dalam ovari. Haid terlalu awal dan banyak, merah gelap dan melarat dengan bergerak. Haid gantian dengan darah keluar melalui hidung atau kepala rasa terpisah. Sakit dalam buah dada ketika haid. Buah dada rasa panas, amat sakit dan keras. Aliran keluar susu berkurangan. Kanak-kanak tidak mahu menyusu tetapi lambat lepas mulut. Semasa datang haid, sakit dalam kaki. Susu dada ada nanah.
Organ-Organ Pernafasan: Sakit dalam larink dan trakea. Suara serak, teruk di tempat terbuka. Batuk-batuk kering di bahagian atas trakea. Batuk kering di sebelah malam dan mesti bangun; teruk selepas makan dan minum, dengan muntah-muntah; sakit menyucuk di atas dada, kahak berwarna karat. Dada rasa sesak; mesti bernafas dalam-dalam tetapi akan rasa sakit dalam dada. Rasa berat di bawah sternum, melarat ke arah bahu kanan, rasa rimas pada dada kanan. Tahan nafas untuk tahan sakit dada sebelah kanan.
Jantung: Berdegup kencang, cepat, keras dan laju.
Kakitangan/Belakang: Sakit di tengkuk. Menyucuk-nyucuk dari belakang ke dada. Letih dan rasa berat; kaku dan keras. Sendi-sendi merah, bengkak, kaku dengan rasa menyucuk sekalipun pergerakan yang mudah. Setiap bahagian sakit bila ditekan. Bengkak panas pada kaki.
Kulit: Kuning, pucat, ada bendalir, panas dan rasa sakit. Bulu roma licin. Merah, peluh, titik-titik panas di atas dagu. Bengkak air bertambah semasa siang hari, hilang bila malam. Ruam bagi ibu-ibu yang berbaring.
Demam: Sekejap-sekejap; bibir, jari dan ibu jari kaki menggeletar, rasa haus. Panas kering terbakar; menggigil; selepas tidur sekejap tengah hari; dengan rasa sedikit keliru; sebelah petang di tempat tidur; sepanjang petang dengan bintik-bintik kecil merah diikuti keadaan panas merah di pipi. Berpeluh sebelah pagi walaupun dalam udara sejuk, selepas gerakan ringan, bercucuran peluh. Demam typhoid dengan radang dan sistem vaskular yang besar.
Melarat: Senja; sebelum tidur; tunduk; tarik nafas yang dalam; menahan hingus dari keluar; lepas minum ais; bersenam atau riadah; makan; tutup mata; semakin panas; berbaring di atas bahagian yang sakit; mendaki; menggerakkan mata; makanan panas; semasa berpeluh; bangun; berlari; jam pertama tidur; rasa berat berjalan; panas di tempat terbuka; berjalan untuk tempoh tertentu.
Lega: Menghela nafas; lepas sendawa; tunduk ke bawah; berbaring; bila tidak diganggu; duduk; rehat; makanan sejuk; bilik gelap.
Konstitusi: Gout; rheumatik; plethoric; demam dengan hingus; rambut hitam; urat merah merah menonjol; kulit muka gelap; panas baran; mudah marah; kurus kering; saraf panjang.
Patologi: Batuk; muka kering; bronchitis; sakit buah dada (rasa penuh); campak; sakit dada; demam (pukul 9 malam); haid kurang dan sakit bahagian bawah perut; hamil dan sakit pinggang; influenza; demam kepialu; sakit kepala; sakit lutut; meningitis; sakit otot; pening; appendix; sakit pinggang secara umum; pneumonia; rheumatik; sembelit; bengkak sendi; salah urat.
Simptom Utama: Kering; lega jika tidak bergerak; melarat bila bergerak atau kepanasan; tidak mahu diganggu semasa sakit; sangat dahaga.

Thursday, October 01, 2009
Budaya Kerja Cemerlang
Mempunyai kerja adalah impian setiap orang kerana bekerja akan memberikan wang, mewujudkan sokongan sosial dan membina kesejahteraan hidup. Bekerja dapat melapangkan hati dan memberi rasa gembira. Menganggur atau mencari-cari kerja membuatkan hati tidak tenteram dan resah. Dengan wang, Insya Allah cinta dan sayang akan bersatu, azam dan cita-cita menjadi padu. Namun bekerja bukan semata-mata hendak mendapatkan wang kerana kebahagiaan hidup tidak dapat dibeli dengan wang dan keuntungan.
