Tuesday, March 31, 2015

Pengetahuan umum terhadap industri makanan halal di Melaka










1.0 Pengenalan

Makanan yang halal ialah makanan yang dibolehkan untuk dimakan menurut ketentuan syari’at Islam. Segala sesuatu baik berupa tumbuh-tumbuhan, buah-buahan ataupun binatang pada dasarnya adalah hahal dimakan, kecuali apabila ada nas-nas al-quran atau hadis yang melarangnya. Ada kemungkinan sesuatu makanan menjadi haram karena mengandungi mudarat atau bahaya bagi kehidupan manusia. Makanan halal merupakan keperluan yang cukup penting bagi umat Islam. Allah swt berfirman,


“Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; Karena Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu”. (Al-Baqarah: 168)


Makanan halal boleh dijelaskan dengan sesuatu bahan makanan yang suci dan baik di samping tidak melanggari syariat Islam sewaktu mendapat dan menggunakannya. Arak, khinzir serta anjing adalah contoh makanan yang telah ternyata tidak dihalalkan oleh syarak (haram) untuk memakannya. Ini adalah berdasarkan pada peraturan yang ditemui dan tercatat dalam al-quran, kitab suci Agama Islam 1400 tahun dahulu lagi. Beberapa peraturan lain ditetapkan melalui fatwa yang dibuat oleh mujtahid dengan berbagai-bagai peringkat ketegasan, namun tidak semua daripadanya diterima oleh golongan dalam Islam. Menurut al-quran dalam surah al-Maidah ayat 3, satu-satunya fokus yang secara jelas diharamkan adalah daging dari haiwan yang mati sendiri, darah, daging babi, dan haiwan yang dikorbankan selain daripada nama Allah swt.

Perkara berhubung halal dan haram telah diperjelaskan dengan begitu nyata dalam al-quran. Setiap sumber makanan, sumber pendapatan, bahan keperluan harian dan sebagainya, diwajibkan ke atas penganut beragama Islam untuk memilih yang halal. Setiap bahan dan sumbernya perlulah 100% halal malah suci dan baik dan tidak menimbulkan rasa was-was atau keraguan mengenai status halalnya. Ini adalah kerana setiap sumber yang haram akan menjadi darah daging dan akan menjejaskan amalan, doa dan personaliti dalaman dan luaran seseorang.

Dalam kita membincangkan konsep haram, ia bukan sahaja meliputi makanan yang tidak mengandungi khinzir, malah ia meliputi konsep yang lebih luas lagi seperti sumber pendapatan, cara hidup dan lain-lain lagi. Malah haram bagi umat Islam sesuatu barangan atau perkhidmatan itu, jika ia dicari dengan cara seperti mencuri dan menyalahi aturan penggunaannya dalam konsep undang-undang Islam.

Di Malaysia, Jakim telahpun mewartakan badan-badan tertentu untuk menjaga produk-produk yang dikomersialkan dijamin halal. Mereka perlu memastikan bukan sahaja produk malahan dari sudut bahan, kaedah proses, kebersihan perlatan dan premis turut diambil kira. Semua ini bertujuan untuk memastikan makanan yang dikormesialkan kepada pengguna khususnya masyarakat Malaysia yang beragama Islam selamat dan dijamin halal untuk dimakan.


2.0 Kajian Literatur

Pemakanan merupakan salah satu aspek yang sangat diberikan penekanan oleh Islam. Umat Islam bukan sahaja diminta memakan makanan yang halal iaitu suci dan bersih tetapi juga toyyiban yakni makanan yang baik, selamat serta memberi manfaat kepada tubuh dan kesihatan sama seperti disebut dalam surah Al-Maidah ayat 88 iaitu,


“Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik dan bertakwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman”.


Inilah antara punca industri makanan halal mampu berkembang pesat dan makanan halal menjadi permintaan ramai. Kami akan menyentuh kajian-kajian yang pernah dibuat yang berkait industri makanan halal.

Daya saing adalah kemampuan sesebuah firma atau syarikat meningkatkan keupayaannya untuk memastikan produk syarikatnya dapat ditawarkan pada harga, masa dan kualiti yang tepat. Kebanyakan syarikat yang terlibat dalam industri ini makanan halal tertubuh dengan bantuan pihak kerajaan iaitu  melalui program Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang telah lama dilaksanakan. Sebanyak 99.2% syarikat bermula dari IKS dan penguasaan terbanyak merupakan dalam sektor pembuatan yang merangkumi hampir 50% yang terlibat dalam IKS makanan halal.

Analisis daya saing yang dibuat oleh penulis menggunakan empat penentu utama sumber iaitu sumber manusia, modal, teknologi dan bahan mentah. Analisis sumber akan memberi keutamaan kepada persoalan bagaimana sumber menyumbang kepada daya saing IKS makanan halal berasaskan bijirin. Selain dari faktor sumber, faktor keupayaan firma juga sangat penting kepada pembentukan daya saing. Justifikasi kepentingan faktor ini yang terdiri dari kecekapan, produktiviti, penyelidikan dan pembangunan (P&P) dan eksport.

Berdasarkan hasil kajian, sikap dan persepsi yang positif ditunjukkan oleh semua pengusaha industri makanan halal tanpa mengira jumlah jualan syarikat. Namun penemuan ini juga dapat menggambarkan bahawa kesemua pengusaha makanan halal yang ditemubual sememangnya memiliki sikap dan persepsi yang positif. Nilai jualan hanya syarikat pula bergantung kepada saiz syarikat dan juga saiz pasaran. Hal ini bermakna tidak wujud hubungan secara signifikan di antara faktor sikap dan persepsi positif dengan nilai jualan syarikat.

Sikap dan persepsi positif adalah antara ciri penting yang menyumbang kepada kejayaan sesebuah perniagaan. Hanya pengusaha yang mempunyai nilai ini sanggup menanggung risiko dan mengambil keputusan untuk menceburi bidang perniagaan yang mencabar. Namun ianya bukan merupakan faktor penentu mutlak kerana masih terdapat faktor-faktor lain yang turut menentukankan kejayaan sesebuah perniagaan.


3.0 Metodologi Kajian

Metodologi bertujuan untuk mengenal pasti kaedah pengumpulan data untuk dianalis dalam penghasilan kajian bersesuaian dengan objektif kajian yang akan dicapai pada akhir kajian. Justeru, bahagian ini membincangkan kaedah-kaedah kajian yang digunakan dalam proses mendapatkan data yang dikehendaki untuk menjalankan analisis kajian. Selain itu, bahagian ini juga menyentuh aspek penting dalam penyelidikan seperti rekabentuk kajian,tempat kajian, sampel kajian dan cara kerja kajian.

