Penulis: Lee Ban Chen
Tahun: 2005
Penerbit: Strategic Information Research Development (SIRD), Petaling Jaya, Selangor.
Muka surat: 180
"Agenda Melayu atau Agenda Rakyat" adalah himpunan artikel di dalam Malaysiakini.com yang ditulis oleh Ban Chen dari awal Januari 2004 hingga Januari 2005 yang merangkumi 41 tajuk.
Artikel-artikel yang dimuatkan di dalam buku ini adalah untuk mengulas isu-isu semasa yang sering mendapat perhatian masyarakat seperti pentadbiran perdana menteri, perhimpunan agung UMNO dan pelaksanaan PLKN. Dalam erti kata lain, ia menyangkut isu-isu politik, ekonomi, sosial dan pendidikan negara.
Dr. Syed Husin Ali yang menulis kata pengantar pada awal buku ini bersetuju dengan Ban Chen mengenai pentingnya agenda rakyat dan ketuanan rakyat demi pembangunan negara.
Ban Chen sangat tertarik dengan perkembangan politik kerajaan dengan memuatkan penilaian ke atas pencapaian perdana menteri dan percaturan politik dalam UMNO. Huraian yang dinyatakan merupakan analisis ringkas tetapi dapat membuka pemikiran pembaca untuk mencari maklumat berkaitan prestasi perdana menteri di laman-laman web berkaitan.
Keprihatinan Ban Chen ke atas isu-isu dalam UMNO memberi mesej bahawa apa yang berlaku dalam perhimpunan agung parti berkenaan mampu mempengaruhi iklim pembangunan negara seperti agihan ekonomi, pendidikan yang berkesan dan keadilan sosial dalam masyarakat berbilang kaum. Walau bagaimanapun Ban Chen mengkritik pelaksanaan dasar "hak istimewa Melayu" kerana bersifat berat sebelah dan mewujudkan amalan kronisme dan korupsi.
Beliau juga mengkritik Dewan Bahasa dan Pustaka kerana gagal menangani "bahasa rojak" yang menghalalkan banyak istilah bahasa Inggeris.
Tajuk buku ini diambil sempena nama satu artikel pada muka surat 81 yang menyentuh mengenai perhimpunan agung UMNO ke-55. Beliau melihat agenda Melayu lebih sesuai diubah kepada agenda rakyat kerana dari segi ekonomi atau sosial, program-program yang dilaksanakan oleh kerajaan tidak seharusnya hanya mengutamakan orang Melayu sebaliknya termasuk juga golongan bumiputera lainnya. Ini kerana, masalah kemiskinan dan kemunduran lebih merupakan fenomena sosioekonomi berbanding fenomena kaum.
Ulasan Editor: Membaca tulisan orang yang berpengalaman seperti Ban Chen membantu pembaca melihat daripada perspektif berbeza. Ia juga membuatkan pembaca cuba untuk mencari jawapan supaya satu rumusan yang konkrit dapat diputuskan. Ban Chen cuba mengupas isu-isu yang diminatinya dari pandangan orang Cina kerana beliau lebih faham budaya Cina.
Walaupun artikel-artikel dalam buku ini menarik tetapi ia masih menekankan rasa tidak puas hati beliau ke atas dominasi Melayu dalam kerajaan dan melihat ketidakadilan sebagai masalah besar dalam pentadbiran negara.
Monday, June 30, 2008
Saturday, June 28, 2008
Penuaan di Malaysia pada 2030
Seorang penyelidik dari Universiti Kebangsaan Singapura menjangkakan Malaysia akan menghadapi masalah peningkatan sebanyak 9 peratus penduduk yang berumur 65 tahun dan ke atas menjelang 2030.
Prof. Gavin W. Jones, seorang penyelidik di universiti berkenaan berkata masyarakat Cina di Malaysia menghadapi masalah yang paling besar diikuti kelompok masyarakat India. Penuaan di kalangan penduduk Malaysia ketika ini berada pada tahap 4 peratus.
Walaupun Malaysia turut mengalami kejatuhan dalam kadar kesuburan tetapi jumlah itu lebih baik daripada negeri-negeri jiran seperti Singapura, Thailand dan China.
Di Asia, negara Jepun sedang menghadapi masalah peningkatan bilangan penduduk tua yang sangat serius di mana 23 peratus rakyatnya berumur 65 tahun ke atas diikuti Korea dan Singapura (masing-masing 8 peratus).
Prof. Jones juga mengunjurkan kadar tersebut akan meningkat kepada 34.4 peratus pada 2030, diikuti Taiwan (23.6%), Korea (23.4%), Singapura (22.5%), Thailand (14.6%) dan China (13.9%).

Friday, June 27, 2008
Usaha basmi kemiskinan kekal di landasan tepat
Oleh Herman Hamid
Peruntukan yang besar kepada kawasan luar bandar seperti yang terkandung dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) akan memastikan usaha membasmi kemiskinan tegar menjelang tahun 2010 berada di landasan yang tepat.
Menteri Kemajuan Luar bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, ia sekali gus menutup kebimbangan sesetengah pihak bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan terjejas berikutan kenaikan harga minyak baru-baru ini.
"Jadi saya yakin usaha membasmi kemiskinan tegar menjelang tahun 2010 kekal berada di landasannya dengan projek agropolitan akan terus diadakan di banyak lagi tempat.
"Dengan itu, golongan sasar yang berpendapatan bawah RM300 akan dapat ditingkatkan pendapatannya menjadi antara RM1,200 hingga RM1,500," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen selepas pembentangan Kajian Separuh Penggal RMK-9 oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di sini hari ini.
Sementara itu kata Muhammad, peruntukan yang diterima oleh golongan luar bandar ternyata cukup besar dengan jumlah keseluruhannya melibatkan RM4 bilion termasuk untuk Sabah dan Sarawak.
Kata beliau, dengan peruntukan sebanyak itu, masyarakat luar bandar akan terus dipastikan menikmati pembangunan khususnya yang berhubung kait dengan infrastruktur.
''Saya sangat gembira dan masyarakat luar bandar tentunya berterima kasih dengan apa yang diperuntukkan oleh kerajaan bagi kemajuan luar bandar.
''Peruntukan untuk kemudahan asas yang besar kepada luar bandar termasuk Sabah dan Sarawak jelas menunjukkan satu justifikasi bahawa Perdana Menteri memberi tumpuan sangat besar kepada masyarakat luar bandar," ujarnya.
Ditanya mengenai penetapan kadar pendapatan di bawah paras kemiskinan yang dirasakan sudah perlu diubah, Muhammad berkata, perkara itu diserahkan kepada Unit Perancangan Ekonomi (EPU).
''EPU menjalankan kajian tentang hal ini terutama daripada segi keupayaan membeli barangan makanan dan perkhidmatan," katanya.
[Utusan Online, 27/06/2008]

Thursday, June 26, 2008
Penterjemah bebas
Kemahiran bahasa juga boleh menjadi peluang besar untuk mencari wang tambahan. Penguasaan bahasa yang baik dapat membantu proses penterjemahan yang sempurna dari satu bahasa ke satu bahasa yang lain. Terjemahan ini boleh jadi dalam bentuk lisan dan cetakan.
Contohnya anda hendak menterjemah satu artikel dari bahasa Malaysia ke bahasa Inggeris. Penguasaan perbendaharaan kata, tatabahasa dan lenggok bahasa dapat membantu anda menterjemahkan artikel asal dengan lebih tepat dan menepati maksud teks asal.
Begitu juga menjadi penterjemah bahasa kepada pelancong atau orang kenamaan. Rakan saya dari Jepun, Ichiro, telah tinggal di Kuala Lumpur selama 15 tahun dan beliau mampu menguasai tiga bahasa: bahasa Malaysia, bahasa Inggeris dan bahasa Jepun.
Kenangan manis beliau ialah menjadi penterjemah ketika lawatan delegasi Jepun ke Brunei beberapa tahun lalu. Oleh kerana penguasaan bahasanya yang baik, beliau diminta menterjemahkan dari bahasa Jepun ke bahasa Melayu ketika delegasi Jepun ini berjumpa dengan Sultan Brunei.
Seorang lagi rakan saya turut mempunyai latihan yang khusus dalam penterjemahan. Suatu hari seseorang telah meminta pertolongan daripada saya untuk mendapatkan seorang penterjemah yang profesional bagi menterjemah satu artikel dari bahasa Malaysia ke bahasa Inggeris yang panjangnya 17 muka surat. Tanpa berlengah saya terus menghubungi rakan saya dan menyerahkan artikel berkenaan. Dalam masa seminggu, beliau siap menterjemah sebuah artikel yang sangat sempurna. Bayarannya? RM800.
Menjadi penterjemah bebas memerlukan beberapa disiplin dan kemahiran khusus seperti penguasaan bahasa dan ayat yang baik supaya maksud sebenar dapat disampaikan kepada pembaca. Selain itu, membaca bahan-bahan bacaan yang berkualiti tinggi dapat membantu menambah pengalaman penterjemah untuk menguasai cara penulisan yang bermutu tinggi.
Lebih susah proses terjemahan, bayarannya juga lebih tinggi.

Wednesday, June 25, 2008
Perubahan nilai remaja Amerika Syarikat terhadap kehamilan
Baru-baru ini sebuah sekolah di Massachusetts, Amerika Syarikat mendedahkan sekumpulan remaja ingin hamil dan membesarkan anak mereka bersama-sama. Pengetua Sekolah Tinggi Gloucester, Joseph Sullivan menyatakan berita itu terdedah selepas pihak sekolah membuat penyiasatan ke atas peningkatan kehamilan di kalangan pelajar perempuan di sekolah berkenaan.
Kebiasaannya hanya empat kes kehamilan remaja setahun di sekolah itu.
Sullivan berkata separuh daripada pelajar berkenaan yang masih di bawah umur 16 tahun kerap datang ke klinik sekolah untuk mengetahui keputusan ujian kehamilan dan berasa sangat kecewa jika keputusannya negatif. Mereka menjangkakan akan hamil bersama-sama dalam tempoh tertentu.
Laporan awal berkaitan kehamilan remaja dengan bertujuan dikesan berlaku pada Mac lalu setelah kejadian itu disiarkan dalam Gloucester Daily Times.
Kejadian remaja hamil ketika berumur 16 tahun ke bawah bukannya perkara baru di negara-negara Barat. Malah ada pelajar yang berumur 12 tahun melahirkan anak. Biasanya kes-kes ini berlaku kerana remaja yang terlibat kurang harga diri dan nipis perasaan kasih dan sayang terhadap kehidupannya.
Banyak faktor yang menyumbang kepada berlakunya kehamilan di kalangan remaja Barat. Selain daripada perubahan nilai terhadap konsep keluarga, sekularisme yang dijadikan panduan hidup memandu remaja untuk hidup dengan bebas dan merasakan diri mereka ada hak untuk menentukan masa depan.
Mengecapi kebebasan hidup adalah cita-cita dan impian remaja yang terpengaruh dengan fahaman hedonisme. Bebas melakukan apa sahaja dan masyarakat harus menerima kesan daripada tindakan tersebut.
Masyarakat Barat sangat maju dalam sains dan teknologi, penyelidikan dan kajian malah menguasai maklumat dan sumber kekayaan intelektual. Dengan kemajuan tersebut mereka menghasilkan beribu-ribu teori tentang kehidupan manusia, sosial dan psikologi, merangka program pembangunan manusia yang dicanang sebagai paling hebat dan sebagainya. Apa sahaja yang datang dari Barat lebih mudah diterima oleh masyarakat lain kerana persepsi bahawa Barat lebih maju dan terbaik.
Corak berfikir begini bakal merosakkan hidup kerana tidak semuanya yang datang dari Barat adalah betul. Dalam kes remaja hamil ini, ternyata kejadian tersebut amat berlawanan dengan nilai dan tradisi masyarakat. Hamil ketika remaja dan tanpa berkahwin mengundang implikasi buruk kepada sahsiah keluarga dan pewarisan harta.
Ia juga membawa kesan ke atas fizikal dan persekitaran sosial remaja berkenaan.
Remaja mesti dibimbing ke arah nilai dan budaya yang dapat memberi makna kepada kehidupan. Membiarkan mereka dengan dunia sendiri akan mengundang padah kepada keluarga dan masyarakat. Jadi, bagaimana seharusnya kita mendidik dan membimbing remaja hari ini?
Mungkin cadangan daripada Dr. Hafizuddin ini dapat membuka ruang kepada penyelesaian masalah remaja hari ini. Beliau yang ditemui ketika menghadiri kuliah maghrib di Masjid Sri Petaling baru-baru merupakan pengamal perubatan di Shah Alam. Bagi beliau, apa sahaja masalah hidup yang berlaku hari ini berpunca daripada iman. Manusia tanpa iman akan hilang pedoman dan panduan hidup. Beliau berpendapat remaja yang bermasalah akan menambah beban kepada masyarakat jika masyarakat berkenaan turut menghadapi kegersangan iman.
Dr. Hafizuddin melihat masalah remaja daripada perspektif agama, sesuai dengan tahap penglibatannya sebagai "karkun" di dalam jemaah Tabligh. Pengalamannya yang luas sebagai pendakwah memberinya ruang untuk membuat rumusan berkenaan.
Orang lain pasti mempunyai pendapat berbeza. Misalnya seorang tetamu dalam sebuah rancangan temubual radio meletakkan faktor teknologi sebagai pencetus kepada cara gaya hidup seterusnya perubahan nilai di dalam diri remaja. Bagi beliau pengaruh teknologi hari ini sangat hebat kerana ia boleh membawa kebaikan dan keburukan. Jika digunakan dengan betul, teknologi memberi manfaat yang sangat besar dan begitulah sebaliknya.
Faktor lain turut menjadi lebih dominan seperti keluarga, persekitaran, pengaruh rakan sebaya dan pendidikan.
Masyarakat kita tentunya tidak ingin melihat nilai yang menjadi anutan sebahagian remaja di Barat berjangkit kepada remaja di negara kita. Justeru, biar apa pun alasannya, kita wajar mengambil langkah untuk menghalang budaya remaja hamil dengan tujuan tertentu kerana implikasinya yang negatif dan memudaratkan dirinya sendiri, keluarga dan masyarakat.

