Oleh Norkumala Awang
Cara hidup dan pengamalan yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW boleh dijadikan panduan kepada semua umat manusia kerana baginda merupakan contoh yang terbaik untuk diteladani dalam menjaga kesihatan badan. Dalam buku Tibb al-Nabawi, Ibn Qayyim al-Jauziyah menyatakan bahawa semua jenis perubatan mengandungi sama ada amalan pemakanan tertentu atau pun langkah pencegahan. Oleh itu, tidak hairanlah pemakanan merupakan asas penting dalam penjagaan kesihatan sama ada untuk mencegah penyakit mahupun mengekalkan kesihatan yang berterusan.
Namun, jika diimbas kembali sorotan sejarah, bagaimana tokoh-tokoh ilmuwan Islam dahulu menjadi cendekiawan yang mampu menguasai pelbagai bidang? Bagaimana kebijaksanaan mereka boleh dijadikan contoh teladan kepada generasi kita pada masa sekarang? Bagaimana keintelektualan ilmuwan Islam dahulu menjadi perintis kepada pelbagai bidang ilmu yang wujud pada masa kini?
Semuanya bermula dengan contoh teladan yang dipamerkan oleh Rasulullah SAW termasuklah dalam menjaga hal ehwal pemakanan yang menjadi asas penting dalam pembentukan kesihatan jasmani dan rohani yang akhirnya akan menterjemahkan kecemerlangan sesebuah masyarakat atau tamadun. Menyoroti kembali bagaimana amalan pemakanan sunah yang boleh dijadikan contoh dan diamalkan oleh semua umat manusia seperti mana yang digariskan oleh al-Ghazzali dalam Ihya' Ulumuddin.
Al Ghazzali menyenaraikan tujuh adab sebelum makan yang perlu dijaga, juga adab ketika makan agar makanan diberkati oleh Allah SWT dan juga adab selepas makan. Garis panduan ini merangkumi tata cara yang perlu diikuti agar makanan yang kita makan diberkati dan seterusnya mendapat ganjaran daripada Allah SWT.
Asas adab-adab inilah yang akan membentuk peribadi, dan akhirnya kehebatan sesebuah masyarakat terserlah.
Antara tunjuk ajar tentang adab selepas makan yang digariskan oleh al-Ghazzali ialah berhenti makan sebelum kenyang. Memetik sabda Nabi Muhammad SAW yang diriwayatkan oleh al-Tarmizi, Ahmad, Ibn Majah dan al-Nasai: "Tidak ada bekas yang diisikan oleh anak Adam yang lebih keji daripada perut. Cukuplah bagi anak adam dengan beberapa suapan yang membetulkan tulang belakangnya. Dan sekiranya ia terpaksa melakukannya juga maka satu pertiga untuk makanannya, satu pertiga untuk minumannya dan satu pertiga untuk nafasnya."
Jelas kepada kita, jika makan sehingga kekenyangan akan mendatangkan kemalasan dan kelembapan akal untuk berfikir serta akhirnya kemudaratan penyakit. Bukankah itu akan menyebabkan kelemahan kepada sesebuah masyarakat dan tidak akan menjadikan ummahnya berdaya saing?
Pada zaman moden ini, manusia telah mengenepikan adab-adab dan sunah Rasulullah di dalam makan minum mereka. Maka tidak hairanlah sekiranya umat Islam kini menjadi lemah hasil daripada kelemahan tubuh badan mereka dan tidak mampu memajukan diri dengan keberhasilan akal yang cemerlang melalui tubuh yang sihat dan cergas. Banyak disiplin yang ditekankan dalam Islam, diabaikan oleh umat manusia.
Jika diperhatikan, masyarakat hari ini makan dan minum secara berlebihan serta suka membazir. Berhubung dengan aspek ini, Ibn al-Qayyim al-Jauziyah berkata, " Sesungguhnya perut jika dipenuhi dengan makanan akan menyempitkan ruang untuk minuman dan sekiranya perut itu dipenuhi dengan minuman, akan menyempitkan ruang untuk nafas dan terdedahlah baginya kesakitan dan keletihan dan jadilah keadaannya seperti pemikul barang yang amat berat. Dan ini merupakan punca kepada kerosakan hati dan kemalasan anggota untuk taat beribadah dan akan menggerakkan syahwat yang lazimnya disebabkan oleh kekenyangan.
Sekiranya perut seseorang itu dipenuhi dengan makanan, ini akan memudaratkan hati dan badannya jika ia merupakan amalan yang berterusan. Tetapi andai kata kekenyangan ini hanya berlaku sekali sekala, maka tidaklah mengapa". Jelas kepada kita, kemudaratan daripada makan dan minum secara berlebihan ini akhirnya berbalik kepada diri sendiri dan masyarakat. Hasil daripada kekenyangan yang melampau, seseorang tidak mampu berfikir dengan cemerlang dan tidak produktif.
Antara lain tata cara mengenai pemakanan yang boleh dijadikan panduan dalam memajukan diri dan agar tidak pasif dalam mengeluarkan buah fikiran ialah tidak tidur selepas makan. Ibn al-Qayyim al-Jauziyah mengutarakan: "Di antara nasihat tabib-tabib untuk mereka yang hendak menjaga kesihatan ialah berjalan beberapa langkah selepas makan malam walaupun sehingga 100 langkah dan jangan terus tidur selepas itu kerana ini boleh mendatangkan kemudaratan yang besar.
Barangkali, kita tertanya-tanya, kenapa tokoh-tokoh Islam dahulu begitu hebat sehinggakan mampu menghafaz al-Quran, hadis-hadis dan menguasai bidang ilmu yang pelbagai. Bagaimana mungkin untuk kita mewarisi ketinggian ilmu yang dimiliki oleh mereka jika perkara asas dalam pemakanan tidak diendahkan. Belum mengambil kira bagaimana dan apakah makanan yang mereka makan, tetapi tentang adab dan tata cara makan yang diamalkan oleh mereka pun belum dapat dilaksanakan sepenuhnya oleh kita pada hari ini. Usahkan memiliki ilmu seperti tokoh-tokoh terdahulu, amalan dan gaya hidup mereka pun belum mampu kita hayati sepenuhnya dalam kehidupan ini.
Apa yang termampu kita usahakan ialah melaksanakan dan menambah baik amalan dan gaya pemakanan kita berlunaskan sunah yang diajarkan oleh Rasulullah SAW agar apa yang diajar akan terus dapat diterap dalam kehidupan kita sedikit demi sedikit. Kelemahan kita pada hari ini bukanlah disebabkan agama tetapi disebabkan umat yang tidak mengamalkan ajaran yang terkandung di dalamnya. Oleh itu, untuk kesinambungan kegemilangan ilmu ilmuwan Islam terdahulu, kita sebagai masyarakat dalam pandangan semasa perlulah mencontohi dan mengamalkan apa yang telah dianjurkan dalam agama seterusnya melahirkan masyarakat yang cemerlang jasmani dan rohani.
[Utusan Online, 30/05/2008]
Friday, May 30, 2008
Thursday, May 29, 2008
Sifat hati (7)
Mengagumi diri (ujub)
Maksud ujub ialah menganggap dan merasakan dirinya lebih daripada orang lain seperti membanggakan dirinya lebih berilmu, lebih banyak ibadah dan sebagainya. Tanpa bimbangkan kehilangan perkara-perkara tersebut dan melupai yang ianya pemberian dari Allah swt kepadanya. Ujub ini adalah punca kepada sifat takbur.
Sifat ujub ini suatu kelakuan hati yang sangat berbahaya dan tercela. Dia membinasakan ibadah dan menghilangkan pertolongan Allah swt.
Dan (ingatlah) peperangan Hunain, iaitu pada waktu kamu menjadi bongkak kerana banyaknya jumlahmu, maka jumlah yang banyak itu tidak memberi manfaat kepadamu sedikit pun. [Surah At Taubah: 25]
Ibnu Mas'ud ada berkata: Kebinasaan itu berpunca daripada dua perkara – pertama, putus asa dari rahmat dan kurnia Allah swt, kedua, merasakan diri lebih daripada orang lain lalu memandang lekeh kepadanya.
Firma Alllah swt,
Bermegah-megah telah melalaikan kamu, sampai kamu masuk ke dalam kubur. [Surah Al-Takathur:1-2]
Wednesday, May 28, 2008
Penoreh getah kreatif
Alat yang murah dan mudah untuk menjana RM11,000. Modal yang kecil ini sangat berbaloi kepada penoreh getah untuk menoreh sepanjang tahun tanpa perlu risau apabila hujan.
Bahan-bahan untuk membuatnya pun senang: kain payung hujan, gelung gentian dan getah bitumin.
Kebaikan tambahan lain ialah melindungi susu getah daripada bercampur air hujan, percepatkan susu getah membeku dan menambah pendapatan. Di samping itu, alat yang diberi nama "pelindung susu getah" boleh bertahan lebih daripada setahun.
Idea daripada Khalid, seorang penoreh getah, tercetus ketika beliau melihat lampu tanglung. Kaitan di antara tanglung dan menoreh getah telah memberi ilham kepadanya untuk menyelesaikan masalah tidak boleh menoreh ketika hujan.
Proses penggunaan alat ini juga tidak sukar. Tempat yang hendak ditoreh dililit dengan kain payung yang dikembangkan dengan menggunakan gelung fiber. Manakala getah bitumin digunakan untuk meletakkan gelung fiber pada batang pokok.
Bagi pemilik kebun getah, inilah masanya untuk menambah pendapatan kerana harga getah pun sudah tinggi ketika ini. Kesempatan untuk mendapatkan pendapatan yang besar daripada industri getah tidaklah menjadi suatu yang sukar jika kita meletakkan matlamat yang hendak dicapai. Pekebun getah yang berpandangan jauh akan terus berfikir dan meracang bagaimana mereka boleh mempelbagai teknik torehan dan cara yang terbaik memaksimumkan pengeluaran susu getah.
Barangkali "pelindung susu getah" ciptaan Khalid boleh ditingkatkan kualitinya dengan kerjasama universiti tempatan supaya alat tersebut dapat dikomersialkan secara agresif. Manfaatnya adalah untuk golongan pekebun dan penoreh getah juga.
Kaedah didik, cegah tangani kes buang bayi
Oleh Mohd Hilmi Ramli
Kes empat bayi berusia tujuh bulan hingga satu tahun yang berjaya diselamatkan sebelum dijual kepada beberapa keluarga yang memerlukan anak angkat menunjukkan kesungguhan polis menumpaskan sindiket jual dan beli bayi. Kes berkenaan sekali gus memperlihatkan kegiatan tidak bermoral itu masih terus berlaku di negara ini.
Namun, satu lagi isu berkaitan jenayah dan moral yang perlu ditangani ialah kes pembuangan bayi. Terbaru, seorang bayi lelaki ditemui mati di Sungai Kuantan, Pahang oleh seorang nelayan. Mayat bayi itu dipercayai masih baru dilahirkan ketika dibuang ke dalam sungai kerana tali pusatnya masih belum ditanggalkan ketika mayat dijumpai.
Barangkali wanita melahirkan bayi itu ingin menyembunyikan kewujudan bayi itu dengan menghumbannya ke dalam sungai. Perbuatannya secara tidak langsung ingin membunuh bayi untuk menutup keaibannya.
Sebelum ini, ada satu kes pada Mac tahun lalu membabitkan seorang bayi lelaki dijumpai masih hidup dalam sebuah tandas di sebuah masjid di Rompin. Bayi itu dijumpai seorang wanita ketika ingin menunaikan solat Maghrib. Bayi yang diletakkan di atas sinki, kelihatan sihat dan bersih. Namun, bayi ini bernasib baik kerana dibiarkan hidup dan ditinggalkan di tempat yang mulia, iaitu masjid. Mungkin wanita itu mengharapkan ada seseorang yang menjaga dan memeliharanya.
Gejala pembuangan bayi di negara menunjukkan peningkatan. Tiada petanda atau kayu ukur mengatakan gejala ini kian berkurangan. Ada ketikanya, bayi baru dilahirkan ditamatkan riwayatnya dengan cara hina seperti dibuang di sungai, tong sampah, mangkuk tandas dan sebagainya. Ada pula bernasib baik, bayi itu ditinggalkan di tempat selamat dan akan ada yang mengambilnya. Secara moralnya, kedua-dua perbuatan adalah terkutuk dan tidak bermoral.