3.1 Reka Bentuk Kajian

Kajian ini bertujuan untuk melihat kefahaman pelajar terhadap industri makanan halal di Melaka. Kajian ini adalah berbentuk tinjauan. Kaedah ini didapati sesuai dengan bentuk kajian ini dengan hanya mengemukakan beberapa soalan dalam borang soal selidik dan mengetahui sikap responden terhadap  tajuk kajian dijalankan. Hal ini juga dapat memudahkan pengkaji membuat mengumpulan dan menganalisis data untuk mendapatkan hasil kajian. Kajian ini tidak bertujuan untuk mencari perbezaan atau sebarang perkaitan.

Kajian berbentuk soal selidik ini sangat popular digunakan dalam kalangan penyelidik. Hal  ini kerana soal selidik ini merangkumi bidang yang luas dan mudah dibuat. Soalan-soalan yang dibuat tidak terlalu rumit untuk dijawab oleh responden. Responden dapat menjawab soalan tersebut tanpa pengawasan oleh pengkaji atau penyelidik. Hal ini tidak boleh dipandang ringan juga kerana jika responden tidak jujur dalam menjawab soalan soal selidik yang diberikan ia akan menjejaskan dapatan kajian ini.

3.2 Sampel Kajian

Responden yang terpilih adalah daripada pelbagai kaum yang terdapat di Melaka iaitu Melayu, Cina, India dan lain-lain. Responden juga dipilih daripada pelajar-pelajar dan orang awam secara rawak dan tidak mengikuti jantina.

3.3 Instrumen Kajian

Dalam kajian ini,bahan yang digunakan untuk mengumpul maklumat adalah borang soal selidik. Hal ini kerana borang ini sesuai digunakan dalam kajian berbentuk tinjauan yang dilakukan ini. Selain itu, borang ini mudah untuk mendapatkan maklumat berdasarkan kepercayaan, perasaan dan kehendak individu itu sendiri. Jawapan yang diberikan oleh responden tidak dipengaruhi dengan arahan tambahan atau penyataan tambahan dari sumber luar.

Jenis soal selidik yang digunakan adalah berbentuk pilihan jawapan. Soal selidik seperti ini mengandungi soalan atau penyataan beserta dengan cadangan jawapan atau maklum balas. Responden perlu membaca dan memahami penyataan dan memilih jawapan yang paling sesuai bedasarkan cadangan jawapan yang diberi. Responden tidak perlu untuk mengeluarkan idea-idea tambahan untuk mengisi soal selidik tersebut. Di samping itu maklumat-maklumat diperoleh secara tersusun dan jelas yang dapat memudahkan penganalisisan data boleh dilakukan dengan cepat dan tepat.

Dalam kajian ini, borang soal selidik mempunyai dua bahagian iaitu Bahagian A berkaitan soal selidik profil responden dan Bahagian B berkaitan soal selidik kefahaman pelajar terhadap industri makanan halal.

Bahagian A: Soal selidik profil responden

Dalam bahagian ini soalan berkaitan dengan maklumat diri responden yang mengisi borang soal selidik ini. Jenis soalan yang dikemukan ialah jantina, umur, bangsa dan taraf pendidikan responden.

Bahagian B: Selidik kefahaman pelajar terhadap industri makanan halal.
Soal selidik ini digunakan untuk mengetahui tentang kefahaman pelajar terhadap industri makanan halal. Bahagian ini mempunyai soalan atau pertanyaan sebanyak 12 pernyataan. Soalan-soalan yang diberi telah diberikan cadangan jawapan berdasarkan skala likert. Antara jawapannya adalah seperti berikut iaitu tidak setuju, kurang setuju, tidak pasti, setuju dan sangat setuju.

Melalui borang soal selidik, data-data dianalisis melalui kaedah peratusan dan kekerapan. Kaedah ini dilakukan pada setiap soalan untuk melihat peratus jawapan yang didapati daripada responden melalui borang soal selidik dan untuk mendapat kejituan hasil dapatan yang lebih tepat bagi mencapai objektif kajian.

Kajian ini merupakan satu kajian tentang kefahaman pelajar terhadap industri makanan halal dan kami telah mengambil pendapat orang ramai melalui kaedah soal selidik. Soal selidik ini mengandungi soalan-soalan atau penyataan-penyataan yang berkaitan dengan industri makanan halal. Seramai 15 orang responden telah dipilih yang terdiri daripada 11 lelaki dan empat perempuan untuk menjalankan kajian. Kajian in melibatkan pengumpulan data, analisis data, interpretasi dan merumuskan hasil kajian.


4.0 Hasil Kajian


Rajah 2: Peratusan responden mengambil berat tentang makanan yang mereka makan

Merujuk rajah 2 di atas adalah hasil kajian daripada sesi soal selidik yang telah dijalankan kepada 15 orang yang terdiri daripada pelajar yang berkaitan dengan kefahaman pelajar terhadap industri makanan halal. Soalan pertama ialah “saya mengambil berat makanan yang saya makan”. Maklumat menunjukkan empat pilihan jawapan yang dipilih oleh responden iaitu tidak setuju, tidak pasti, setuju dan sangat setuju. Tujuh responden (46%) mengatakan mereka setuju  bahawa mereka mengambil berat tentang makanan yang mereka makan. Diikuti enam orang (40%) sangat setuju iaitu dan seorang (7%)  tidak pasti dan tidak setuju. Kesimpulannya, kebanyakan responden mengambil berat makanaan apa yang dimakan.


Rajah 3: Peratus responden yang mengetahui ciri-ciri makanan halal menurut prinsip Islam

Merujuk rajah 3 di atas adalah hasil kajian daripada sesi soal selidik yang telah dijalankan kepada 15 orang yang terdiri daripada pelajar yang berkaitan dengan objektif kajian iaitu mengkaji kefahaman pelajar terhadap industri makanan halal. Soalan kedua ialah “saya mengetahui ciri-ciri makanan halal menurut prinsip Islam iaitu halal dan bersih (halalan toyyiba). Maklumat daripada rajah menunjukkan tiga pilihan jawapan yang dipilih oleh responden iaitu tidak pasti,setuju dan sangat setuju. Lapan responden (57%) mengatakan mereka setuju bahawa mereka mengetahui ciri-ciri makanan halal menurut prinsip Islam iaitu halal dan bersih. Diikuti empat orang sangat setuju (29%) iaitu dan dua orang (14%) responden untuk tidak pasti. Kesimpulannya, sebilangan besar responden mengetahui ciri-ciri makanan halal menurut prinsip Islam iaitu halal dan bersih (halalan toyyiba).