Monday, June 23, 2008
13 Mei Sebelum dan Selepas
Penulis: Tunku Abdul Rahman
Tahun: 2007
Penerbit: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, Kuala Lumpur
Muka surat: 195
Peristiwa 13 Mei 1969 adalah peristiwa yang sangat tragis berlaku dalam sejarah kewujudan Malaysia. Rusuhan kaum yang tercetus pada hari tersebut hampir memusnahkan perpaduan dan keharmonian masyarakat. Tunku menyifatkan 13 Mei sebagai “satu pengalaman dan pengajaran yang tidak dapat kita semua lupakan buat selama-lamanya” kerana kesannya ke atas kestabilan politik dan ekonomi negara.
Terdapat berbagai-bagai tafsiran tentang punca rusuhan kaum yang berlaku di Kuala Lumpur ketika itu. Sebuah buku yang ditulis dan diterbitkan sebelum itu menyifatkan kapitalis Melayu sebagai dalang. Tetapi Tunku yang terlibat secara langsung sebagai pentadbir negara merumuskan bahawa rusuhan kaum berpunca daripada golongan pelampau dan golongan komunis. Kedua-dua kumpulan ini sentiasa berusaha mencetuskan kekacauan sejak merdeka lagi dengan terlibat dalam peristiwa hartal (1967), hukuman gantung (1968) dan pemulauan pilihan raya (1969), perarakan mayat pada 9 Mei dan perarakan kemenangan oleh parti-parti pembangkang pada 12 Mei 1969.
Pemerhatian dan analisis Tunku itu bersumberkan maklumat sahih daripada Polis Diraja Malaysia yang mengumpulkan bahan-bahan siasatan di samping pengalaman luas dan panjang sebagai perdana menteri. Inti pati huraian di dalam buku ini penuh dengan fakta yang tidak dapat disangkal lagi.
Dalam satu bab yang bertajuk “Mabuk Kemenangan,” dipaparkan gambar-gambar perarakan kemenangan Gerakan-DAP di Kuala Lumpur pada 12 Mei 1969. Begitu juga dengan keghairahan penyokong pembangkang yang menunjukkan penyapu gergasi sebagai simbolik menyapu orang-orang Melayu di Malaysia.
Elemen “ghairah dengan kemenangan” menonjolkan puak pelampau dalam Gerakan dan DAP yang bertujuan untuk mengeruhkan keadaan di Kuala Lumpur. Mereka cuba menimbulkan ketegangan dengan mengapi-apikan sentimen perkauman yang bakal memusnahkan perpaduan negara. Tindakan mereka turut mempengaruhi pelajar di Universiti Malaya dan Maktab Teknologi MARA. Para pelajar telah mengadakan tunjuk perasaan yang mengecam Tunku Abdul Rahman sebagai pengkhianat bangsa.
Tunku yang kecewa dengan penglibatan pelajar menyifatkan tindakan liar berkenaan adalah untuk menjayakan rancangan jahat menjatuhkan kerajaan seiring dengan kerja yang dilakukan oleh parti komunis di Indonesia dan Kumpulan Perpaduan Afro-Asian di Burma (Mynmar).
Apakah yang telah berlaku kepada Indonesia ketika Sukarno memerintah? Akibat terlalu tunduk kepada tekanan golongan pelampau, ekonomi Indonesia menuju kemusnahan. Modal pelaburan yang berpotensi tidak jadi dilaburkan, kilang perusahaan ditutup, pelabur-pelabur baru enggan melabur menyebabkan ekonomi negara tidak berkembang. Rakyat tidak mendapat pekerjaan dan nilai mata wang rupiah jatuh merudum.
Di akhir bab, Tunku menceritakan mimpinya yang luar biasa. Dia melihat tikus-tikus yang besar keluar dari lorong yang sempit, becak, berlumpur dan kotor dengan sampah sarap. Lalat-lalat hijau yang kotor pula keluar dari sebuah parit di sebelah kanan lorong berkenaan.
Beliau mentafsirkan tikus-tikus berkenaan sebagai komunis-komunis atau konco-konconya yang jahat manakala lalat-lalat hijau ialah surat yang ditulis oleh Dr. Mahathir yang tersebar beribu-ribu naskah. Kandungan surat berkenaan hanya ada satu tujuan iaitu menghina Tunku di hadapan rakyat dan membina perasaan benci orang ramai kepada kepimpinan Tunku. Tetapi bagi Tunku, tikus boleh dibunuh dan lalat-lalat hijau boleh diusir.
Ulasan Editor: Tarikh keramat 13 Mei 1969 sentiasa berada dalam sejarah perkembangan Malaysia. Tidak ada peristiwa buruk dan sedih berlaku kecuali 13 Mei yang meragut puluhan nyawa dan memusnahkan tempat tinggal masyarakat. Jika dibiarkan golongan pelampau dan pemimpin yang kemaruk kuasa untuk memerintah, keadaan seperti 13 Mei mungkin berlaku sekali lagi kerana ketamakan kuasa untuk menjadi pemimpin dan taksub kepada bangsa. Rakyat Malaysia telah cukup menderita ketika berjuang menempuh kemerdekaan dan membina jambatan persaudaraan sesama kaum.
Keupayaan rakyat Malaysia ketika ini sangat terserlah dalam pelbagai bidang dan kita tidak perlu lagi mengenang kedangkalan pencetus rusuhan kaum. Kita perlu melihat kehadapan dengan optimis kerana masa depan adalah milik rakyat Malaysia. Apa juga halangan kita rentasi dan bantu-membantu mengagihkan kekayaan negara. Yang lemah dipapah dan yang kuat menjadi pembela.

Sunday, June 22, 2008
Somalia: sejarah negara yang kacau-bilau
Semenjak kejatuhan kerajaan pusat di Somalia dan meletusnya peperangan pada 1991, lebih daripada 300,000 orang awam terbunuh. Usaha-usaha untuk mengembalikan keamanan kerap kali gagal disebabkan negara itu mula menjadi medan perang bagi konflik puak dan suku kaum.
Suasana perang yang muncul itu sering kali diburukkan oleh intervensi negara-negara luar silih-berganti. Berikut adalah garisan masa sejarah Somalia sehinggalah ke hari ini.
Abad ke-7
Suku Arab mendiami kawasan Coast of Aden dan mendirikan Kesultanan Adal.
Abad ke-6
Kesultanan Adal berpecah kepada beberapa negeri kecil yang merdeka.
Sekitar 1875
Mesir menawan bandar-bandar di sepanjang pantai Somalia.
1987
Mesir mengundurkan diri dari Somalia. Britain mula memasuki Somalia dan menawan kawasan mereka sebagai British Somaliland.
1889
Itali menawan bahagian tengah Somalia dan merampas bahagian selatan.
1936
Itali menggabungkan wilayah Somaliland dengan Eretria dan Habsyah untuk membentuk Itali Afrika Timur.
1940
Itali menawan British Somaliland sebagai sebahagian Perang Dunia Kedua.
1941
Britain mendapat kembali wilayah British Somaliland daripada Itali.
November 1949
Somalia menjadi wilayah lindungan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) di bawah pentadbiran Itali.
26 Jun 1960
British Somaliland mendapat kemerdekaan.
1 Julai 1960
Itali Somaliland mendapat kemerdekaan dan bergabung dengan British Somaliland untuk membentuk Republik Somalia. Presiden Aden Abdullah Osman Daar dilantik sebagai presiden yang pertama.
1967
Abdi Rashid Ali Shermake dipilih menjadi presiden kedua.
15 Oktober 1979
Shermake dibunuh oleh salah seorang pengawal peribadinya.
21 Oktober 1969
Mejar Jeneral Muhammad Siad Barre merampas kuasa. Tentera menggantung perlembagaan, mengharamkan 86 parti politik dan berjanji melenyapkan korupsi.
20 Oktober 1970
Said Barre mengumumkan Somalia menjadi negara sosialis.
1974
Somalia menyertai Liga Arab.
Julai 1977
Somalia mengisytiharkan perang terhadap Habsyah dan menyerang Ogaden. Peperangan ini diingati sebagai "perang dingin yang berapi-api."
3 November 1977
Somalia mengusir 6,000 orang rakyat Rusia, Cuba dan sekutu Kesatuan Soviet yang lain.
Mac 1978
Somalia mengundurkan tentera dari Ogaden selepas Kesatuan Soviet dan Cuba campur tangan di sebelah Habsyah.
8 April 1978
Cubaan menggulingkan presiden Said Barre gagal menyebabkan presiden itu menguatkan lagi cengkaman ke atas pentadbiran negara dan mengagihkan kuasa di kalangan saudara-maranya.
Mei 1988
Pergerakan Kebangsaan Somali (SNM) menentang Said Barre di utara negara itu disebabkan undang-undang yang menindas. Di sinilah bermulanya penyuburan penentangan secara bersenjata di Somalia.
Mei 1990
Manifesto diterbitkan di Mogadishu untuk mengumpul semua puak dan suku kaum yang bertelagah bagi mengadakan kenvensyen perdamaian mengalak peperangan. Ia dipersetujui oleh 144 orang ketua puak dan pemimpin berpengaruh termasuk ahli politik, ketua-ketua agama, profesional dan ahli perniagaan.
Disember 1990
Pertempuran sengit meletus di Mogadishu.
27 Januari 1991
Siad Barre meninggalkan Mogadishu dan kumpulan Hawiye, Kongres Kesatuan Somali (USC) menawan bandar tersebut.
28 Januari 1991
USC melantik Ali Mahdi Muhammad sebagai presiden baru, bagaimanapun sayap tentera USC yang diketuai oleh Jeneral Muhamad Farah Aidid menentang perlantikan berkenaan.
Jun 1991
Pertempuran meletus di wilayah timur laut di antara Al-Ittihad Islamic dan kumpulan militia yang setia kepada Somali Salvation Democratic Front (SSDF) yang diketuai oleh Kolonel Abdullah Yusuf Ahmad.
Julai 1991
Konferens dirancang di Djibouti di mana Ali Mahdi dipilih sebagai presiden sementara.
April 1992
PBB melancarkan operasi di Somalia.
Disember 1992
Pasukan Unified Task Force (UNITAF) diketuai Amerika Syarikat mendarat di Mogadishu.
1993
Pasukan marin Amerika Syarikat terbunuh apabila dua helikopter ditembak jatuh oleh militia Somalia.
Oktober 1993
Tentera Amerika Syarikat yang sedang memburu pembantu senior Aidid diserang menyebabkan 18 orang askarnya terbunuh.
1994
"Operasi Mengembalikan Harapan" berakhir secara rasmi.
1995
PBB mengundurkan diri selepas gagal mencapai misi keamanan.
1996
Jeneral Muhamad Aidid mati kerana kecederaan dan digantikan oleh anaknya, Hussein.
Ogos 2000
Pemimpin-pemimpin puak berjumpa di Djibouti untuk memilih Abdi Kassim Salad Hassan sebagai presiden.
Oktober 2000
Hassan dan perdana menteri, Ali Khalif Gelayadh tiba di Mogadishu dan menerima sambutan hangat. Kerajaan yang pertama menjadi realiti sejak 1991.
Ogos 2004
Parlimen sementara dirasmikan di Kenya sebagai satu usaha untuk mengembalikan kerajaan pusat bagi kali ke-14. Parlimen ini melantik Abdullahi Yusuf sebagai presiden.
Julai 2006
Kesatuan Mahkamah Islam (UIC) mengambil alih pentadbiran Somalia.
Disember 2006
Tentera kerajaan Somalia dan Habsyah menawan Mogadishu.
September 2007
Pergerakan Islam membentuk kesatuan baru untuk menentang tentera kerajaan dan Habsyah.
Somalia mengalami dua bentuk pentadbiran di bawah penjajahan British dan Itali. Pembentukan Somalia yang kuat sebagai sebuah negara silih berganti dengan rampasan kuasa dan pertempuran puak yang melibatkan pemimpin-pemimpin handal. Jeneral Siad Barre, Ali Mahdi Muhammad, Jeneral Muhamad Farah Aidid dan Abdullahi Yusuf adalah antara contoh-contoh watak yang mendominasi kuasa politik negara itu.
Mentadbir sebuah negara dengan jumlah pengidap HIV/AIDS sebanyak 43,000 orang daripada 10.7 juta rakyat bukanlah satu perkara mudah. Apatah lagi infrastruktur dan kelengkapan kesihatan yang terhad.
Walaupun 85 peratus etnik di Somalia adalah keturunan Somali, peperangan di antara puak masih berlaku kerana pertelagahan pentadbiran kawasan. Sehingga kini Somalia belum dapat membentuk kerajaan yang tetap sebaliknya hanya sebuah kerajaan sementara.
Pentadbiran kerajaan sangat lemah kerana tidak terdapat pengurusan perkhidmatan yang berkesan. Sebahagian besar penduduk (50 peratus) adalah pengembala ternakan. Kegiatan dan pengembangan ekonomi Somalia memerlukan bantuan USD1 bilion setahun.
Pertelingkahan dalaman di antara kerajaan dan UIC menjadikan Somalia tidak aman daripada berperang. Walau bagaimanapun kelompok ahli perniagaan lebih gemar dengan pengaruh UIC yang memperkenalkan undang-undang syariah kerana Mogadishu memerlukan peraturan untuk mempastikan perniagaan mereka berkembang.
Namun, Amerika Syarikat amat bimbang dengan penguasaan UIC kerana pemimpin kumpulan, Sheikh Hassan Dahir Aweys adalah di dalam senarai pengganas negara kuasa dunia itu. Mereka risau Somalia akan ditadbir seperti Taliban jika Somalia jatuh ke tangan kumpulan ini.
Somalia masih jauh daripada keamanan sebenar. Rakyatnya yang sentiasa berhadapan dengan pertempuran sesama pemimpin sudah jelak dengan kesusahan hidup dan mengharapkan adanya penyelesaian yang berkekalan. Fajar keamanan dan kedamaian hanya akan muncul apabila semua puak bertelagah kembali ke meja rundingan dan mencari kata sepakat untuk membangunkan negara sendiri.