Sebenarnya, gejala pembuangan bayi adalah cerminan daripada gaya hidup tidak sihat yang ditunjukkan sekelompok masyarakat hari ini, tanpa mengira kaum atau agama. Masyarakat kita sedang melalui satu fasa genting. Persoalan moral dan akhlak bukan lagi pertimbangan utama dalam setiap keputusan.
[Berita Harian Online, 28/05/2008]
Sunday, May 25, 2008
Siapa lagi yang akan bersama Pak Lah?
Keputusan Majlis Tertinggi UMNO untuk menerima keputusan Tun Dr. Mahathir keluar daripada parti UMNO menyelesaikan sementara kemelut kepimpinan parti itu. Sebagai bekas Presiden UMNO dan perdana menteri selama 22 tahun, tindakan Dr. Mahathir memberi kesan yang sangat besar ke atas ahli parti, parti pembangkang dan juga rakyat Malaysia. Dalam sejarah politik Malaysia, semua bekas perdana menteri kecuali Tun Abdul Razak tidak lagi bersama UMNO selepas mereka berhenti menjadi perdana menteri.
Dalam kes Dr. Mahathir, tindakannya itu amat berkaitan dengan keyakinan ke atas kepimpinan Presiden UMNO dan perdana menteri ketika ini, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Banyak alasan yang dikemukakan oleh Dr. Mahathir berkisar pada kepimpinan. Beliau melihat pemimpin amat penting untuk mentadbir negara, bukannya diserahkan kepada anak dan menantu atau sahabat handai.
"UMNO yang ada sekarang hanya wujud untuk meyokong Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, keluarganya dan tindakan serta dasar yang tidak secocok dengan kepentingan bangsa, agama dan negara."
Ini kenyataan yang diluahkan oleh Dr. Mahathir untuk mengesahkan sebab-musabab untuk keluar dari UMNO. Baginya, UMNO ketika era Datuk Seri Abdullah bukannya berjuang untuk bangsa Melayu, agama Islam dan negara sebaliknya untuk keluarga dan sahabat handai yang berada di sekeliling pinggangnya. Alasannya mudah. Hal-hal yang berkaitan dengan kepentingan negara seperti Proton, AP dan jambatan Malaysia-Singapura serta beberapa polisi lain telah berbeza daripada hala tuju asal dan berubah sama sekali.
Kepimpinan Datuk Seri Abdulah membawa bencana kepada Barisan Nasional, UMNO, MCA, MIC, Gerakan dan PPP dalam pilihan raya umum yang lalu. Bagi Dr. Mahathir, kekalahan itu seharusnya menjadi tanggungjawab presiden parti, bukannya orang lain. Walaupun ada faktor lain yang menyebabkan perikatan kerajaan kalah di lima negeri, Dr. Mahathir tetap melihat kepimpinan Datuk Seri Abdullah sebagai punca segala-galanya. Prestasi kepimpinannya tidak lagi berkesan sehingga beliau menyifatkan "Datuk Seri Abdullah buta mata dan pekak telinga dan tidak faham mesej ahli BN."
Dr. Mahathir bersifat pejuang yang berani mengambil risiko. Beliau tidak akan mengambil sesuatu tindakan tanpa ada alasan yang kukuh. Justeru itu Mursyidul Am PAS, Dato' Nik Aziz menyifatkan beliau sebagai pemimpin yang sangat pintar. Untuk mengetahui bagaimana beliau mengambil sesuatu tindakan dengan beralasan, peristiwa pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah contoh paling mudah dan berkesan.
Masyarakat umum melihat tindakan pemecatan tersebut adalah kerana perbuatan liwat dan rasuah. Namun ketika itu Malaysia sedang berhadapan dengan kegawatan ekonomi yang sangat parah.
Datuk Seri Anwar sebagai menteri kewangan berkuasa menentukan bentuk penyelesaian terbaik bagi menghadapi kegawatan ekonomi. Sebagai orang kuat IMF dan Bank Dunia, beliau menggunakan pendekatan yang dipakejkan oleh dua institusi berkenaan. Dalam tempoh tiga bulan pertama, pendekatan itu tidak menunjukkan tanda-tanda ekonomi akan pulih. Sebaliknya mata wang ringgit terus merosot.
Beliau terus meminta diberi masa bagi mengekang kegawatan dan menahan asakan pedagang mata wang asing.
Dr. Mahathir yang mulai gelisah dengan prestasi timbalannya agak keberatan untuk memberi peluang kepada Datuk Seri Anwar kerana antara kandungan pakej berkenaan ialah meletakkan Petronas dan PNB di bawah institusi yang mesti ditadbir oleh IMF.
Dr. Mahathir tidak dapat menerima idea berkenaan dan mula membuat tindakan. Mereka yang tidak sehaluan dengannya ditolak ke tepi termasuk Datuk Seri Anwar. Baginya, Petronas dan PNB adalah milik bangsa dan negara, tidak boleh ditukar beli dengan agensi asing yang hendak memusnahkan ekonomi dan sosial negara. Padanya tindakan Datuk Seri Anwar tidak boleh dibenarkan sama sekali.
Selepas itu, Dr. Mahathir memperkenalkan polisi ekonomi yang pro Malaysia dan beliau tidak peduli dengan kata orang.
Langkah pertama ialah menetapkan kawalan mata wang. Sebelum tindakan ini diambil, Singapura merupakan syurga kepada pelabur asing yang hendak menyelamatkan wang mereka. Jumlah wang yang dibawa keluar oleh mereka ini hampir RM200 bilion. Dr. Mahathir memohon dengan ihsan supaya wang berkenaan dapat dipulangkan ke Malaysia supaya ekonomi negara tidak terus menjunam. Tetapi konsep "bisnes adalah bisnes" yang diamalkan oleh kerajaan Singapura sangat menyukarkan dan hanya RM38 bilion yang dapat dikembalikan. Beliau sangat kecewa dan berfikir cara terbaik untuk mengajar Singapura dan mengembalikan wang berkenaan ke dalam negara.
Justeru, sebaik sahaja Datuk Seri Anwar dipecat, beliau memperkenalkan kawalan mata wang di mana ringgit yang diniagakan di luar negara tidak lagi sah diniagakan dalam tempoh yang ditetapkan. Tindakan ini mengejutkan Singapura, para pelabur yang bertebaran di luar negara termasuk penyangak mata wang juga tersentak. Akhirnya, jumlah terkumpul wang ringgit ialah lebih kurang RM500 bilion iaitu satu jumlah yang sangat besar. Ia juga menunjukkan wang ringgit sangat diminati untuk diperdagangkan di luar negara.
Dengan wang yang banyak, bank-bank tempatan dapat memberi pinjaman, bantuan dan modal kepada peniaga. Ekonomi dapat dijana kembali dan menjadi semakin rancak. Dr. Mahathir menyeru rakyat Malaysia keluar berbelanja dan membeli-belah, pasar raya dan kedai diminta mengadakan kempen jualan murah supaya barang-barang dapat dibeli oleh pengguna.
Dengan cara ini, ekonomi domestik negara kurang mengalami tekanan kenaikan harga barang seperti yang berlaku di Indonesia dan Thailand. Rakyat Malaysia masih terus dapat hidup, makan dan berbelanja seolah-olah tidak ada apa yang berlaku.
Tindakan Dr. Mahathir yang berani telah membantu Malaysia bebas daripada hutang. Ia juga menjadi pengajaran bahawa kepimpinan yang gagal membuat keputusan untuk kepentingan negara akan diketepikan secara paksa.
Apa yang dilakukan oleh Dr. Mahathir terhadap Datuk Seri Abdullah adalah jelas iaitu kepimpinan yang lemah. Kita tidak mengetahui dengan tepat apakah alasan sebenar kepimpinan tersebut. Sebaliknya kesan segera penerimaan oleh Majlis Tertinggi UMNO ke atas tindakan Dr. Mahathir ialah beliau tidak diperlukan lagi oleh parti itu.
Dr. Mahathir amat faham apa yang berlaku. Beliau dijangka tidak menubuhkan parti baru untuk menentang Presiden UMNO kerana bergerak melalui pertubuhan bukan kerajaan adalah lebih baik dan kosnya juga rendah. Penyokongnya juga ramai kerana ramai orang yang begitu menyanjungi keberanian beliau sama ada di dalam atau di arena antarabangsa.
Ketegasannya ke atas Israel sentiasa diingati. Semangat "Malaysia Boleh" akan terus menjadi pembakar semangat kepada setiap orang rakyat Malaysia yang berjuang untuk meraih kejayaan. Ideanya yang bernas ketika memberi ucapan atau menulis buku membuka minda dan ruang lingkup cara berfikir dengan meletakka kedaulatan negara sebagai keutamaan. Beliau juga tidak pernah dilihat melelapkan mata dalam sebarang majlis yang dihadirinya.
Berbanding Dr. Mahathir, Datuk Seri Abdullah amat berbeza.
Dr. Mahathir, memimpin Malaysia selama 22 tahun, beliau memecat Datuk Seri Anwar dan melantik Datuk Seri Abdullah sebagai pengganti, kini dia mungkin menyesal dengan keputusan yang dilakukannya enam tahun yang lalu.

Saturday, May 24, 2008
Cabaran institusi perkahwinan
Oleh Siti Shamsiah Mohd Sufi
Perkahwinan dibina disebabkan pelbagai alasan. Apa pun alasan tersebut, tujuannya adalah untuk mencapai sebahagian daripada kesempurnaan hidup.
Perkahwinan yang dibina secara terpaksa, biasanya tidak kekal kerana tiadanya kesediaan untuk bertolak ansur atau saling memberi dan menerima.
Apabila pihak-pihak bersetuju untuk membina perkongsian hidup, setiap pihak akan menentukan sejauh mana kesediaan masing-masing untuk berkongsi dan bertasamuh.
Kesediaan ini bergantung kepada beberapa asas antaranya, tahap ilmu kekeluargaan, keimanan, sikap semula jadi, pengalaman hidup sebelum (termasuk pengalaman orang lain yang dijadikan panduan) dan tidak kurang juga penerimaan nasihat dan pengaruh orang di sekeliling dan dipercayai.
Perubahan gaya hidup semasa sangat memberi kesan kepada persepsi kebanyakan orang mengenai perkongsian hidup. Hakikat kehidupan masa kini sangat mencabar garis panduan yang dikemukakan syariah dalam menyusun kehidupan berkeluarga.
Contoh yang paling mudah apabila pengenalan tanggungjawab dan hak suami isteri secara tradisi dicabar dengan hakikat hari ini yang memperlihatkan kaum Hawa juga bekerja seperti kaum Adam. Kaum lelaki mula mempertikai secara akli tanggungjawab yang terpikul di atas bahu mereka selama berabad-abad.
Mereka bertanya, "Apakah adil dalam keadaan suami isteri bekerja bersama-sama, tetapi pendapatan yang diraih oleh kaum suami perlu diagih kepada pelbagai bentuk nafkah, tetapi sebaliknya, kaum isteri boleh menikmati pendapatan mereka secara mutlak? Kesediaan isteri untuk memberi sumbangan hanyalah atas dasar sukarela (tabarru'), tidak wajib walaupun sememangnya berpahala."
Sebaliknya, apabila isteri bekerja maka tugas-tugas yang secara tradisi dilakukan oleh kaum ibu telah berpindah tangan. Penyediaan keperluan rumah yang biasanya dilakukan secara manual oleh isteri telah diganti dengan pelbagai bentuk pilihan, antaranya oleh pembantu rumah, pembelian dari kedai, perkhidmatan secara bergerak, taman asuhan dan sebagainya.
Fenomena ini menimbulkan rungutan oleh kaum bapa yang sangat merindui hasil tangan isterinya. Sehingga sumbangan material atau kos lepas yang diberikan isteri daripada hasil titik peluhnya bekerja tidak mampu menyaingi hasil tangan isteri tersebut.
Fenomena ini secara zahir seolah-olah bertentangan dengan maksud hadis riwayat al-Bukhari yang menyatakan bahawa kaum lelaki penjaga kepada ahli keluarganya dan isteri pula penjaga rumah tangganya.