Rajah 4: Peratus responden yang mengetahui syarikat-syarikat yang
mengkormesialkan produk makanan halal

Merujuk rajah 4 di atas adalah hasil kajian daripada sesi soal selidik yang telah dijalankan kepada 15 orang yang terdiri daripada pelajar yang berkaitan dengan objektif kajian iaitu  mengkaji kefahaman pelajar terhadap industri makanan halal. Soalan ketiga ialah “saya mengetahui syarikat-syarikat yang mengkormesialkan produk makanan halal”. Maklumat daripada rajah menunjukkan tiga pilihan jawapan yang dipilih oleh responden iaitu kurang setuju, tidak pasti dan sangat setuju. Sebelas responden (69%) mengatakan mereka tidak pasti mereka mengetahui syarikat-syarikat yang mengkormesialkan produk makanan halal. Diikuti tiga orang (19%) kurang setuju dan dua orang (12%) sangat setuju. Kesimpulannya, tidak semua responden mengetahui tentang syarikat-syarikat yang mengkormesialkan halal dan hanya segelintir sahaja yang mengetahuinya.


Rajah 5 : Peratus responden yang melihat logo halal pada bungkusan makanan 
sebelum membeli

Merujuk rajah 5 di atas adalah hasil kajian daripada sesi soal selidik yang telah dijalankan kepada 15 orang yang terdiri daripada pelajar yang berkaitan dengan objektif kajian iaitu  mengkaji kefahaman pelajar terhadap industri makanan halal. Soalan keempat ialah “saya melihat logo halal pada bungkusan makanan sebelum membeli”. Maklumat daripada rajah menunjukkan empat pilihan jawapan yang dipilih oleh responden iaitu kurang setuju, tidak pasti, setuju dan sangat setuju. Lapan responden (53%) mengatakan mereka sangat setuju dengan kenyataan bahawa mereka melihat logo halal pada bungkusan sebelum membeli. Diikuti empat responden (27%) setuju dan dua orang (13%) tidak pasti. Akhir sekali, seorang responden (7%) kurang setuju. Kesimpulannya, kebanyakan responden bersetuju melihat logo halal di bungkusan makanan sebelum membelinya.


Rajah 6 : Peratus responden yang mengetahui logo halal yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

Merujuk rajah 6 di atas adalah hasil kajian daripada sesi soal selidik yang telah dijalankan kepada 15 orang yang terdiri daripada pelajar yang berkaitan dengan objektif kajian iaitu mengkaji kefahaman pelajar terhadap industri makanan halal. Soalan kelima ialah “saya mengetahui logo halal yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)”. Maklumat daripada rajah menunjukkan tiga pilihan jawapan yang dipilih oleh responden iaitu sangat setuju, setuju dan tidak pasti. Sebanyak (60%) mewakili sembilan responden mengatakan mereka  sangat setuju bahawa mereka mengetahui logo halal yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Diikuti sebanyak (33%) iaitu lima orang setuju dan (7%) iaitu seorang tidak pasti. Secara keseluruhanya responden bersetuju dan mengetahui logo halal yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).


Rajah 7 : Peratus responden yang mengetahui bahan bahan yang tidak halal yang sering digunakan dalam setiap makanan yang di proses.
Merujuk rajah 7 di atas adalah hasil kajian daripada sesi soal selidik yang telah kami jalankan kepada 15 orang yang terdiri daripada pelajar yang berkaitan dengan objektif kajian iaitu  mengkaji kefahaman pelajar terhadap industri makanan halal. Soalan keenam ialah “saya mengetahui bahan bahan yang tidak halal yang sering digunakan dalam setiap makanan yang di proses”. Maklumat daripada rajah menunjukkan empat pilihan jawapan yang dipilih oleh responden iaitu sangat setuju, setuju, tidak pasti dan kurang setuju. Lima responden (33%) mengatakan mereka sangat setuju bahawa mereka mengetahui bahan bahan yang tidak halal yang sering digunakan dalam setiap makanan yang di proses. Empat responden (27%) setuju dan tiga orang tidak pasti dan kurang setuju (20%). Secara keseluruhannya responden bersetuju dan mengetahui bahan bahan yang tidak halal yang sering digunakan dalam setiap makanan yang di proses.


Rajah 8 : Peratus responden yang mengambil berat tentang kebersihan sesuatu premis pengeluaran produk makanan halal.

Berdasarkan rajah 8 di atas adalah hasil kajian daripada sesi soal selidik yang telah dijalankan kepada 15 orang yang terdiri daripada pelajar yang berkaitan dengan objektif kajian iaitu  mengkaji kefahaman pelajar terhadap industri makanan halal. Soalan ketujuh ialah “saya mengambil berat tentang kebersihan sesuatu premis pengeluaran produk makanan halal”. Maklumat daripada rajah menunjukkan tiga pilihan jawapan yang dipilih oleh responden iaitu sangat setuju, setuju dan tidak pasti. Sepuluh responden (67%) mengatakan mereka  sangat setuju bahawa mereka mengambil berat tentang kebersihan sesuatu premis pengeluaran produk makanan halal. Seorang (6%) setuju dan empat orang (27%) tidak pasti. Secara keseluruhannya responden bersetuju terhadap mengambil berat tentang kebersihan sesuatu premis pengeluaran produk makanan halal.


Rajah 9: Peratus responden yang memastikan premis mempunyai gred kebersihan baik yang dinilai sendiri oleh Jabatan Kesihatan Malaysia.

Berdasarkan rajah 9 di atas adalah hasil kajian daripada sesi soal selidik yang telah dijalankan kepada 15 orang yang terdiri daripada pelajar yang berkaitan dengan objektif kajian iaitu  mengkaji kefahaman pelajar terhadap industri makanan halal. Soalan kelapan ialah “saya memastikan premis mempunyai gred kebersihan baik yang dinilai sendiri oleh Jabatan Kesihatan Malaysia”. Maklumat daripada rajah menunjukkan empat pilihan jawapan yang dipilih oleh responden iaitu sangat setuju, setuju, tidak pasti dan kurang setuju. Sepuluh  responden (47%) mengatakan mereka sangat setuju bahawa mereka yang memastikan premis mempunyai gred kebersihan baik yang dinilai sendiri oleh Jabatan Kesihatan Malaysia. Lima responden (33%) setuju, empat responden (27%) tidak pasti dan seorang (7%) kurang bersetuju. Secara keseluruhannya responden bersetuju terhadap memastikan premis mempunyai gred kebersihan baik yang dinilai sendiri oleh Jabatan Kesihatan Malaysia.


Rajah 10: Peratus responden yang memastikan sesuatu premis memiliki Sijil Halal yang telah disahkan oleh Jakim sebelum membeli produk keluaran mereka.