13 Mei Dokumen-dokumen deklasifikasi tentang rusuhan 1969 Malaysia
Penulis: Kua Kia Soong
Tahun: 2008
Penerbit: Suaram Komunikasi, Petaling Jaya, Selangor
Muka surat: 165

Penulis buku ini, Kua Kia Soong bersungguh-sungguh meyakinkan pembaca bahawa peristiwa 13 Mei 1969 adalah sebuah rusuhan terancang orang-orang Melayu. Kenyataan beliau boleh dirujuk pada muka surat 74 iaitu "rusuhan 1969 ialah kerja penjahat-penjahat Melayu yang disusun atur oleh ahli politik di belakang kudeta."
Membaca buku ini menjadikan pemikiran kita berlegar-legar untuk mengetahui latar belakang penulis itu sendiri. Di kulit belakang diberikan maklumat ringkas penulis yang pernah ditangkap di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1987 dan ditahan selama 445 hari, menjadi pengarah SUARAM (Suara Rakyat Malaysia) dan pernah dipilih menjadi ahli parlimen kawasan Petaling Jaya dari 1990 hingga 1995 di bawah tiket pembangkang. Kia Soong mendapat pendidikan dalam bidang ekonomi dan sosiologi di Britain. Pendedahan beliau sangat luas di Britain sendiri dan juga di Singapura. Beliau juga menjadi pengetua New Era College, Kajang, Selangor.
Terdapat lima bab yang menerangkan keadaan pada hari kejadian 13 Mei 1969 yang mana sumber rujukan utama buku ini ialah pejabat Rekod Awam, London. Ianya melibatkan pegawai-pegawai Suruhanjaya Tinggi British di Malaysia Barat dan Timur, pejabat Negara Asing dan Komanwel serta Kementerian Pembangunan Luar Negeri. Bahan-bahan berkenaan diperolehi melalui mesyuarat diplomat, bahan-bahan risikan, laoran kakitangan agensi dan liputan media.
Kia Soong juga lebih kerap merujuk laporan yang ditulis oleh wartawan dari Far Eastern Economic Review (FEER).
Bab pertama mengulas tentang formula parti Perikatan yang bersifat perkauman dengan membentangkan fakta bahawa Suruhanjaya Reid menyokong hampir semua syor Perikatan seperti hak istimewa Melayu, bahasa Inggeris dan Melayu sebagai bahasa rasmi dan prinsip kewarganegaraan jus soli bagi semua yang dilahirkan selepas 1957. Kia Soong menuduh British telah menyokong tuntutan hak istimewa Melayu oleh UMNO, justeru itu beliau menganggap Perlembagaan Malaysia telah menginstitusikan politik perkauman sebagai ideologi kerajaan.
Bab kedua berkaitan pilihan raya 1969 yang menerangkan secara ringkas keputusan pilihan raya berkenaan dan percaturan politik parti-parti yang bertanding. Apa yang hendak disampaikan oleh Kia Soong ialah Perikatan tewas dengan teruk kepada pembangkang.
Bab ketiga ialah mengenai rekod rusuhan yang diperolehi daripada Jabatan Rekod Awam dan laporan wartawan asing yang menyatakan terdapat satu rancangan menghimpunkan penjahat muda Melayu dari seluruh negeri Selangor. Kia Soong membentangkan kronologi peristiwa berkenaan bermula dari 13 Mei hingga 28 Mei. Setiap hari kejadian, Kia Soong memberi tajuk utama seperti "Kebanyakan mangsa orang Cina," "Darurat diisytiharkan" dan "Tentera berat sebelah menentang orang Cina. " Situasi yang berlaku pada Jun dan Julai 1969 juga dihuraikan tetapi lebih kepada usaha kerajaan untuk mengawal kekacauan dan menyalahkan peranan tentera yang diberi tanggungjawab menjaga keamanan.
Bab keempat adalah berkaitan penilaian negara asing apabila Tunku Abdul Rahman menyerahkan urusan pentadbiran kepada Tun Abdul Razak. Kia Soong memasukkan topik penangguhan pilihan raya di Sarawak, rancangan Tun Abdul Razak selepas rusuhan, keperluan senjata, penilaian dari Thailand dan Singapura serta tindak-tanduk sukarelawan British. Indonesia sangat gembira dengan berita berkenaan yang berharap "Malaysia Melayu" akan menjadi lebih rapat dengan Indonesia. Jeneral Suharto menghantar perutusan tahniah selepas mengetahui perkembangan yang diambil oleh kerajaan selepas 13 Mei itu. Manakala kerajaan China mengambil pendekatan berhati-hati kerana tidak mahu menanggung risiko perasaan anti Cina yang sedang meluap-luap ketika itu.
Bab terakhir berkaitan kelas pemerintah Melayu baru yang mana Kia Soong merumuskan bahawa rusuhan 13 Mei 1969 membolehkan kelas pemerintah kapitalis yang mengawal Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) memegang tampuk kuasa. Beliau menyifatkan Tun Abdul Razak sebagai pemimpin elit Melayu baru yang menenggelami kepimpinan Tunku Abdul Rahman. Kia Soong secara terus-terang menuduh pelaksanaan dasar ekonomi, pendidikan dan kebudayaan yang bersifat diskriminasi dan tertumpu kepada kepentingan Melayu. Dasar-dasar ini juga katanya telah membantu kapitalis Melayu mengumpul harta kekayaan mereka.
Ulasan Editor: Soalan pertama yang muncul di fikiran penyelidik ialah apakah motif sebenar dan terselindung yang cuba disampaikan oleh Kia Soong. Beberapa istilah yang ditekan berulang kali ialah "penjahat-penjahat Melayu," "Melayu Baru," "kerjasama pihak tentera" dan 'hak istimewa Melayu" sangat menarik untuk dianalisis bagi mengurai motif penulisan ini dihasilkan.
Kandungan buku ini memuatkan huraian 13 Mei daripada perspektif berbeza dengan menjadikan dokumen yang diklasifikasi sebagai rujukan utama. Semua dokumen ini terdapat di pejabat Rekod Awam, London tanpa ada satu pun rujukan yang didapati daripada pihak berkuasa Malaysia.
Tulisan Kia Soong boleh dikatakan berpunca daripada sikap dan cara berfikirnya yang menyalahkan Melayu. Berpengalaman ditahan di bawah ISA, beliau sebenarnya mendedahkan kekecewaannya terhadap ketidakupayaan Cina bagi mengatasi sesuatu konflik sehingga mengundang campur tangan luar. Menuduh penjahat-penjahat Melayu sebagai pencetus rusuhan bolehlah dikatakan sebagai lambang kepada minda melepaskan diri daripada kekecewaan tersebut.
Pemikiran Kia Soong juga penuh prasangka buruk iaitu salah satu daripada ciri-ciri orang yang kecewa. Beliau menulis pada muka surat 100 yang berbunyi: Rekod-rekod menunjukkan bahawa rusuhan 13 Mei telah dirancang dan dikelolakan dengan teliti. Maksudnya ialah perancang dalam rusuhan berkenaan ialah golongan Melayu baru yang dipimpin oleh Tun Abdul Razak. Prasangka ini dikuatkan dengan hujah-hujah "meminda perlembagaan untuk memformalkan Melayu, meminggirkan orang Cina dan mengetepikan Tunku Abdul Rahman."
Prasangka buruk dan marah Kia Soong kepada Melayu tidak tertahan lagi apabila menuduh askar Rejimen Melayu Diraja bekerjasama dengan kerajaan dan polis menyebabkan ramai orang Cina menjadi mangsa pembunuhan. Kia Soong tidak pun menyebut penjahat-penjahat Cina kerana di dalam fikirannya, perarakan kemenangan parti DAP dan Gerakan sambil membawa sepanduk berbau komunis dan membawa sekali penyapu besar di jalan utama di Kuala Lumpur tidak memberi kesan kepada ketegangan kaum.
Tunku Abdul Rahman dalam buku "13 Mei Sebelum dan Selepas" menceritakan dengan terperinci apa yang berlaku ketika perarakan berkenaan tetapi Kia Soong tidak pun menyentuh dengan tegas kejadian tersebut.
Walaupun Kia Soong mendakwa sumber rujukannya sangat boleh dipercayai tetapi terdapat rujukan yang berat sebelah dan bersifat dengar cakap. Contohnya beliau memetik rencana pengarang Bangkok World pada 26 Mei 1969 yang menyimpulkan bahawa "dasar-dasar diskriminasi kaum yang bertanggungjawab ke atas pertelingkahan; rusuhan ini mempunyai satu tujuan dan rancangan serta suasana gembira selepas pilihan raya bukan sebab yang mencetuskan rusuhan." Rujukan ini sangat lemah kerana Bangkok pada hari telah melaksanakan dasar-dasar diskriminasi yang sangat berat sebelah di Selatan Thailand yang dihuni oleh lebih lima juta orang Melayu Islam. Dasar-dasar berkenaan menyebabkan lebih 3,300 mangsa yang terbunuh termasuk hampir 100 orang di Tak Bai. Apakah dasar diskriminasi tersebut tidak mempunyai sebab dan tujuan tertentu?
Kia Soong sangat terkilan dengan Jeneral Suharto yang merasa gembira dengan perkembangan pemulihan selepas 13 Mei kerana beliau tidak setuju dengan pandangan Suharto yang menyebut "orang Cina ialah orang Cina sama ada mereka berada di China, Taiwan dan Singapura atau di mana saja."
Membuka kembali lembaran sejarah rusuhan 13 Mei 1969 dengan tujuan menyalahkan orang lain, menyalahkan keompok kaum tertentu atau menyalahkan pasukan tentera adalah motif utama Kua Kia Soong supaya generasi Malaysia pada masa depan tidak menyalahkan golongan komunis yang sebilangan besar terdiri daripada orang Cina.
Kia Soong tidak mahu sejarah menyalahkan orang Cina sebaliknya mendendami orang Melayu, pemimpin-pemimpin Melayu dan apa-apa yang dikaitkan dengan Melayu seperti bahasa Melayu dan agama Islam. Beliau begitu marah dengan Melayu sehingga menimbulkan satu soalan: Apakah asas asal keistimewaan Melayu diletakkan dalam perlembagaan?
Kegigihan dan kesungguhan Kia Soong menulis mengenai hak-hak kemanusiaan sangat baik. Kerajinannya mencari sumber rujukan di London tentunya telah melalui susah payah yang berpanjangan. Usahanya untuk membuktikan "Melayu adalah salah" adalah corak pemikiran pemimpin yang ketinggalan zaman.
Ketika ini generasi muda Malaysia lebih terbuka fikirannya kesan daripada dasar liberal dan terbuka serta kesan globalisasi. Pemikiran cetek dan berbau perkauman yang dianuti Kia Soong tidak lagi sepadan dengan semangat dan keperluan rakyat Malaysia. Pada masa depan politik perkauman akan diketepikan sedikit demi sedikit kerana berkongsi kekayaan dan keamanan adalah lebih baik daripada merusuh dan menimbulkan huru-hara.
Dalam jangka masa panjang, rakyat Malaysia seperti Kua Kia Soong akan pupus kerana tidak dapat menerima realiti bahawa Malaysia sedang menuju perhubungan etnik yang lebih baik. Akan sampai masanya hak istimewa Melayu akan dikurangkan dan ketika itu persaingan tentulah berdasarkan keupayaan dan kebolehan masing-masing. Menyalahkan orang lain hanya menimbulkan kebencian yang berkekalan.
Jadi kita ingin bertanya kepada Kia Soong: Apakah asas asal Kia Soong mendapat kerakyatan Malaysia disisi perlembagaan?