Dalam kita mencari tokoh-tokoh wanita Muslim yang dijamin masuk ke dalam syurga, antaranya adalah dari kalangan mereka yang sangat patuh dan setia terhadap suami masing-masing.
Tercabar
Dunia perkahwinan pada hari ini mungkin tercabar dengan kisah-kisah tradisi Islami yang kebanyakannya memperlihatkan tentang sifat wanita yang lembut atau naif, berbanding dengan sifat wanita hari ini yang jauh lebih canggih atau sofistikated.
Malah pandangan kaum lelaki semasa tentang wanita juga begitu ketara bezanya. Rata-rata lelaki pada hari ini lebih bangga sekiranya memiliki pasangan yang bukan sahaja cantik dipandang, tetapi mempunyai kedudukan dari segi sosial yang baik, berpendidikan tinggi, memiliki kerjaya yang mantap dan dipandang tinggi masyarakat.
Dari satu sudut yang lain pula dikatakan surirumah sepenuh masa mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi untuk mengalami kemurungan (depression) berbanding wanita yang mempunyai pekerjaan tertentu.
Sebaliknya, memiliki pekerjaan boleh dikatakan bahawa seseorang itu dapat meluaskan 'dunia hidupnya'; ada cabaran yang harus diselesaikan dan ia memberi kepuasan dan kebahagiaan selain imbuhan daripada penyelesaian terhadap masalah (tugas) tersebut.
Pekerjaan yang dimiliki memberikannya dunia perhubungan yang lebih luas dan hebat; pelbagai ragam manusia menjadi sebahagian daripada pengisian diari hidup dengan pelbagai corak dan warna.
Kemuncak kepada pekerjaan itu ialah pengiktirafan terhadap kewujudannya dalam dunia kerjaya yang diceburi dan ia metafora kepada kepuasan dan keceriaan minda dan emosi.
Malangnya, wanita yang sudah memiliki keluarga, cantik dan berjaya juga turut berdepan dengan cabaran yang tidak kurang hebatnya. Tidak sedikit wanita yang memiliki kelebihan-kelebihan ini sering didatangi dan didampingi lelaki-lelaki yang teruja terhadap wanita sebegini.
Ruang semakin besar untuk mendampinginya sekiranya rumah tangga mempunyai masalah, dan tentunya jati diri wanita tersebut semakin tercabar. Maka tidak hairan jika kajian menunjukkan bahawa sebahagian sebab, yang harus diberi perhatian, daripada perceraian yang berlaku antara pasangan adalah kerana pertelingkahan berlaku dalam rumah tangga tetapi perbincangan untuk mencari penyelesaian gagal untuk dilakukan. Dan pada masa yang sama orang ketiga menjadi pemangkin yang hebat dalam membesarkan belenggu rumah tangga.
Puteri Rasulullah SAW, Fatimah az-Zahrah bertanya kepada ayahandanya tentang wanita yang dijamin masuk syurga dan Baginda menunjukkan seorang wanita tanpa menceritakan ciri-ciri yang dimiliki oleh wanita tersebut. Demi mendapatkan jawapan, Fatimah menziarahi wanita itu dan melalui beberapa detik pengalaman.
Apa yang beliau dapati sebenarnya sangat mudah bagi seorang wanita yang menjadi isteri untuk memasuki syurga; menunggu kepulangan suami dari bekerja dengan penuh sabar dan bercantik-cantik untuk suami, mendapatkan izin daripada suami untuk membuat sebarang keputusan yang berkaitan dengan hak suami dan menawarkan diri untuk dihukum sekiranya pada anggapan suami, dia telah berbuat salah.
Tradisi
Malangnya, keadaan ini sangat dicabar oleh perubahan masa. Antara persoalan yang timbul, adakah disebabkan wanita mempunyai kebebasan untuk bekerja maka ia mengundang kepada kemungkinan yang besar untuk menjadikan wanita sebagai isteri yang tidak taatkan suami, dan yang jauh lebih buruk mengundang secara senyap kepada gejala sosial?
Adakah masyarakat akan menjadi lebih tenteram sekiranya wanita pada hari ini lebih digalakkan untuk memainkan semula peranan tradisi mereka? Dan kisah-kisah silam wanita yang bekerja atau menjadi usahawan juga kurang kita dapati dan ia tidaklah popular.
Bagaimana pula sekiranya negara memerlukan sumbangan kepakaran dalam bidang-bidang tertentu sekiranya kepakaran itu hanya dimiliki oleh orang tertentu dan mereka dari kalangan wanita?
Sehubungan dengan persoalan ini juga, bagaimana halnya bagi wanita yang memiliki kebijaksanaan yang tinggi untuk menyempurnakan kebijaksanaan mereka sekiranya kita bersetuju bahawa negara akan menjadi lebih aman apabila unit keluarga yang menjadi teras negara berada dalam bentuk institusi keluarga Islami secara tradisi?
Tidak dinafikan wujudnya wanita sebagaimana yang ditemui oleh Fatimah az-Zahrah dan rela dihukum oleh suami demi mendapatkan keredaan Allah SWT dalam hidupnya.
Namun, rata-ratanya kita pada hari ini lebih memilih prinsip hidup saling percaya-mempercayai dan hormat-menghormati kerana kita mempunyai ilmu tentang kebebasan asasi dan hak sama rata dan ia juga dilindungi oleh syariah.
Wanita hari ini sangat berharap agar kaum lelaki menghormati mereka dan harapan yang sangat tinggi itu lahir daripada keadaan yang kita lihat pada hari ini; begitu banyak perdayaan dan penganiayaan yang berlaku terhadap kaum wanita termasuk di kalangan isteri.
Semakin naif atau lurus wanita itu, maka semakin banyak penganiayaan yang diterimanya. Kenyataan ini tidaklah menafikan tentang wujudnya suami yang cedera parah kerana kezaliman secara jasmani oleh pihak wanita/isteri, tetapi kajian lebih banyak menunjukkan penganiayaan yang berlaku adalah di pihak yang satu lagi.
Saranan yang disediakan oleh agama Islam adalah seawal mencari pasangan hidup. Apabila Baginda Rasulullah SAW menyarankan kepada pemuda Muslim supaya mengutamakan agama sebagai syarat utama dalam mencari pasangan hidup, ia juga seharusnya dijadikan sebagai saranan yang popular kepada gadis Muslim.
Kini sudah tidak sesuai bagi kaum Hawa hanya menjadi penurut dengan anggapan keredaan itu adalah jambatan mutlak untuk meraih pahala di dunia.
Suami yang salih sebenarnya adalah wadah yang paling mudah bagi golongan wanita untuk mencari kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Dan ia disokong oleh faham kufu yang dijelaskan secara terperinci oleh para ulama supaya kesaksamaan berlaku kepada kedua-dua belah pihak, suami dan isteri.
Sebenarnya, ada sesetengah perkara yang disyariatkan oleh Allah melalui Kitab-Nya yang harus diterima dengan penuh keimanan dan ketundukan. Apabila lelaki dipertanggungjawab oleh Allah sebagai ketua keluarga dengan beban tanggungjawab yang besar, seharusnya ia diterima tanpa sebarang pertikaian.
Hikmah yang tersembunyi di sebalik pertanggungjawaban tersebut melalui wahyu yang diturunkan tidak terjangkau oleh sifat munasabah akal manusia. Begitu juga sebaliknya bagi kaum Hawa pula, setinggi mana pangkat yang dikecapi, tinggi lagi makam syurga untuk dicapai.
[Utusan Online, 23/05/2008]

Friday, May 23, 2008
Bas Durian Burung tipu penumpang
Saya nak kisahkan di sini tentang mimpi ngeri saya baru-baru ini ketika menjadi penumpang bas ekspress Durian Burung. Diharap dengan pengalaman saya ini akan menjadi panduan kepada kawan-kawan yang lain agar berhati-hati dengan perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat pengendali bas ekspres terutamanya bas Durian Burung.
Kisahnya begini....
Pada 17 Mei 2008 yang lalu saya telah membeli tiket untuk perjalanan ke Perlis bagi satu tugas rasmi di sana. Saya memilih bas Durian Burung kerana memandangkan bas tersebut digambarkan sebagai bas yang selesa dan tepat waktu perjalanannya. Saya membeli tiket untuk perjalanan pada pukul 10.30 malam di kaunter tiket Durian Burung. Bas yang akan saya naiki bernombor KBG 7000 seperti yang tercatat ditiket yang saya beli.
Lebih kurang jam 10.00 malam saya turun ke platform 15 stesen Puduraya untuk menaiki bas. Sehingga jam 10.40 malam saya tidak nampak bas Durian Burung berada di platform tersebut. Saya naik semula ke atas dan bertanya di kaunter tiket sama ada bas telah tiba. Saya diberitahu bahawa bas dalam perjalanan dan akan tiba pada bila-bila masa. Sehingga jam 11.20 malam bas masih belum kelihatan. Saya naik semula dan bertanyakan di kaunter. Jawapan yang sama saya terima iaitu bas masih dalam perjalanan masuk ke Puduraya dan akan tiba pada bila-bila masa. Saya turun semula ke platform 15 dan di sana terdapat 5 orang penumpang lain yang juga menunggu bas Durian Burung bernombor KBG 7000.
Salah seorang penumpang menceritakan kepada saya bahawa malam sebelumnya beliau juga mengalami masalah yang sama. Beliau menunggu sehingga jam 2.00 pagi dan akhirnya terpaksa membatalkan perjalanan kerana sudah tidak sanggup lagi menunggu bas yang sepatutnya beliau naiki pada jam 10.30 malam. Beliau telah ditawarkan untuk "ditumpangkan" kepada bas yang lain. Beliau sebaliknya menolak tawaran tersebut dan menunda perjalanan kepada malam ini. Atas sebab itulah beliau ada bersama-sama penumpang bas Durian Burung untuk perjalanan malam ini.
Lebih kurang jam 11.45 malam kami berlima telah diarahkan penjual tiket Durian Burung untuk keluar menunggu di luar perhentian Puduraya. Pada jam 12.15 pagi bas Durian Burung bernombor KBY 2000 tiba di tempat tersebut. Saya dan penumpang-penumpang untuk perjalanan 12.30 pagi diarahkan untuk menaiki bas tersebut. Apabila kami telah mendapat tempat duduk masing-masing tiba-tiba kami berlima dari bas KBG 7000 diarahkan turun kerana tidak cukup tempat duduk. Beberapa orang penumpang telah bertengkar dengan penjual tiket. Mereka tidak puas hati dengan apa yang telah dijanjikan. Saya sendiri tidak mahu masuk campur kerana saya telah keletihan dan ingin agar perjalanan dapat disegerakan. Penjual tiket tadi mula berkasar dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap kami. Kami seolah-olah penumpang yang tidak dikehendaki di dalam bas tersebut. Antara kata-katanya ialah "Awak semua tak boleh naik bas ni sebab bas yang sepatutnya awak semua naik telah rosak. Bas ini adalah untuk yang membeli tiket untuk perjalanan pukul 12.30 ."
Beberapa penumpang lain yang panas hati kemudiannya meminta supaya wang mereka dipulangkan dan penjual tiket bersetuju berbuat demikian. Saya sendiri tidak bersetuju untuk membatalkan perjalanan kerana saya mempunyai tugas penting di Kangar pada jam 8.00 pagi nanti.
Penjual tiket itu mula mengeluarkan kata-kata kurang sopan kepada saya. Saya kemudiannya meminta penjual tiket tersebut supaya menjelaskan kepada saya di manakah bas Durian Burung bernombor KBG 7000 yang sepatutnya saya naik untuk ke Perlis. Dia dengan kasarnya berkata "Mana saya tahu bas itu pergi mana sebab bukan saya yang bawa bas tu."
Saya membuat rumusan bahawa tiket dijual untuk perjalanan yang tidak pasti waktunya. Tiket akan dijual untuk perjalanan jam 10.30 malam, tetapi disebabkan jumlah penumpang tidak mencukupi untuk sebuah bas maka ianya ditunda dari jam ke jam yang lain sehinggalah penuh untuk sebuah bas. Disebabkan taktik menjual tiket cara ini dilakukan di kaunter-kaunter di Kajang dan Puduraya akhirnya terjadilah kes terjual lebih tiket dari tempat duduk.