Berdasarkan rajah 10 di atas adalah hasil kajian daripada sesi soal selidik yang telah kami jalankan kepada 15 orang yang terdiri daripada pelajar yang berkaitan dengan objektif kajian iaitu  mengkaji kefahaman pelajar terhadap industri makanan halal.oalan kesembilan ialah “saya memastikan premis mempunyai gred kebersihan baik yang dinilai sendiri oleh Jabatan Kesihatan Malaysia”. Maklumat daripada rajah menunjukkan tiga pilihan jawapan yang dipilih oleh responden iaitu sangat setuju, setuju, tidak pasti dan kurang setuju. Sebanyak sembilan responden (60%) mengatakan mereka sangat setuju bahawa mereka memastikan sesuatu premis memiliki Sijil Halal yang telah disahkan oleh Jakim sebelum membeli produk keluaran mereka. Sebanyak lima orang (33%) setuju dan seorang (7%) kurang bersetuju. Secara keseluruhannya responden bersetuju terhadap memastikan sesuatu premis memiliki Sijil Halal yang telah disahkan oleh Jakim sebelum membeli produk keluaran mereka


Rajah 11 : Peratus responden yang memastikan sesuatu premis memiliki Sijil halal yang telah disahkan oleh JAKIM sebelum membeli produk keluaran mereka.

Berdasarkan rajah 11 di atas adalah hasil kajian daripada sesi soal selidik yang telah dijalankan kepada 15 orang yang terdiri daripada pelajar yang berkaitan dengan objektif kajian iaitu  mengkaji kefahaman pelajar terhadap industri makanan halal. Soalan kesepuluh ialah “saya merujuk direktori makanan halal yang disediakan oleh syarikat-syarikat yang mengkaji tentang produk-produk halal”. Maklumat daripada rajah menunjukkan empat pilihan jawapan yang dipilih oleh responden iaitu sangat setuju, setuju, tidak pasti dan kurang setuju. Sebanyak sepuluh responden (40%) mengatakan mereka setuju bahawa mereka merujuk direktori makanan halal yang disediakan oleh syarikat-syarikat yang mengkaji tentang produk-produk halal. Sebanyak empat orang iaitu 27% setuju, empat orang (27%) tidak pasti dan seorang (6%) kurang bersetuju. Secara keseluruhannya responden bersetuju terhadap merujuk direktori makanan halal yang disediakan oleh syarikat-syarikat yang mengkaji tentang produk-produk halal.


Rajah 12 : Peratus responden yang merasakan pengambilan makanan halal mampu mempengaruhi cara pemikiran seseorang

Berdasarkan rajah 12 di atas adalah hasil kajian daripada sesi soal selidik yang telah dijalankan kepada 15 orang yang terdiri daripada pelajar yang berkaitan dengan objektif kajian iaitu  mengkaji kefahaman pelajar terhadap industri makanan halal. Soalan kesebelas ialah “saya merasakan pengambilan makanan halal mampu mempengaruhi cara pemikiran seseorang”. Maklumat daripada rajah menunjukkan empat pilihan jawapan yang dipilih oleh responden iaitu sangat setuju, setuju, tidak pasti dan tidak setuju. Sebanyak (53%) mewakili lapan responden mengatakan mereka sangat setuju bahawa pengambilan makanan halal mampu mempengaruhi cara pemikiran seseorang. Sebanyak (27%) iaitu empat seorang tidak pasti, (13%) iaitu  dua orang setuju dan seorang (7%) tidak bersetuju. Secara keseluruhannya responden bersetuju pengambilan makanan halal mampu mempengaruhi cara pemikiran seseorang


Rajah 13 : Peratus responden yang berpendapat bahawa produk halal lagi bersih mampu mempengaruhi kesihatan individu.

Berdasarkan rajah 13 di atas adalah hasil kajian daripada sesi soal selidik yang telah dijalankan kepada 15 orang yang terdiri daripada pelajar yang berkaitan dengan objektif kajian iaitu  mengkaji kefahaman pelajar terhadap industri makanan halal. Soalan kedua belas ialah “saya berpendapat bahawa produk halal lagi bersih mampu mempengaruhi kesihatan individu”. Maklumat daripada rajah menunjukkan tiga pilihan jawapan yang dipilih oleh responden iaitu sangat setuju, tidak pasti dan kurang setuju. Sebanyak (80%) mewakili 12 responden mengatakan mereka setuju bahawa mereka berpendapat bahawa produk halal lagi bersih mampu mempengaruhi kesihatan individu. Sebanyak (13%) iaitu dua orang setuju dan seorang  iaitu (7%) tidak pasti. Secara keseluruhannya responden bersetuju terhadap pendapat bahawa produk halal lagi bersih mampu mempengaruhi kesihatan individu.


5.0 Kesimpulan

Penumpuan terhadap aspek kualiti, kebersihan, keselamatan dan kesihatan di sepanjang rantaian proses pengeluaran dan juga aktiviti pemasaran produk makanan sewajarnya wajib dititikberatkan oleh semua kakitangan di industri makanan Malaysia. Setiap elemen ini diperlukan bagi tujuan memastikan dan memberi jaminan pengeluaran produk makanan yang bersih, selamat, halal serta sesuai untuk digunakan. Selain itu, pematuhan, pemantapan pengetahuan dan perlaksanaan menyeluruh amalan standard-standard tertentu yang bersesuaian perlu dilaksanakan secara peringkat demi peringkat. Pengusaha PKS makanan tempatan perlu sedar supaya mengetengahkan aspek-aspek tersebut di samping berazam untuk menembusi pasaran luar melalui penawaran produk makanan yang setanding dan tidak diragui kualiti dan keselamatannya.

Dengan demikian, cabaran dalam mengekalkan sistem penguatkuasaan keselamatan makanan yang berkesan dan dipercayai oleh orang awam adalah penting dalam memastikan pengeluaran produk yang berkualiti dan selamat mencapai matlamatnya. Kakitangan kerajaan perlulah melakukan kajian lanjutan tentang perbezaan amalan jaminan kualiti yang wujud di sesebuah negara dalam penyediaan makanan yang selamat.

Selain itu, tindakan selanjutnya perlu diambil bagi menggalakkan pelaksanaan serta pematuhan standard yang berkaitan di industri makanan terutamanya yang diusahakan oleh PKS. Tambahan pula, kesedaran pengguna terhadap keperluan akta dan peraturan keselamatan makanan perlu diterapkan sebagai salah satu pemangkin pelaksanaan sesuatu standard dalam kalangan PKS makanan. Galakan yang dimaksudkan adalah dalam bentuk pengagihan peraturan keselamatan makanan di tempat-tempat latihan penyediaan makanan, mewajibkan dalam syarat pengeluaran lesen perniagaan dan juga melalui penyeragaman polisi keselamatan makanan di semua negeri.

Selain itu, kejayaan pengeluar produk makanan mematuhi dan mendapat pengiktirafan daripada badan-badan standard tertentu, sama ada daripada agensi tempatan atau antarabangsa turut mampu mendorong ke arah peningkatan terhadap penerimaan dan keyakinan produk di pasaran. Keadaan ini sudah tentunya nanti mampu memberi pulangan yang baik walaupun pada permulaan perlaksanaan standard ini mungkin menyukarkan.


Rujukan

Abu Bakar Husin. 1980. Isu halal haram dalam makanan di Malaysia dan masalah pengesahannya.