Thursday, June 19, 2008
Sifat hati (10)
Banyak bercakap
Banyak bercakap adalah suatu sifat yang tercela. Apabila banyak bercakap, kemungkinan besar akan terkeluar dari mulut perkataan-perkataan yang sia-sia, perkataan yang menyebabkan hati menjadi gelap. Malah ada kalanya membawa kepada mati hati.
Rasulullah saw bersabda yang bermaksud,
"Tidak ada yang menyebabkan manusia tersembam di atas muka mereka ke dalam neraka melainkan dosa yang dihasilkan oleh lidah mereka." [Riwayat Tarmizi]
Sabda baginda lagi,
"Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat hendaklah dia bercakap yang baik-baik atau berdiam diri."
Sabdanya lagi,
"Sesiapa yang menjamin bagiku apa yang di antara tempat misai dan janggutnya (mulut/lidah) dan apa di antara dua kakinya (kemaluan) nescaya aku jamin syurga untuknya." [Riwayat Bukhari]
Ketika hendak bercakap perkara-perkara yang sia-sia dan tidak berfaedah, hendaklah difikirkan bahawa jika kita menyebut Allah Ta'ala iaitu berzikir, berselawat, beristighfar, bertahlil, bertahmid, berdoa dan sebagainya untuk menggantikan perkataan yang tidak berfaedah berkenaan, insya Allah kita akan mendapat untung yang sangat besar kerana berzikir itu adalah umpama sepotong emas dan perkataan yang sia-sia itu ibarat seketul tanah yang keras.
Jadi adalah wajar bagi kita yang berakal untuk mengambil ketulan emas dan meninggalkan tanah keras yang tidak berharga.
Sekiranya perkataan yang hendak dicakapkan itu mengandungi dosa, ianya adalah umpama sepotong api yang menyala-nyala dan panas membakar. Orang yang waras tidak akan meninggalkan emas kerana dia tahu emas sangat berharga.
Antara contoh kata-kata yang berdosa ialah: berdusta, mengumpat, berbantah-bantah, mengejek, mencerca, berseloroh dengan kata-kata yang menyakitkan dan menimbulkan kemarahan serta dendam, memuji-muji yang menjadi punca kebinasaan kepada yang dipuji dan mengungkit-ungkit sesuatu perkara yang telah lama dilupai. Adapun yang tidak merosakkan, ianya tidaklah terlarang begitu juga berseloroh seperti pernah nabi berseloroh kepada seorang perempuan tua dengan katanya: "tidak masuk syurga perempuan yang tua" atau dengan maksud lain ialah semua penghuni syurga adalah muda-muda belaka.

Wednesday, June 18, 2008
Menjual barang dengan cara sewa-beli
Bisnes menjual barang dengan cara sewa-beli semakin mendapat sambutan masyarakat. Biasanya ia dilakukan dalam bentuk pakej dengan jumlah modal tertentu. Konsep bisnes jenis ini lebih bersifat menang-menang dengan kedua-dua pihak mendapat manfaat yang seimbang.
Memperkenalkan bisnes ini pun kena ada caranya. Antaranya ialah memperkenalkan "Program Mentor Usahawan" untuk menarik seberapa ramai pelanggan untuk menceburkan diri dalam bisnes.
Ciri-ciri bisnes ini ialah setiap ahli akan dibekalkan dengan barangan. Sebaik sahaja anda mendaftarkan diri dan bersedia dengan bisnes, barangan yang disediakan perlu dijual.
Modal untuk memulakan perniagaan akan diuruskan oleh pihak urus setia (kepada yang memerlukan). Sekiranya ada masalah dengan pihak bank, mereka ada cara lain untuk membantu.
Latihan dan bimbingan yang terbaik biasanya disediakan. Ia merangkumi cara menjual, membuat demonstrasi, teknik terbaik dalam khidmat pelanggan dan khidmat lepas jualan. Peranan latihan sangat penting kerana dapat membaiki kelemahan ketika melakukan bisnes di samping membantu usahawan meningkatkan jualan masing-masing.
Kepada ahli-ahli yang tidak berkemampuan untuk menjual kesemua barangan, mereka mempunyai skim "pembelian balik" - iaitu mereka akan mengambil balik barangan yang dibekalkan kepada ahli "Considered Sold" dan anda akan mendapat bayaran/keuntungan kerana mereka memang telah ada pasaran.
Barangan yang dijual berkonsepkan sewa-beli dan bayaran secara ansuran tanpa riba. Manakala bonus juga dibayar kepada kepada ahli yang memenuhi syarat.
Modal untuk memulakan bisnes sewa-beli bergantung kepada kemampuan anda. Jika banyak wang, anda boleh melabur dengan skala besar, jika tidak, cukuplah sekadar skala kecil sebelum anda mencatat keuntungan yang lebih besar kelak.

Tuesday, June 17, 2008
Bantu OKU daftarkan diri
Keputusan kerajaan menaikkan had kelayakan penerima elaun bantuan Orang Kurang Upaya (OKU) daripada RM750 kepada RM1,200 sebulan sangat menggembirakan golongan itu. Ia diputuskan setelah mengambil kira beban yang perlu ditanggung oleh mereka seiring dengan kenaikan harga bahan bakar minyak dan makanan baru-baru ini.
Bantuan kepada golongan OKU yang bekerja adalah sebahagian daripada skim bantuan yang diwujudkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM) bagi membantu mereka hidup berdikari dan mengurangkan beban keluarga yang menanggung mereka.
Tidak dapat dinafikan telah ramai OKU yang mendapat kemudahan ini untuk menguruskan hidup masing-masing dengan lebih bahagia. Walaupun tempoh bantuan selama setahun tetapi ia boleh disambung dari semasa ke semasa berdasarkan penilaian keperluan oleh JKMM.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Dr. Ng Yen Yen mendedahkan rekod OKU yang berdaftar dengan kementerian itu adalah hampir 220,000 orang. Namun begitu masih terdapat ramai lagi yang tidak tahu wujudnya skim ini dan mengharapkan bantuan orang lain bagi meneruskan hidup.
Kenapa mereka tidak tahu? Apakah peranan agensi kerajaan untuk mencari penerima bantuan yang layak? Sejauh mana pula peranan pertubuhan politik, pertubuhan bukan kerajaan atau persatuan penduduk untuk mencari mereka yang layak menerima bantuan di tempat masing-masing?
Ketika menjalankan penyelidikan di sebuah agensi kerajaan yang terlibat dengan bantuan berkenaan, penyelidik mendapat tahu ada pertubuhan bukan kerajaan khususnya dari masyarakat India yang sangat proaktif dan menunjukkan keprihatian mereka membantu golongan yang miskin dan dhaif untuk memohon bantuan berkenaan. Usaha mereka ialah memohon JKMM memberi taklimat berkaitan skim bantuan berkenaan supaya peserta yang dikenal pasti benar-benar sedar dan teruja memohon bantuan yang disediakan. Walaupun hanya taklimat kesedaran, usaha berkenaan dilihat dapat membantu masyarakat India yang miskin mendapat bantuan sara hidup untuk meningkatkan taraf hidup keluarga.
Namun begitu kesedaran rakyat Malaysia di semua peringkat hidup dirasakan masih rendah. Dalam hal skim bantuan ini, perkara utama yang harus diberi perhatian ialah mencari bakal penerima yang layak melalui kempen dan promosi skim. Panel penilai yang lengkap dengan kriteria pemilihan tentu dapat membuat pemilihan yang tepat siapa yang layak menerima bantuan berkenaan. Di sekeliling kita masih terdapat ramai golongan OKU yang berusaha keras menyara kehidupan masing-masing. Ada yang menjual kuih, menjahit baju dan menjual tisu di tepi jalan untuk mencari wang.
Sebagai individu pula, apakah sumbangan kita bagi menyedarkan OKU untuk mendaftarkan diri di Jabatan Kebajikan Masyarakat negeri masing-masing?