Budaya kerja cemerlang di tempat kerja adalah impian setiap orang dari bos hinggalah kuli. Apabila anggota kerja senang hati, mereka dapat melaksanakan tugas dengan seronok, selesa dan tidak banyak konflik. Namun, apabila bekerja kerana hendakkan gaji sahaja, sikap pekerja mula menjadi buah mulut orang ramai.
Menjadi kebiasaan saya untuk membeli semua jenis surat khabar pada hari Ahad kerana banyak maklumat menarik yang boleh diperoleh, dari isu-isu semasa, komentar hinggalah kesihatan, bisnes dan sukan. Di samping itu saya juga gemar mengikuti perkembangan dan rencah hidup golongan artis. Yelah, artis-artis seringkali menjadi perhatian umum. Ada ada artis yang baru berkahwin, bercerai, masuk rumah baru dan tambah cawangan bisnes.
Artis yang buka bisnes mula menjadi perhatian ketika ini. Seronok juga apabila dapat tahu bisnes mereka semakin maju dan ramai yang berkunjung ke sana. Ternyatalah dalam kalangan artis pada hari ini ada yang berpandangan jauh kerana tidak mahu bergantung semata-mata dalam industri muzik. Salah satu bisnes yang kerap diceburi oleh golongan artis kita ialah penyediaan makanan atau lebih glamer dipanggil kopitiam.
Dalam bisnes kopitiam, pelanggan setia adalah aset. Mereka dapat beri maklum balas tentang apa saja termasuklah cita rasa makanan, susun atur, hiasan dalaman dan kesesuaian harga. Makanan yang sedap dan harga yang berpatutan biasanya menjadi perhatian pelanggan.
Namun, ada faktor lain yang menyebabkan bisnes ini kehilangan pelanggan. Cita rasa dan harga boleh dirunding tetapi etika kerja tidak ada tolak ansur langsung.
Contoh etika kerja yang merosakkan reputasi bisnes kopitiam ialah menyapu lantai berhampiran meja pelanggan ketika mereka sedang makan. Di dalam hati, pasti mereka kecewa kerana pekerja tidak ada rasa hormat kepada pelanggan. Habuk yang berterbangan pasti menjejaskan selera makan.
Ada bijak pandai berkata kita boleh melakukan segala yang salah dalam perniagaan dan masih berjaya jika kita memberi khidmat kepada pelanggan. Sebaliknya kita boleh melakukan segala yang betul dalam perniagaan dan menemui kegagalan sekiranya kita tidak mengambil berat terhadap keperluan, kehendak, keinginan dan emosi pelanggan. Memahami bahawa pelanggan sentiasa diutamakan sangat berkait rapat dengan jangkaan pelanggan. Manakala jangkaan pelanggan adalah hasil daripada pengalaman yang berbagai-bagai. Jika jangkaan pelanggan ke atas perkhidmatan tidak tercapai. Ini bererti pelanggan tidak berpuas hati. Biasanya pelanggan menjangkakan kualiti yang lebih baik, ciri-ciri yang berbeza daripada pesaing, faedah yang lebih baik, ada kepelbagaian, fleksibiliti dan nilai-nilai yang mementingkan kebersihan, kerjasama dan orientasi pencapaian.
Budaya merupakan pelekat yang mengikat manusia dan sistem bersama. Budaya juga membentuk jangkaan pelanggan dan persembahan kakitangan kepada pelanggan mereka. Kita ambil contoh budaya khidmat kaunter dan telefon. Kedua-dua elemen ini membentuk imej organisasi yang profesional secara dalaman dan luaran.
Bekerja di kaunter memerlukan kita bersedia dengan senyuman. Senyuman itu mesti keluar dari keikhlasan hati diiringi sifat tenang dan meyakinkan. Senyuman yang berkualiti hadir bersama perwatakan yang menarik, pakaian yang kemas dan rapi serta rambut yang didandan kemas. Jika memakai tanda nama, pastikan nama itu jelas dan mudah dibaca, bukannya berselindung di sebalik poket atau selendang.