Buku Teks Pendidikan Islam Tingkatan 1. 2006. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Pusat Da'wah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama, Brunei. 2007. Makanan halal sumber pembentukan syakhsiah mulia.

Mohd Ali Mohd Noor dan Nor Aini Hj. Idris. 2009. Daya saing industri makanan halal berasaskan bijirin: analisis daya saing terlaras RBV dan Porte. Prosiding Perkem IV, Jilid 2.

Nor Aini Haji Idris dan Mohd. Ali Mohd. Noor. Usahawan  industri  makanan  halal:  satu  analisis  persepsi dan sikap. Seminar Keusahawanan Islam Peringkat Kebangsaan.

http://www.tintaguru.com/2011/06/makanan-dan-minuman-yang-halal-dan-yang.html
http://en.wikipedia.org/wiki/Halal
http://ms.wikipedia.org/wiki/Hukum_pemakanan_Islam


MZ Zainudin, Muhammad ‘Ammar Muhammad Sani. Muhamad Nashry Abd Rahim, Mohamad Zulhaikel Narawi, Ilham Iftikhar Ibrahim, Muhamad Budie Basri, Mohamad Firdausz Mohd Aris, Muhammad Aliff  Rasdan.



Monday, March 30, 2015

Social policy: issues and developments






Penulis: Hugh Bochel, Catherine Bochel, Robert Page, Rob Sykes
Tahun: 2005
Penerbit: Pearson Education Limited, Essex, England.
Muka Surat: 388

Buku ini menyediakan maklumat yang lengkap, segar dan boleh diakses bermula dari permulaan dasar sosial British hinggalah masa sekarang. Fokus utama kandungan buku adalah permulaan pembangunan sejak 1997 termasuk perkhidmatan utama seiring perdebatan semasa dan ideologi. Kombinasi penerangan dan analisis menjadikan dasar sosial lebih jelas dan berterus-terang.  Di samping itu ia juga mengiktiraf kemajmukan dasar sosial semasa.

Setiap bab ditulis oleh pakar dalam bidang masing-masing untuk menyediakan maklumat yang berguna.

Kandungan buku ini menonjolkan enam bidang iaitu liputan lengkap topik-topik utama dalam dasar sosial hari ini seperti kesihatan, perumahan, pekerjaan, pendidikan, jenayah dan keadian jenayah, etika, dasar sosial “baru”, neo-liberalisasi dan “Buruh Baru”; mengenal pasti konteks politik dan tadbir urus di mana dasar sosial dilaksanakan; meneroka sempadan dasar sosial dan perkembangan yang berkaitan dengan dasar sosial untuk memahami masyarakat; mengenal pasti prespektif idealogi utama yang menyokong pembangunan dasar sosial di UK dan menyediakan rekfleksi untuk kritikan alternatif; mengambil kira pengaruh antarabangsa dalam kewujudan Kesatuan Eropah dan meneroka perdebatan yang berkaitan melalui pengglobalan dasar sosial; dan; menyediakan pelbagai ciri perkataan yang dapat membantu pelajar menjelaskan, mendalami dan menambah kefahaman terhadap isu-isu asas.

Buku ini merupakan bacaan penting kepada pelajar yang mengambil jurusan dasar sosial dan mereka yang sedang menambah maklumat dalam bidang kriminologi, kesihatan , politik, sosiaologi da kerja sosial.


Sunday, March 29, 2015

Konflik dalaman punca perpecahan










Pada pandangan Lim Guan Eng, presiden Pas, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang adalah seorang pemimpin yang tidak jujur. Ia susulan sikap pemimpin itu yang berterusan mengingkari perjanjian sesama pemimpin Pakatan Rakyat khususnya pelaksanaan undang-undang syariah di Malaysia. Usaha terbaru kerajaan Kelantan yang mendapat sokongan penuh ahli Dewan Undangan Negeri menjadikan persepsi Lim Guan Eng terhadap Haji Abdul Hadi berubah serta-merta.

Gesaan supaya Dap memutuskan hubungan dengan presiden Pas menjadi bukti bahawa Lim Guan Eng tidak dapat lagi mendiamkan diri. Cadangan mewujudkan blok “Selamatkan Malaysia” oleh Lim Kit Siang menunjukkan kedua-duanya sudah berpatah arang dengan pemimpin Pas itu.

Konflik yang berterusan antara Pas dan Dap mula memberi impak terhadap kedua-dua parti terbesar dalam Pakatan Rakyat. Dap di Sabah dan Sarawak membuat keputusan memutuskan hubungan dengan Pas tetapi di negeri-negeri lain masih belum jelas. Bagaimanapun Dap Kedah tidak mengikut arahan pimpinan parti sebaliknya meneruskan hubungan dengan Pas.

Konflik, tuduh-menuduh, tindakan balas dendam dan kecaman peribadi merupakan sebahagian daripada simptom organisasi yang bermasalah. Pakatan Rakyat sebagai sebuah organisasi politik juga berhadapan dengan masalah, sebuah masalah yang sangat besar kerana melibatkan maruah pemimpin. Perbezaan pendapat dan hala tuju perjuangan menjadi punca kenapa dan bagaimana pakatan ini akan berakhir. Ia ditambah lagi dengan masalah peribadi pemimpin yang tidak kompeten dan melemahkan keyakinan orang ramai kepada mereka.

Melihat kepada kesungguhan Pas menerajui undang-undang syariah baru-baru ini, ia menjadi perdebatan umum yang mengundang pelbagai pandangan, sama ada pemimpin Islam dan bukan Islam, pertubuhan bukan kerajaan ataupun masyarakat awam sendiri.

Perdebatan ini diketengahkan melalui tulisan, video atau sesi temubual yang mengundang pelbagai kritikan, sama ada yang membina ataupun sebaliknya.

Ada tiga kelompok yang wujud kesan daripada kelulusan undang-undang syariah ini iaitu kelompok yang menyokong penuh, kelompok yang menentang dan kelompok yang bersikap tunggu dan lihat.

Kelompok agamawan dan sebahagian besar masyarakat Islam sangat yakin dan percaya undang-undang syariah boleh dilaksanakan di negara ini. Mereka tidak ada keraguan untuk melihat ia menjadi kenyataan. Bagi mengukuhkan pendirian mereka, pelaksanaan undang-undang syariah di Brunei dijadikan panduan dan titah Sultan Brunei turut dijadikan rujukan.

Kelompok “moderate” dan sekular enggan menerima undang-undang syariah begitu sahaja. Alasan yang dikemukakan adalah sukar dilaksanakan undang-undang ini dalam masyarakat pelbagai etnik dan budaya. Ia termasuk Parti Keadilan Rakyat dan kumpulan G25 yang telah mengeluarkan kenyataan mereka baru-baru ini. Parti-parti politik yang dikuasai bukan Islam di Sabah dan Sarawak berpakat menolak pelaksanaannya di Malaysia.