Oleh sebab saya dah penat dan tak mahu melengahkan perjalanan penumpang-penumpang yang lain maka saya meminta supaya saya diberikan tempat duduk pemandu ganti (reserve seat). Setelah berdolak dalik beberapa ketika akhirnya penjual tiket tersebut bersetuju dengan permintaan saya. Bas kemudiannya mula bergerak dan saya turun ke tingkat bawah untuk mendapatkan tempat duduk yang dijanjikan. Apabila saya bertanyakan tempat duduk saya , pemandu bas menyuruh saya duduk sebentar di atas tangga dan berjanji akan memberikan tempat duduk kepada saya apabila bas telah keluar dari kawasan Kuala Lumpur. Saya bersetuju dan hanya duduk di atas tangga bas.
Apabila sampai di hadapan Kompleks Kotaraya bas tersebut tiba-tiba berhenti dan menumpangkan seorang lagi penumpang. Saya lihat penumpang tersebut menghulurkan wang RM20.00 kepada pemandu untuk perjalanan sehingga Butterworth. Penumpang tersebut juga duduk bersama-sama saya di atas tangga.
Apabila tiba di stesen minyak Shell selepas Tol Jalan Duta pemandu bas menawarkan sebuah kerusi plastik rendah untuk saya duduk. Oleh sebab kerusi tersebut terlalu sempit dan rendah maka saya mengambil keputusan untuk terus duduk di atas tangga. Saya langsung tidak dapat tidur sepanjang perjalanan sehinggalah tiba di Butterworth, Pulau Pinang apabila ada penumpang mula turun. Saya naik ke tingkat atas untuk mendapatkan tempat duduk. Saya kemudiannya tertidur sehinggalah bas tiba di stesen bas Alor Star. Semua penumpang turun kerana mereka mengambil tiket sehingga Alor Star sahaja. Saya kemudiannya diarahkan oleh pemandu untuk turun di sini. Saya bertanya kepada pemandu mengapa saya harus turun di Alor Star sedangkan saya mengambil membayar tambang sehingga ke Kangar, Perlis. Pemandu hanya berkata "Bas ini hanya sehingga sini saja."
Oleh sebab saya malas nak bertengkar dan saya ingin cepat sampai ke Kangar maka saya turun dan mengambil teksi untuk ke Kangar.
Hari ini saya telah membuat laporan bertulis kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) dan juga Biro Pengaduan Awam mengenai perkhidmatan bas Durian Burung dan sikap kurang ajar penjual tiket di kaunter tiket Bas Durian Burung, kaunter No. 39 Kompleks Puduraya, Kuala Lumpur. Saya juga ada mengepilkan salinan tiket, gambar-gambar bas yang saya naiki, kedua-dua pemandunya serta penjual tiket tersebut.
Saya berharap dengan laporan tersebut pihak-pihak yang berkenaan akan segera mengambil tindakan kepada syarikat-syarikat bas yang sudah banyak kali menipu penumpang. Saya mendapat maklum balas dari rakan-rakan yang lain bahawa bas Durian Burung memang terkenal dengan penipuan menjual tiket tanpa had dan waktu yang tetap. Tapi mungkin penumpang lain malas atau rasa tak berbaloi untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa. Atau mungkin juga laporan telah dibuat tetapi tiada tindakan susulan yang telah diambil.
Saya paparkan kisah ini supaya perkara ini tidak berulang pada masa akan datang kepada orang lain dan berharap anda menjauhi diri dari menjadi penumpang kepada bas ekspres Durian Burung.
[Dipetik dari relexjap@yahoogroups.com]
Thursday, May 22, 2008
Sifat hati (6)
Cintakan dunia
Dimaksudkan dengan dunia di sini ialah sesuatu yang tidak memberi manfaat selepas mati. Firman Allah swt,
Ada pun orang yang melampaui batas, dan lebih mengutamakan kehidupan dunia, maka sesungguhnya nerakalah tempat tinggal(nya). Dan ada pun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya. [Surah An Nazi'at: 37- 40]
Sabda Nabi saw,
Kasihkan dunia itu kepala segala kejahatan. (Riwayat Al Baihaqi)
Kehidupan dan kesenangan di dunia adalah sementara. Kehidupan dan kesenangan di akhirat adalah kekal, dunia tempat berusaha bagi mencapai kebahagiaan di akhirat.
Dunia banyak daya penariknya. Sesiapa yang lemah imannya akan terpikat dengan keindahannya lalu mencintainya sepenuh hati. Maka lupalah dia kepada Allah swt dan kepada akhirat yang semua orang kembali kepadanya.
Ya Allah, jadikanlah kami orang yang mencintai engkau dan berlumba mencari keredhaan engkau.
Wednesday, May 21, 2008
242 kanak-kanak hilang dari Januari hingga Mac
Sebanyak 242 kes kanak-kanak hilang dilaporkan dalam tempoh Januari hingga Mac tahun ini, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Dr. Ng Yen Yen.
Sambil melahirkan kebimbangan dengan jumlah tersebut, beliau berkata, fenomena itu menunjukkan kes kanak-kanak hilang tetap serius dan berterusan pada setiap tahun.
Jelasnya, ini dibuktikan, apabila sepanjang tahun lalu, sebanyak 1,168 kes dilaporkan manakala pada 2006 pula, sebanyak 1,478 kes kanak-kanak hilang.
"Secara purata, sebanyak 3.5 kes kanak-kanak hilang dilaporkan dalam sehari dan hampir 80 peratus kes tersebut membabitkan kanak-kanak perempuan. Angka ini amat membimbangkan kita," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Bengkel Dasar Perlindungan Kanak-Kanak dan Pelan Tindakan Perlindungan Kanak-Kanak, di sini hari ini.
Selain kes kanak-kanak hilang, menurutnya, perangkaan kes penderaan kanak-kanak yang dilaporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga meningkat saban tahun.
Jelasnya, pada 2002, sebanyak 1,242 kes penderaan kanak-kanak dilaporkan dan jumlah tersebut semakin meningkat kepada 2,279 kes pada tahun lalu.
"Peningkatan ini melibatkan hampir sekali ganda dalam tempoh lima tahun dan saya juga dimaklumkan lebih 60 peratus mangsa penderaan ialah kanak-kanak perempuan," ujarnya.
Rentetan daripada itu, Yen Yen memberitahu, kementerian bakal mengemukakan dasar dan pelan tindakan baru, perlindungan kanak-kanak kepada Kabinet selewat-lewatnya akhir bulan depan.
"Oleh itu, kita mengadakan bengkel selama dua hari dengan mengundang Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), pakar akademik dan agensi kerajaan bagi mengusulkan pelbagai cadangan untuk membentuk dasar serta pelan tindakan ini," katanya.
Dalam perkembangan lain, Yen Yen berkata, kementerian telah pun memperkenalkan sebuah program baru bagi membantu kaum wanita dan juga ibu tunggal yang memiliki pendapatan di bawah RM2,000 sebulan untuk meningkatkan taraf hidup mereka.
"Kita memperkenalkan program usahawan mikro untuk kaum wanita yang berminat menjadi peserta dan menjalani kursus selama enam bulan secara percuma bagi membuka pusat pengasuhan kanak-kanak di rumah," jelas beliau.
Menurutnya, bagi merealisasikan program itu, kementerian bekerjasama dengan Persatuan Penjagaan Kanak-Kanak Kebangsaan untuk memberi bimbingan kepada para peserta yang berminat.
Katanya, bagi memastikan program tersebut berjaya, para peserta bukan sahaja diberi kursus, tetapi akan dibantu untuk mempromosikan pusat asuhan mereka selain diberi lesen oleh kementerian.
[Utusan Online, 21/05/2008]

Mungkinkah Karpal sedang buang tebiat ...
Monday, May 12, 2008
Cukuplah Karpal...... .......cukuplah
Pengerusi DAP, Karpal Singh terus menjadi objek serangan pihak media termasuklah ahli-ahli parlimen BN yang berucap di Dewan Rakyat siang tadi. Kontroversi yang beliau cetuskan termasuklah mencabar Raja-raja Melayu mustahil dirasakan dapat reda dalamwaktu terdekat. Bagi BN khasnya Umno inilah peluang terbaikmereka untuk menyerang tokoh pembangkang veteran itu termasuklah menyerang pakatan pembangkang Pakatan Rakyat yang walaupun merupakan pembangkang di Parlimen tetapi memimpin 5 buah negeri.
Dalam akhbar THE SUN hari ini Karpal nampaknya terus mencari musuh, kali ini dengan mengulangi serangannya terhadap PAS pula. Beliau dilaporkan berkata kesungguhan PAS untuk mengekalkan agenda Negara Islamnya sebenarnya menyusahkan PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat. Katanya jika PAS berterusan dengan pendirian ini masyarakat akan berpandangan yang Pakatan Rakyat sebenarnya berkrisis.
Menurut akhbar berkenaan Karpal telah ditemu ramah oleh akhbar berbahasa Cina iaitu Nanyang Siang Pau dan dalam temuramah ituKarpal telah menegaskan bahawa Penasihat PKR Dato Seri Anwar Ibrahim sedang berunding dengan PAS bagi mempengaruhi parti itu agar menggugurkan perjuangan negara Islamnya.
Tambah Karpal ideologi negara Islam PAS ini merupakan penghalang terbesar terhadap kerjasama dalam Pakatan Rakyat dan jika PAS enggan menggugurkan ideologi itu tidak mustahil DAP akan meninggalkan pakatan tersebut.
Pakatan Rakyat katanya mempunyai prospek untuk mempertingkatkan lagi pencapaiannnya dalam PRU yang seterusnya oleh itu PAS wajar menghentikan sebarang kenyataan berhubung ideologinya itu.
Siapa pun tidak berhak memadam atau menggugurkan apa sahaja yangdiperjuangkan oleh PAS, Umno telah berusaha selama lebih 50 tahun, namun gagal, dan kini Karpal pula.
Setahu saya tidak ada mana-mana pemimpin dalam Pakatan Rakyat, yang paling banyak menonjol dan mengadu-domba perpaduan dalam Pakatan Rakyat sendiri selain Karpal, mengapakah begitu? Ancaman untuk keluar meninggalkan Pakatan Rakyat ini saya kira sesuatu yang sangat "childish" atau keanak-anakkan dan tidak langsung mengambil kira kelangsungan kerajaan yang telah sama-sama dibentuk Pakatan Rakyat yang bergantung antara satu sama lain khasnya antara PAS dan DAP sendiri iaitu di Perak dan Selangor.
Langkah yang paling baik bukannya untuk mendesak Anwar berunding dengan PAS, kerana asas perjuangan PAS tidak boleh dirunding-rundingkan, tetapi yang lebih baik adalah untuk Anwar menasihati Karpal secara individu agar menghargai kepercayaan rakyat, menghormati antara satu parti dengan yang lain, ketepikan perbezaan dan kenal pasti persamaan.
Saya yakin dan percaya majoriti pemimpin dan ahli-ahli serta penyokong Pakatan Rakyat sama ada dari PAS, DAP atau PKR tidak bermasalah berkerjasama dan bermuafakat, yang bermasalah nampaknya Karpal seorang, lalu apa yang sebaiknya dilakukan?
[Petikan dari hidayahnet@yahoogroups.com]

Monday, May 19, 2008
48 prinsip kejayaan
Penulis: Z. Mohd. Ismail
Muka surat: 260
48 Prinsip Kejayaan! Itulah tajuk buku ini, suatu tajuk yang diharap dapat menarik perhatian setiap masyarakat. Kerana kejayaan adalah sesuatu yang diimpikan oleh semua orang.Kejayaan yang dimaksudkan dalam buku ini bukanlah bermaksud untuk duniawi semata-mata tetapi merangkumi kejayaan kehidupan akhirat juga.
Membaca buku ini seolah-olah anda berada dalam dunia yang penuh dengan semangat dan rangsangan. Ia menjadi panduan mudah untuk difahami, praktikal dan logikal bagi menyorot dimensi falsafah pemikiran manusia.
Buku kecil ini membimbing pembaca untuk menilai sama ada telah melalui kehidupan yang penuh dengan semangat atau mengaku kalah. Kisah-kisah yang dikongsi bersama secara tidak langsung menggerakkan pemikiran negatif kita kepada positif melalui perubahan persepsi terhadap sikap, cita-cita dan usaha.