Pembuka kata adalah salam dan bercakap dengan pelanggan berdasarkan nama mereka. Sesiapa pun akan rasa sangat selesa kalau nama mereka dipanggil dengan sopan berbanding menggunakan ‘I’ atau ‘you’ saja. Bayangkan jika petugas kaunter berkata begini: ‘You hendak berjumpa dengan siapa?’ Mesti di dalam hati seperti hendak marah!
Budaya kerja cemerlang adalah sebahagian daripada kesempurnaan kerja kerana kejayaan sering dikaitkan dengan kesempurnaan. Namun, apabila kita telah dapat capai kejayaan, tiba-tiba ada perkara lain yang lebih besar perlu dicapai.
Di rak buku rumah saya terdapat sebuah buku motivasi yang unik. Penulisnya ialah Andrew Matthews, seorang seniman dan penceramah motivasi. Kaedah ceramahnya sangat menarik kerana beliau memberi motivasi dengan melukis kartun. Tajuk buku ini dalam bahasa Melayu ialah ‘Ikut Hati Anda’ dan telah diulang cetak sebanyak 39 kali!
Lukisan pertama dalam buku Matthews ialah watak dua orang lelaki, seorang sedang duduk seperti bertapa, berjanggut putih dan panjang hingga ke perut. Seorang lelaki lagi sedang duduk bersila, kepala botak dan memakai cermin mata. Pertemuan kedua-dua lelaki ini seperti di dalam sebuah gua dan pada waktu malam kerana Matthews melukis bulan sabit dan empat batang lilin yang sedang menyala. Lelaki kepala botak bertanya: ‘Adakah lagi tujuan hidup selain memiliki Mercedes Sports?’
Ternyata lelaki ini ingin mengetahui apa lagi yang dia boleh capai selain memiliki kereta idamannya itu. Barangkali dia hendak menguji kepintaran lelaki berjanggut putih itu.
‘Tentu sekali. Dapatkan Ferrari’, jawabnya.
Maksudnya ialah setelah berusaha dan berjaya, cabarannya perlu lebih besar, matlamatnya mesti lebih sukar, lebih mahal dan paling penting mesti bekerja dengan lebih kuat. Mereka yang mengejar kereta mewah untuk menyempurnakan hidup tidak ada apa-apa lagi yang hendak difikirkan apabila kunci kereta Ferrari atau Mercedes Sports berada di dalam genggaman. Hidup telah sempurna.
Peter Drucker, pakar dalam bidang pengurusan dan sangat terkenal. Teori dan ideanya tentang pengurusan, bisnes dan kepimpinan sentiasa menjadi debat. Salah satu ideanya dalam pengurusan ialah tanggungjawab pengurusan. Beliau menyatakan tanggungjawab pengurusan ialah bekerja untuk membuat keuntungan dan meningkatkan kekayaan masyarakat. Idea ini dikeluarkan pada tahun 1968 dan dipersetujui oleh ramai orang.
Namun idea ini berubah pada tahun 1994. Pandangannya berubah apabila melihat syarikat-syarikat gergasi Amerika Syarikat jatuh dan muflis satu per satu. Para pekerja hanya mengejar keuntungan yang maksimum dan kesetiaan mereka hanyalah kepada keuntungan atau wang. Tanpa bonus dan wang sebagai ganjaran, mereka akan mencari majikan baru yang dapat menawarkan gaji yang lebih besar.
Jack Welch, bekas pengerusi dan CEO General Electric Amerika Syarikat, turut terikat dengan idea awal Peter Drucker iaitu meletakkan keuntungan sebagai tanda aras kejayaan.
Dalam bukunya, Winning, beliau meletakkan keuntungan sebagai perkara paling utama semasa membentuk misi organisasi. Jadi, sebagai bos di GE, misi syarikat itu dari tahun 1981 hingga 1995 ialah ‘syarikat paling kompetetif di dunia’ dengan berada di kedudukan Nombor 1 dan Nombor 2 dalam setiap bisnes. Tafsiran misi Welch ialah ‘ke arah mana hendak pergi’ justeru beliau percaya keuntungan adalah arah sebenar yang dituju.
Dibandingkan dengan cerita dua orang lelaki di dalam gua dan cita-cita Jack Welch tadi, kedua-duanya tidak ada beza langsung kerana sama ada Ferrari atau keuntungan, ia menjadi matlamat dalam kerja pada hari ini.