Perjalanan undang-undang syariah di negara ini telah lema berlaku. Suara yang mahukan undang-undang ini dilaksanakan tidak dapat lagi disekat kerana kesedaran beragama masyarakat Islam sudah meningkat. Mereka mahu melaksanakan apa-apa sahaja yang diperintahkan Allah swt.

Penentangan terhadap cara hidup sebagai sebuah sistem kehidupan yang sempurna berlaku sejak zaman Rasululah saw. Ia berlarutan sehingga kini. Kaedah terbaik untuk berhadapan dengan penolakan dan salah faham ini tidak boleh dilakukan secara ganas dan kekerasan sebaliknya dengan hikmah dan bijaksana sebagaimana saranan Allah swt kepada Rasulullah saw dalam ayat 52 surah al-furqan yang bermaksud, “Oleh itu, janganlah engkau (Wahai Muhammad) menurut kehendak orang-orang kafir dan berjuanglah dengan hujah-hujah al-quran menghadapi mereka dengan perjuangan yang besar dan bersungguh-sungguh”.



Melayu maju dengan Islam








Di ruangan Groups yang sering saya ikuti, baru-baru ini saya membaca isu berkaitan tidak puas hati layanan bangsa asing ke atas Melayu di sektor swasta. Rasa tidak puas hati ini berkaitan dengan kenaikan gaji, pangkat atau mendapat bonus. Keluhan yang ketara ialah Melayu dipinggirkan dalam syarikat yang sebahagian besarnya bukan Bumiputera.

Isu ini telah lama diketengahkan tetapi hanya berkisar di ruangan sembang, kedai kopi atau halwa telinga sewaktu makan tengah hari. Melayu pada hari ini adalah kaum yang dominan di Malaysia. Melayu beragama Islam. Melayu sangat utuh dengan nilai adat dan tradisi yang diasaskan daripada agama Islam dan sesetengahnya adalah warisan amalan agama Hindu yang disesuaikan dengan masyarakat serta diterima umum.

Di sebelah Timur, Melayu adalah bangsa yang paling bertuah kerana rumpun Melayu di Nusantara, Borneo, Selatan Thailand dan Selatan Filipina menerima Islam yang dibawa oleh Rasulullah saw, agama yang bersifat"cara hidup." Islam telah mengubah hidup Melayu daripada percaya kepada nenek-moyang, hantu dan tahyul kepada tauhid. Selepas menerima Islam yang jelas pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, Melayu tidak lagi berpaling kepada agama lain walaupun diasak hebat oleh penjajah Portugis, Belanda dan Inggeris. 

Ketika Portugis menjajah Melaka pada 1511, alim ulama Islam diburu dan dibunuh kerana salah satu perancangan Portugis yang menjajah dunia Timur ialah gospel iaitu menyebarkan agama Kristian. Kekentalan aqidah umat Melayu adalah kerana peranan pendakwah melalui ulama dan institusi kesultanan yang memelihara kukuh agama Islam. Sehingga kini, Melayu tidak pernah beralih kepada aqidah lain.

Islam yang dibawa dan diajar kepada kaum Arab jahiliah adalah Islam yang dibawa oleh pedagang-pedagang Arab dan India Muslim yang berdagang dang menguruskan import dan eksport di Pelabuhan Melaka. Islam yang menjadikan bangsa Arab gah dan gemilang. Islam jugalah yang menjadikan Kesultanan Melayu Melaka gah dan gemilang.

Kenapa Melayu hari ini tidak menjadi gah dan gemilang dengan Islam?

Soalan inilah pada pandangan saya dapat membuang jauh kerisauan sesetengah orang memikirkan Melayu mendapat kelas kedua di negara sendiri. Ekonomi Malaysia dikuasai oleh bangsa lain, politik Melayu mudah bergolak dan dikatakan mementingkan diri sendiri dan masalah sosial yang berkaitan dadah, kemiskinan, keciciran dalam pendidikan juga dikaitkan dengan Melayu.

Dr. Jeffry Lang, pensyarah matematik yang memeluk agama Islam dalam ucapannya, (http://www.youtube.com/watch?v=XT1KGyxBXC0) beliau menekankan betapa pentingnya kembali kepada model Mekah dalam hal ehwal seharian seorang muslim. Dr. Jeffry Lang berkongsi pengalaman 20 tahun beliau sebagai seorang Islam yang melihat betapa pentingnya sistem pemikiran yang betul terhadap hidup. Tidak ada sesiapa yang habis berfikir dan menganalisis dalam sesuatu hal kerana ianya berlaku dalam matematik, fizik, sains sosial dan sebagainya iaitu analisis sentiasa diperbaharui. Justeru itu, berhenti membuat analisis menjadikan pemikiran beku, tidak mampu untuk berfikir lebih jauh. Ia memerlukan usaha yang gigih bagi mengembalikan corak pemikiran yang bersifat analitikal ini.

Perubahan dari satu masyarakat atau kaum untuk menempa kejayaan adalah sunnah Allah. 

"Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat); dan memanglah Dia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu." (Surah Al-Mulk, ayat 1)

Kejayaan Melayu sebagai pentadbir dunia belum lagi tiba sedangkan masyarakat lain telah membentuk tamadun masing-masing. China dengan kekuataan saiznya, India dengan jumlah penduduk dan dominasi di sekitarnya, Arab dengan tamadun Mesir purba dan Eropah dengan Anglo-Saxon. Melayu belum lagi menjelma.

Jadi apa yang harus kita lakukan sekarang? Kembali kepada penghayatan ajaran Islam dan melaksanakan dakwah kepada bukan Islam. Rasa tidak puas hati kepada bukan Melayu kerana mendominasi kerja dan ekonomi adalah simptom daripada penghayatan agama yang lemah. Bukan Islam di Malaysia adalah pasaran yang sangat baik dan segar untuk mengIslamkan mereka kerana dakwah tidak kenal erti putus asa.


Jika Cina dan India menjadi muslim hari ini, bayangkan apakah yang akan berlaku kepada ekonomi umat Islam Malaysia? Bayangkan pula apa yang akan terjadi kepada dunia Melayu Islam di Malaysia? Ketika itu Melayu adalah tuan kepada tanahairnya sendiri. Dengan syarat, kembali menghayati dan melaksanakan risalah tauhid, ingat-mengingatkan dan mewujudkan model Mekah di Malaysia.

Saturday, March 28, 2015

Memahami taqwa










Memupuk sifat taqwa kepada Allah swt adalah sebaik-baik perbuatan sebagai manusia yang mengenal Tuhannya. Al-Maududi dalam bukunya Moral Foundations menyatakan empat asas yang perlu ada kepada seseorang muslim iaitu Islam, iman, taqwa dan ehsan.