Zakat sebagai sistem kesejahteraan sosial
Zakat adalah satu daripada rukun Islam yang lima, ertinya zakat merupakan sendi agama. Bentuk zakat adalah memberikan sebahagian harta secara berterusan kepada orang lain yang berhak, ada yang setahun sekali setiap Idul Fitri (zakat fitrah), ada yang setiap musim (zakat pertanian) ada yang setiap tutup buku (perdagangan) dan ada yang setiap berjumpa objeknya (zakat barang temuan/harta karun).
Bagi pembayar, zakat sebagaimana erti bahasa dari kata zakat mengandung erti suci dan subur, yakni orang yang patuh membayar zakat, hatinya dididik menjadi suci, yakni hatinya sedikit-sedikit dilatih untuk tidak terbelenggu oleh harta kerana memberi kepada orang lain merupakan latihan jiwa membuang sifat tamak, menanamkan kesedaran bahawa di dalam harta miliknya ada hak orang lain yang harus ditunaikan. Harta pun menjadi suci kerana bebas dari apa yang bukan miliknya. Menurut al-quran, di dalam harta si kaya terkandung hak-hak orang lain, yang meminta dan yang tidak berani meminta.
Jadi zakat memang milik mustahiq yang harus dibayarkan, jika tidak dibayarkan maka bererti si kaya menahan hak-hak orang miskin yang berhak dan perbuatan itu seerti dengan korupsi. Zakat juga mengandung erti subur, yakni harta yang dizakati akan subur berkembang secara sihat seperti pohon yang rendang, indah dipandang mata, boleh untuk berteduh orang banyak dan buahnya bermanfaat.
Zakat merupakan rukun Islam yang wajib dilaksanakan. Prinsip dasar syariat Islam adalah memperkecil beban, justeru zakat bersifat ringan, hanya 2,5 % (zakat niaga/kekayaan) , 5 % (zakat produksi pertanian padat modal) , 10 % (zakat produksi pertanian tadah hujan dan 20 % (zakat barang dijumpai). Zakat dipusatkan pada membayar, bukan pada menerima, oleh kerana itu zakat lebih merupakan terapi bagi pemilik harta agar tidak serakah memonopoli kekayaan. Zakat tidak relevan dengan pembasmian kemiskinan kerana jumlahnya yang sangat sedikit.
Oleh kerana itu sebagaimana di samping solat wajib juga dianjurkan solat sunnat yang bermacam-macam dan jauh lebih banyak dibanding solat wajib, maka di samping kewajipan berzakat, pemilik harta dianjurkan untuk memberi sedekah dan infaq.
Sedekah adalah pemberian yang diberikan kepada fakir miskin dengan niat ibadah. Fakir adalah orang yang tidak memiliki pekerjaan dan tidak pula memiliki harta untuk membiayai hidupnya, sedangkan orang miskin adalah orang yang memiliki pekerjaan tetapi hasilnya tidak mencukupi untuk membiayai hidupnya secara "pantas."
Jika zakat hanya diwajibkan kepada orang kaya, sedekah bukan saja dianjurkan kepada orang kaya tetapi juga dianjurkan kepada orang miskin. Jika zakat ditentukan objeknya, tarifnya dan mustahiqnya, maka sedekah tidak dibatasi jumlahnya, boleh 1 % dari hartanya, boleh 10 %, boleh 50 % dan bahkan boleh menyedekahkan hartanya secara keseluruhan.
Adapun infaq adalah pemberian yang ditentukan jumlahnya untuk kepentingan tertentu, misalnya infaq untuk membangun jalan, membangun sekolah, membangun masjid dan sebagainya. Dalam keadaan sulit pada zaman Rasulullah saw, Usman bin Affan sebagai orang kaya menyerahkan 50 % hartanya untuk infaq dan sedekah, sementara Abu Bakar Siddiq sebagai orang miskin menyerahkan 100 % harta miliknya untuk infaq dan sedekah.Kata sedekah ada hubungannya dengan kata shadiq-shidaqah yang bererti persahabatan. Maknanya orang yang gemar sedekah akan memperoleh banyak sahabat, terutama dari orang yang menerima sedekah itu.
Sedekah juga berhubungan dengan kata shidq yang ertinya benar atau jujur, maknanya bahawa pemberian sedekah akan menumbuhkan persahabatan yang benar,persahabatan yang dilandasi oleh nilai kejujuran bukan persahabatan palsu. Suapan juga merupakan pemberian, bahkan biasanya pemberian dalam jumlah besar, tetapi praktik suapan tidak akan melahirkan persahabatan yang benar dan jujur, sebaliknya jika tujuan suapan tidak tercapai, penyuapan akan menjadi permusuhan.
Memang zakat, infaq dan sedekah bioleh diurus menjadi potensi ekonomi masyarakat, tetapi psikologi zakat infaq dan sedekah lebih pada penjalinan hubungan antara manusia dalam keluarga, hubungan pertetanggaan dan pembinaan masyarakat secara lebih luas. Oleh kerana itu dalam agama ditetapkan tiga keutamaan penerima zakat dan sedekah, yaitu orang miskin, tetangga dekat dan kerabat.
Jika banyak orang miskin sementara yang disedekahkan sedikit, utamakan untuk orang miskin yang masih ada hubungan kerabat dekat dan orang miskin yang menjadi tetangga dekat. Nabi saw bahkan menganjurkan agar jika di rumah memotong ayam (atau yang lain), perbanyak kuahnya ketika memasak agar boleh diberi kepada jiran tetangga.
Baginda bahkan menekankan agar tidak malu memberi jiran meski hanya "ceker ayam". Mengapa? Tradisi saling memberi makanan antara jiran tetangga, walaupun hanya makanan sederhana sangat besar peranannya dalam mengeratkan hubungan sosial.
Jadi zakat merupakan konsep dasar dari pembangunan kesejahteraan sosial yang harus dikembangkan secara cerdas, seiring dengan tradisi masyarakat . Dalam ajaran Islam disebutkan bahawa zakatnya rumah adalah menjamu tamu. Ajaran ini boleh dikembangkan misalnya, zakatnya mobil pribadi adalah pada sekali-sekali menghantarkan tetangga yang memerlukan pengangkutan. Begitulah seterusnya sehingga pada setiap harta, disedari bahawa di dalamnya ada hak orang lain.
Ahli sosiologi Ibnu Khaldun bahkan memperkenalkan istilah produk seribu orang, yakni bahawa dalam setiap benda yang kita miliki, kata Ibnu Khaldun, proses keberadaanya telah melibatkan seribu orang. Angka seribu yang diperkenalkan Ibn Khaldun bukan angka matematik tetapi untuk menunjukan betapa banyaknya orang yang terlibat dalam proses kehadiran suatu benda, oleh kerana itu kata Ibn Khaldun, setiap benda memiliki fungsi sosial.
Ada tiga format pemberian dengan nama yang berbeza, yaitu hadiah, hibah dan sedekah. Hadiah adalah pemberian dari orang kecil kepada orang yang dihormati. Misalnya persatuan guru memberi hadiah kepada ketua pengarah pelajaran sebuah produk kerajinan yang dilakukan oleh murid-murid sekolah khas. Hibah adalah pemberian dari seseorang kepada orang yang setara tingkatnya, pemberian yang bersifat persahabatan atau kesatuan sesama teman. Sedekah adalah pemberian dari orang yang lebih kuat kepada orang yang lebih lemah. Orang yang memiliki wang seratus ribu tetapi berani bersedekah sembilan puluh ribu adalah termasuk orang kuat dibandingkan dengan orang yang memiliki sejuta rupiah tetapi tidak mampu bersedekah dalam jumlah yang sama.
Dalam Islam diajarkan bahawa sedekah akan menghilangkan bala (bencana). Maknanya orang yang gemar memberi, ia akan memiliki banyak teman dan dicintai orang banyak secara jujur. Oleh kerana itu setiap kali datang gangguan datang kepadanya, orang banyak akan datang ramai-ramai membantunya sehingga ia terhindar dari bencana yang tak diinginkan.
Kemampuan memberi tidak mesti berhubungan dengan banyaknya kepemilikan. Ada orang yang hanya memiliki sedikit tetapi mampu memberi banyak, sementara ada orang yang banyak memiliki tetapi tidak mampu memberi walau sedikit.
Kemampuan memberi berkaitan erat dengan cara berfikir. Ada orang memiliki kambing 99 ekor, ketika sedang menggembala berjumpa dengan seseorang yang sedang menggembalakan kambingnya satu ekor, kerana hanya satu ekor itulah kambing yang dimiliki. Dalam pikiran pemilik 99 ekor, kambingnya hanya satu, saya punya 99, maka yang dia pikirkan adalah bagaimana memindahkan yang satu ekor itu untuk menggenapkan kambingnya menjadi seratus. Seandainya dia berfikir untuk memberi maka akan ada rumus; biar kambingku genap, ini yang sembilan aku berikan padamu, aku punya 90 dan engkau punya 10.
Hasan al Banna, pendiri Ikhwan Muslimin Mesir pernah memberi tiga nasihat yang sangat baik. Katanya: (a) berfikirlah untuk memberi agar orang lain memperoleh faedahnya (b) berfikirlah untuk selalu menanam agar orang lain boleh memetiknya, dan (c) bersusah payah untuk memberi kesempatan orang lain beristirahat.
Nasihat ini sesungguhnya sangat mendalam, kerana di sebalik nasihat itu ada logik yang boleh dijelaskan;
(1) Hendaknya semua orang dalam masing-masing kapasitinya, sebagai pemimpin, sebagai anak buah, sebagai suami, sebagai isteri, sebagai orang tua, sebagai anak dan seterusnya berfikirlah untuk dapat memberi sesuai dengan posisinya, jangan hanya berfikir apa yang dapat saya peroleh.
Bayangkan seandainya semua pekarja dalam suatu pejabat selalu bertanya apa yang dapat saya ambil dari pejabat ini, maka pasti tak lama kemudian pejabat itu muflis. Begitupun negara kita akan muflis jika setiap orang di dalam negara selalu berfikir apa yang dapat saya ambil dari negeri ini.
(2) Hendaknya semua orang berfikir untuk menanam agar orang lain boleh memetiknya. Jika semua orang berfikir menanam untuk memetik sendiri, maka tidak ada orang tua yang mahu menanam kelapa, kerana tanaman kelapa biasanya baru boleh dipetik oleh generasi anaknya. Jika orang menanam hanya untuk dapat segera memetik buahnya maka orang lebih suka menanam bayam, tidak mahu menanam pohon jati. Nasihat ini menjadi sangat mengena kerana sesungguhnya semua yang kita petik (di pasar); buah-buahan, sayuran, dan beras adalah tanaman orang lain di tempat lain.
Yang paling berbahaya adalah jika orang hanya berfikir memetik dan tidak mahu menanam seperti orang yang dengan rakus meneroka hutan tanpa berusaha menanam kembali. Apa yang boleh ditanam? Pohon-pohonan, ilmu pengetahuan dan jasa. Orang bijak berkata: barang siapa menanam pasti memetik, meski yang dipetik mungkin tanaman orang lain, di tempat lain dan di kurun waktu yang lain.
(3) Hendaknya semua orang memusatkan perhatian untuk bekerja keras bagi memberi kesempatan orang lain beristirahat. Kenapa? Kerana orang boleh istirahat juga jika ada orang lain yang susah payah bekerja.
Penumpang bas boleh tertidur lelap kerana ada pemandu yang tetap terjaga. Ibu-ibu boleh istirahat di rumah kerana ada guru yang bekerja keras mengajar anak-anak mereka di sekolah.
Sumber: http://mubarok- institute. blogspot. com