Bagaimana buku ini membantu pembaca membuat transformasi?
Pertama, menanam keyakinan diri dengan menguasai pelbagai bidang kemahiran. Keyakinan tidak dapat dijayakan tanpa memahami bagaimana cara menggerakkan daya usaha ke arah keyakinan tersebut. Penulis buku menunjukkan kaedah mudah melalui pengalaman, cerita-cerita, kata-kata motivasi dan kajian yang menyentuh minda sedar dan minda separa sedar pembaca untuk mencapai kejayaan hidup.
Kedua, membina kredibiliti dengan melakukan perkara yang betul atas alasan yang baik. Kredibiliti sangat terikat dengan kebenaran, kejujuran dan sifat boleh dipercayai. Melakukan perkara yang betul menjimatkan masa dan tenaga tetapi untuk mempastikan perkara itu betul, ia perlukan penelitian dan pemahaman yang jelas. Semua maklumat yang penting mesti diperoleh dan diperhalusi satu demi satu. Bertindak melakukan perkara yang betul akan lebih berkesan jika dibuat kerana alasan yang baik. Terlalu banyak alasan baik yang boleh disandarkan seperti membantu, memberi khidmat, membimbing atau meringankan kesusahan orang lain.
Ketiga, menguasai keadaan di sekeliling. Hari ini suasana di sekitar kita sangat cepat berubah. Ambil saja teknologi telefon bimbit. Setiap bulan ada sahaja model baru yang dilancarkan dengan pelbagai aplikasi dan daya tarikan. Dengan keluarnya model baru, model lama tidak lagi menjadi pilihan walaupun harganya lebih rendah. Jika kita tidak senditif dengan perubahan, keadaan persekitaran akan menguasai kita sedikit demi sedikit.

Ulasan Editor: Buku ini ditulis sebagai panduan kepada pembaca yang inginkan maklumat untuk berubah. Ia memberi kerangka awal kepada hala tuju perubahan yang hendak dilakukan dan memberi resepi yang baik untuk memilih perubahan tersebut. Bagaimanapun yang paling utama ialah buku ini adalah panduan yang sangat berguna dan menunjukkan langkah demi langkah bagi menjadikan impian kepada kenyataan.
Anugerah biasiswa dan hak istimewa Melayu
Pemberian biasiswa kepada pelajar-pelajar yang berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2007 masih menjadi isu. Saban tahun juga isu ini akan berulang. Bagi pelajar yang berjaya mendapat biasiswa daripada kerajaan, mereka akan berasa puas dan bangga kerana susah-payah mentelaah pelajaran diakhiri dengan habuan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran. Bagaimanapun mereka yang gagal, hasrat untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi pilihan pasti belum terlaksana lebih-lebih lagi dalam bidang yang diminati dan menjadi idaman.
Selain Jabatan Perkhidmatan Awam, terdapat banyak agensi yang memberi biasiswa kepada pelajar cemerlang untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Bank Negara contohnya, setiap tahun akan memilih pelajar terbaik untuk dianugerahkan biasiswa dalam pelbagai disiplin ilmu. Bank, syarikat telekomunikasi dan yayasan turut memperuntukkan sejumlah pembiayaan bagi meringankan beban kerajaan menanggung kos pengajian pelajar yang layak ke luar negara.
Berdasarkan jumlah pelajar yang mengambil SPM telah bertambah dari setahun ke setahun, bilangan pelajar yang mendapat 10 A hingga 20A turut bertambah. Bilangan yang ramai ini mewujudkan persaingan yang sengit kepada semua calon yang layak memohon biasiswa bagi merealisasikan impian masing-masing.
Keadaan ini berbeza ketika negara mencapai kemerdekaan atau 30 tahun yang lalu. Pada masa itu tidak ramai pelajar yang berjaya menjejakkan kaki ke universiti kerana saluran ke situ sangat terhad. Bilangan pelajar yang memasuki universiti dari segi kaum juga menunjukkan perbezaan. Sebagai contoh, selepas satu dekad Malaysia merdeka, statistik menunjukkan 3,063 mahasiswa di Universiti Malaya yang mana hanya 1,038 adalah kaum Melayu. Keadaannya berubah selepas berlakunya peristiwa 13 Mei 1969.
Peristiwa 13 Mei 1969 adalah sejarah buruk perpaduan kaum di Malaysia. Kejadian yang berlaku di Kuala Lumpur dan Selangor itu dibayangi sentimen dan emosi perkauman yang menjadi tema dalam kempen pilihan raya umum pada tahun berkenaan.
Laporan rasmi menyatakan 196 orang telah mati, 439 mendapat kecederaan, 39 hilang dan 9,143 ditahan. Kehilangan harta benda dan nyawa ketika tragedi ini menjadi sejarah hitam kepada negara.
Kekalahan teruk parti Perikatan (UMNO-MCA-MIC) dalam pilihan raya 1969 menyebabkan parti-parti pembangkang khususnya parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) meraikan kemenangan dengan berarak di jalan raya.
Perarakan meraikan kemenangan ini bertukar menjadi tidak terkawal kerana pengaruh sentimen perkauman di antara Cina dan Melayu. Perarakan untuk majlis pengkembumian bertukar menjadi kekacauan.
Tunku Abdul Rahman dalam buku "13 Mei Sebelum dan Selepas" menyentuh mengenai perarakan terbesar yang pernah dilihat di Kuala Lumpur pada 10 Mei 1969 untuk pengkebumian seorang pemuda Cina, Lim Soon Seng, 24 tahun yang mati ditembak polis. Tunku melihat kesempatan ini digunakan sepenuhnya oleh parti Buruh untuk berkempen.
Sebelum itu pada 24 April, Encik Kassim Omar seorang petugas UMNO telah dibunuh dengan kejam di Jelutong, Pulau Pinang. Mayatnya telah disimbah dengan cat merah. Pembunuhnya ialah pemuda-pemuda parti Buruh. Bagi mengelakkan sengketa, kerajaan meminta keluarga dan saudara-mara si mati yang berbangsa Melayu tidak menghebahkan kejadian berkenaan.
Gambaran-gambaran tentang apa yang sebenarnya berlaku sebelum dan selepas 13 Mei 1969 boleh diperoleh dalam buku tulisan Tunku Abdul Rahman itu. Di dalamnya disertakan gambar-gambar perarakan, kain rentang yang menghina kerajaan dan kaum Melayu serta penyusupan komunis yang cuba mewujudkan huru-hara di dalam masyarakat.
Tragedi 13 Mei adalah cermin kepada perasaan syak wasangka sesama kaum Melayu dan Cina. Rasa tidak aman terutama kaum bukan Melayu tentang masa depan hidup mereka menjadikan sentimen dan emosi sentiasa dipantau oleh agensi keselamatan negara. Masih terdapat generasi lama yang takut setiap kali pilihan raya diadakan. Mereka mengambil tindakan menyimpan bekalan makanan setiap kali pilihan raya diumumkan kerana masih trauma dengan pergaduhan peristiwa berkenaan.
Dekad-dekad 70-an hingga 80-an adalah tempoh genting untuk Malaysia yang cemerlang. Rakyat Malaysia telah menikmati kehidupan yang lebih baik kesan daripada dasar-dasar yang cekap dan pro kemajuan negara. Pembangunan ini sangat membanggakan. Dua tonggak kepada kemajuan negara dan perpaduan ini ialah kontrak sosial dan Dasar Ekonomi Baru (DEB).
Kontrak sosial
Kontrak sosial adalah persepakatan di antara Melayu dan bukan Melayu bagi memelihara kepentingan bangsa masing-masing sebagai asas rangka perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Ia juga dikenali dengan panggilan Pakatan Murni.
Pembentukan kotrak sosial hanya melibatkan pemimpin-pemimpin moderat dalam UMNO, MCA dan MIC yang menyentuh agama, bahasa, warganegara, kedaulatan raja Melayu dan hak istimewa orang Melayu. Ia juga sebagai prasyarat untuk merdeka daripada Inggeris.
Nasionalis Melayu menganggap Tanah Melayu sebagai hak eksklusif bangsa Melayu dan mahu menjadikan Tanah Melayu sebagai hak mereka manakala kaum Cina dan India turut mencabar hak berkenaan kerana tidak mahu lagi pulang ke China atau India.
Kontrak sosial merupakan kunci kepada kerjasama politik tiga kaum utama untuk mendapat kemerdekaan. Kemudiannya ia diterima pakai dalam penubuhan persekutuan Malaysia pada 16 September 1963 sehinggalah sekarang. Kandungan penting adalah agama Islam sebagai agama persekutuan, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, kedaulatan raja Melayu terpelihara dan hak istimewa orang Melayu dikekalkan. Orang bukan Melayu pula mendapat hak kewarganegaraan yang membolehkan mereka menjadi rakyat Tanah Melayu.
Dasar Ekonomi Baru
Rahmat terbesar selepas peristiwa 13 Mei ialah pengenalan DEB khusus untuk membantu orang Melayu mendapat hak mereka dalam kek ekonomi negara. Ketika merdeka, 98 peratus kekayaan negara berada dalam tangan bukan Melayu. Orang melayu terpinggir di tanah air mereka sendiri.
Dasar ini dilaksanakan untuk mengagih kekayaan negara supaya tidak wujud lagi pengenalan kaum berasaskan kerja. Matlamat 30 peratus penguasaan ekonomi oleh orang Melayu dijayakan selari dengan dasar-dasar instrumen yang baru dan memperkenalkan langkah-langkah khas untuk memastikan matlamat-matlamat nasional DEB tercapai melalui segala kuasa perundangan dan pentadbiran serta sumber-sumber kewangan lainnya.
Dokumen DEB ini diterbitkan oleh Jabatan Perpaduan Negara turut menjelaskan dasar-dasar lain khusus bagi membangunkan bidang pertanian, perikanan dan perhutanan, perkilangan, perlombongan, pembinaan, perdagangan dan perniagaan, kehidupan bandar dan luar bandar serta pendidikan.
Salah satu kejayaan DEB ialah membasmi kemiskinan khususnya orang-orang Melayu. Kadar kemiskinan kaum itu berjaya dikurangkan kepada 16.5 peratus pada 1990.
Pendidikan termasuk dalam bidang yang diberi keistimewaan kepada orang Melayu mengikut perlembagaan Malaysia. Artikel 153 mengenai hak keistimewaan orang Melayu menyatakan biasiswa atau bantuan-bantuan lain dalam pendidikan mesti dilaksanakan selaras dengan peranan Yang di-Pertuan Agong sebagai penanungnya.
Pengerusi Institut Profesional Baitulmal (IPB), Tan Sri Hanafiah Ahmad berkata pemberian biasiswa pelajaran adalah antara hak keistimewaan orang Melayu. Jika ada pelajar Melayu yang berjaya ke universiti tetapi tidak mendapat biasiswa, perkara berkenaan bertentangan dengan hasrat dan kehendak artikel berkenaan.
Penguatkuasaan hak-hak keistimewaan Melayu khususnya dalam pendidikan telah melahirkan ramai golongan Melayu kelas menengah yang menjadi pengimbang kepada keadilan sosial di dalam masyarakat majmuk Malaysia. Generasi DEB telah diberi segala bantuan dan kemudahan bagi memajukan sektor ekonomi melalui penghantaran pelajar-pelajar ke luar negara, pinjaman perniagaan dan keutamaan bagi menjayakan projek pelaburan kerajaan. Mereka lahir sebagai sebuah kumpulan yang bertenaga dan dinamik, memacu pembangunan negara seterusnya meninggalkan legasi yang sangat bererti. Kini mereka mengepalai syarikat-syarikat yang berskala besar dan mampu bersaing di peringkat global.
Perkhidmatan awam juga diisi dengan ramai kaum Melayu. Pada November 1968, Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) mengeluarkan statistik jumlah penjawat awam dalam perkhidmatan awam (tidak termasuk polis dan tentera) yang mencatatkan Melayu adalah 32.2% manakala bukan Melayu 63.74%.