Proses mengumpulkan taqwa berada di mana-mana sehaja ketika kita masih hidup. Dalam erti kata yang lain, mencari taqwa ialah menghayati tujuan sebenar kehidupan yang kita lalui dari lahir, akil baligh hinggalah meninggal dunia. Malahan taqwa adalah bekalan terbaik untuk dibawa ke akhirat. Ketika masih hidup, kuat fizikal, cerdas berfikir dan ramai kawan, semuanya adalah ke arah mencari wang sebagai alat untuk meneruskan hidup, membeli barang keperluan dan yang penting, menukar wang kepada pahala di akhirat.

Sejauh mana amalan taqwa dapat membentuk peribadi mulia?

Sememangnya susah untuk mendapatkan taqwa ini. Biarpun setiap hari Jumaat khatib mengulangi kepentingan bertaqwa, tidak ramai yang betul-betul menghayati nasihat ini. Justeru, semua jemaah perlu diingatkan berkali-kali.

Mendengar sahaja tidak akan membawa sebarang perubahan atau membuahkan perubahan yang besar jika tidak ada proses transformasi secara besar-besar dan berterusan.

Salah satu daripada contoh taqwa yang sentiasa ada dalam masyarakat kita ialah budaya memberi, membalas kejahatan dengan kebaikan dan berakhlak mulia.

Jika kita seorang penjawat awam, masa bekerja ialah dari pukul 8 pagi hingga 5 petang. Tempoh ini adalah kewajipan kita melakukan kerja-kerja hakiki sebagai penjawat awam dan tidak boleh melakukan sebarang kerja yang tidak berkaitan. Mencari taqwa sebagai penjawat awam ini amat senang, mencabar dan perlukan kesabaran. Mungkin ada di antara kita yang begitu kuat amalan memberinya, tidak kisah dengan masa, buah fikiran atau tenaga biarpun telah melebihi masa yang diperuntukkan di pejabat.

Contoh budaya memberi yang amat mudah tetapi dilaksanakan dengan penuh kesabaran dan kesungguhan ialah keupayaan Khadijah r.a memberi harta kekayaannya untuk menjayakan dakwah Rasulullah saw. Daripada seorang yang kaya-raya, hidup dengan limpahan harta, beliau menjadi miskin kerana Islam. Tentulah ganjaran yang diperolehinya sangat hebat di akhirat kelak.

Bagaimana pula contoh orang lain bertaqwa?

Saidina Umar ketika marah kerana tidak dibenarkan masuk ke Makkah, bertanya kepada Rasulullah saw kenapa perkara itu boleh terjadi. Jawapan yang diberikan oleh baginda saw membuatkan Saidina Umar tersentak dan tersedar daripada marahnya. Akibat marah yang melulu dan menyedari silapnya, beliau akhirnya buat kenduri untuk menebus kembali kesilapannya.

Bagaimana pula contoh orang yang tidak bertaqwa?

Senarainya panjang: tidak bayar hutang pinjaman, suka jaga tepi kain orang, iri hati, 'ujub, lekas marah, menipu, mencuri dans ebagainya.


Friday, March 27, 2015

Cabaran umat Islam Indonesia









Umat Islam Indonesia amat bimbang dengan perkembangan gerakan kristianisasi di negara paling ramai umat Islam itu yang diketuai oleh etnik Cina yang turut menguasai ekonomi negara.

Dr. Muhammad Siddiq, Pengarah Eksekutif Dewan Dakwah Islamiyah Indonesia berkata para mubaligh kristian berupaya menyediakan makanan dan perkhidmatan lain dengan lebih baik ketika rasuah berleluasa dalam kerajaan. Beliau percaya kristianisasi adalah halangan terbesar di Indonesia dan keadaan itu wujud kerana faktor kemiskinan.

Siddiq, yang mengetuai gerakan dakwah bagi menghalang usaha-usaha mubaligh berkenaan menyifatkan saluran perkhidmatan sosial telah digunakan sebaik mungkin oleh mereka. Contoh mudah dan jelas ialah bantuan pembangunan mangsa tsunami Acheh yang dibanjiri dengan bantuan daripada gerakan kristian.

Keadaan yang sama turut berlaku ketika mangsa-mangsa gempa bumi Yogjakarta beberapa tahun lalu.

Bagi mereka yang sedang dilanda kemiskinan, malapetaka dan tidak arif mengenai agama sendiri akan lebih mudah dipengaruhi. PKS, sebuah parti Islam beserta kumpulan aktivis sosial menyifatkan masyarakat Indonesia bersifat terbuka yang memudahkan mereka terpengaruh. Jika seseorang datang kepada mereka dan melayan dengan baik, memberi makanan, wang dan pekerjaan seperti yang dilakukan oleh gerakan kristian ini, hati mereka mudah terpaut.

"Rakyat Indonesia berfikir dengan hati. Jika kamu dapat memenangi hati mereka, kamu akan memenangi jiwa mereka."

Islam masuk ke Indonesia melalui perdagangan dengan Arab, India dan Cheng Ho, seorang pelayar laut dari Dinasti Ming, China. Selepas satu abad Islam tiba, kristian turut datang. Keadaan ini berlaku selepas era penjajahan oleh Belanda selama 350 tahun sehingga merdeka pada 1945.

Kristian menjadi kuat dan berpengaruh pada 1960-an hingga 1970-an apabila dalam jangka masa yang singkat memurtadkan berjuta-juta rakyat Indonesia. Dr. Fatimah Hussein, pensyarah di State Islamic University, Yogjakarta berkata pertukaran agama berlaku ketika era komunis dan kemelesetan pada 1965.

Ramai anggota komunis yang mencari perlindungan diterima oleh kristian. Beliau juga membandingkan statistik negara berdasarkan bancian pada tahun 1971 dan 1990. Pada 1971, muslim menjangkau 87.5 peratus berbanding kristian cuma 7.5 peratus. Pada 1990, peratusan muslim menurun kepada 87.2 manakala kristian meningkat dari 2.1 peratus kepada 9.6.

Hari ini, gerakan kristian menjadi lebih aktif. Penduduk asal yang beragama kristian dan pendatang Cina yang bertukar ke kristian ketika penjajahan Belanda menjadi pemangkin kepada usaha-usaha kristianisasi ini.

Dengan keistimewaan yang diberikan ketika era Belanda dan Soeharto, Cina kristian berusaha mengumpul kekayaan dan kekuatan ekonomi. Kebanyakan pasar raya mengutamakan perayaan-perayaan kristian berbanding hari kebesaran Islam. Ini kerana kebanyakan bangunan dan pihak pengurusannya terdiri daripada golongan Cina kristian.

Satu contoh ialah kawasan membeli-belah terbaru yang dibina di Jakarta, Senayan City Mall yang mempunyai sebuah gereja di tingkat atasnya. Kawasan membeli-belah, dibina dan diurus oleh Manggala Gelora Perkasa, menawarkan satu ruang awam yang besar sebagai tarikan untuk rakyat Indonesia.