Friday, June 13, 2008
Nilai semula jumlah bantuan golongan memerlukan
Oleh Siti Fatimah Abdul Rahman
Kenaikan harga bahan api yang berlaku secara mendadak pada kadar yang tinggi seperti diumumkan baru-baru ini, amat mengejutkan banyak pihak.
Jika kita mahu merungut mengenainya, memang banyak perkara yang boleh dirungutkan seperti: "Mengapa ia dibuat secara mendadak?"; "Kenapa rakyat tidak diberi amaran lebih awal?"; "Kenapa rakyat tidak disediakan dalam masa sebulan dua?"; "Mengapa kadar kenaikan itu terlalu tinggi?"; dan sebagainya.
Namun, hakikatnya ialah kenaikan itu telah berlaku dan ia menjadi sebahagian daripada hidup kita mulai 5 Jun lalu.
Malah, rakyat perlu sentiasa bersedia dengan turun naik harga bahan api bila mana kerajaan terpaksa menaikkan juga harganya mengikut harga pasaran global pada tahun hadapan.
Kenaikan harga bahan api membawa bersamanya peningkatan harga barang-barang keperluan yang lain. Apabila harga barang meningkat, kuasa beli kita akan menurun.
Dalam kerangka harga petrol, jika sebelum ini dengan wang sebanyak RM50 kita boleh membeli sebanyak 26 liter petrol, tetapi kini, dengan jumlah wang yang sama, kita hanya dapat membeli lebih kurang 18 liter petrol sahaja. Demikianlah menyusutnya nilai wang RM50 kalau kita membeli petrol.
Sebagai pengguna, apa pilihan yang kita ada? Sebenarnya, kita ada dua pilihan. Pertama, untuk memastikan kita mendapat jumlah petrol yang sama bagi memenuhi keperluan bulanan, kita perlu menambah peruntukan untuk membeli petrol. Maknanya, kalau dulu kita memperuntukkan RM300 sebulan untuk tujuan ini, kini kita perlu tambah 40 peratus lagi peruntukannya iaitu sebanyak RM120.
Pilihan ini mudah untuk dilaksanakan bagi mereka yang ada lebihan pendapatan. Bagi yang tiada lebihan pendapatan, apa pilihan yang mereka ada?
Apa yang boleh dilakukan oleh golongan ini ialah mencukupkan penggunaan bahan api itu mengikut jumlah yang mampu mereka beli. Katakanlah mereka biasa mengisi petrol sebanyak RM50 seminggu. Maka, mereka perlulah 'pandai-pandai' mencukupkan 18 liter petrol untuk penggunaan selama seminggu walaupun ini bermakna mereka perlu berjalan kaki untuk mencari makan tengahari atau tidak boleh membawa anak dan isteri ke mana-mana pada hujung minggu.
Dalam kata-kata lain, golongan ini perlu mengubah cara hidup mereka - satu saranan yang amat wajar, walaupun saranan ini boleh menaikkan kemarahan ramai pihak.
Saranan ini menaikkan kemarahan ramai pihak kerana sebenarnya kebanyakan rakyat telah lama mengubah cara hidup mereka. Ada yang telah lama membawa bekal ke pejabat. Bukan satu, tetapi dua bekal. Satu untuk sarapan dan satu lagi untuk makan tengah hari. Malah, ada yang hanya mampu makan satu hidangan sehari sahaja ketika di pejabat. Begitu juga, ada yang telah lama memasukkan daun pandan ketika memasak beras murah yang mengeluarkan bau yang kurang enak bila ditanak.
Bagi golongan ini, bila ada yang mencadangkan agar mereka mengubah gaya hidup pastinya mereka marah kerana perubahan yang bagaimana lagi yang kita harap mereka lakukan?
Dalam keadaan yang seperti ini, badan-badan kebajikan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Baitulmal dan Pusat Pungutan Zakat perlu mengambil daya usaha yang lebih giat untuk memastikan golongan sasaran dapat dibantu.
Satu perkara yang boleh dijangkakan ialah bahawa jumlah kumpulan sasaran akan semakin bertambah dengan pesat. Betapa tidak, jika dahulu dengan wang RM100 pelbagai keperluan dapat dibeli, tetapi kini tidak lagi. Maka, kajian semula ke atas had kifayah, yakni kadar keperluan asas yang ditetapkan bagi mereka yang layak dibantu, perlu dilakukan segera.
Dalam kata-kata lain, kayu ukur yang menentukan sama ada seseorang itu layak mendapatkan bantuan ataupun tidak, perlu dinilai semula pada kadar segera.
Sebagai contoh, jika dulu, had kifayah di kawasan bandar di negeri Selangor ialah RM750, maka kini ia amat perlu dinaikkan. Ini kerana dengan kenaikan harga barangan, mereka yang berpendapatan RM2,000 sebulan dengan lima orang tanggungan dan hidup di bandar, mungkin tergolong dalam kumpulan orang miskin yang berhak mendapat zakat.
Selain had kifayah, jumlah bantuan juga perlu dinilai semula untuk memastikan jumlah bantuan yang diberi itu benar-benar membantu golongan sasaran. Bantuan sebanyak RM200 mungkin besar nilainya lima tahun lalu tetapi kini nilainya semakin menyusut.
Dalam kerangka inilah, badan kebajikan yang berfungsi untuk menjaga kesejahteraan golongan yang tidak berkemampuan, perlu mengambil daya usaha yang bersungguh-sungguh bagi memastikan nasib golongan sasarannya terbela. Jika tidak, badan-badan ini akan hilang manfaat, kepentingan serta menjadi tidak lagi relevan dengan keadaan semasa.
[Utusan Online, 13/06/2008]

Thursday, June 12, 2008
Sifat hati (9)
Lahap makan
Lahap makan adalah antara punca segala kejahatan kerana perut sentiasa menjadi tempat keluar bagi segala keinginan. Daripadanya terjadi keinginan faraj, berlumba-lumba mencari harta, kemudian menjadi keinginan kepada kemegahan dan kerana kemegahan, seseorang yang lahap makan senang mendapat harta, akhirnya berkembang pula sifat riak, takbur, dengki dan berseteru.
Sabda Rasulullah saw,
Tidak memenuhkan manusia suatu bekas yang lebih berbahaya daripada perutnya adalah cukup bagi seseorang makan beberapa suap yang boleh membetulkan tulang belakang, maka jika tidak dapat tidak maka bolehlah ditambah kadar sepertiga, bagi minumannya sepertiga dan sepertiga bagi pernafasan [Riwayat Ahmad dan Tarmizi].

Wednesday, June 11, 2008
Perspektif Islam dalam krisis minyak negara
Kerajaan Malaysia tetap dengan pendirian untuk tidak mengubah keputusan menaikkan harga bahan bakar minyak petrol dan diesel. Alasan kukuh ialah tidak mahu menanggung subsidi yang melibatkan satu per tiga daripada perbelanjaan negara dalam masa setahun. Subsidi minyak yang telah dinikmati oleh rakyat Malaysia mula diperkenalkan pada tahun 1982 bagi mengurangkan beban rakyat ketika itu.
Sebelum ini kerajaan sentiasa memastikan harga produk petroleum lebih rendah melalui pemberian subsidi dan pengecualian cukai jualan kepada pengguna. Bagaimanapun jumlah tanggungan subsidi semakin besar sekiranya harga minyak mentah dunia terus meningkat. Sekiranya jumlah sibsidi dan pengecualian cukai jualan terus bertambah, wang yang ada untuk tujuan pembangunan dan subsidi untuk sektor lain terpaksa di kurangkan.
Tujuan kerajaan memberi subsidi minyak adalah untuk mengurangkan beban golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Sebaliknya, subsidi lebih banyak dinikmati oleh golongan kaya yang menggunakan kenderaan mewah berbanding dengan golongan sasar yang hanya menggunakan kereta berkuasa kecil dan motosikal.
Bagi membiayai subsidi petrol dan diesel serta pembangunan negara, Petronas menyumbang RM48.3 bilion dalam bentuk cukai, dividen dan royalti pada tahun 2007. Jumlah ini adalah 66.2 peratus daripada keuntungan kasar.
Peningkatan harga minyak kepada USD139 setong adalah jumlah harga yang sangat tinggi bagi negara-negara membangun dan negara dunia ketiga. Negara-negara di benua Afrika sedang berhadapan dengan kemelaratan hidup kerana kemiskinan semakin kritikal disebabkan rantaian kenaikan harga minyak turut mempengaruhi harga barang-barang keperluan seharian yang lain. Negara-negara di Asean juga menghadapi kenaikan harga barang keperluan seperti di Indonesia dan Filipina. Rakyat di negara-negara itu mengadakan mogok yang meminta kerajaan mengkaji semula kenaikan harga minyak di samping memberi subsidi atau rebat kepada barang-barang keperluan lain.
Kenaikan harga minyak mentah dunia berlaku kerana permintaan minyak mentah yang tinggi dari China dan India. Pada 2007, bekalan minyak mentah ialah 84.9 juta tong sehari sedangkan permintaannya ialah 85.9 juta tong. Keadaan geopolitik yang tidak stabil dan tidak menentu di beberapa negara OPEC seperti Iran dan Iraq yang menjejaskan pengeluaran minyak mentah. Selain itu, aktiviti spekulasi pembelian minyak mentah masa hadapan (futures trading).
Baru-baru ini kerajaan Malaysia turut mengikut jejak langkah yang sama. Walaupun keluhan demi keluhan dimuatkan di dalam media massa, kerajaan tetap mempertahankan kenaikan harga berkenaan. Kesan ketara kenaikan 40 peratus itu ialah kerajaan Barisan Nasional tidak menjadi popular. Kesempatan ini digunakan oleh Pakatan Rakyat yang berikrar untuk menurunkan harga minyak jika diberi kuasa membentuk kerajaan.
Pertembungan pendapat sebegini tidak menyelesaikan masalah kenaikan harga petrol dan diesel kerana yang menanggung beban sengsara ialah rakyat Malaysia. Dengan mengguna pakai sistem kapitalis yang mengutamakan keuntungan dan mengesampingkan kebajikan rakyat, padah sesuatu krisis akan terus menjadi beban. Ketika mewah dan hidup senang, negara lebih cenderung membazirkan wang dalam pentadbiran dan tidak cekap menguruskan perbendaharaan negara. Kesannya ialah ketika barang-barang keperluan semakin mahal harganya dan perlu membayar lebih bagi mendapatkannya.
Islam telah memberi panduan menguruskan wang dan sumber pendapatan di peringkat individu, masyarakat dan negara. Dalam surah Al-Furqan ayat 67, Allah swt berfirman yang bermaksud;
"Dan (termasuk hamba-hamba Tuhan yang Maha Pengasih) orang-orang yang apabila menginfakkan (harta), mereka tidak berlebihan dan tidak pula kedekut sebaliknya berbelanja secara sederhana."
Ayat ini jika dilihat dari ruang lingkup yang lebih luas, ia memberi panduan umum tetapi sangat jelas tentang pentadbiran yang sepatutnya dilaksanakan apabila mempunyai harta dan kekayaan. Konsep tidak berlebihan dan tidak kedekut merujuk kepada sifat-sifat yang mesti ada di dalam diri pemegang kekayaan supaya mereka tidak menghadapi beban kewangan jika berhadapan dengan kemelesetan ekonomi.
Manakala belanja secara sederhana adalah panduan yang amat relevan sepanjang masa. Konsep sederhana dalam pengurusan kewangan tentulah mengikut kekayaan masing-masing. Pendapatan besar dengan caranya dan pendapatan kecil dengan caranya tersendiri.
Dalam konteks yang lebih luas, krisis harga minyak sekarang mungkin berlaku kerana prinsip pengurusan di peringkat global tidak menepati etika yang disarankan di dalam al-quran. Negara-negara kaya sangat mewah kehidupan rakyat mereka sedangkan negara-negara miskin dan papa kedana terpaksa menahan lapar dan susah.
Ketika rakyat Amerika Syarikat dan Eropah menikmati hidangan makanan yang sedap dan menyelerakan, rakyat negara Chad dan Habsyah terpaksa makan sup jagung dan bubur dengan berkongsi periuk dan mangkuk. Antara dua darjat yang berada di hadapan mata kita menjelaskan bahawa Islam datang dengan konsep kehidupan yang sederhana.
Begitu juga dengan harta kekayaan. Allah swt hanya meminjamkan harta berkenaan supaya dapat diuruskan sebaik-baiknya untuk manfaat masyarakat. Justeru, negara-negara kaya ketika ini sedang diuji dengan dua perkara: bakhil dan boros. Jika kedua-dua amalan buruk ini menjadi keutamaan negara-negara kaya, tentu suatu hari nanti mereka akan menjadi miskin dan hidup dalam kemelaratan.
Islam mendidik umatnya untuk berbelanja secara sederhana supaya masa-masa susah ketika krisis dapat dilalui dengan rasa bahagia.
Saban hari hari orang bertanya kepada kerajaan ke mana perginya pendapatan minyak negara yang banyak dan bagaimana kerajaan menguruskannya. Kerajaan yang prihatin terhadap rakyat akan mengutamakan kebajikan, bukannya meminta rakyat menanggung beban akibat pengurusan ekonomi yang boros dan membazir. Panduan daripada al-quran tersebut boleh menjadi pendorong kepada pengurusan ekonomi negara yang lebih berhemah dan diredhai.