Bagi perkhidmatan pentadbiran, Melayu mencatatkan 57.8% dan bukan Melayu 42.8%. Bagaimanapun jumlah ini sangat berbeza bagi perkhidmatan ikhtisas (tidak termasuk pelajaran) di mana Melayu hanya 19.2% dan bukan Melayu 80.8%, pegawai pelajaran pula menunjukkan bilangan Melayu sangat rendah iaitu 29.9% berbanding bukan Melayu 70.1%.
Perubahan ketara peratusan ini berlaku apabila Artikel 153 dilaksanakan bersungguh-sungguh. Pencapaian orang Melayu yang semakin baik dalam pellbagai bidang dapat menjamin keharmonian negara kerana tidak timbul rasa iri hati golongan majoriti ke atas minoriti.
Perkara yang lebih penting dalam pelaksanaan Artikel 153 ini ialah persepakatan tiga kaum terbesar di Malaysia bagi membolehkan Melayu dan bumiputera menikmati haknya dan bukan Melayu mendapat taraf kewarganegaraan.
Pemberian biasiswa adalah instrumen penting dalam pendidikan orang Melayu kerana sebahagian besar daripada mereka masih berada di kelompok miskin dan di luar bandar, berpendapatan rendah dan masih perlukan sokongan untuk membebaskan diri mereka daripada kemiskinan. Kemajuan dalam pendidikan akan mempercepatkan hasrat dan impian artikel berkenaan diperkenalkan.
Masyarakat bukan Melayu mesti didedahkan dengan bahagian-bahagian penting dalam perlembagaan berkaitan hak keistimewaan Melayu. Tujuannya adalah untuk menambah kefahaman tentang bagaimana menguruskan negara ini dalam keadaan masyarakat majmuk. Selain hak istimewa, kedudukan raja, agama Islam sebagai agama persekutuan dan bahasa Melayu juga mesti dijelaskan. Pendirian Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa kerajaan akan mempertahankan kandungan kontrak sosial ini adalah amat wajar.
Rujukan
Chamil Wariya. (2007). Malaysia: 50 fakta asas kenegaraan. Kuala Lumpur: Global Matrix Sdn Bhd.
Lembaga Penyelidikan Undang-undang. (2007). Perlembagaan persekutuan (hingga 5 Jun 2007). Kuala Lumpur: International Law Book Services.
Mohamad Idris Saleh, Che Su Mustaffa & Fuziah Shaffie. (1994). Sejarah pembangunan bangsa dan negara. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
Tunku Abdul Rahman. (2007). 13 Mei sebelum dan selepas. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
Biasiswa hak istimewa Melayu. (2008). Dilayari pada 18 Mei 2008.
Laman web: http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2008&dt=0518&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_10.htm
Muin Abdul Majid. (2008, Mei 19). Jangan pertikai, politikkan apa yang termaktub dalam perlembagaan: Najib. Dilayari pada 19 Mei 2008. Laman web: http://www.bharian.com.my/Current_news/BH/Monday/Mutakhir/20080519134249/Article/index_html
Friday, May 16, 2008
Pelbagai tanggungjawab terpikul di atas bahu guru
Oleh Rahisam Ramli
Ungkapan ringkas tetapi penuh bermakna pernah diucapkan oleh seorang guru "Hina besi kerana karat, hina manusia kerana tidak berilmu". Ia memberi gambaran umum bahawa ilmu pengetahuan mampu memartabatkan kedudukan manusia dan menyelamatkan diri daripada lembah kehinaan, kemunduran dan kejahilan.
Siapa lagi kalau bukan guru, insan yang wajar kita hormati sehingga ke akhir hayat disebabkan jasa yang tidak mungkin dapat kita balas dengan apa jua cara sekalipun.
Bertepatan dengan tema sambutan Hari Guru pada tahun ini ialah "Guru Cemerlang Negara Terbilang" begitu signifikan terhadap pengorbanan guru dalam menjayakan pendidikan yang bertaraf dunia, merentas sempadan dan masa untuk melahirkan generasi muda yang mampu berkhidmat kepada masyarakat.
Ilmu merupakan nadi penggerak kepada pencapaian unggul terhadap sesebuah bangsa dan negara daripada cengkaman kejahilan. Hanya dengan ilmu jugalah manusia tidak akan mudah terpengaruh dan terjebak dengan budaya yang tidak bermoral dan membinasakan diri sendiri.
Bayangkan di sebalik kejayaan Perdana Menteri ada guru yang pernah mendidiknya. Kejayaan seseorang jutawan juga hasil didikan gurunya. Kita juga tidak boleh menafikan usaha melahirkan saintis dan angkasawan negara tidak akan tercapai tanpa tenaga guru. Malah lahirnya tokoh-tokoh ulama turut mendapat sentuhan ilmu seorang yang bernama guru. Apatah lagi sudah tentu kita tidak dapat menghitung jumlah para pemimpin dan golongan profesional adalah manifestasi daripada jasa warga guru.
Sebagaimana hasrat Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk melahirkan lebih ramai rakyat Malaysia yang mempunyai mentaliti kelas pertama, menambah bilangan manusia yang mempunyai personaliti unggul, merealisasikan Misi Nasional, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2006-2010), Wawasan 2020 serta pelbagai tugasan yang terpikul di atas bahu guru. Tanpa semangat guru yang cemerlang pasti tidak akan terlaksana semua impian dan wawasan negara.
Oleh kerana pentingnya mendalami ilmu pengetahuan ke dalam jiwa manusia maka agama Islam sangat menitikberatkan usaha untuk mencari ilmu pengetahuan, meningkatkan kemahiran dalam pelbagai bidang dan membentuk akhlak manusia ke arah sifat-sifat yang terpuji sepanjang masa.
Jihad
Konsep menuntut ilmu sepanjang hayat dianggap sebagai satu kefarduan dan salah satu jihad yang sangat tinggi ganjarannya di sisi Allah SWT. Ini dapat dibuktikan melalui sebuah hadis Rasulullah SAW daripada Anas bin Malik r.a. berkata: Rasulullah SAW telah bersabda maksudnya "Menuntut ilmu adalah satu kefarduan ke atas setiap Muslim dan Muslimat." (Riwayat Ibn Majah).
Di sebalik saranan daripada hadis di atas yang meletakkan tugas menuntut ilmu sebagai satu ibadat yang perlu dilaksanakan maka sudah pasti sangat memerlukan seorang guru yang mahir dalam dunia pendidikan.
Guru atau pendidik juga berperanan sebagai ejen membangunkan minda ummah, menjadikan kita bangsa yang dihormati dan disegani serta membentuk sebuah negara maju. Dengan komitmen dan kesungguhan yang tinggi maka cabaran untuk memikul tanggungjawab tersebut memerlukan guru yang menyanjung tinggi nilai-nilai kecemerlangan dalam dunia pendidikan masa kini.
Betapa luasnya ilmu pengetahuan yang perlu diterokai oleh manusia turut menuntut kesedaran untuk terus belajar dalam pelbagai bidang. Allah SWT memberi perumpamaan betapa hebatnya ilmu melebihi segala-galanya yang ada di bumi. Firman-Nya di dalam surah al-Kahfi ayat 109 yang bermaksud:
"Katakanlah wahai Muhammad, kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya sebagai bantuan."
Sejarah Islam telah membawa satu mesej yang sangat jelas bahawa kejahilan tidak wajar dijadikan alasan untuk menggagalkan komitmen memartabatkan ummah di persada dunia. Apabila diri manusia telah dihiasi dengan keindahan akhlak Islam maka amat mudahlah untuk menumpukan sepenuh jiwa dan minda agar menjadi masyarakat yang cerdik akalnya daripada dunia kesesatan.
Betapa indahnya dunia ini jika didiami oleh mereka yang celik minda, akal dan hati kerana dapat memberi manfaat kepada orang lain. Ingatlah bahawa Allah SWT memberi amaran keras agar tidak melakukan sebarang kemudaratan atau mendatangkan kemusnahan yang hanya merugikan bangsa dan negara.
Sekadar bertanya, siapakah kita hari ini tanpa guru?
[Utusan Online, 16/05/2008]
Thursday, May 15, 2008
Sifat hati (5)
Cintakan kemegahan
Cintakan kemegahan adalah puncak kebinasaan. Firman Allah swt,
Negeri akhirat itu, Kami jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin menyombongkan diri dan berbuat kerosakan di (muka) bumi. Dan kesudahan (yang baik) itu adalah bagi orang-orang yang bertakwa. (Surah Al-Qasas ayat 83)
Ayat di atas menerangkan bahawa orang yang akan mendapat kebahagiaan di akhirat ialah mereka yang suci hatinya daripada menghadapi dua perkara yang tersebut dan termasuk di dalam ketinggian itu adalah kemegahan.
Tidak mengingini kemegahan bukan bermakna menolak segala jawatan dan dari menjadi pemerintah, yang dilarang ialah bermegah-megah dengan jawatan dan kuasa yang diberi kerana seseorang yang diberi jawatan itu memikul tanggungjawab dan amanah dalam menyempurnakan tugas-tugas yang dipikul ke atasnya. Dia tidak ada kelebihan daripada orang lain.
Masing-masing memikul tugas dan tanggungjawab. Namun yang paling baik ialah melaksanakan tugas dengan sebaik-baiknya dengan jujur dan ikhlas.
Lihat Nabi Yusuf as meminta supaya diberi jawatan menteri kewangan. Negeri yang ditadbir menjadi makmur pada masa dia memikul tanggungjawab dan jawatan berkenaan.
Rasulullah saw, Abu Bakar, Umar, Usman, Ali dan sebagainya telah memegang jawaatan ketua negara. Apa yang menjadi hasrat dan cita-cita ialah menyempurnakan tanggungjawab di dalam menuju keredhaan Allah swt dengan tetap mematuhi dan melaksanakan titah perintah Allah swt itu.

Wednesday, May 14, 2008
Dari nasi lemak ke kilang makanan
Nasi lemak sudah menjadi satu pilihan kepada sebahagian besar rakyat Malaysia setiap hari. Dari pagi sehinggalah ke tengah malam, gerai nasi lemak kerap dipenuhi orang ramai atau lebih tepat lagi "pemburu nasi lemak."
Kegilaan kepada nasi lemak ini bukan sahaja di Malaysia malah sampai ke Singapura. Ada cerita di sekitar tahun 1990-an dulu tentang hebatnya daya tarikan nasi lemak ini, khususnya sebuah gerai nasi lemak di Damansara, Kuala Lumpur.
Seorang lelaki berbangsa Cina dari Singapura mengambil penerbangan awal pagi dari Changi, Singapura dan turun di Subang. Dari sana, dia terus mengambil teksi dan menuju ke gerai nasi lemak di Damansara. Dia menikmati keenakan nasi lemak tersebut, membeli dua hingga tiga bungkus nasi lemak dan mengambil penerbangan tengah hari untuk pulang ke Singapura.
Inilah kegilaan "pemburu nasi lemak," tidak peduli apa sahaja halangan asalkan dapat menikmati keenakan nasi lemak.
Potensi bisnes nasi lemak sangat besar. Ada peniaga nasi lemak yang berniaga di gerai tepi jalan telah menjadi usahawan yang berjaya. Mereka juga mempelbagaikan jenis masakan dan memiliki beberapa buah kilang. Untung perniagaan juga meningkat dari ribuan ringgit kepada puluhan dan ratusan juta ringgit. Pelanggan mereka bukan sahaja di Malaysia malah menjangkau ke Asean dan Timur Tengah.
Kisah kejayaan Rohani Borhan berniaga nasi lemak di Rawang, Selangor boleh dijadikan inspirasi kepada anda yang memasang impian menjadi usahawan nasi lemak.
Kejayaan beliau sehingga berjaya menubuhkan RHB Jaya Enterprise adalah impiannya yang memulakan jualan nasi lemak di gerai dengan modal RM50. Bangun setiap pagi, menyediakan nasi lemak dan membuat simpanan. Kerja lama sebagai kakitangan bank ditinggalkan dengan senang hati kerana yakin potensi bisnes ini akan berjaya satu hari nanti.
Daripada penjual nasi lemak di gerai tepi jalan, RHB Jaya Enterprise telah memiliki sebuah kilang yang mengeluarkan 60,000 bungkus nasi beriyani herbal, gam beriyani, beriyani tomato, beriyani bukhari dan kek coklat setiap bulan. Pasarannya juga semakin meluas di Malaysia dan luar negara.