Pertanyaan mengenai kewujudan gereja seperti itu tidak pernah mendapat maklum balas dan cuba dielakkan oleh pihak pengurusan pusat berkenaan.

Penganut Roman Katolik mempunyai 57 buah gereja di ibu negara Jakarta.

Contoh yang lain kegiatan terlindung mubaligh kristian adalah jelas dalam sektor penjagaan kesihatan. Satu blok kewangan terbesar di Indonesia dimiliki oleh Lippo Group Mochtar Riady, seorang Cina dan kristian. Kumpulan ini mempunyai saham dalam pelbagai jenis perniagaan dengan penjagaan kesihatan menyumbang satu perempat daripada pendapatan mereka.

Hospital mereka, Siloam Hospital (Siloam adalah versi bahasa Indonesia bagi Shalom untuk Yahudi, di Indonesia ia adalah versi kristian Salam), menawarkan penjagaan kesihatan yang memenuhi standard kesihatan antarabangsa.

Kebanyakan hospital cenderung memilih nama dan simbol kristian. Orang Islam yang kerap ke hospital-hospital seperti ini sering ditafsir sebagai alasan untuk menganut agama baru.

Dr. Fatimah menambah bahawa orang-orang kristian di Indonesia tidak boleh dipandang sebagai satu blok kerana ada banyak kumpulan dengan pendapat-pendapat yang berbeza mengenai cara menganut agama itu.

"Terdapat kumpulan-kumpulan dalam kristian, sama seperti dalam Islam, siapa lebih mendominasi dan mereka juga mungkin mempunyai agenda untuk mengkristiankan Indonesia sebagai sebahagian daripada misi mereka," kata beliau kepada IOL.

"Bagaimanapun, saya berpendapat orang Islam perlu berwaspada kerana terdapat percanggahan di kalangan masyarakat kristian sendiri tentang bagaimana agama mereka harus disebarkan."


Sumber: Islam Online

Thursday, March 26, 2015

Cabaran dakwah masa kini








Penulis yang gigih, Dr. Ahmad Shalaby telah menghuraikan dengan berkesan sekali bagaimana agama Islam harus difahami. Dalam buku Perbandingan Agama: Agama Islam, beliau menjelaskan betapa sambutan masyarakat dunia ke atas agama Islam menguatkan keyakinan beliau bahawa Islam akan menjadi suatu agama utama pada masa depan. Malah tersebar ke Asia, Afrika dan meresap masuk ke benteng-benteng agama kristian di Eropah dan Amerika Syarikat.

Islam untuk semua umat manusia. "Dan tiadalah Kami mengutus engkau melainkan (menjadi Rasul) untuk seluruh manusia sebagai pembawa berita gembira dan pemberi amaran." (Surah Saba':28)

Manusia yang berkulit putih, hitam dan kuning ada dalam agama ini dan tidak rasa seperti mengimport agama tersebut daripada golongan lain atau budaya lain. Lebih aneh, ia merasakan agama tersebut untuk dirinya yang dapat menyusun dan menguruskan hidup.

Hakikat yang tidak dapat dibendung ialah usaha-usaha penyeru agama kristian yang telah hampir-hampir gagal kerana perbelanjaan yang digunakan oleh mereka sangat besar tetapi tidak setimpal dengan hasil kejayaan yang diperolehi. Banyak sebab kenapa mereka tidak berjaya. Pendedahan terhadap agama kristian yang menitikberatkan perkara-perkara ganjil telah mengikis sedikit demi sedikit seluruh usaha sarjana dan cendekiawan sehinggakan agama kristian seolah-olah seluruhnya adalah mengenai perbahasan ketuhanan Al-Masih, kitab suci, dosa yang pertama dan pensaliban Al-Masih kerana menebus dosa tersebut.

Amat jarang kita dapati perbahasan mengenai kristian sebagai sistem hidup yang merangkumi penyelesaian masalah dan keperluan hidup manusia seperti keluarga, masyarakat, harta pusaka, ekonomi dan politik.

Namun begitu, mubaligh kristian yang sentiasa mendapat biaya yang besar tidak pernah berputus asa dalam usaha mereka. Presiden Amerika Syarikat, George Bush memperkenalkan Inisiatif Asas Kepercayaan dan Komuniti pada 2001 memperuntukkan lebih daripada US$2.1 bilion sehingga 2005. Daripada jumlah ini, gerakan kristian yang bergerak di luar negara menerima 98.3 peratus daripada peruntukan yang disediakan. Perbezaannya sangat ketara dengan cuma dua buah pertubuhan Islam yang menerima bantuan iaitu Pusat Islam Texas (US$18,413) dan Pertubuhan Bantuan Amerika Utara (US$6,750).

Salah satu penerima bantuan terbesar ialah Pat Robertson, yang disifatkan sebagai musuh besar Islam oleh Yusuf Estes. Operation Blessing yang diterajui oleh beliau menerima sejumlah dari US$108,000 hingga US$14.4 bilion untuk operasi di luar negara. Pertubuhan lain ialah World Vision yang ditubuhkan 1950. Pertubuhan ini menerima habuan US$260 juta. Kebanyakan operasi pertubuhan kristian ialah di kawasan bencana seperti Indonesia, Sudan, Iraq dan program pemakanan di Afrika Selatan.

Antara program lain ialah Food for the Hungry di 13 buah negara termasuk Ethiopia dan Bangladesh. Manakala di Kenya, program pembangunan kanak-kanak adalah membantu para pelajar memahami kitab Injil.

Usaha dan perancangan yang dilakukan ini memang tersusun. Kesungguhan mubaligh kristian melaksanakan misi agama dikagumi. Di mana-mana tempat yang ada kesengsaraan, di situ ada pertubuhan kristian dengan pelbagai kemudahan. Hal ini sangat ketara kerana pembiayanya banyak dan dalam jumlah yang besar pula. Lebih-lebih lagi pentadbiran Presiden Bush meletakkan penyebaran agama kristian sebagai keutamaan bagi menyuburkan gerakan dan aktiviti agama tersebut.

Peruntukan kewangan yang besar memberi implikasi ketara ke atas masyarakat yang kelaparan, miskin dan sengsara. Apa sahaja barang, perkhidmatan dan gerak laku didasarkan kepada agama. Orang yang susah tidak akan berfikir panjang untuk membuat pengakuan menerima atau keluar sahaja daripada sesuatu agama. Asalkan ada sahaja habuan, beliau akan mengambilnya bagi meneruskan hidup. Yang baik menjadi buruk, buruk menjadi baik malah disanjung.


Cabaran umat Islam ialah bersedia dengan strategi dan taktik yang lebih tersusun. Memantapkan ilmu dan kemahiran sebagai pendakwah, bukan sekadar untuk keluarga malah kawan-kawan dan masyarakat. Penekanan amalan fiqah sudah cukup banyak. Masyarakat sangat dahagakan tauhid dan ingin mengetahui Islam sebagai satu cara hidup.