Yang di-Pertuan Agong lambang perpaduan negara
Malaysia adalah salah sebuah daripada negara yang melaksanakan sistem raja berpelembagaan di mana Yang di-Pertuan Agong menjadi ketua negara. Sistem ini telah berjalan dengan sempurna sejak negara mencapai kemerdekaan dan bebas menentukan corak pentadbiran sendiri. Britain, Sepanyol dan Thailand turut melaksanakan sistem raja berpelembagaan ini.
Masyarakat Melayu tidak dapat dipisahkan daripada raja atau sultan kerana kewujudan sesebuah kerajaan Melayu di Asia Tenggara bermula dengan sistem kesultanan. Empayar Melaka menjadi gah dan gemilang kerana sistem pentadbiran berasaskan khalifah Islamiah di mana sultan mempunyai kuasa dan pengaruh yang sangat kuat. Pada masa yang sama baginda juga menjadi ketua agama dan memantau perkembangan dakwah Islamiah di kawasan takluknya. Justeru kedudukan sultan sebagai pemerintah negara sangat dijunjung dan diiktiraf secara meluas kerana di bawah naungan baginda adalah agama Islam, bahasa Melayu dan adat istiadat Melayu. Jadi, kewujudan raja dan sultan tetap kekal relevan pada hari ini selagi agama, bahasa dan adat tradisi Melayu dikekalkan.
Peranan Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua agama Islam dan pelindung hak istimewa orang-orang Melayu telah dinyatakan secara jelas dalam perlembagaan Malaysia. Baginda adalah penjaga yang akan memastikan kedua-duanya berada dalam keadaan kuat dan utuh. Oleh kerana istimewanya institusi ini kepada masyarakat, semua rakyat Malaysia menghormati dan menumpahkan taat setia mereka kepada Yang di-Pertuan Agong.
Ada kebimbangan di kalangan masyarakat Melayu terhadap masa depan raja berpelembagaan di Malaysia. Ini kerana pengaruh globalisasi menyebabkan masyarakat terdedah kepada corak pentadbiran negara yang lebih berkesan dan cekap khususnya sistem republik berpresiden. Kebanyakan negara maju mengguna pakai sistem ini seperti Amerika Syarikat, Perancis dan Rusia. Bagaimanapun Britain dan Jepun tetap dengan sistem raja berpelembagaan yang menjadi kebanggaan mereka. Dalam pada itu, negara-negara Barat sentiasa mempromosi kebebasan bersuara dan berfikir sehingga mempengaruhi sebahagian besar pemikiran rakyat di negara-negara yang masih mempertahankan raja berpelembagaan.
Ada negara yang menolak terus sistem beraja atau monarki seperti yang berlaku di Nepal baru-baru ini. Raja negara itu diminta turun daripada tampuk pemerintahan negara dan rakyat menyambut baik keputusan berkenaan. Barangkali rakyat Nepal sudah serik dengan kongkongan raja dan memilih untuk menentukan masa depan sendiri. Akhirnya institusi raja berkubur di Nepal setelah lebih 200 tahun menjadi sebahagian daripada pentadbiran negara berkenaan.
Yang di-Pertuan Agong tidak dipilih secara pilihan raya sebaliknya ditentukan oleh sembilan orang raja Melayu yang menduduki Majlis Raja-Raja berdasarkan kaedah-kaedah yang dipersetujui. Pengundian dibuat secara sulit dan kertas undi yang digunakan dimusnahkan serta-merta selepas seorang calon terpilih.
Istimewanya Yang di-Pertuan Agong, Perkara 32(1) Perlembagaan Negara menetapkan baginda mengatasi segala orang di dalam persekutuan. Walau bagaimanapun baginda boleh meletak jawatan atau dipecat oleh Majlis Raja-Raja. Fungsi Yang di-Pertuan Agong juga akan terhenti jika dituduh atas sesuatu kesalahan.
Di Malaysia, peranan Yang di-Pertuan Agong dilihat daripada dua perspektif iaitu peranan umum ketua negara dan peranan khusus seperti yang dinyatakan dalam perlembagaan persekutuan.
Peranan sebagai ketua negara ialah melindungi negara dan perlembagaan, lambang kepada kuasa dan penyatuan masyarakat.
Dari sudut perlembagaan persekutuan, peranannya lebih jelas dan meyakinkan. Baginda merupakan kuasa pemerintahan, mengetuai angkatan tentera, menjaga hak istimewa Melayu dan bumiputera, kuasa mengisytiharkan darurat, memberi pengampunan kepada pesalah-pesalah jenayah dan mempunyai kuasa budi bicara berkait dengan penubuhan kerajaan persekutuan dan pembubaran parlimen. Selain itu, banyak lagi peranan yang dilaksanakan oleh Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara.
Sistem raja berpelembagaan telah diterima baik oleh masyarakat berbilang kaum di Malaysia bagi mempastikan kestabilan dalam pentadbiran. Kewujudan institusi ini akan terus dipertahankan kerana tonggak kepada sebuah kerajaan yang adil, stabil dan maju ialah yang mampu mempastikan sistem yang dipilih berjalan dengan sempurna.
Setiap tahun, hari keputeraan rasmi baginda yang ditetapkan pada hari Sabtu minggu pertama setiap bulan Jun. Hari tersebut disambut dengan rasa bangga oleh rakyat Malaysia kerana baginda adalah lambang kekuatan dan keutuhan negara.

Tuesday, June 10, 2008
Pekerja teknikal serba-boleh
Perkhidmatan membaik pulih ada di mana-mana: rumah, pejabat , bangunan atau setor. Pintu terkopak, tingkap dan cermin pecah, kunci tertinggal di dalam kereta dan motosikal pancit di tengah jalan merupakan bisnes kepada mereka yang kerjanya serba-boleh. Semuanya perlu dibetulkan semula.
Jika anda ada kemahiran tertentu yang boleh menyelesaikan masalah orang ramai, anda patut mengiklankan perkhidmatan tersebut. Tulis nombor telefon dan tampal di tempat strategik seperti 7 Eleven, kawasan perumahan atau iklankan di badan bas. Telefon bimbit anda tidak akan berhenti berdering kerana menerima panggilan daripa suri rumah, penyewa rumah dan warga emas yang tidak tahu membaiki kerosakan di rumah mereka.
Kerja-kerja senggara dianggap tidak membawa banyak wang dan memenatkan badan. Tambahan pula kos untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat lain mungkin lebih mahal. Sebaliknya kerja-kerja teknikal yang boleh dilakukan dapat memberi pendapatan tambahan yang lumayan dan tidak perlu menyentuh wang gaji bulanan.
Katakan anda bekerja makan gaji dari jam 8 pagi hingga 5 petang seterusnya mengambil upah membuat pintu pagar hingga malam. Hari Sabtu dan Ahad membuat kerja-kerja teknikal sepanjang hari. Bayaran untuk membuat lubang kunci pintu yang selamat sahaja ialah RM100, apatah lagi yang lain-lain.
Dengan jumlah ini, anda mampu menjana pendapatan dari RM800 hingga RM1,000 sebulan.
Kerosakan pada pagar rumah misalnya sangat mudah untuk dibaiki. Cetakkan poster membaiki pagar dan edarkan di kawasan taman perumahan dan cari mana-mana pagar rumah yang perlu dibaiki. Dalam poster berkenaan nyatakan anggaran bayaran dan masukkan ke dalam peti surat dengan disertakan sekali kad bisnes anda.
Pekerjaan teknikal dan buruh jika dibuat bersungguh-sungguh dan rajin, boleh membawa kekayaan. Beginilah caranya orang yang berbakat dan mahu mencari pendapatan tambahan membuat wang dalam hidup mereka.

Monday, June 09, 2008
Seludup kanak-kanak
Oleh Rohaniza Idris
Nnegara dikejutkan dengan kes penjualan dan pembelian bayi didalangi sindiket yang turut membabitkan doktor klinik swasta, kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan warga asing di Johor Bahru, baru-baru ini.
Kes terbabit terbongkar selepas polis berjaya menyelamatkan empat bayi berusia antara tujuh bulan hingga setahun dan menahan 23 individu, termasuk tiga rakyat Singapura dalam satu operasi - Ops Kasih.
Rentetan kes itu timbul pelbagai persoalan termasuk isu pengambilan anak angkat, kes pembuangan bayi dan sindiket menggunakan khidmat ibu tumpang untuk mendapatkan bayi dan penyeludupan kanak-kanak.
Hakikatnya, isu jual beli serta penyeludupan bayi dan kanak-kanak bukan hanya isu tempatan malah ia menjadi topik besar yang sering dibincangkan pada peringkat global.
Bayi perempuan lebih mahal
Penyeludupan manusia adalah jenayah perniagaan ketiga terbesar di dunia selepas penyeludupan dadah dan senjata api yang dianggarkan menjana pendapatan antara RM224 juta hingga RM320 juta (AS$7 hingga AS$10 juta) setahun bagi setiap orang yang diseludup.
Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) pula menganggarkan RM48 bilion (AS$15 bilion) setahun diperoleh daripada pendapatan sindiket penjualan bayi dan kanak-kanak.
Kedua-dua angka berkenaan jelas menunjukkan perniagaan orang menguntungkan walaupun risiko untuk menjalankan kegiatan itu tidak setinggi penyeludupan senjata api dan dadah.
Mengikut laporan Unicef, penyeludupan bayi dan kanak-kanak dijalankan sindiket untuk tujuan dijual bagi dijadikan buruh, pengemis, pekerja seks, tentera upahan atau pekerja ladang selain memenuhi kehendak kemanusiaan - membantu pasangan yang tidak dapat anak dan menyediakan kanak-kanak dengan kehidupan lebih baik.
Di negara maju, permintaan terhadap bayi dan kanak-kanak ini meningkat kerana permasalahan reproduktif seperti sukar mendapat anak kerana masalah kesihatan, kahwin lewat dan keengganan mengandung.
Selain itu, langkah mengambil anak angkat adalah usaha kemanusiaan bagi membantu mengurangkan beban keluarga miskin yang mempunyai ramai anak atau jaminan kehidupan lebih baik kepada bayi yang lahir di negara dunia ketiga.
Ini termasuk apa yang dilakukan artis Hollywood seperti Madonna dan Angelina Jolie yang mengambil anak angkat dari rumah kebajikan di benua Afrika. Mereka mahu memberikan kehidupan lebih bermakna kepada bayi berkenaan yang datang dari keluarga miskin.
Mengikut laporan akhbar The Telegraph UK, kebanyakan pasangan Nigeria menjual bayi dan kanak-kanak masing-masing kerana mahu memastikan kehidupan lebih baik diperoleh anak berbanding mereka yang hidup dalam kemiskinan.
Seorang bapa Kola Woniye, 32, mengakui beliau sekeluarga hidup selesa selepas menjual dua bayinya kepada seorang ejen dengan harga RM30,000 (£5,000).
Beliau berkata, tindakannya itu bagi memberikan kehidupan yang lebih baik kepada anak yang dijual itu.
“Ejen yang menjual anak kami memberi jaminan anak kami yang dijual itu akan mendapat kehidupan yang lebih baik di Eropah, maka saya tidak ragu menjualnya” katanya.
Mengikut laporan akhbar itu, seorang bayi dan kanak-kanak dijual pada harga 1 juta naira (£2,500) atau RM15,000 manakala bayi 10 bulan ke bawah pada harga RM12,000 (£2,000). Gadis remaja termasuk yang mengandung pula bersedia menjualkan bayi mereka dengan harga kurang RM6,000 (£1,000).
Sementara itu, kumpulan sindiket penjualan bayi antarabangsa yang beroperasi dari Lagos, Nigeria ketika ditemui mengakui mereka menjual sekurang-kurangnya 5,000 bayi dan kanak-kanak setahun ke seluruh dunia termasuk Britain.
Washington Post Foreign Service pula melaporkan sejak sedekad lalu, ramai rakyat Amerika Syarikat mula menjadikan bayi dan kanak-kanak dari benua China sebagai anak angkat, menyebabkan permintaan terhadap bayi berkenaan meningkat.
Jika dulu, pasangan China lebih suka mendapat anak lelaki berbanding perempuan kerana kepercayaan tradisi mereka, kini semuanya berubah apabila harga yang ditawarkan untuk bayi perempuan menjadi anak angkat lebih mahal bayarannya.
Dilaporkan, pada 2005, Amerika Syarikat mengeluarkan 8,000 visa untuk anak warga China yang dijadikan anak angkat oleh pasangan negara berkenaan dan laporan turut menyebut, lebih 50,000 kanak-kanak meninggalkan China sejak 1992.
Mengikut laporan China pula, lebih 10,000 kanak-kanak dihantar ke negara lain untuk dijadikan anak angkat dalam tempoh yang sama.
Harga yang ditawarkan bagi seorang bayi atau kanak-kanak perempuan mencecah RM9,300 (AS$3,000) manakala bayi lelaki pada harga RM6,200 (AS$2,000).
Permintaan yang tinggi itu kemudian menyebabkan bertambahnya kes penculikan membabitkan bayi perempuan di wilayah pedalaman China. Dipercayai, pusat perlindungan kanak-kanak turut bersubahat dengan penjenayah menculik bayi perempuan bagi dijual untuk dijadikan anak angkat.
Bagaimana penyeludup berjaya memboloskan bayi dan kanak-kanak untuk penyeludupan tanpa disedari penguat kuasa?
Ada dua teori diberikan Unicef, iaitu sindiket yang turut didalangi pegawai kerajaan atau kegiatan rasuah di pintu sempadan dan di pejabat kerajaan selain kebijaksanaan penyeludup yang menggunakan pelbagai taktik hasil kemajuan pengangkutan dan telekomunikasi.
Bagi penyeludupan membabitkan negara dalam satu benua, biasanya bayi dan kanak-kanak ini diseludup melalui jalan laut seperti mana berlaku di benua Afrika, yang mana anak-anak kecil dari Benin, Togo dan Nigeria dihantar ke Gabon dengan kapal atau bot.
Kanak-kanak dari Mali dan Burkina Faso di seludup ke Cost Ivory melalui darat, begitu juga ke Asia Barat dan negara Teluk, anak-anak kecil dibawa melalui padang pasir menyeberangi sempadan.
Di Eropah, kebanyakan bayi dan kanak-kanak yang diseludup dari Eropah Timur seperti Romania, Albania dan Republik Czech, malah dari benua Afrika juga didalangi mereka yang ada kaitan dengan pihak berkuasa dan agensi kerajaan.
Kebiasaannya, bayi dan kanak-kanak yang mahu diseludup ini tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah, namun, mereka dapat bolos merentasi sempadan kerana adanya dokumen palsu atau mereka disahkan oleh pegawai kerajaan seperti imigresen menjadi warga negara atau masuk dengan visa yang diselewengkan.
Menurut laporan Unicef, bayi yang diseludup masuk ke Eropah mempunyai visa sebagai pelajar, pelancong atau diisytihar sebagai pelarian dibawa masuk mengikut laluan yang sama bagi penyeludupan orang dewasa.
Begitu juga di Singapura, yang mana anak dari Malaysia, Sri Lanka, Indonesia, Vietnam dan China dibawa masuk secara sah menggunakan dokumen dan visa yang diseleweng menggunakan khidmat pegawai kerajaan yang dirasuah atau pegawai itu sendiri yang mendalangi kegiatan yang menguntungkan itu.
[Berita Harian Online, 9/06/2008]