Rahsia kejayaannya?
Kualiti. Beliau menggunakan bahan masakan dan nasi dari gred yang berkualiti tinggi sahaja.
Tidak berkompromi dengan kebersihan. Beliau pernah memecat pekerja yang mengabaikan kebersihan ini.
Sertai misi perdagangan. Menyertai lawatan dan mengambil bahagian dalam ekspo perdagangan antarabangsa seperti yang dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.
Tuesday, May 13, 2008
Membahagiakan ibu sepanjang hayat
Kasih ibu membawa ke syurga, itulah ungkapan yang sering kita dengar berkaitan dengan kasihnya ibu.
Ungkapan itu memang ada kebenarannya. Siapalah kita tanpa ibu yang melahirkan, tempat menumpang kasih selama sembilan bulan di dalam kandungan, suara lembut, halus yang membisikkan, mendodoikan dengan penuh kasih dan sayang.
Tidak kira manusia atau haiwan, spesies keturunan, kaum mahupun agama kepercayaan, naluri keibuan adalah asli, lahir secara semula jadi tanpa sebarang paksaan.
Mungkin bersempena dengan kasihnya ibu yang tiada batasan, Hari Ibu disambut oleh lapisan masyarakat di seluruh dunia. Negara berlainan menyambut Hari Ibu pada tarikh yang berlainan, mungkin kerana pada sejarah Hari Ibu yang berbeza menurut kepercayaan bangsa yang berlainan.
Terdapat pendapat yang mengatakan bahawa Hari Ibu disambut kerana kepercayaan bangsa Greek kuno yang menyambutnya bersempena ibu kepada Tuhan kaum Greek, yang bernama Cybele. Sambutan ini dibuat di sekitar Vernal Equinoks, dan kebetulannya berada pada 15 hingga 18 Mac setiap tahun.
Kaum Roman kuno pula mengadakan Hari Ibu untuk ditujukan kepada Juno, seorang dewi perkahwinan bagi kaum Roman, merangkap ibu kepada Tuhan mereka. Mereka meraikannya dengan cuti umum yang dipanggil Matronalia.
Sejarah
Hari Ibu banyak berkisar dengan sambutan keagamaan kaum-kaum kuno terdahulu. Namun hakikatnya, Hari Ibu seharusnya sentiasa disambut dan diraikan, Seorang ibu seharusnya sentiasa mendapat layanan yang baik, tidak kira dari anak-anaknya, mahupun suami tercinta. Ini kerana tugas mahupun tanggungjawab seorang ibu itu terlalu luas dan universal.
Allah SWT telah menjadikan fitrah dalam diri manusia untuk mengembangkan keturunan, agar kesinambungan generasi manusia dipertahankan, terutama dalam menjalankan fungsi manusia sebagai khalifah di muka bumi ini. Bagi merealisasikan matlamat tersebut, Allah telah menetapkan wanita sebagai tempat 'penyemaian' benih generasi.
Lantaran itulah, proses kehamilan, melahirkan, menyusukan serta mengasuh anak adalah di antara proses yang terindah dalam kitaran hidup seorang wanita.
Namun harus diingat, di dalam alunan hidup moden ini, wanita yang bergelar ibu turut dilambung gelora tuntutan tanggungjawab yang lebih mendesak.
Pada zaman ini, selain daripada tanggungjawab sebagai ibu dan isteri, seseorang wanita itu turut memainkan peranan sebagai seorang anak kepada orang tuanya, pekerja kepada majikannya, malah mungkin sebagai majikan kepada pekerjanya. Semua itu menuntut pengorbanan yang lebih daripada biasa.
Namun dalam kesemua tanggungjawab yang harus dipikul, peranan sebagai seorang ibu adalah merupakan peranan yang tidak boleh diambil ringan.
Tanpa kerelaan dan keikhlasan seorang ibu yang memelihara janin selama sembilan bulan di dalam rahimnya, tidak akan lahir seorang anak di dunia ini. Kerelaan dan keikhlasan itu diteruskan lagi sewaktu menyusukan bayi, kesabaran mengasuh dan melayan 1,001 kerenah anaknya.
Keikhlasan
Tanpa kerelaan dan keikhlasan seorang ibulah wujudnya kes-kes pembuangan mahupun pembunuhan bayi-bayi yang tidak dikehendaki kelahirannya. Tanpa kerelaan dan keikhlasan seorang ibu untuk mengasuh anaknya jugalah lahirnya generasi yang haus dan dahagakan kasih hingga sanggup menghirup kasih dari takungan yang salah. Kadang-kadang kesibukan sang ibu memenuhi tuntutan hidup menyebabkannya seolah terlupa dan alpa dengan tanggungjawab utama untuk mendidik anak.
Hakikatnya, asuhan dan air tangan ibulah ubat paling mujarab untuk melembutkan hati anak yang fitrahnya sentiasa dahaga bimbingan dan asuhan orang yang mengandungkan dan melahirkan.
Seorang ibu jualah yang selalunya memainkan peranan untuk menentukan arah tuju generasinya sendiri seperti mana yang ia idamkan. Seorang ibu mempunyai senjata yang amat tajam untuk membentuk sahsiah dan jati diri anak-anak asuhannya.
Seorang ibu juga memiliki kekuatan doa untuk anak-anak yang pastinya tidak akan dipersiakan. Hingga wujudnya peribahasa, 'Syurga terletak di bawah tapak kaki ibu'.
Hari Ibu, sempena mengingati kerelaan dan keikhlasan seorang ibu. Namun demikian, sebagai insan yang selama ini berkorban apa sahaja untuk anak-anaknya, Hari Ibu seharusnya menjadi tuntutan dan diraikan sepanjang masa.
Membahagiakan hati seorang ibu adalah tuntutan terpuji. Anak-anak dan suami sentiasa boleh melakukan demikian secara berusaha sama membuat kerja-kerja rumah tangga yang tidak pernah habis. Anak-anak juga boleh sentiasa menjaga hati dan ketenteraman jiwa seorang ibu, hormat, tidak membuatnya susah hati, itu sudah cukup bagi seorang ibu.
Tidak salah membeli hadiah untuk seorang ibu sempena Hari Ibu, namun apa yang paling penting ialah 'hadiah' kasih sayang yang tidak berbelah bahagi buat ibu, wanita paling tinggi hierarkinya dalam tingkat kasih manusia sejagat.
[Utusan Online, 13/05/2008]

Jangan bersedih
Penulis: 'Aidh bin Abdullah Al-Qarni
Tahun: 2004
Penerbit: Jasmin Enterprise, Kuala Lumpur
Muka surat: 592
Buku ini merupakan panduan hidup bahagia, jauh dari kesedihan dan dukacita, membawa pembaca dekat kepada rahmat dan keampunan Allah swt. Jangan Bersedih dikategorikan dalam buku motivasi yang sangat unik kerana kesan yang mendalam kepada pembacanya.
Ia juga sebuah buku nasihat yang istimewa, menggabungkan kejayaan kebendaan dan kebahagiaan rohani.
Kedamaian jiwa, ketenteraman hidup dan berlapang dada dengan setiap peristiwa yang berlaku menjadi idaman setiap orang. Setiap tajuk telah diulas dengan ringkas tetapi mudah difahami supaya penyakit-penyakit hati ini dapat diubati.
Dukacita, sedih, resah, risau, sempit dada, kecewa dan putus asa sentiasa silih berganti dengan gembira, suka, bangga dan semangat ingin berjaya.
Teknik yang diguna pakai oleh penulis ialah membawa pembaca mengingati rahmat dan ampunan Allah swt yang sangat luas, bertawakkal dan berserah sepenuh hati, bersangka baik, beriman kepada qada' dan qadar serta optimis dengan kejayaan pada masa depan.
Setiap huraian yang penting diselang-seli dengan nas-nas al-quran dan hadis, contoh-contoh akhlak mulia yang boleh diikuti, kisah-kisah pengajaran, kata-kata hikmah yang menjadi penawar hati dan buah fikiran ahli bijak pandai.
Keseluruhan topik kecil adalah 334 buah yang menyentuh pelbagai fikiran, sikap dan tindakan orang yang kecewa. Salah satu topik yang diketengahkan ialah "Jangan biarkan hal-hal kecil merosakkan diri anda."
Penulis mengulas topik ini dengan kenyataan umum di mana kita sentiasa melihat keadaan tersebut dialami oleh kebanyakan orang yang sedih dan kecewa. Beliau beranggapan ramai orang yang bersedih hati hanya kerana hal remeh-temeh yang tidak penting. Masyarakat hari ini disibukkan dengan kecemasan dan kegelisahan supaya tidak ada kebencian suami dan isteri, tidak mendapat celaan atau mengalami keadaan yang menyedihkan. Kehidupan kelompok ini hanya setakat mengisi perut yang kosong, memiliki rumah mewah dan kenderaan yang selesa. Kecemasan dan pengetahuan mereka hanya pada kenderaan, pakaian, selipar dan makanan.
Keperluan sebenar ialah mengutamakan hal-hal yang mustahak dan segera kerana waktu hidup ini sangat singkat. Jika kita meletakkan soal remeh-temeh hanya untuk keselesaan diri tanpa ada perjuangan yang lebih besar, yang diperoleh ialah kebinasaan dan kegagalan.
Ulasan Editor: Buku "Jangan Bersedih" wajar menjadi bahan bacaan harian dan berkala oleh sesiapa sahaja. Jika dia tidak mendapat ujian getir, nasihat dan panduan yang ada di dalam buku ini boleh digunakan untuk menyelesaikan kesedihan hati orang lain.
Ada kala kesedihan berterusan selama beberapa bulan atau tahun, ada juga yang silih-berganti. Turun-naik emosi ini adalah tanda kehebatan Allah swt yang suatu ketika memberi kesedihan dan selepas itu mengkhabarkan berita gembira.
Ketenangan jiwa yang sebenar ialah kehidupan dengan iman. Tidak ada sesuatu yang dapat membahagiakan jiwa, membersih dan menyucikannya, membuatnya tenang dan menolak keluar kebimbangan selain daripada keimanan yang benar kepada Allah swt.
"Barang siapa yang mengerjakan amal soleh, baik laki-laki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan." [An-Nahl:97]

Friday, May 09, 2008
Penstrukturan semula subsidi elak ketirisan sumber kewangan
Kenaikan harga minyak mentah dunia antara AS$100 hingga AS$120 setong secara tidak langsung menyebabkan tanggungan subsidi kerajaan dijangka meningkat kepada RM45 bilion tahun ini. Daripada jumlah itu, RM18 bilion adalah bagi subsidi produk petroleum, RM7 bilion dalam bentuk pelepasan cukai dan RM20 bilion tanggungan subsidi gas Petronas.
Dengan arah aliran harga minyak dijangka terus naik, ia sekali gus memberi tekanan kepada kerajaan untuk menanggung subsidi yang dianggarkan melebihi paras RM45 bilion. Oleh itu, penstrukturan semula skim subsidi memang wajar dilakukan dalam tempoh terdekat ini kerana keadaan semakin terdesak berdasarkan harga minyak mentah yang terus melonjak sehingga melebihi paras AS$123.53 setong semalam berikutan kebimbangan bekalan dan kelemahan dolar Amerika Syarikat. Kita akui selama ini ada golongan yang tidak sepatutnya menerima subsidi, terus menikmati kemudahan itu.
Namun, kita berasa lega dengan jaminan kerajaan bahawa golongan berpendapatan sederhana dan rendah akan terus mendapat manfaat apabila skim subsidi itu distruktur semula. Seperti dijelaskan Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, semalam penyusunan semula itu akan mengambil kira keperluan pihak yang memerlukannya, terutama golongan berpendapatan sederhana dan rendah.
Pada asalnya, pemberian subsidi oleh kerajaan seperti petrol dan minyak masak adalah bagi membolehkan rakyat menikmatinya pada harga murah atau harga subsidi, untuk meringankan beban pengguna berpendapatan rendah. Keadaan ini berlaku kerana dalam pasaran bebas, semua barang dijual secara terbuka untuk dibeli oleh semua orang tanpa sekatan. Minyak masak dan petrol adalah barang yang mendapat subsidi kerajaan dan boleh dibeli oleh sesiapa saja.