Friday, June 06, 2008
Sifat hati (8)
Riak
Memperlihatkan amalan kepada manusia di sekeliing, sama ada bertujuan mahukan pangkat di dalam hati manusia ataupun mahu manfaat keduniaan dengan amal ibadatnya seperti mahukan upah atau pujian. Riak adalah haram dan dinamakan juga sebagai syirik kecil (tersembunyi). Firman Allah swt:
Maka kecelakaanlah bagi ahli-ahli sembahyang yang mereka itu lalai dari menyempurnakan sembahyangnya iaitu mereka yang riak. [Surah Al-Maun:4-6]
Sabda Rasulullah saw:
Bahawa sesuatu yang aku paling takuti berlaku atas kamu ialah syirik kecil iaitu riak yang mana pada hari kiamat Allah akan berkata kepada orang-orang yang riak semasa di dunia ketika Allah memberi balasan kepada mereka, pergilah kamu kepada orang-orang yang kamu tunjukkan amalan kepadanya semasa di dunia, adakah kamu akan dapati apa-apa balasan disisi mereka?
Sebab-sebab berlakunya riak ialah:
1. suka dipuji
2. takut dicela
3. tamakkan harta
Bagi menghilangkan riak, hendaklah dihilangkan sebab-sebab yang menjurus ke arah itu. Tetapi harus diingat bahawa suka diuji, takut dicela itu merupakan racun yang membinasakan pahala amalan yang dilakukan selama ini. Ingatlah bahawa Allah swt yang memberi ganjaran bukannya manusia.

Thursday, June 05, 2008
Kesilapan ibu bapa didik anak
Pernahkah terfikir bahawa sebagai orang tua, banyak perkara yang anda lakukan salah dalam mendidik anak-anak?
Pakar motivasi dan psikiatri sering mencari punca mengapa anak-anak menjadi liar, tidak mendengar kata, melawan orang tua dan pelbagai salah laku oleh segelintir anak-anak terhadap kedua ibu bapa mereka.
Dalam mendidik anak, mungkin cara ibu bapa salah. Dalam proses tumbesarannya, anak-anak pasti melalui pelbagai perkara yang mungkin boleh membuat mereka terdorong melakukan sesuatu di luar jangkaan.
Apabila melihat kelakuan anak-anak itu, semestinya ia dikaitkan dengan cara didikan ibu bapa.
Justeru, mari kita selidik kesilapan ibu bapa sehingga menyebabkan kesan negatif anak-anak. Antaranya:
1. Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat.
2. Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat.
3. Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak.
4. Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak.
5. Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disajikan kepada anak-anak.
6. Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan.
7. Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan.
8. Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak.
9. Kurang melahirkan kasih sayang.
10. Sering mengeluh di hadapan anak-anak.
11. Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi dan pulang dari sekolah.
12. Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan.
13. Tidak memberatkan pendidikan agama di kalangan anak-anak.
14. Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak.
15. Tidak memprogramkan masa rehat dan riadah anak-anak.
16. Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca.
17. Mengizinkan anak-anak menjamah makanan dan minuman yang tidak halal.
18. Tidak menunjukkan contoh teladan yang baik di hadapan anak-anak.
19. Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak.
20. Terdapat jurang komunikasi di antara ibu bapa dengan anak-anak.
21. Tidak menggunakan bahasa yang betul.
22. Suka bertengkar di hadapan anak-anak.
23. Sentiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak.
24. Tidak membimbing anak-anak supaya mematuhi syariat.
25. Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak.
26. Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak.
27. Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak.
28. Tidak menunjukkan minat terhadap aktiviti anak-anak.
29. Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak.
30. Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak.
31. Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak.
32. Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak.
33. Kerap meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan anak-anak.
34. Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.
35. Sering mengancam dan menakutkan anak-anak.
36. Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan.
37. Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman ke atas anak-anak.
38. Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak.
39. Tidak tegas mendidik anak-anak.
40. Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama.
[Harian Metro Online, dilayari pada 5/06/2008]

Cara baru rangsang anak belajar
Pakar perkembangan bayi percaya tahun pertama kehidupan bayi tempoh utama berlakunya proses pembelajaran.
Tidak perlu muzik klasik, alat pembelajaran bahasa atau kad imbas untuk merangsang otak bayi atau kanak-kanak. Alat pembelajaran terbaik baginya ialah individu di sekeliling si kecil itu.
Bercakap, menyanyi dan ketawa bersama antara interaksi harian yang lebih penting. Namun, kadangkala memang sukar memikirkan cara baru merangsang anak kecil (terutama sekali apabila si ibu atau bapa tidak tidur malam kerana meredakan tangisannya).
Berikut antara aktiviti menarik (berdasarkan sains) yang disarankan:
1. Bertentang mata. Ambil peluang ketika mata si kecil terbuka luas dan lihat dalam-dalam anak matanya. Bayi kecil dapat mengenal wajah pada awal usia malah setiap kali dia merenung individu di hadapannya, dia sedang membina memorinya.
2. Bercakap-cakap dengannya. Walaupun reaksi yang diberikan rupa keliru dan hairan, cuba berhenti sebentar di antara ayat untuk menggalakkan bayi memberi reaksi. Lama-kelamaan, dia akan dapat menangkap rentak perbualan dan mengisi ruang kosong yang dibiarkan senyap itu.
3. Jika boleh, beri susu badan dan lakukan selama mana yang anda boleh. Berdasarkan fakta, kanak-kanak yang diberi susu badan mempunyai tahap kecerdasan tinggi. Tambahan pula, susuan badan dapat merapatkan hubungan dengan bayi sambil menyanyi, bercakap atau membelai rambutnya.
4. Jelirkan lidah. Kajian menunjukkan bayi yang baru lahir semuda dua hari dapat meniru pergerakan wajah yang mudah – ia menandakan kaedah penyelesaian masalah pada awal usia.
5. Hasilkan buku binatang. Sekiranya melawat taman haiwan atau zoo, ambillah gambar haiwan kesukaannya untuk dijadikan album.Kemudian, baca buku itu bersama si kecil sambil menamakan haiwan yang dikenali atau membuat bunyi dan cerita haiwan.
6. Geletek si bayi pada keseluruhan tubuhnya. Ketawa langkah pertama dalam perkembangan humor bayi. Permainan seperti ‘cak cekur’ dan ‘labah-labah panjat perigi’ dapat mengajar anak menjangka apa yang bakal berlaku.
7. Tunjukkan perbezaan. Pegang dua keping gambar beberapa meter dari muka si kecil. Gambar itu seharusnya lebih kurang sama tetapi ada sedikit perbezaan (mungkin satu ada pokok dan satu lagi tiada). Bayi yang masih kecil pun boleh melihat kedua-duanya dengan teliti dan mencari perbezaannya. Ini dapat membantu perkembangan dalam pengecaman huruf dan pembacaan apabila dia besar kelak.
8. Berkongsi pandangan. Bawa bayi berjalan-jalan dan beritahu semua perkara yang dilihat padanya. Cara itu boleh menyediakan bayi dengan sebanyak mungkin perbendaharaan kata.
9. Nyanyikan lagu untuknya. Kajian menunjukkan mempelajari ritma muzik ada kaitan dengan pembelajaran matematik.
10. Gunakan masa menukar lampin sepenuhnya. Gunakan waktu itu untuk mengajar bahagian badan atau pakaian.
11. Beri kata kunci. Jika anda berkata; “Mak nak buka lampu ni,” sebelum menekan suis, si kecil itu diajar sebab dan akibat sesuatu perkara.
12. Beri kejutan. Sesekali, gembirakan bayi dengan meniup muka, tangan atau perutnya perlahan-lahan sambil melihat reaksinya.
13. Sediakan banyak tisu. Jika bayi suka bermain dengan tisu, biarkan. Dengan hanya beberapa sen, ia boleh dijadikan alat mainan deria yang boleh direnyuk dan digosok. Sorokkan mainan kecil pada bawah tisu dan biarkan dia mencari.
14. Baca buku berulang kali. Saintis mendapati bahawa bayi semuda lapan bulan dapat belajar mengenali turutan dalam cerita jika dibaca dua atau tiga kali berturutan serta membantunya mempelajari bahasa.
15. Main sorok-sorok yang boleh membuatkannya ketawa. Bayi belajar bahawa objek boleh hilang dan muncul kembali.
16. Main dengan warna. Pilih satu warna dan suruh si bayi cari objek lain yang sama warna sewaktu berjalan atau menaiki kereta bersama. Kemudian, suruh dia memilih warna untuk anda pula mencarinya.
17. Biarkan dia bermain dengan makanannya. Apabila anak sudah boleh makan, hidangkan makanan dengan tekstur berbeza termasuk kacang pis dimasak, bijirin, pasta atau cebisan daging dikisar. Dia dapat berlatih mencubit dan meneroka deria rasanya.
18. Jangan lupa rehat. Luangkan masa beberapa minit sehari dengan hanya duduk atas lantai bersama bayi tanpa muzik, cahaya terang serta mainan. Biarkan anak meneroka dan lihatlah ke mana dia membawa anda.