Misalnya, seorang peniaga restoran berpendapatan tinggi akan membeli berpuluh botol minyak masak bersubsidi, sedangkan ia mampu membeli pada harga pasaran sebenar. Begitu juga mereka yang memiliki kereta mewah boleh membeli petrol di stesen minyak tanpa sebarang halangan. Ini bermakna kerajaan memberi subsidi kepada semua orang tanpa mengira tahap pendapatannya.
Hakikatnya, banyak negara di dunia memberikan subsidi kepada rakyat, tetapi di Malaysia pemberian subsidinya lebih besar dan meluas. Di negara kita, rakyat menikmati subsidi bagi pelbagai barang dan perkhidmatan seperti petrol, gas, minyak masak, baja (untuk petani), perumahan dan kesihatan.
Sesetengah negara melihat subsidi sebagai kaedah bagi merangsang pertumbuhan ekonomi. Tetapi bagi kita, mungkin sudah tiba masanya kerajaan secara beransur-ansur atau berperingkat mengurangkan subsidi sehingga sampai pada satu masa yang mana subsidi bagi sesetengah barang dihapuskan. Tidak ada maknanya subsidi terus dipertahankan jika ia sudah lari daripada sasaran dan matlamatnya.
Hari ini, subsidi yang diberikan kerajaan lebih banyak dinikmati oleh mereka yang berpendapatan tinggi. Subsidi kini seolah-olah satu kesempatan untuk mendapatkan laba oleh mereka yang tidak berhak.
Oleh itu, kita berpendapat mekanisme subsidi dan sistem kawalan harga perlu dikaji serta diperkemaskan supaya penjimatan dapat dilakukan, selain keuntungan atau subsidi dapat disalurkan terus kepada golongan yang memerlukan. Langkah itu membantu mengelakkan ketirisan sumber kewangan negara ketika berdepan fenomena inflasi global.
[Berita Harian Online, 9/5/2008]

Thursday, May 08, 2008
Sifat hati (4)
Bakhil dan kasihkan harta
Firman Allah swt,
Dan barang siapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya maka mereka itulah orang-orang yang berjaya (mendapat kemenangan). (Surah At-Taghabun ayat 16)
Nabi saw bersabda,
Hendaklah kamu menjauhi sifat bakhil kedekut kerana sesungguhnya telah binasa orang-orang sebelum kamu disebabkan bakhil kedekut.
Dan sabda baginda saw lagi,
Tiga perkara menjadi sebab kebinasaan – sifat bakhil kedekut yang dituruti, keinginan hawa nafsu yang diikut dan seseorang yang mengagumi dirinya. (Riwayat Al Tabarani)
Ingatlah orang yang bakhil itu akan mendapat seksa Allah dan dicela manusia di dunia. Harta tidak akan dibawa bersama ke dalam kubur kerana harta benda adalah kepunyaan Allah swt yang diberikan kepada manusia untuk kegunaannya sebagai alat kemudahan. Harta yang dibelanjakan pada jalan kebaikan sebaiknya digunakan untuk mencapai keredhaan Allah swt.

Wednesday, May 07, 2008
Surat khabar menjana wang
Seseorang pemimpin negara yang telah banyak berjasa kepada rakyat akan dikenang sebagai negarawan sepanjang masa. Sumbangannya bagi membangunkan negara dan memajukan masyarakat dihargai dalam pelbagai cara seperti kata-kata mutiara, petikan ucapan, cadangan, pendapat atau pandangannya.
Mengumpulkan ucapan dan kata-kata pemimpin ini dan diterbitkan dalam bentuk bahan bercetak, cakera padat dan dijilidkan amat bermakna kepada generasi masa depan. Sumber maklumat ini mudah didapati di dalam surat khabar dan media.
Bagi menyediakan sebuah buku yang menarik, padat dan disimpan pada tempat yang bersesuaian, anda mesti mengumpulkan petikan ucapan dan gambar yang diperolehi daripada surat khabar dan majalah. Himpunan bahan-bahan ini menjadikan buku anda lebih menarik dan boleh dijual.
Setiap hari anda mesti membaca surat khabar dan mencatat petikan kata-kata bagi semua program yang ada. Katakan anda memberi tumpuan kepada perdana menteri. Semua majlis perasmian yang besar biasanya diberi liputan meluas oleh media. Di sinilah anda boleh mendapatkan maklumat untuk melengkapkan buku anda ini.
Sekiranya anda hendakkan maklumat lebih lanjut, menghadirkan diri di majlis berkenaan dapat membantu menambah bahan bagi mengkayakan pelbagai bentuk dan teknik grafik buku.
Buku yang hendak diterbitkan mestilah sebaik-baiknya tahan lama, menjemput orang kenamaan untuk merasmikan pelancaran dan dalam bentuk kulit keras supaya nilai buku ini lebih berharga. Di samping dapat menambah koleksi bacaan ia juga boleh menjadi katalis kepada minat membaca dan menambah banyak bahan bacaan seperti ini.

‘Teori Tingkap Pecah’ berkesan bendung gejala sosial
Kerajaan melalui Majlis Sosial Negara sebelum ini membuat keputusan untuk memulihkan 10 kawasan tegar dengan gejala sosial dan jenayah di sekitar Lembah Klang iaitu langkah yang tepat pada masanya dan sangat dialu-alukan.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mempengerusikan mesyuarat majlis itu mengumumkan bahawa pelbagai projek perintis bagi memutihkan kawasan berkenaan, berdasarkan `Teori Tingkap Pecah’ yang diasaskan dua pakar sosiologi Barat, James Wilson dan George Kelling.
‘Teori Tingkap Pecah’ ini adalah hasil kajian mendalam terhadap kaedah paling signifikan dalam menangani keruntuhan nilai dan etika sosial serta menangani jenayah vandalisme di kalangan masyarakat di New York pada awal 1980-an hingga 1990-an.
Teori ini mendasari pemahaman bahawa untuk menangani gejala sosial, vandalisme dan seterusnya jenayah serius, keadaan fizikal di sesuatu kawasan itu perlu dipulihkan segera bagi meminimumkan pengulangan gejala yang sama.
Misalnya, jika ada tingkap bangunan yang pecah, ia perlu diganti dengan tingkap baru pada kadar segera. Jika tidak, lebih banyak lagi tingkap akan dipecahkan kerana kegiatan vandalisme yang berasakan pengurusan bangunan tidak mengambil endah kerosakan bangunannya.
Begitu juga keadaannya dengan kaki lima atau lorong yang penuh dengan sampah, ia perlu dibersihkan dengan segera. Jika tidak orang ramai akan terus meletakkan longgokan sampah yang lebih banyak kerana memikirkan jalan berkenaan sebagai tempat sesuai untuk dibuang sampah.
Berdasarkan teori ini juga, strategi terbaik mencegah kebejatan sosial dan vandalisme adalah dengan memperbetulkan sesuatu masalah ketika ia masih tidak serius. Padang permainan kanak-kanak, telefon awam, tandas awam dan taman rekreasi adalah antara kawasan yang perlu sentiasa dipelihara dan dipulihara bagi mengelak kes vandalisme terus berleluasa.
Ada kajian dibuat pengkaji bidang sosial di Australia yang cukup menarik dalam mendasari kesesuaian ‘Teori Tingkap Pecah’ itu. Hasil kajian mendapati, walaupun baru-baru ini undang-undang `Graffiti Prevention Bill’ diperkenalkan pada 2007, tembok dinding kedai di pesisiran Melbourne seperti di Northcote, Fitzroy dan Camberwell, acap kali menjadi dinding pameran lukisan `graffiti’ oleh mereka yang melakukan kegiatan vandalisme itu.
Hukuman penjara sehingga maksimum dua tahun di bawah undang-undang ini seakan tidak mendatangkan rasa ngeri kepada mereka terbabit.
Berdasarkan ‘Teori Tingkap Pecah’, apabila pemilik kedai hanya berdiam diri dan tidak berbuat apa-apa, didapati bahawa semakin banyak graffiti dicorakkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
Berbeza dengan keadaannya bagi pemilik kedai yang tidak jemu mengecat semula dinding kedainya selepas diconteng berkali-kali, kejadian vandalisme graffiti sebegini akan berkurangan dan akhirnya terhenti sendiri.
Berorientasikan ‘Teori Tingkap Pecah’ inilah kerajaan berhasrat untuk melaksanakan tindakan bersepadu dalam mewujudkan persekitaran kehidupan masyarakat yang bersih, selesa dan aman.
Apabila persekitaran menjadi teratur dan indah, maka kebejatan sosial dan vandalisme dapat dikurangkan dan seterusnya dihapuskan. Kita sendiri sedia maklum bahawa memang wujud sesetengah masyarakat yang sebenarnya tidak berniat untuk membuat kerosakan terhadap kemudahan awam, tetapi sebenarnya secara tidak langsung ada tindak-tanduknya itu yang mencerminkan sikap vandalisme.
Misalnya, kerana terlalu malas hendak turun ke tingkat bawah, ada penghuni rumah pangsa dengan selamba membaling sampah dari tingkat. Tindakan ini bukan saja menunjukkan tiadanya rasa bertanggungjawab terhadap kebersihan persekitaran, bahkan boleh mengundang maut jika sampah itu menghempap kepala orang lain di bawah.
Begitu juga keadaannya dengan kemudahan awam yang tidak digunakan secara berhemah oleh masyarakat. Sikap seperti tak apa, nanti ada orang lain akan bersihkan, atau ini bukan harta aku adalah antara penyebab mengapa kebejatan sosial dan vandalisme sebegini masih terus berulang dan tiada noktahnya.
Untuk menjayakan usaha kerajaan memulihkan persekitaran fizikal di kawasan terpilih ini, kerjasama dan keprihatinan semua pihak amat perlu. Tanggungjawab pemulihan ini perlu dipikul secara holistik oleh semua pihak, bukan sekadar kerajaan atau majlis perbandaran, bahkan masyarakat dan setiap individu.
Jika setiap ahli dalam masyarakat memberi sokongan walaupun sebesar zarah, ia akan tetap bermakna.
Ibu bapa memainkan peranan penting dalam mendidik anak untuk menjaga kebersihan dan mewujudkan rasa tanggungjawab apabila menggunakan kemudahan awam. Ajar dan berikan contoh terbaik kepada mereka untuk misalnya tidak membuang sampah sesuka hati, dan lebih baik lagi ajar mereka untuk kitar semula sampah yang dibuang untuk tujuan lain yang lebih baik.
Sikap tegur-menegur dan ambil peduli di kalangan jiran juga perlu supaya tidak ada yang lepas tangan dalam menjaga kebersihan dan keindahan persekitaran. Jika ada yang ternampak individu tertentu melakukan vandalisme, tegur mereka secara berhemah atau adukan segera kepada pihak berwajib.
Amalan gotong-royong dan bekerjasama membersih dan mengindahkan kemudahan awam mahu pun kawasan kejiranan perlulah disemai dan dikekalkan. Memang sudah ada beberapa komuniti perumahan yang sudah mengambil inisiatif dalam mengawal gejala sosial seperti mewujudkan rukun tetangga, mengecat semula dinding rumah dan balai raya, mengedarkan risalah berkaitan kebersihan dan menganjurkan program pendidikan.
Namun ia perlu juga disuburkan dan diamalkan oleh semua komuniti masyarakat di seluruh negara.
Pemikiran kita seharusnya bertambah maju ke depan selaras dengan pesatnya kemajuan negara, bukannya bersifat mundur dengan gaya pemikiran orang zaman batu.
Kita tidak patut mengamalkan sikap `barbarian` dengan tidak mengendahkan kebersihan, malah membuat kerosakan terhadap harta awam yang sepatutnya dikongsi bersama dengan semua pihak.
Kita tidak mahu menjadi seperti sesetengah negara Barat yang semakin pesat membangun, tetapi kadar jenayahnya juga semakin meningkat.
Tegakkan aspirasi kerajaan membentuk negara yang maju tetapi dalam masa yang sama membentuk rakyatnya berfikiran matang, cintakan keamanan dan mengutamakan kebersihan.
Hulur bantuan yang sewajarnya dalam menangani kebejatan sosial ini, walaupun sumbangan itu terlalu kecil dan tidak diketahui langsung oleh orang lain.
[Berita Harian Online, 6/5/2008]